Saturday 24 August 2013

Pertemuan Mira Sofea



CHACHA (kiri), Ryzal dan Sharnaaz bergabung untuk menghidupkan drama bersiri Mira Sofea.


TIGA pelakon ini mempunyai fasa yang berbeza dalam industri seni lakonan. Sharnaaz Ahmad sudah mempunyai tempat yang selesa. Dia dilihat sebagai seorang aktor yang mempunyai cara lakonan yang tersendiri malah konsisten dalam setiap persembahannya. Walaupun pernah dihimpit kisah peribadi, khalayak tetap setia menjadi penonton untuk menyaksikan keterampilannya sebagai aktor yang tidak pernah gagal dalam lakonan.
Pelakon Ryzal Jaafar pula sudah agak lama dalam dunia seni lakon namun, dia sendiri mengaku belum sampai ke satu titik yang membuatkan namanya cukup besar sebagai dramatis mahupun aktor. Mungkin kerana sering diberikan watak baik, bakat Ryzal umpama bagai dipenjara.
Aktres muda, Chacha Maembong juga masih mentah dan baharu dalam seni persembahannya. Namun, kali ini dia mendapat kepercayaan Along Kamaruddin sebagai sutradara untuk membawakan watak utama dalam drama Mira Sofea. Drama itu menggabungkan tiga pelakon ini dalam satu 'pentas' dan akan ke ditayangkan bermula esok pada pukul 5 petang di Astro Prima (Saluran 105).
Kisah cinta, kekeluargaan dan manusia yang hidup dalam perasaan hasad dengki dipamerkan dalam drama yang akan ditayangkan sebanyak 24 episod ini. Selain berbicara mengenai drama di bawah Orangetree Production Sdn. Bhd., ini, ketiga-tiga pelakon itu turut berkongsi pandangan tentang 'demam' drama tempatan yang mendapat sambutan hebat daripada penonton tempatan.
Terangkan tentang watak kalian dalam drama Mira Sofia ini?
SHARNAAZ AHMAD (SA): Saya membawakan watak Ryan yang merupakan anak taukeh ikan bilis berjaya sehingga menyebabkan dia menjadi lelaki yang mementingkan diri. Ryan gemar menghabiskan duit keluarga dan pada masa yang sama, dia gilakan Mira. Dia menggunakan segala taktik dan cara untuk mendapatkan Mira. Dia juga angkuh, suka ambil kesempatan, tidak boleh terima jawapan 'tidak' serta akan menggunakan orang lain untuk mencapai impiannya.
CHACHA MAEMBONG (CM): Saya membawakan watak Mira yang merupakan seorang pelajar kelas masakan di kolej. Dia merupakan seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Dia rapat dan terlalu sayangkan ibunya. Mira juga digilai Ryan dan akibat menolak pinangan Ryan dia menerima pelbagai masalah dan mendapat nasib buruk sebelum bertemu kebahagiaan. Dia seorang yang tabah.
RYZAL JAAFAR (RJ): Saya membawakan watak Azlan yang pulang bekerja di luar negara. Dia merupakan seorang lelaki yang baik, penyayang, tekun, menghormati orang tua dan kuat pegangan agama.
RYZAL mengajak para peminatnya mengikuti perkembangan seninya melalui laman Instagramnya dengan menggunakan nama Ryzal_Jaafar.


