Tuesday 28 May 2013

Selebriti Hollywood Yang Enggan Memakai Bra Dan Lebih Memilih Menggunakan Pita Pelekat

Beberapa artis Hollywood rupanya beranggapan bahwa bra sangat mengganggu penampilan. Alhasil, mereka menggunakan benda lain menutupi dada mereka, salah satunya dengan selotip!
Sebagian besar orang mungkin menganggap penampilan mereka ini aneh. Namun wanita-wanita seperti Rihanna, Lady Gaga dan Nicki Minaj rupanya justru sangat menikmati tren baru ini


Seperti apa sih penampilan bintang-bintang Hollywood ini dengan selotip di dada? Apakah tren ini layak dicoba? Langsung saja simak ulasannya berikut ini! Selamat membaca!

1. Nicki Minaj



Rapper ini memang tak pernah sungkan untuk menampilkan sesuatu yang kontroversial, termasuk tampil seksi dengan selotip. Kostum ini ditampilkan Nicki Minaj dalam video klip terbarunya yang bertema emas. Lihat bagaimana dia menampilkan payudaranya yang hanya ditutup dengan selotip berbentuk bintang itu.


2. Lady Gaga
 
Nicki Minaj jelas bukan orang pertama yang menampilkan fashion tak biasa ini. Lady Gaga adalah salah satu pendahulu yang tak sungkan tampil dengan baju transparan, namun nekat tak mengenakan bra. Dan pita pelekat putih itu sepertinya jadi pilihan menarik yang terpikir oleh wanita 26 tahun ini.


3. Rihanna
 
Takkan ada yang heran jika Rihanna masuk dalam daftar ini. Pasalnya,penyanyi laguUmbrella ini memang dikenal kerana kebiasaannya mengekspos foto-foto seksi. Dia pun tak mau ketinggalan mengikuti tren selotip ini. Dan bentuk bintang merah muda itu sepertinya pilihan sempurna untuknya.


4. Amy Smart

Dalam film CRANK yang dibintanginya dengan Jason Statham, Amy Smart memang dituntut untuk tampil super hot. Berbagai adegan seks di dalamnya dibumbui dengan sentuhan unik termasuk yang satu ini.Ingin tahu dengan aksinya? Langsung tonton saja filmnya!


5. Taylor Momsen
 
Saat manggung, rocker Taylor Momsen memang kerap mengenakan busana yang super seksi. Ketimbang harus mengenakan bra, dia lebih memilih pita pelekat untuk melindunginya dari wardrobe malfunction. Dan beginilah penampilan Taylor!


6. Kelly Osbourne

Sekilas, penampilan Kelly Osbourne ini memang terlihat sopan. Namun jika diperhatikan secara seksama, kalian akan terkejutmengetahui bahwa busana yang dikenakannya transparan. Namun putri Ozzy Osbourne ini tak khawatir dadanya terlihat. Pasalnya, dia telah mengenakan selotip hitam yang sangat manis.


7. Naomi Campbell
 
Baju seksi yang dikenakan Naomi Campbell ini memang sangat berbahaya! Bagaimana tidak, salah gerak sedikit saja dada bintang ini akan terekspos di depan umum. Namun di sisi lain, dia juga tak mungkin mengenakan bra kerana akan merusak penampilannya. Untuk mengantisipasi hal itu, Naomi pun mengenakan selotip dengan warna senada untuk mencegah nipple-nya terlihat oleh orang yang tak diinginkan.


8. Pink
 
Pink adalah seorang pemuzik yang selalu percaya diri dengan penampilannya. Tak hairan jika senyum percaya diri itu juga terpancar kala dia yakin bahwa baju transparannya ini sudah 'dijinakkan' oleh pita pelekat hitam yang melindungi dadanya. Ada yang berminat menjajal fashion ini?

Inilah Selebriti Hollywood Yang Kantoi Tidak Memakai Bra Dan Seluar Dalam ketika Di Tempat Awam


Dalam koleksi ini, anda akan melihat gambar artis hollywood yang terkenal kantoi 

tidak memakai bra dan seluar dalam, seperti dalam kes Paris Hilton, yang suka 

menunjukkan arnab separuh dunia. Hanya melihat koleksi gambar skandal Paris 

Hilton saya menerbitkan sedikit masa lalu.

