Wednesday 26 June 2013

Gadis 19 tahun tangkap ikan patin 32kg dengan tangan


 LUCY MILLSAP mengangkat ikan patin seberat 32.7kg yang ditangkapnya di Tasik Texoma, di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat baru-baru ini.- Agensi

TASIK TEXOMA, Oklahoma - Seorang gadis berusia 19 tahun menjadi wanita pertama memenangi pertandingan menangkap ikan menggunakan tangan di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Gadis tersebut, Lucy Millsap menjuarai pertandingan itu selepas menangkap spesies ikan patin seberat 32.7 kilogram (kg) di Tasik Texoma baru-baru ini.


Dia memenangi wang tunai AS$1,500 (RM4,804) selepas menjuarai kategori ikan besar pada pertandingan tersebut yang disertai oleh 200 peserta.

"Ayah bertanya jika saya mahu menyertai kategori wanita, tetapi saya menjawab tidak, saya mahu mengalahkan peserta lelaki," katanya dalam satu temu bual selepas pertandingan itu selesai.

Dikenali sebagai Festival Okie Noodling, pertandingan tersebut memerlukan peserta menyeluk lubang di dalam tasik yang menjadi sarang ikan itu.

Peserta kemudian akan menangkap ikan patin yang menyambar tangan mereka.

Acara tahunan yang menarik kehadiran beberapa ribu penonton itu dimulakan oleh seorang pembikin filem Oklahoma, Bradley Beesley bagi memperkenalkan sukan tersebut. - Agensi

Kosmo

Matador ditanduk di punggung



Madrid: Seorang matador ditanduk di punggungnya beberapa minggu selepas kembali aktif dalam sukan berkenaan.

Rafael Cerro melambung ke udara selepas dirempuh oleh lembu jantan seberat 476 kilogram itu sebelum ditanduk di punggungnya di depan ratusan penonton di arena laga lembu Las Ventas, Madrid.


Cerro, antara matador baru paling berbakat kemudian memberitahu, kejadian itu adalah cabaran terbesar dalam hidupnya.

Pada April lalu, Cerro, 23, menjalani pembedahan selepas ditanduk oleh haiwan itu dalam satu acara lain.


Dia terpaksa dirawat selepas tanduk lembu itu menusuk kantung zakar hingga ke rongga perutnya, menurut laporan.


Kejadian itu bagaimanapun tidak membuat dia serik.

Skandal Babi : Khalid Dan Teresa?!

Isu projek ternakan babi menjadi perhatian pada perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Utusan Malaysia hari ini apabila bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mendakwa projek bernilai RM100 Juta itu telah diluluskan sejak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan menyanggah kenyataan Teresa apabila menjelaskan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu pada April 2008.


Jawapan balas Mohana itu menyebabkan Teresa akhirnya mengakui Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah membincangkan projek tersebut sejurus Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

Dalam pada itu, Teresa juga mengakui berlakunya satu desakan dari pihak Kerajaan Negeri terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim agar membuka kuota sebanyak 10% bagi membenarkan bakal pelajar bukan Bumiputra melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Akan tetapi, beliau menjelaskan usul tersebut tidak berjaya dilaksanakan susulan bantahan keras dari para pelajar UiTM.

Pada perbicaraan kes itu, Teresa turut mengiyakan soalan yang diajukan Peguam Mohana dengan menjelaskan Kerajaan Negeri Selangor turut menyalurkan peruntukan wang dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada masyarakat bukan Islam.

Tindakan tersebut telah mendapat maklum balas negatif daripada umat Islam di Selangor.

Kes ini dibicarakan berikutan tindakan Teresa menfailkan saman terhadap Utusan ekoran laporan yang dikeluarkan akhbar tersebut pada sekitar tahun 2008 yang disifatkannya sebagai fitnah.

Perbicaraan bersambung esok.Sumber

PANAS !!! PERKARA PALING RASIST !!!DAP MAHU PASAR RAMADAN PULA DITUTUP


Post Pic

KUALA LUMPUR: Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu 
lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka 
tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.
"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Budak Berusia 2 Tahun Lebih Pandai Dari Barack Obama Dan David Cameron


Seorang budak berusia dua tahun menjadi ahli termuda Mensa Britain selepas menjalani ujian kecerdasan yang meletakkan dia lebih cerdik daripada Barack Obama dan David Cameron.Ketika kebanyakan budak sebayanya sibuk belajar berjalan dan menconteng dinding, Adam Kirby lebih gemar membaca karya William Shakespeare, belajar bahasa Jepun, Sepanyol dan Perancis, malah mampu menguruskan diri sendiri di tandas.