SA: Melihatkan pelakon yang hebat-hebat dan arahan Along, saya dengar dia pantang kalau pelakon tidak ikut skrip yang diberikan. Saya jenis tidak ikut skrip tapi, dia boleh terima cara saya.
CM: Bagi saya, lakonan untuk kali ini paling susah kerana kali pertama membawakan watak utama bersama-sama beberapa pelakon yang hebat. Saya membawakan watak yang berat dan perlu mempamerkan pelbagai emosi seperti sedih, menangis dan lari dari rumah. Walaupun saya sudah lama bermula dalam bidang lakonan, pada hakikatnya, saya masih belajar. Cabaran paling besar ialah adegan pergaduhan dan apa sahaja yang melibatkan Sharnaaz.
RJ: Boleh saya katakan bahawa watak kali ini tidaklah mencabar sangat kerana saya masih membawakan watak baik.
Adakah anda cenderung untuk membawakan baik atau jahat?
SA: Watak jahat bagi saya membosankan. Itu sebabnya saya suntik unsur lawak dalam watak jahat yang saya bawakan kini. Tidaklah tertekan sangat. Tetapi, sebenarnya kalau diberikan watak jahat, biarlah jahat yang ekstrem. Barulah puas untuk saya lakonkan. Saya sebenarnya pernah membawakan watak baik iaitu dalam drama Cinta Mukhlis. Memang feel saya membawakan watak itu kerana jiwa saya tengah kacau.
RJ: Kebanyakannya memang watak baik pun yang saya bawakan. Kalau boleh, memang saya mahukan cabaran lain. Mungkin kerana wajah, saya mendapat lebih banyak watak protagonis. Saya tidak menolak malah menerima dan melakonkannya dengan sebaik mungkin.
Sharnaaz, anda mengatakan tidak terlalu terikat dengan skrip dan akan membuat skrip sendiri. Kenapa?
SA: Bukan sepenuhnya tidak ikut skrip. Tetapi, atas olahan saya. Saya memberikan penambahbaikan ke arah kebaikan dan isi kandungannya masih sama. Semua pengarah filem lakonan saya dapat menerima cara saya bekerja.
DRAMA bersiri Mira Sofea menyaksikan penampilan pertama Chacha sebagai pelakon utama dengan membawakan watak beremosi yang berat.


Cabaran untuk lakonan kali ini?
Bagaimana kalian melihat peningkatan populariti dan penonton dalam industri drama akhir-akhir ini?
SA: Secara jujurnya, saya melihat di Malaysia, industri kita memang mengalami lambakan pelakon baharu baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi, kita masih hidup dalam budaya lama iaitu cenderung kepada yang popular sahaja. Yang tidak atau belum mempunyai suntikan glamor dan popular tidak diberi ruang serta peluang. Ramai pelakon baharu yang berbakat besar tidak mendapat peluang. Saya rasa mereka perlu diberi peluang.
RJ: Saya setuju dengan pernyataan tersebut kerana jika kita lihat, sejak akhir-akhir ini drama Melayu tempatan memang mendapat sambutan dengan jumlah penonton yang tinggi. Contohnya, drama lakonan saya, Setia Hujung Nyawa yang berjaya mencapai empat juta penonton. Malah, penonton memberikan respons yang sangat bagus sehingga terbawa-bawa dengan lakonan aktor atau aktres. Mereka akan meluahkan rasa geram, sedih, suka atau simpati sebagai tanda apresiasi mereka terhadap lakonan kita.
Apakah faktor yang membuatkan drama tempatan kini diterima dengan meriah oleh penonton?
SA: Saya melihat faktor ini cenderung kepada peningkatan mutu lakonan malah para pengarah baharu juga sudah maju ke hadapan. Bukan bermaksud saya menyatakan sutradara lama tidak begitu cuma mereka sudah mempunyai ideologi masing-masing. Jalan cerita juga penting. Industri sudah mempunyai persaingan yang sihat yang membuatkan pelakon dan pengarah melakukan yang terbaik untuk hasil yang bagus.
RJ: Pandangan saya, jalan cerita dan pelakon itu sendiri. Stail drama baharu lebih kepada adaptasi novel dan penonton ternyata menggemarinya. Jalan cerita lebih segar dan tidak terlampau berbentuk drama Melayu.
SHARNAAZ mengaku gemar membawakan watak jahat apabila ditambah dengan rencah humor, wataknya yang akan menceriakan penonton.


