Sunday 14 July 2013

TRAGEDI BERDARAH DI MASJIDIL HARAM PADA 20 NOVEMBER 1979


majidil-haram-diserang
Pada akhir tahun 1979 Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang 
menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan 
ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn 
Muhammad ibn Saif al Utaibi seorang pengikut fanatik ajaran dan fahaman Wahhabi.Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid Mohammed 
Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua 
ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi 
kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja 
As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi 
beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan 
menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan 
sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota 
MekahJuhaiman ibn Muhammad ibn Saif al UtaibiTarikh 20 November 1979 dipilih Juhaiman kerana ianya bersamaan pada hari pertama 
tahun 1400 Hijrah. Ini kerana terdapat ramalan bahawa Imam Mahdi akan muncul dan 
ditabalkan pada hari tersebut. Beberapa hari sebelum serangan , mereka telah 
menyembunyikan senjata , peluru dan bekalan makanan yang secukupnya di dalam 
bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata yang diperolehi mereka itu dicuri 
dari depot senjata Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi beberapa bulan se
belumnya. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi 
Juhaiman kerana beliau dan beberapa pengikutnya pernah berkhidmat di dalam 
Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi selama 18 tahun.Masjidil Haram ketika serangan subuh 20 November 1979Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu 
itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil Haram ketika 
itu , Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir 
puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman dan orang-orangnya 
berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis 
yang hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai 
tebusan. Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu 
beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan 
Islam dari tanah Arab Saudi.Sebagai tindak balas dari serangan tersebut Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera 
Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta 
kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut. 
Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap 
dengan sniper (penembak curi). Akibat dari tentangan kuat dari pihak Juhaiman 
dan korbanyang tinggi dari pihak tentera Arab Saudi, serangan balas itu dihentikan.Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara’ mengenai penggunaan senjata api 
di dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama’ Arab Saudi pada awalnya meng
halang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas 
desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama’ Arab Saudi mengizinkannya 
dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk 
melawan Juhaiman.Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab 
Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Peranchis (GIGN) dan 
seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi. Di lapangan terbang Jeddah , 
Majlis Ulama’ Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara 
rahsia memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan 
‘tanah haram’ Mekah. Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran anggota 
komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka 
dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.
Komando GIGN Perancis yang “masuk Islam” untuk operasi pembebasan Masjidil HaramAntara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang 
digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan tempat persembunyian para pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri kabel hidup yang mempunyai voltan tinggi 
akan dijatuhkan kedalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia boleh membawa 
kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk me
nebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-
bilik bawah tanah tersebut.Kesan selepas operasi seranganSelepas hampir dua minggu, peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram 
berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979. Mengikut laporan rasmi dari pihak ber
kuasa Arab Saudi menyatakan bahawa seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 
yang lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, 
anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman. Namun 
ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. 
Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan para 
pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan Arab 
Saudi.Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang  mendakwa “Imam Mahdi” terbunuh dalam 
serangan.

Rata-rata umat Islam seluruh dunia marah dengan keengganan kerajaan Arab Saudi 
untuk memenuhi permintaan dan tuntutan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan 
pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid. Ramai yang berpen
dapat bahawa keputusan itu banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan akibatnya 
beberapa kedutaan Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya telah dibakar 
oleh para perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes juga diadakan 
di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan dan keputusan 
yang telah dibuat oleh Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga 
As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka itu hanyalah boneka Amerika 
Syarikat.Pengikut Juhaiman yang telah ditahanKetika peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian 
dan pembesaran masjid. Kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor 
yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Syarikat Pembinaan Ben Laden. Ianya 
adalah syarikat milik kepada bapa Osama Bin Laden. Insiden ini juga telah membakar 
semangat Osama dan beberapa tahun kemudian beliau telah diusir keluar dari Arab 
Saudi kerana kelantangannya mengkritik keluarga As-Saud. Selebihnya kita telah tahu 
dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.
Wallahu’alam.
Sumber:
Grand Mosque Seizure (Wikipedia)
war-story.blogspot.com
www.ontdekislam.nl

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More