 Barack Obama dan David Cameron
Berasal dari Mitcham, London selatan, Adam mengambil ujian IQ Stanford-Binet dan memperoleh markah 141 atau 10 mata lebih lebih tinggi daripada dua pemimpin utama dunia - Obama dan Cameron.Markah itu adalah dua mata saja daripada mencapai tahap genius dan dicapai Adam ketika dia masih belum mampu bercakap dengan ayat lengkap. 

Bapa Adam, Dean, 33, berkata dia dan isterinya, Kerry-Ann, 31, menyedari kelebihan kanak-kanak itu apabila melihat dia mampu membersihkan diri di tandas selepas membaca sebuah buku.Kata Dean, kejadian itu berlaku ketika Adam baru berusia setahun. “Ketika berusia 29 bulan, Adam mampu mengeja sehingga 100 perkataan, menghafal sifir serta mahir mencantumkan teka-teki bergambar untuk orang dewasa,” katanya.
Selepas memperoleh kejayaan dalam ujian IQ, Adam dipelawa pula menyertai Mensa Britain yang dikhaskan untuk seseorang yang memiliki kecerdasan sangat tinggi.Sebelum Adam, rekod berkenaan dipegang Elise Tan-Roberts - kini berusia enam tahun yang menyertai kelab itu ketika berusia dua tahun empat bulan pada 2009.Adam mengatasi Elise apabila menjadi ahli ketika berusia dua tahun lima bulan. -mymetro



Hai!!! Penyanyi Misha Omar Difitnah... Jom Terjah!!!


Misha Omar
PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mencabar individu yang menuduhnya pernah berkahwin sehingga menyebabkan pernikahannya dengan juruterbang Malaysia Airlines System (MAS) iaitu Fiross Ezwan Rosly tertangguh tampil mengemukakan bukti.
Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, berkata, dia mengenali individu yang menyebarkan fitnah tersebut dan amat kesal kerana tuduhan itu benar-benar mencalarkan reputasinya.
"Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai jurucakap produk Colourland, di sini, Rabu.
Hadir sama pengarah produk kecantikan itu, Loh Boon Leong.
Misha diminta mengulas gosip kononnya perkahwinan dia dengan Fiross, 31, tertangguh disebabkan dia menanti surat cerai daripada bekas suaminya iaitu seorang ahli perniagaan di Kelantan.
Misha (kiri) bersama Loh Boon Leong.
Misha dan Firos mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu.
Pada majlis itu keluarga kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk mengikat tali pertunangan selama setahun tetapi majlis berkenaan akhirnya tertangguh.
Misha menambah, dia telah mendengar isu berkenaan sejak Februari lalu dan telah mengenal pasti seorang lelaki yang membuat fitnah berkenaan.
"Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan.
“Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin," tegasnya.
Dalam pada itu Misha dan Fiross telah memilih Februari 2014 untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapati terdapat kelapangan terhadap jadual masing-masing.
"Namun tarikh sebenar perkahwinan akan ditetapkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti kerana keluarga kami akan berjumpa untuk berbincang semula,” katanya.

Masjid diceroboh, diconteng lambang Nazi

Foto

KEBANYAKAN grafiti kebencian disembur di kawasan yang akan menjadi ruang solat di tingkat bawah Masjid Redditch Central.
London: Polis memburu samseng yang memecah masuk sebuah masjid awal pagi semalam dan membuat contengan lambang Nazi pada bangunan itu.
Kebiadapan itu dikesan pada Masjid Redditch Central di Worcestershire selepas anggota polis menyiasat laporan berlaku pencerobohan di situ jam 4.30 pagi.
Penceroboh dipercayai memecah masuk ke kawasan masjid yang masih dibina itu kira-kira jam 2 pagi sebelum menggunakan cat yang ada untuk menyembur mesej kebencian.
Polis masih mengawal masjid di Jalan Jinnah itu ketika anggota forensik menjalankan siasatan.
Tidak dapat dipastikan jika ada barang lain dicuri ketika kejadian. Sementara itu pegawai polis West Mercia, Kevin Purcell berkata selama ini hubungan antara komuniti Muslim dan penduduk setempat berlangsung dengan amat baik.
Foto
PEKERJA membersihkan grafiti.
“Disebabkan beberapa kejadian seperti ini berlaku di seluruh negara, anggota polis diarah berkawal dengan lebih ketat dan kejadian sebegini tidak boleh diterima,” katanya.
Purcell berkata, dia akan mengatur mesyuarat dengan pengerusi masjid, pemimpin setempat dan Kumpulan Penasihat Bebas bagi memastikan semua pihak komited mengelak sebarang serangan seumpama itu berulang.
Grafiti kebencian perkauman itu bukan yang pertama berlaku di masjid berkenaan.
Pada Julai 2006, Masjid Redditch Central dibakar dan menyebabkan kerosakan bernilai £3,000 (RM14,760).
Pengkhianat turut cuba membakar masjid sama pada Januari lalu tetapi api yang dihidupkan pada pintu depan bangunan itu tidak merebak.
Tiada sesiapa yang cedera atau berlaku kerosakan serius dalam insiden itu. 