Bagaimana pula kalian melihat fenomena kecenderungan stesen televisyen memilih wajah dramatis mereka sendiri?
SA: Saya berharap biarlah pemilihan tersebut dibuat berdasarkan kredibiliti. Kalau pelakon lama, kita sudah tahu kebolehan mereka tetapi tidak untuk pelakon baharu. Boleh kalau ingin memilih tetapi tidaklah sepanjang masa. Kasihan dengan pelakon baharu yang namanya ditolak tanpa diberi peluang. Kita sama-sama cari makan dalam industri dan biarlah adil. Dulu, saya berdepan dengan situasi ini tetapi selepas filem dan drama saya keluar, saya diberi kepercayaan oleh pihak stesen televisyen.
RJ: Itu yang berlaku sekarang, pelakon-pelakon memang takut dengan keadaan ini. Yang jadi kegemaran memang akan berasa seronok dan sebaliknya. Saya berasa kasihan dengan situasi ini dan kita memang sudah maklum bahawa stesen televisyen memang mementingkan rating. Itulah sebabnya ada faktor pemilihan wajah-wajah yang sama dalam banyak produk atau naskhah drama. Bagi saya, sepanjang perjalanan saya sebagai pelakon, daripada mula sudah okey dan telah pun mendapat kepercayaan.

Fathia lebarkan sayap di Uzbekistan


FATHIA menggayakan kostum rekaan Albert King ketika sesi fotografi di Samarkand, Uzbekistan.



PENDIRIAN Nur Fathia Abd. Latiff dan Aiman Hakim Ridza Abdoh untuk tidak mengesahkan gosip percintaan mereka sebenarnya menjadikan nama dua pelakon muda itu semakin 'panas.'
Nama Fathia, 25, dan Aiman, 24, mula dikaitkan apabila sebuah blog gosip mendakwa mereka berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 April lalu.
Biarpun sudah pelbagai jawapan diberikan Fathia bagi menafikan gosip tersebut, isu berkenaan masih disebut-sebut dan seolah-olah ia seperti kelihatan benar-benar bercinta.
Namun, menerusi drama bersiri berjudul Diandra yang kini hangat ditayangkan di TV3 pada setiap Selasa, pukul 9 malam menerusi slot Lestary, mereka sememangnya berlakon sebagai pasangan yang saling bercinta.
Mula ditayangkan pada 20 Ogos lalu, naskhah tersebut menampilkan Fathia sebagai Diandra, seorang gadis lasak yang menjadi pengawal peribadi kepada seorang pelakon terkenal yang berlagak iaitu Adam Fahmi, lakonan Aiman. Mereka akhirnya saling jatuh cinta.
Menjawab persoalan tentang kenapa sukar sangat untuk dia mengaku bercinta dengan Aiman, ujar Fathia: "Saya tak mahu kalau banyak gosip cinta akan menyebabkan saya digelar artis sensasi sedangkan karier (lakonan) tidak ke mana.
"Biarlah buat masa ini, cukup saya katakan bahawa diri ini dan Aiman serasi bersama dan masih dalam peringkat mengenali hati budi."

FATHIA bergambar kenangan bersama beberapa pemuda Uzbekistan lengkap dengan kostum pahlawan negara itu.



Jimmy Choo
Bukan sekadar cakap-cakap kosong, Fathia telah membuat perancangan untuk membuat anjakan bagi menjadi insan seni yang lebih berkaliber.
Misi Fathia itu bakal menghubungkan budaya dan kesenian antara Malaysia dan Republik Uzbekistan.
Pada bulan Oktober ini, Fathia dijadual menjejakkan kaki buat kali kedua di Uzbekistan. Kedatangannya kali ini memikul tanggungjawab yang cukup besar.
"Uzbekistan menganjurkan pelbagai acara berkaitan seni sepanjang bulan Oktober.
"Saya dijadualkan ke sana bermula 22 hingga 27 Oktober bagi menghadiri Festival Filem Antarabangsa Tashkent 2013 dan Pertunjukan Fesyen Style.uz 2013 yang diadakan bersempena Minggu Fesyen Uzbekistan pada tahun ini.
"Jika tiada aral melintang, saya akan menjadi salah seorang penyampai anugerah pada festival filem mega tersebut.
"Pada pertunjukan Style.uz 2013, saya akan muncul sebagai model bagi memperaga busana rekaan pereka fesyen ternama Malaysia, Albert King yang dilengkapi aksesori eksklusif jenama tersohor, Rafflesia.
"Fathia dan Albert umpama wakil delegasi Malaysia pada Style.uz yang pada setiap tahun dihadiri oleh delegasi dari pelbagai negara.
"Antara yang pernah menyertai Style.uz termasuklah jenama-jenama terkenal seperti Hugo Boss dan Versace.
"Selebriti bertaraf dunia yang pernah menghadiri Style.uz termasuklah bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan bintang legenda, Sting," tutur Fathia.
Tambahnya: "Melengkapkan wakil delegasi Malaysia sebagai tetamu kenamaan Style.uz tahun ini ialah pereka kasut bertaraf dunia, Datuk Jimmy Choo yang sudah mengesahkan kehadirannya."

