Thursday 6 June 2013

Mancis Unik Dengan Lukisan Wajah Kecil Dari Jepun

Bagi sesetengah orang, penggunaan mancis mungkin dianggap 'kuno' tambah-tambah pula dengan ada nya lambakan pemetik api di pasaran..Namun, di Jepun, terdapat sebuah syarikat yang telah mengubah rupa mancis 'kuno' ini menjadi sesuatu yang menarik hingga digemari ramai..Nak tahu apa dia, meh usha kat bawah ni.. 



Di Jepun kini, terdapatnya jenama mancis yang paling comel pernah dibuat. Mancis dari jenama Kokeshi ini merupakan mancis yang mempunyai lukisan wajah kecil dengan personaliti yang amat besar. Mancis ini boleh didapati dalam pelbagai warna, ekspresi wajah yang berbeza dan juga spesies yang berbeza. Walaubagaimana pun, berita buruknya adalah mancis comel ini hanya boleh didapati di Jepun sahaja dan tidak ada di tempat lain.


BENTUK TUBUH NICKI MINAJ DULU VS KINI (4 GAMBAR MENGEJUTKAN)


Nicki Minaj yang pernah admin post sebagai antara 9 artis popular memiliki 
punggung super besar  mungkin pernah menjalani butt implants. 
Lihat saja gambar di bawah:


Dulu


imej: Getty

Kini

Gambar dan punca jambatan kedua Pulau Pinang runtuh -12 foto


Gambar dan punca Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh – 

Berita tergempar sekitar jam 7.05 petang tadi telah tersebar di laman maya apabila
 jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggan Malaysia telah runtuh secara mengejut.

Difahamkan, bahagian jambatan yang runtuh ialah sebatang palang konkrit sepanjang 
300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung. Kejadian itu berlaku ketika 
para pekerja kontraktor sedang menyiapkan kerja-kerja akhir jambatan berkenaan 
sebelum dibuka kepada umum.

Walaupun runtuhan palang konkrit berkenaan tidak menyebabkan sebarang kematian 
namun terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang hancur berkecai selepas ditimpa serta menyebabkan jalan sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Punca kepada kegagalan palang konkrit itu masih belum dapat dipastikan namun admin mengandaikan ianya berpunca daripada kesilapan teknikal pembinaan oleh para pekerja disebabkan kurang pengawasan dari pihak atasan kontraktor dan jurutera. Berikut ialah beberapa keping gambar menarik sekitar kawasan bahagian jambatan yang runtuh 
mengejut.
Sumber :http://plbgaimacam.blogspot.com/


Pear Almond Cake


 Just nak share kat sini satu resipi kek yg mudah dan sedap
u know laa...acik ni mmg suke resipi2 yg mudah2 kannn
kl payah tu, mmg tak jadikkk laaa....hihihi
dah 2x buat kek ni...ingat nak buat lg laa ptg ni.sbb pear pun ade kat rumah tu

Masa tgh tgok AFC cerita River Cottage , Hugh Whittingstall  ade buat kek ni.tapi ye laa...dok tgokkk jek, nak nyalin mmg tak dan laa kann....hihihi...jumpa lakk  resipi ni kat blog  kak Munayang comel..

Layan laa bahan2nya ye...

Bahan-bahan

 175g unsalted butter(yan gune butter biasa aje)
125g gula castor (yan gune gula pasir) + 1sudu besar gula utk karamel
3 biji pear, buang kulit dan potong 4
2 biji telor
75g serbuk badam
75g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik 

Cara-Cara membuatnya

Panaskan pan, dan masukkan 25g butter (sy guna kuali non stick tu, mudah sikit)
Kemudian, masukkan  1sudu gula, dalam 10min gitu sampai jadi karamel, da siap, ketepikan.
Ambil baki butter, masukkan dalam mixer.Masukkan gula dan putar sampai gebu.
Masukkan telor.
Kemudian masukkan serbuk badam, tepung dan serbuk penaik.
Dah sebati, tuangkan dalam spring form 9inci.
Saya susun dulu buah pear yg dah disalut dgn karamel tadi di dalam spring form, sebelum tuangkan bahan kek. Tapi kak Muna letak kat bahagian atas kek. 
saya tabur almond flake kat bahagian atas kek
Bakar pada suhu 170 darjah selama 45min

Selamat mencuba....

Resepi Kek Coklat




Kita kongsi resepi mudah ini, kalau korang nak tahu.. Hasil kek coklat nie memang sebiji ala-ala kat kedai KEK, cantik, ala-ala span jer kek coklat nie.

Bahan-bahan A
1/2 cawan coco
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan gula halus
1/2 air panas
1/2 sudu teh Nescafe
 (kelima-lima bahan nie, digaul dalam satu bekas kemudian korang tapis.)

