Monday 2 September 2013

Punca Sebenar Kekecohan Di Pam Minyak Malam Tadi Tersebar

Pam minyak rosak di sebuah stesen minyak di Batu Buruk, Terengganu selepas dilanggar kereta malam tadi

Akibat kenaikan harga minyak malam tadi, kekecohan berlaku di seluruh negara sehingga menyebabkan sebuah pam minyak di Batu Buruk, Kuala Terengganu dilanggar.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta terlanggar pam minyak di stesen berkenaan menyebabkan kaca dan plastik bertaburan.

Petang semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen lagi menjadikannya masing-masing RM2.10 dan RM2.00 seliter.

Ia bakal diikuti oleh kenaikan harga tarif elektrik dan juga pelaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas ini.

Ekoran itu, pengguna menyerbu stesen minyak di seluruh negara menyebabkan kekecohan berlaku sehingga tengah malam tadi.

Menurut saksi, kejadian di Batu Buruk itu berlaku ketika semua berebut-rebut untuk mengisi minyak selepas pengumuman mengenai kenaikan harga itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya , berkata kerajaan BN perlu menggunakan kuasa yang ada bagi mengawal kenaikan harga barangan khususnya selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Katanya, rakyat sanggup bersusah-payah bersama kerajaan kalau kerajaan menunjukkan pembetulan pada sikap borosnya yang keterlaluan.

"Malangnya ini bukan kesnya. Kenaikan harga minyak ini mesejnya mudah iaitu rakyat mesti ubah gaya hidup, kerajaan boleh terus berboros,” katanya. ~the malaysian insider

Penjelasan Najib kenapa minyak perlu dinaikkan harga.. Bacalah!!



Puncanya ialah kerana kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan dalam mentadbir ekonomi negara hingga defisit fiskal negara melebar kepada RM14.9 bilion pada tahun ini.

Dan ianya juga membuktikan apa yang dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO bila agensi penarafan global Fitch Ratings meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif ekoran hutang negara meningkat kepada 53.3 peratus dalam KDNK pada penghujung tahun 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung tahun 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008 adalah benar..


Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

"Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib.

Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter dan diesel pula RM1.80 seliter.

Menurut Najib lagi, kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

"Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, dimana mengalami kenaikkan sebanyak 5 sen seliter.

Beliau juga menegaskan langkah tersebut bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.

"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar. Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana disamping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.

"Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur," kata beliau lagi.

Malaysia telah mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, malah agensi penarafan global Fitch Ratings baru-baru ini juga meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif ekoran hutang negara meningkat kepada 53.3 peratus dalam KDNK pada penghujung tahun 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung tahun 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008.

Beliau turut memberikan alasan langkah pengurangan subsidi tersebut diambil bertujuan untuk memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuklah mereka dikalangan berpendapatan tinggi dan rakyat asing.

"Kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," ujar Najib lagi yang menyatakan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.

Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia yang akan diumumkan semasa pembentangan belanjawan 2014 nanti.

"Kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 dimana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan Bajet," tambahnya lagi.

Selain itu, Najib juga berkata kerajaan akan menyemak semula pelaksaan projek-projek sektor awam bagi menangani lebihan akaun semasa yang semakin berkurangan.

"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.

"Manakala pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," katanya lagi.

Bagaimanapun, Najib menegaskan projek Mass Rapid Transit (MRT) tetap akan diteruskan, namun projek Southern Corridor High Speed Rail (HSR) pula masih dalam rundingan.

Najib menegaskan kesemua langkah yang beliau umumkan hari ini adalah demi memastikan Malaysia dapat berhadapan dengan situasi ekonomi semasa dan global yang semakin mencabar.

"Pelaksanaan semua langkah tersebut bukan sahaja untuk menangani cabaran semasa terhadap ekonomi dan kedudukan kewangan kerajaan tetapi ia juga akan mengukuhkan kemampanan fiskal negara dalam jangka masa sederhana dan panjang," tambahnya lagi.

Defisit fiskal negara melebar kepada RM14.9 bilion pada tahun ini, disamping penurunan mendadak lebihan akaun semasa kepada RM2.6 bilion dalam suku kedua tahun ini.