GULNARA KARIMOVA (tengah) merupakan kunci kepada kemajuan tentang aspek seni dan budaya di Uzbekistan.



Anak presiden
Ditanya bagaimanakah dia meraih peluang keemasan tersebut yang berpotensi melebarkan popularitinya di Uzbekistan, Fathia memberitahu, ia ekoran kunjungan kali pertamanya ke sana pada April lepas.
Kehadiran Fathia ketika itu disambut oleh bukan calang-calang orang tetapi Gulnara Karimova iaitu anak sulung kepada Presiden Uzbekistan, Islam Karimov.
"Pada awal Mei lalu, saya terbang ke Uzbekistan buat kali pertama selama enam hari yang dibawakan oleh pemilik Rafflesia, Sin Cheong Loong dan Winnie Sin.
"Kami menghadiri acara seni yang dikenali sebagai Festival Arslar Sadorsi 2013," ujarnya yang telah dibawa melawat ke beberapa buah bandar di Uzbekistan seperti Samarkand, Tashkent, Bukhara dan Navoi dengan menaiki jet peribadi milik kerajaan negara itu.
Ujar Fathia, dia mengalami pengalaman baharu yang sangat hebat di negara yang kaya dengan nilai budaya tersebut.
"Saya sangat kagum kerana nilai dan tradisi lama di Uzbekistan begitu terpelihara dan dipandang tinggi.
"Malah, ia diangkat menjadi sesuatu yang sangat hebat dan menarik menerusi festival dan seumpamanya sehingga menimbulkan rasa kagum masyarakat luar Uzbekistan," katanya.
Apa yang menarik, kunjungan Fathia ke negara tersebut lebih bermakna apabila dia meraih peluang untuk muncul dalam majalah terkenal Uzbekistan, Bella Terra edisi Julai tahun ini.
"Saya berpeluang menjalani sesi fotografi untuk enam muka surat majalah Bella Terra dengan menggayakan enam kostum moden rekaan Albert King serta perhiasan koleksi eksklusif Rafflesia.
"Walaupun agak meletihkan kerana mula disolek pada pukul 3 pagi, saya berasa puas kerana bukan mudah untuk meraih peluang tersebut," ujar Fathia penuh teruja.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2cwgoPQoQ 
Hakcipta terpelihara 

Manusia Tinggal Di Gua Selama 20 Tahun



Seorang lelaki China yang mahu mencari ketenangan bertindak memencil diri dengan tinggal di dalam sebuah gua di sini, dalam wilayah Shaanxi sejak 20 tahun lalu.Feng Mingshan, 54, menjadikan sebuah gua setinggi 50 meter sebagai tempat tinggalnya sejak 1993.Dia juga terpaksa memanjat tebing sebuah bukit setiap kali mahu memasuki rumah unik yang dibinanya.


Media tempatan melaporkan bahawa Mingshan menemui gua tersebut ketika dia masih remaja.Dia sebelum ini membawa diri meninggalkan Bandar Gaoba, di barat laut wilayah Shaanxi, China pada 1993 kerana tidak tahan dengan kerenah orang ramai.Abangnya, Feng Xueming berkata, Mingshan memiliki perangai pelik.
"Perangai abang saya pelik. Dia tidak suka berkomunikasi dengan orang lain," katanya.

Sejak 20 tahun lalu Mingshan telah berusaha membesarkan ruang di dalam gua yang didudukinya. Dia juga memahat tempat berpegang pada dinding batu di luar gua itu untuk membantunya bergerak di tebing yang curam. -Kosmo 

Halim Othman & Bakal Isteri, Kawan-kawan Dulu, Baru Kahwin?


gambar halim othman
HALAMAN HIBURAN

OGOS 2013 Blog 'Berita Semasa' melaporkan..

