Thursday 16 May 2013

Hotel yang berbentuk Kuda Trojan (5 gambar)


Seorang lelaki Belgium, Dominique Noel, mencipta sebuah hotel yang berbentuk seperti seekor kuda gergasi.Hotel ciptaan Noel itu dikategorikan antara yang paling pelik dan menakjubkan di dunia.
hotel kuda
Hotel Noel yang dikenali sebagai La Balade Des Gnomes itu cukup selesa dan dihiasi ukiran dalaman yang menakjubkan.Selain dapat bermalam di dalam kuda Trojan itu, pengunjung turut berkesempatan tidur dengan ‘ikan duyung’.
La Balade Des Gnomes yang terletak di Durbuy, Belgium, dijamin pasti memberikan pengalaman unik kepada pengunjungnya.
Hal ini kerana, hiasan bilik tidurnya berlatarkan angkasa lepas sehinggalah habitat yang lengkap dengan sungai serta ikan emas. Anda juga boleh berkongsi bilik dengan ‘ikan duyung’ yang terapung di kolam renang di dalam sebuah perahu.
Menurut Noel yang juga seorang arkitek, dia mencipta hotel itu untuk mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap hidupan semulajadi.
“Ia dibina sepenuhnya menggunakan bahan-bahan semulajadi dengan sentuhan moden yang sederhana,” katanya.
 
La Balade Des Gnomes pada asalnya dibina untuk melengkapi restoran miliknya, La Gargouille yang terletak bersebelahan.
Sesiapa yang berminat untuk menginap di hotel ini, bayaran yang dikenakan antara 50 pound hingga 125 pound (RM237 hingga RM593) semalam.

Hotel Paling Pelik Di Dunia


Hotel Paling Pelik Di Dunia

Berikut merupakan antara hotel paling pelik di dunia yang berjaya aku search diGoogle untuk tatapan korang sempena entri yang ke 700 ni. Agak-agak ada tak hotel yang korang berminat nak pergi?
Daspark Hotel di Austria
Wagon Stays di New Zealand
Dog Bark Park Inn di USA
The Ice Hotel di Quebec
Ariau Towers Hotel di Brazil
The Giraffe Manor di Nairobi
Jules Undersea Lodge di USA
Starwood Resort di Spain
Skye Lighthouse di Scotland
White Cliffs di Australia

Carian : Google | Sumber Gambar : Flick

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More