Najib yang bakal berhadapan cabaran kepimpinan menjelang pemilihan parti Oktober ini, menimbulkan ketidaktentuan janjinya untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.

Tanda Putera Propaganda Kerajaan Umno BN, Biar Rakyat Menilai




Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari membidas filem kontroversi Tanda Putera sebagai sebuah filem propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN), menyifatkannya sebagai sejarah versi berat sebelah yang dibuat oleh pemerintah.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera itu berkata peranan kerajaan dalam mewujudkan propaganda sememangnya sudah diketahui, serta menyeru agar pemimpin dalam DAP agar tidak cepat melatah mengkritik filem tersebut.

"Tanda Putera sememangnya ditaja oleh kerajaan, jadi ini dilihat sebagai satu propaganda kerajaan yang sudah memang selama ini berterusan melalui BTN (Biro Tata Negara )dan media.

"Ini adalah satu lagi cara mereka wujudkan propaganda, versi sejarah mereka sendiri," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Zairil berkata filem tersebut adalah sebuah produk budaya dan sekiranya wujud kesilapan ataupun ketidakpuashatian ianya mestilah didebat secara sihat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat.

"Saya rasa apa-apa pun, filem ini adalah satu produk budaya... jadi janganlah haramkannya, jangan kita larang, kita boleh balasnya dengan naratif kita sendiri.

Maksudnya, kalau kita nak lawan kita kenalah guna hujah.

"Ini mungkin versi mereka, kita boleh terangkan ini pula versi kita. Kemudiaan, masyarakat boleh berdebat, berhujah dan membuat keputusan sendiri," ujarnya lagi.

Zairil juga menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Pulau Pinang yang menasihati pawagam-pawagam di negeri yang ditadbir DAP baru-baru sehingga menimbulkan kritikan terutamanya di kalangan pemimpin BN.

"Bagi saya, saya secara peribadi tidak menyokong apa-apa usaha untuk menyekat ataupun mengharamkan apa-apa output budaya.

"Biarlah, biar rakyat sendiri yang menghakimi dan menilai produk itu... jangan kita sebagai kerajaan mengongkong output ekspresi budaya," tegasnya lagi.

Minggu lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang menyeru pengusaha pawagam di negeri itu tidak menayangkan Tanda Putera atas penyebaran maklumat yang tidak tepat berhubung tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Namun, pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang tersebut.

DAP telah mengkritik filem berkenaan yang kemudiannya disambut oleh MCA menyuaraksn kebimbangan berhubung babak dan dialog dalam filem berkenaan yang boleh mencetus ketegangan kaum.

Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan filem Tanda Putera yang masih menayangkan babak beberapa pemuda Cina kencing di tiang bendera laman bekas Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun meskipun filem itu telah dittangguhkan oleh kerajaan BN bagi mengelak musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggelar tindakan Lim sebagai satu perbuatan bodoh kerana Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri sahaja yang berhak membatalkan tayangan sesebuah filem dan bukannya kerajaan negeri.

Ahmad Shabery berkata beliau mahu penjelasan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang atas usaha mereka untuk menahan penyangan filem Tanda Putera di negeri itu.

Beliau menambah usaha kerajaan negeri yang dikuasai DAP itu hanyalah satu gerakan yang mahu menghancurkan seni filem tempatan.

Katanya, agensi di bawah kementeriannya akan meneliti terlebih dahulu sejauh mana kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi menghalang tayangan sesebuah filem di tempat mereka.

Anak Taib Mahmud Ada RM2 Billion Dalam Pelbagai Akaun, Kata Bekas Isteri




Bekas isterinya, Shahnaz A. Majid memberitahu mahkamah, beliau tidak ingat di mana akaun berkenaan secara spesifik namun memberitahu jumlahnya AS$700 juta dalam akaun Abu Bekir.

Shahnaz sebelum ini memaklumkan jumlah itu hanya RM700 juta.

“RM100 juta jumlah kecil baginya. Dia pasti mampu membayarnya,” katanya.