Gambar Halim Othman & Gambar Bakal Isteri (Dania Danisha)
Gosip artis Malaysia : Alhamdulillah jika gosip & perkhabaran berkenaan Halim Othman menjadi kenyataan. Halim Othman yang merupakan pengacara dan penyampai ketika ini usianya hampir menjangkau 50 tahun. Masih lagi tercari-cari calon isterinya…
Walaubagaimanapun, dikhabarkan Halim Othman bakal mendirikan rumahtanggan dengan Dania Danisha yang berasal dari Palong, Negeri Sembian. Jikalau Dania Danisha adalah jodohnya….ucapan tahniah untuk Halim Othman.

Di atas dan di bawah ini gambar-gambar mereka..
Gambar-Halim-Othman-&-Isteri-3  Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Beginilah realiti masyarakat kita. Main 'kawan-kawan dulu baru kahwin'.. Sebagai penganut agama Islam, bolehkah begitu? Couple-couple begini, salahkah hukumnya menurut Islam? Kita tidak hina siapa-siapa. Marilah kita renungkan dailog di bawah ini..

Couple: Kami tidak berzina!
Jawab: Maaf, kita tidak menuduh awak berzina, tetapi awak 'menghampiri zina'.

Couple:Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Jawab: Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah najis penzinaan.

Couple: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Jawab: Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Ingat, pesanan Rasulullah :
  •  Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Riwayat Al-Tabrani).

Couple: Tidak semestinya semua orang bercinta, menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Jawab: Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Couple: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih. Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: 
  • Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). 
Couple: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! (bagi kes belajar berdua-duaan.)
Jawab: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni tidak akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

Couple: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan)
Jawab: Study Group...?  Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran?  Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Couple: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Jawab: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Couple: Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Jawab: 
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Couple: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?

Jawab: Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging), adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak!
Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Couple: Islam takde ke couple-couple ni?
Jawab: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : 
  • Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). 
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
 
Couple: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Jawab: Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah: Wahai Adam! 
  • Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (Al-Araf:19) 
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Couple: Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Jawab: Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? 
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Couple: Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?

Jawab: Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Couple: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Jawab: Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: 
  • Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Couple: Kami telah berjanji sehidup semati.....

Jawab: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Couple: Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Jawab: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Couple: Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Jawab: Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Couple: Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Jawab: Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: 
  • Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Couple: Bagaimana kami?
Jawab: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: 
  1.  Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. 
  2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. 
  3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

        Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
         
        Kesimpulanya:
         Couple-couple seperti yang berlaku sekarang ini adalah salah di sisi Islam. 

        Sifatkan pasukan bola sepak Sarawak cap ayam, deejay Era FM diarah mohon maaf




        MIRI - Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

        Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

        "Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.

        Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

        "Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

        Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.

        Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

        Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

        Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.

        Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.

        "Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama.

        Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.

        "Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya.

        Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.

        Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. - Bernama

        Tak Tahan Sentiasa Diejek, Gadis Ini Bedah Rahang untuk Kelihatan Cantik


        Leanne Woodfull (pasca operasi) (Foto: Daily Mail)

        Merasa geram kerana selalu diejek dengan sebutan 'Rahang', akhirnya gadis ini meminta doktor untuk membedah rahangnya agar cantik. Hasilnya setelah melalui proses operasi yang menyakitkan, gadis ini menjadi lebih cantik. Mungkin ini yang nama 'cantik itu sakit'.

        Leanne Woodfull (20), gadis yang berasal dari Dublin, Ireland, ini sebelum operasi selalu digoda dan tersiksa selama masa remajanya. Bahkan ia disamakan dengan penjahat dalam filem James Bond kerana rahangnya yang menonjol.

        "Rahang saya yang besar sangat mengganggu hidup saya dan saya sangat senang akhirnya saya boleh tersenyum dengan percaya diri. Saat saya melihat ke cermin saya lega melihat perempuan 'rahang' yang dulu saya kenal kini akhirnya menghilang," ujar Leanne seperti dikutip dari Daily Mail, sabtu (24/8/2013).