Artis Hollywood Yang Kantoi Tidak Memakai Bra Dan Seluar Dalam

Gambar Paris Hilton Kantoi Tidak Memakai Bra  















Perkara-Perkara Pelik,Lucu Dan Menarik Hanya Ada Di Jepun


Bukan kali pertama kita menunjukkan perkara-perkara pelik yang berlaku di 
negara-negara lain, dan adalah sesuatu yang difahami, kerana tidak semua adalah 
sama dari segi adat resam, apatah lagi apabila kita pergi dari negara ke negara, 
dan terdapat beberapa yang benar-benar agakjarang dan berbeza, saya maksudkan 
Asia, terutamanya Jepun. Hanya perlu melihat gambar-gambar untuk pergi 
bersama-sama dengan saya



















Lebih 85 NGO Boikot Barangan Penyokong Demonstrasi Haram



alt
KUALA LUMPUR 28 Mei - Lebih 85 badan bukan kerajaan (NGO) akan terus menggerakkan usaha memboikot barangan produk keluaran syarikat yang menyokong demonstrasi haram jalanan.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, usaha memboikot itu bertujuan memberi kesedaran kepada pengusaha syarikat yang dilihat tidak mempunyai semangat kenegaraan sehingga sanggup menggadai kemakmuran negara.

"Kita cuma mengharapkan 30 peratus (boikot) saja kerana ini akan menyebabkan mereka tiada keuntungan, katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama aktivis Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Mohd Mustaffa Hamzah dan Pertubuhan Permuafakatan Wangsa Malaysia Ayahanda Kelana Putra.

Jelas Nadzim, boikot yang dijalankan tidak eksklusif terhadap masyarakat Cina tetapi kepada semua yang terlibat dan menyokong dalam perhimpunan haram.

"Bukan boikot produk (kaum) Cina, tidak ada satu sebab pun, kita hanya nak sampaikan isyarat kepada syarikat yang kita anggap tidak mempunyai semangat kenegaraan, tidak patriotik kerana dengan sesuka hati melakukan berbagai usaha untuk menjejaskan kemakmuran negara." katanya.

Dalam pada itu Nadzim turut mengambil contoh seorang tokoh antarabangsa, Mahatma Gandhi yang berjaya menumbangkan empayar Britshh yang kuat sehingga mencapai kemerdekaan dengan hanya memboikot.
alt
"Ini adalah pesanan pertama, kita bersama-sama tunjukkan kuasa pengguna. Bukan hanya kepada pengguna Islam tetapi juga seluruh rakyat Malaysia kerana ditipu," ujarnya.

Dalam sidang media sama Nadzim menjelaskan bahawa terdapat beberapa penipuan didalam operasi syarikat yang mengeluarkan produk-produk yang tersenarai dalam barangan boikot.

Antara lain, kandungan bahan-bahan beracun yang terdapat di dalam makanan dan ketiadaan sijil sah halal.

"Penjelasan telah diminta daripada syarikat tersebut namun tidak mendapat jawapan yang sewajarnya," katanya.

Lantas yang demikian Nadzim mendesak pihak berwajib agar membuat siasatan dan menyarankan orang ramai tidak diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) siasat Air Asia kerana kita dapat tahu sektor di Hong Kong, Filipina dan Thailand tiada sijil halal.

"Apabila kita tanya mereka enggan jawab. Jangan kita dibuli oleh syarikat besar seperti ini," tegas beliau.

Lapan produk disenaraikan untuk diboikot seperti, minyak masak Seri Murni, roti Massimo, tepung gandum Cap Sauh dan Blue Key, makanan dalam tin keluaran Marina, 99 Speedmart, restoran Old Town White Coffe, Papa Rich dan syarikat penerbangan Air Asia.
 

Boikot barang makanan buatan Cina,,, Minta maaf la..


Terdapat 8 barangan yang dicadangkan oleh Ngo-ngo yang dipelopori oleh PPIM...lantak ke hangpalah nak boikot berapa banyak sekali pun,, aku peduli apa...


alt
Lapan produk disenaraikan untuk diboikot seperti, minyak masak Seri Murni, roti Massimo, tepung gandum Cap Sauh dan Blue Key, makanan dalam tin keluaran Marina, 99 Speedmart, restoran Old Town White Coffe, Papa Rich dan syarikat penerbangan Air Asia.
Baca sepenuhnya di Klik Sini
Kalau barangan itu aku perlu,, tak kan aku nak ikut cadangan bodo dari pencacai umno tu...Minyak masak,, Seri Murni, atau apa saja, kalau itu saja yang ada jual,,, tak kan tak beli... perut anak bini aku lapaq, orang umno nak tulong suapkan ka.., pergi jahanam dengan cadangan... 
Restoren Old Town White Coffe, hangpa tak suroh boikot pun,, aku memang tak pernah masuk pun, banyak lagi kedai melayu yang boleh masuk...
Penerbangan Murah Air Asia,, ha ha,, yang ini otai Umno Cikgu Lin SK Seri Selamat Stiawan, dia pun tak mampu nak ikut boikot, 2 hari sudah, ia pergi Sarawak, merisik menantu, naik Air Asia juga,, tak nak pulak naik Mas... atau pun naik tongkang..
Sekarang aku cadang,, apa kata orang-orang PAS turut sama boikot... Boikot kedai-kedai yang mana tuan empunya kedai pure umno,,,Tak guna kita pergi berbelanja kedai orang umno,  dia dapat untung,, bila PRU dia hentam Pas,, apa macam..
Kawan baik aku, hari Sabtu ni, 01 Jun,, buat kenduri nikah anaknya,,dia tak jemput jiran dan kekawan orang umno,, sebabnya buat apa bagi makan kat orang umno,, lepas tu dia lawan balik...