Bahan-bahan B
1 cawan tepung gandum/tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder ( tepung dan baking pawder diayak bersama)
2 Biji Telur gred A
150 gram Mentega/butter cup
1 cawan gula pasir
1 sudu teh Asin vanilla


Cara Menyediakan
  1. Pukul mentega, gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan Asin vanilla.
  2. Perlahankan mesin, masukkan sedikit demi sedikit tepung dan baking powder. Matikan mixer, satukan dengan BAHAN A, godak perlahan-lahan. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk Muffin, kalau dalam loyang, aku cadangkan korang cari 6x6 sebab adunan tak banyak
  3. Panaskan oven 175 darjah, selama 10 minit, baru masukkan adunan ke dalam oven, tetapkan masa selama 45minit, Selamat mencuba

Toping coklat cair
Sedikit coklat masakkan yang dipanaskan didalam oven, gunakan dauble boiler (cari dulang yang diisi air panas, kemudian cari dulang kecil, masukkan coklat) 20 minit baru coklat cair, korang boleh letak sedikit coklat cari atas kek korang, serikan dengan coklat rise..


PS: maaf berlori buat semua sahabat blogger yang sudi singgah ke blog CR, buat masa ini, keterbatasanku berlamaan di hadapan Lappy membantutkan segalanya, Minta maaf kawan-kawan. 

Resepi Kek Batik


Korang peminat kek? tapi tamo berlamaan didapur,tamo menghadap tepung, 
mesin mixes dan oven?
Kek batik adalah jawapannya. Senang dan mudah dimasak. Dan ianya adalah 

dari jari jemari korang... Wowwww...



Jom semak resepi

  1. Milo ( 1 cawan)
  2. Serbuk koko 3 sudu makan
  3. Buttercup 250g
  4. Telur 2 biji
  5. Biskut marie ( 1 bungkus ) 298g
  6. Susu pekat manis 1/2 tin
  7. Air putih 1/2 cawan

Cara Menyediakannya:

- Ambil periuk,masukkan kesemua bahan diatas kecuali biskut marie dan buttercup. 
  Gaulkan semua sehingga sebati
-Hidupkan api dapur. Masak dengan api perlahan sehingga masak (kena sering 
 godak/kacau) untuk elak hangus.
-Masukkan buttercup hingga cair.


-Padamkan api. Susun biskut marie dalam mangkuk (aku guna tuppaware) 
 alaskan plastik, nanti senang nak tanggalkan.
-Selang seli masukkan cairan coklat dengan biskut. Tekan dengan sudu, 
 supaya hasilnya padat seperti gambar diatas.
-Apabila sejuk masukkan dalam peti ais. Selamat mencuba.

Resepi Kek Pisang Gebu Dan Lembut

Jomm.. semak resepi

BAHAN-BAHANNYA


  1. Tepung gandum 2cawan (daku sukat guna cawan minum pagi/petang) **diayak
  2. Bikarbonat 1 sudu teh**diayak
  3. Serbuk penaik 1 sudu teh**diayak
  4. Esen Vanilla atau Esen pisang 1 sudu teh
  5. Pisang berangan 2 biji, (daku guna pisang 44hari. 5-6 biji memadai) lenyekkan hancur. 2 lagi buat hiasan atas kek nanti.
  6. Magerin/planta 1 cawan
  7. Gula pasir 1 cawan (kurangkan pun boleh, boleh isi gula tak penuh dalam cawan)
  8. Telur ayam 3 biji Gred A, daku suka guna gred C, so pakai 4 biji

(ku buat 6biji muffin kek dan seloyang Kek. Hiaslah muffin tu guna rice coklat atau apa2 yang korang suka, asal anak korang suka sebab dihargai)

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan oven 160'c selama 30minit
  2. Terus putar mixes. Mixes gula dan majerin sampai halus, guna jari kalau rasa gula korang masih kasar, tolong putar lagi. Dalam masa 2 minit tak halus gak, tak apa korang masukkan jer telur satu persatu. In Shaa Allah akan haluslah gula tu. Hehhehe
  3. Masukkan esen vanilla/pisang. wangikan baunya...
  4. Baru masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bikarbonat. Masukkan sedikit demi sikit, pembantu aku si Umai memang suka bab2 masukkan tepung.
  5. Diakhiri dengan pisang, perlahankan mixes. Guna senduk kayu untuk satukan pisang dengan adunan lain.
  6. Dah boleh masukkan dalam loyang yang bawahnya dah dibubuh kertas alas kek. Korang boleh sapukan lebihan majerin keseluruh loyang ya. Hiaslah kek korang dengan lebihan 2biji pisang. Biar berseni gitu.
  7. Boleh bakar dah, guna suhu sama tapi masa bakar adalah 50minit.
  8. Bila masa membakar selesai. Buka pintu oven. Sejuk baru ambil dan boleh dipotong. Selamat menjamu selera.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More