Robot Pertama Boleh Bersembang Seperti Manusia


TOKYO - Eksperimen perbualan angkasa lepas yang pertama di dunia melibatkan sebuah robot bernama Kirobo dengan manusia berlangsung di Jepun semalam. 

Pemaju projek Kirobo berkumpul di ibu kota Jepun di sini untuk menunjukkan keupayaan mesin tersebut bercakap dan berbual.

Robot kerdil itu memiliki ketinggian cuma 34 sentimeter.

Saintis-saintis terlibat berharap Kirobo boleh mengendalikan perbualan dengan matlamat robot itu dapat menjadi teman angkasawan yang bertugas di angkasa lepas.

Apabila ditanya tentang impiannya, Kirobo memberitahu: "Saya mahu mewujudkan masa depan yang mana manusia dan robot dapat hidup bersama,".

Kirobo dijadual dilancarkan ke angkasa lepas dari Pusat Angkasa Tanegashima Space pada 4 Ogos depan. Projek ini dikendalikan bersama oleh beberapa organisasi termasuk syarikat Dentsu Inc, Universiti Tokyo dan Toyota. - AP 

Elfira Loy Nafi Bercinta Dengan Baim Wong, Pengakuan Baim Hanya Gimik Telefilem

Baru-baru ini agak kecoh juga dunia Internet bila pelakon popular Indonesia, Baim Wong mengakui dirinya bercinta dengan Elfira Loy melalui program MeleTOP.

Dalam program itu, Neelofa telah bertanya kepada Baim Wong tentang apa yang istimewa tentang telefilem ini, dan dan ia dijawab dengan mudah oleh Baim–kerana Elfira Loy.
Memang benar bercinta.
Itu ialah jawapan Baim bila ditanya oleh Neelofa dan Nabil tentang hubungannya dengan Elfira Loy, dan dia turut menunjukkan SMS dengan Elfira Loy untuk membuktikan percintaan mereka.
Hari ini melalui Utusan Malaysia, Elfira telah menerangkan mereka sebenarnya tidak bercinta, sebaliknya apa yang dilakukan oleh Baim ialah sekadar gimik untuk telefilem yang dilakonkan oleh mereka berdua, iaitu “Untuk Terakhir Kali”.
Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama.
Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman.
Walaupun ada peminat Elfira yang bersorak tentang perkhabaran ini, nampaknya terpaksa menerima hakikat yang ianya tidak berlaku. Tak apalah, mula-mula gimik. Nanti kalau betul terjadi pula, siapa yang tahu, kan?

MONOREL BUATAN INDONESIA YANG GAGAL DAN BADASS (16 GAMBAR)

Jakarta ialah antara bandaraya yang mempunyai masalah kesesakan jalan raya yang kronik. Dianggarkan 3.1 juta kereta dan 8.3 juta motosikal dipandu di Jakarta setiap hari. Pengangkutan awam Jakarta pula semakin uzur dengan 73% daripada 82 000 bas awam yang digunakan sekarang dikatakan tidak lagi layak digunakan dan menjadi sumber pencemaran. Bagi menangani masalah ini projek Monorail Indonesia dimulakan pada tahun 2004. Malangnya projek ini tergendala pada tahun 2008 akibat kegawatan ekonomi. Projek ini hanya dimulakan semula pada Febuari tahun ini.


Beberapa syarikat tempatan dan luar negara cuba mendapatkan kontrak pembangunan semula Monorel Jakarta yang bernilai RP 7 Trillion (RM 2.27 Billion) ini. Antara syarikat tempatan Indonesia yang cuba mendapatkan projek ini ialah PT Melu Build General Wiweka. Mereka menghasilkan prototaip di bawah. Monorel rekaan mereka boleh memuatkan 125 orang dalam satu gerabak pada satu-satu masa. 

Malang bagi PT Melu Build General Wiweka, pihak berkuasa Jakarta memilih syarikat CNR dari China bagi menghasilkan gerabak monorel. CNR ialah syarikat yang sama yang dipilih oleh KTM untuk menghasilkan gerabak KTM Komuter baru. 