        Rahang bawah Leanne mula menonjol disebabkan oleh kawat giginya dipasang pada saat ia berusia 11 tahun. Leanne menyedari adanya perubahan di wajahnya saat ia dipasangi kawat gigi.

        Kerana gigi bahagian atasnya nampak agak maju, mereka berusaha untuk menekannya masuk. namun yang terjadi, rahang bawahnya justru menonjol keluar.

        Seluruh dagunya mencuat ke depan, akhirnya pada saat usianya 13 tahun, kehidupan sekolahnya berbalik menjadi mimpi buruk. Ia pun mulai terus diganggu dan dibandingkan dengan watak dalam filem Family Guy, James William Bottomtooth III.

        "Anak-anak akan menggangu dan bilang 'lihat! Ada Jaws sebenar. Bahkan teman saya sendiri juga mengejek saya seperti itu. Saya menjad bahan jenaka semua orang" ujar Leanne.

        "Teman kelas saya akan mencibir 'bulldog' dan salah satu bahkan ketawa melihat saya kelihatan seperti beberapa orang dari Family Guy. Aku tidak tahu siapa itu jadi mencarinya di google dan ternyata sangat mengerikan. Aku merasa seperti gargoyle," cerita Leanne.

        "Bahkan pernah satu hari, di sekolah saya dipojokkan di tandas oleh seorang gadis yang menumbuk wajah saya hanya untuk melihat wajah saya," lanjut Leanne.

        Leanne cuba menyamar rahangnya dengan membungkusnya wajahnya dengan selendang, menutupi wajahnya dengan make up dan membentuk rambutnya dengan cara yang berbeza. Namun Leanne masih merasa dirinya kelihatan seperti raksasa dan tidak akan pernah boleh jadi normal.

        Kerana hal tersebut terus terjadi, Leanne mula berfikir bahawa wajahnya cacat dan mula mengelakkan dirinya difoto. Ia bahkan melarang ibunya untuk menaruh satupun foto dirinya di dalam rumah.

        "Di antara usia 12 hingga 18 saya seperti tidak ada. Tidak peduli seberapa banyak keluarga saya mengatakan bahawa saya cantik apa adanya diri saya, saya tetap merasa buruk," ujar Leanne.

        "Mereka bilang wajah saya tidak cacat, tapi tetap saja saya aneh dan setiap hari saya teringat hal itu," tambah Leanne.

        Leanne sangat ingin melakukan operasi perbaikan pada rahangnya, namun orthodonti nya mengatakan bahawa tubuhnya harus berhenti tumbuh sebelum ia boleh melakukan operasi tersebut.

        "Saya semakin tertekan setelah melihat para model yang menakjubkan saat saya pergi ke London Fashion Week Oktober lalu. Saya hibernasi selama lima bulan. Jika saya harus keluar rumah, maka saya akan menanam wajah saya di dalam syal yang tebal untuk menyembunyikan dagu saya yang menonjol, "tutur Leanne.

        Operasi yang dilakukan untuk memperbaiki dagu Leanne, dilakukan dengan mematahkan kedua rahangnya dan mengatur kembali mereka pada kedudukan yang baru. Memasukan plat titanium ke dalam mulutnya dan selepas lima jam operasi, wajahnya pun berubah.

        Doktor mengatakan bahawa operasinya berjalan sukses namun sarafnya telah rosak, dan ada risiko yang membuat bibirnya bahagian bawah dan dagunya akan mati rasa selamanya.

        "Awalnya saya bimbang itu bermakna saya akan berantakan, tapi saya bersedia menghadapinya jika ia bermakna saya tetap akan mempunyai wajah yang normal," kata Leanne.

        Beruntungnya Leanne tidak menderita masalah saraf yang serius, dan ia mengatakan ia merasa lebih positif menghadapi masa depan dari sebelumnya.

        "Saya sekarang selesa di depan kamera dan saya berharap dapat masuk televisyen untuk menjadi pembawa acara satu hari nanti," ujar Leanne.

        "Kawan saya bilang saya kelihatan cantik dan saya benar-benar merasa cantik untuk pertama kalinya dalam hidup saya," tambah Leanne.

        Sumber health.detik.com

        My Paradise68 Archive

        Share

        Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More