Berbalik pada boikot barangan Cina,, betui ka,,, kalau dapat projek, class A, juta-juta punya,, selalunya bagi kat siapa?..


Kejam : Kucing Disumbat Ke Dalam Botol dan Dijadikan Hiasan ( kucing bonsai)


Kucing Bonsai ?


Seorang bangsa Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.
Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
 
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan… Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!

Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika ‘kucing bonsai’ seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.

Kisah Seram :DENDAM MAYAT HANGUS



 
Bekerja sebagai seorang pemandu teksi memang banyak risikonya. Terutama jika terpaksa mengambil penumpang pada waktu malam. Akhir-akhir ini, banyak kes-kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi. Samada sebagai mangsa atau pemangsa. Begitulah yang terjadi kepada seorang kawan aku bernama Sadiq. Dia baru sebulan jadi pemandu teksi. Tapi pengalaman yang dilaluinya bukan saja tragis, malah diselubungi misteri. Manakan tidak, teksi yang dipandunya tiba-tiba terbakar sebelum terjunam beberapa belas meter ke dalam gaung di kawasan Bukit Langat.

Hari ini Sadiq terlantar di Hospital Ampang Puteri dengan kecederaan parah di seluruh badan. Sebahagian tubuhnya melecur teruk akibat terbakar. Kecut perut aku melihat keadaan fizikal Sadiq yang sebegitu rupa. Sadiq sudah sedar sewaktu aku menziarahinya di wad. Matanya terkelip-kelip memandang aku seakan ingin mengatakan sesuatu. Namun alat bantuan pernafasan yang menyerkup mulutnya menghalang komunikasi antara kami. Bahasa tubuhnya tak dapat aku fahami. Di satu sudut, ibu Sadiq sedang teresak-esak menangis sambil cuba ditenteramkan oleh ayahnya. Manakala Khalil, adik lelaki Sadiq yang berumur 19 tahun kelihatan murung merenung jauh ke luar tingkap. Aku difahamkan, adiknya ada bersama sewaktu kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka tu. Hairannya, dia langsung tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Aku mendekati Khalil untuk mendapatkan maklumat lebih jelas berkenaan kejadian yang berlaku. Khalilpun mula bercerita;

Malam tu abang Sadiq jemput saya pulang dari kolej macam biasa. Sewaktu dalam perjalanan balik ke Lembah Jaya Selatan, ada seorang perempuan muda menahan teksi abang Sadiq di sekitar Ampang City. Kulitnya agak gelap kehitaman. Pakaiannya nampak kotor. Wajahnya terselindung di sebalik tudung lusuh. Dia minta dihantar ke atas Bukit Langat sebab keretanya kehabisan minyak di sana. Tanpa berfikir panjang, abang Sadiq pun tumpangkan dia. Masa dia masuk dalam teksi, saya dah terasa macam ada yang tak kena dengan perempuan tu. Bau badan dia meloyakan tekak. Macam bau benda hangus pun ada. Tapi saya diamkan aje.

Hujan lebat yang turun sejak petang menjadikan pergerakan kenderaan kurang lancar disamping jalan yang licin dan bengkang-bengkok. Mujur kenderaan tak berapa banyak waktu itu. Satu ketika, saya mula tercium bau minyak petrol. Saya memandang abang Sadiq. Kemudian menoleh ke arah perempuan itu melalui cermin pandang belakang. Hanya sorot matanya sahaja yang kelihatan. Hati saya dah mula rasa tak sedap.

“Petrol ni untuk isi dalam kereta… habis minyak kat atas bukit nu.” Kata perempuan tu tanpa ditanya.


“Masuk ni dah dua kali dah kereta Ina kehabisan minyak. Tempat yang sama pulak tu. Kali pertama tu Ina tahan teksi jugak untuk beli petrol. Masa hantar Ina balik ke kereta, pemandu teksi tu cuba buat benda tak elok pada Ina. Bila Ina melawan, dia mula berkasar. Dia lempang Ina dua kali. Rasa macam nak pengsan. Tak pernah Ina kena lempang sampai macam tu seumur hidup Ina. Lepas tu…” Kata-kata perempuan yang bahasakan dirinya Ina tu terhenti. Dia mula menangis teresak-esak.