Apabila sistem Monorel Jakarta siap sepenuhnya pada tahun 2016, ia diharap dapat membawa 800 000 penumpang sehari dengan menggunakan 200 gerabak monorel. LOL, monorail seperti LEGO!



Laporan asal VivaNews

CAPTCHA PALING PORN DALAM SEJARAH INTERNET

Lepas masukkan captcha automatik akan lawat alam tuh. Enjoys!





Pokok Tertua Di Dunia Yang Super RARE (9 GAMBAR)

Poko ini terletak di Ancient Bristlecone Pine Forest, California. Pokok ini dikatakan berumur 4,800 tahun. Untuk melihat pokok ini, anda perlu mendaki bukit setinggi 11,200 kaki. Sangat rare untuk jumpa pokok yang beribu tahun pada zaman sekarang. Rakusnya manusia ini hanya tuhan yang tahu.





Sumber: Bhisop

KERETA KEBAL UTAMA INDONESIA DAN SINGAPURA (18 GAMBAR)

Kereta kebal utama kegunaan Malaysia ialah PT 91M Pendekar yang merupakan modifikasi kepada kereta kepada T-72 keluaran Russia. Sebantak 48 kereta kebal ini dibeli negara kita untuk kegunaan Tentera Darat. Negara jiran kita Singapura dan Indonesia pula memilih Leopard 2A4 Revolution bagi keperluan armor mereka. Singapura mempunyai 96 buah manakala Indonesia mempunyai 104 buah. Leopard 2A4 Revolution ialah Leopard 2A4 yang diberikan penaik tarafan elektronik dan sistem armor. Selepas berakhirnya Perang Dingin, Tentera Darat Jerman mempunyai lebih dari 2000 Leopard 2A4. Ketika Perang Dingin Jerman dijadikan negara penampan bagi menghalang pencerobohan tentera Soviet ke Eropah Barat. Pihak NATO risau tentera Soviet yang pada ketika itu mempunyai puluhan ribu kereta kebal boleh menceroboh Eropah Barat dengan mudah. Make Leopard 2A4 dihasilkan secara pukal untuk kegunaan Jerman. 


Leopard 2A4 Revolution dilengkapi armor seramik komposit pada rudal,sisi , depan dan belakang baru yang mampu menahan serangan misil anti armor sepertiRPG7 dan 9M133 Kornet yang digunakan Soviet. Ini membuatkan berat Revolution bertambah dari 52 ke 61 tan. Ia masih menggunakan meriam utama Rheinmetall L/44sebesar 120 mm yang dianggap sebagai meriam kereta kebal terbaik dunia. 

Perbezaan utama Leopard 2A4 yang digunakan oleh Singapura dan Indonesia ialah Singapura menggunakan beberapa teknologi yang dibangunkan republik ini sendiri. Sungguhpun dari segi luaran ianya kelihatan lebih kurang sama, Leopard 2A4 Revolution milik Singapura diberikan nama baru Leopard 2SG.



Laporan asal Wikipedia dan Garuda Militer

OMG Perkahwinan Anak Sultan Brunei Cecah RM60 Juta? (10 Gambar)

Jumaat, negeri Brunei Darussalam meraikan satu upacara perkahwinan yang gilang-gemilang di mana Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan isterinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha meraikan kehadiran menantu baru dalam keluarga diraja itu.



Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.




Majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dihadiri hampir 2,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.




Di sebalik sambutan perkahwinan yang gemilang dan meriah itu, perkahwinan diraja itu dicatatkan sebagai perkahwinan yang paling mahal setakat ini. Menurut laman Yahoo! News Malaysia, perancang perkahwinan kerabat diraja Brunei, Maya Kalman, pengasas Swank Productions di New York mengesahkan yang jumlah perbelanjaan mencecah USD 20 juta, bersamaan dengan RM60 juta.




Berbeza sewaktu sambutan majlis perkahwinan abang sulung Puteri Hafizah Sururul Bolkiah pada tahun 2004, sebanyak USD 5 juta sahaja dibelanjakan.




“Purata untuk perkahwinan mewah seperti ini menelan belanja sebanyak USD 1 ribu bagi setiap tetamu. Jadi, anggaran saya jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta,” kata Kalman.




Malah, Kalman menambah, jumlah itu hanyalah untuk sambutan majlis persandingan kedua-dua pengantin pada hari ini sahaja.




Ia masih lagi tidak ditambah dengan kos tambahan lain untuk sambutan perkahwinan yang berlangsung selama seminggu ini.






























p/s : Giler... Rm60 Juta tu... fuh..

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More