“Lepas kena lempang, Ina terlalu lemah dan lemas untuk mempertahankan diri. Ina langsung tak berdaya. Sesak nafas dan rasa macam nak mati. Lepas tu Ina diseret…” Sekali lagi Ina diam. Saya makin rasa tak selesa. Macam ada sesuatu yang tak kena dengan Ina. Saya cuit peha abang Sadiq. Cuba menyatakan rasa kurang selesa saya dengan cerita Ina. Abang Sadiq rapatkan jari telunjuk ke mulut menyuruh saya diam. Kemudian mulut abang Sadiq nampak kumat-kamit macam baca sesuatu. Saya pandang cermin pandang belakang sekali lagi. Ina nampak gelisah. Matanya liar memerhati keluar. Saya turut memerhati keluar. Cuaca gelap dan hujan terus mencurah lebat. Selain kami, tak ada sesiapa yang melalui jalan itu. Saya tanya Ina samada dia ada buat laporan polis atau tidak. Dia geleng. Tak sempat katanya. Tapi dia cam pemandu teksi itu. Kata Ina, orangnya kurus tinggi dan berkulit hitam manis. Bermisai dan berambut keriting macam abang Sadiq.

“Nak tau apa berlaku lepas tu?” Tanya Ina satu ketika. Saya dan abang Sadiq saling berpandangan. Ina dah berhenti menangis. Saya menoleh seimbas dan nampak sorot mata ina yang tajam sambil tersenyum sinis. Berderau darah saya masa tu.

“Tak apalah Ina, kami bersimpati dengan apa yang terjadi pada Ina. Anggaplah semua tu ujian Tuhan. Lambat laun, pasti lelaki itu akan ditangkap. Kat mana kereta Ina?” Tanya saya sekadar nak menghilangkan debar di dada.

“Kat sinilah!” Jawab Ina serta-merta. Abang Sadiq memperlahankan teksi. Namun kami tidak nampak kereta Ina di mana-mana.

“Kat sinilah! Pemandu teksi tu curah petrol pada Ina. Lepas tu dia nyalakan lighter macam ni!” Sambung Ina. Kami terkejut besar bila menyedari api marak membakar tempat duduk belakang teksi. Saya cepat-cepat melompat keluar. Tapi abang Sadiq gagal mengawal kereta sehingga terhumban ke dalam gaung. Api terus marak. Jeritan Ina bergema berselang-seli dengan kilat dan petir. Saya pengsan!

Sedar-sedar kami dah terlantar kat hospital. Peliknya, hanya kami berdua sahaja yang orang jumpa. Jasad Ina ghaib macam tu aje. Saya dah buat laporan polis semalam. Diorang dah pergi siasat kat tempat kejadian.

Dan pagi tadi kami dikejutkan dengan berita penemuan mayat rentung tak jauh dari tempat kemalangan dan dipercayai milik seorang perempuan. Hairannya, mayat tu mungkin dah seminggu ada kat situ. Mustahil Ina yang dimaksudkan. Tapi kalau bukan Ina, ke mana Ina hilang? Itulah yang saya menungkan sejak tadi. Cuba nak cari jawapan atas apa yang dah berlaku!
Dengar cerita Khalil buat aku terdiam sejenak. Memang menakutkan jika aku berada di tempat mereka pada ketika tu. Boleh jadi, ada perkaitannya kewujudan Ina dengan penemuan mayat tu. Mungkin Ina cuba menyampaikan sesuatu maklumat kepada mereka. Ataupun rohnya tak tenteram sehingga dia mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.

Perhatian aku beralih kepada Sadiq apabila terdengar dia mengerang sakit. Aku menghampirinya. Sadiq merenung aku dengan mata berair. Mulutnya bergerak-gerak. Aku kira, Sadiq ingin katakan sesuatu kepada aku. Aku buka penutup plastik yang menyerkup mulut Sadiq. Kemudian aku rapatkan telinga ke mulutnya. Dia menarik nafas berat.

“Arghh… aku dah insaff… arghh.. panggil polis datang… aku nak serah diri… a aku taknak dia apa-apakan kaum keluarga akuu… arghh….” Sadiq mengerang perlahan di telinga aku. Kemudian dia terus meracau tanpa aku fahami biji butirnya. Aku beristighfar. Terkejut dan kesal. Tapi aku tak sampai hati untuk memanggil polis datang. Biarlah Sadiq pulih dahulu. Kemudian terpulanglah kepadanya samada ingin menyerah diri atau menunggu undang-undang membongkar segalanya.
 

Koleksi Gambar Pelik Tapi Benar Yang Sangat Awesome!!














My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More