Shahnaz memberi keterangan di mahkamah berhubung permohonan pampasannya RM300 juta dan RM100 juta mutaah dalam permohonan penceraian itu.

Shahnaz, 50, turut mendakwa 50 peratus aset mereka kepunyaan bekas suaminya. Ini termasuk kereta mewah, rumah, tanah dan pegangan saham.

Kes perbicaraan itu mendedahkan kemewahan keluarga ketua menteri Sarawak.

Dalam penghakiman itu, Shahnaz meminta aset bekas suaminya itu seperti tujuh buah kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan pegangan saham dalam 15 syarikat.

“Dia memiliki 150 buah syarikat dan pemegang saham dalam 21 syarikat tersebut dan memiliki RM1 bilion pegangan saham.

“Dia memperoleh secara bersih RM2 juta setahun untuk peruntukan hiburan, pelancongan dan kereta yang ditanggung oleh syarikat tersebut,” katanya.

Sewaktu ditanya oleh peguamnya, Dr Rafie Mohd Shafie, Shahnaz berkata beliau bekerja dengan Sarawak Securities pada 1993 sebagai pengurus besar dan Abu Bekir sebagai pengarah.

“Syarikat mencatatkan keuntungan RM60 juta setahun dengan pulangan lebih dari RM200 juta,” katanya semasa perbicaraan itu.

Suri rumah 50 tahun itu menafikan beliau memeterai perjanjian bersama Abu Bekir bagi membayar sejumlah wang bagi penyelesaian di luar mahkamah.

Semasa ditanya oleh peguam lain, Akbardin Abdul Kader, Shahnaz berkata beliau tidak akan menerima perbuatan Abu Bekir kepada dirinya.

Shahnaz sebelum ini mendedahkan Abu Bekir mempunyai seorang anak dengan perempuan warga Australia dan kemudian berkahwin dengan wanita Rusia.

Kenaikan Harga Minyak Disambut Dengan Kemarahan



Keadaan bertambah sesak di stesen-stesen minyak seluruh negara, terutamanya di kawasan bandar, malam ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 September, 2013.
Keadaan bertambah sesak di stesen-stesen minyak seluruh negara, terutamanya di kawasan bandar, malam ini
Seorang pemandu mengisi minyak keretanya di stesen minyak di Petaling Jaya selepas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 September, 2013.
Seorang pemandu mengisi minyak keretanya di stesen minyak di Petaling Jaya selepas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel malam tadi
Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.

Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.

Janji Putrajaya untuk meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 tidak memberikan kesan kepada penduduk Lembah Klang kerana kebanyakan daripada mereka tidak layak menerimanya dan bantuan itu hanya diterima sekali sedangkan kesan kenaikan itu terpaksa ditanggung setiap hari.

Pemberian wang tunai RM500 itu sebelum ini diberikan kepada lima juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Shahrulnizam Mohamad, 29, berkata kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi dijangkakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana umumnya rakyat mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

"Kenaikan harga ini sangat memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga barang ini, peniaga juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.

Sementara itu, K Primela, 35, berkata kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan.

"Kerajaan BN 'bijak' mengambil kesempatan selepas beberapa bulan pasca PRU13 untuk menaikkan harga minyak.

Sebelum pilihan raya berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi kemudian lain jadinya.

Apatah lagi kini rakyat sudah mula dibebankan dengan kenaikan harga barang. Gaji tidak pula catat kenaikan tapi harga minyak pula yang naik.

"Rakyat sendiri dapat perhatikan perbuatan buruk kerajaan BN apabila belum sampai setahun mendapat mandat menerajui negara, sudah tampil dengan pendekatan membebankan rakyat.

Selepas ini, apa pula yang kerajaan nak naikkan,” katanya, ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri, Klang malam tadi.

Lim Tai Boon, 46, yang ditemui di tempat sama juga melihat kenaikan harga minyak sebagai permainan politik kerajaan BN.

"Dulu sebelum pilihan raya janji tidak naikkan harga minyak. Lepas BN menang pilihan raya, lain pula ceritanya. Perkara ini memang tidak patut, menyusahkan rakyat," katanya.

Pengguna turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu kerana tempoh makluman yang diberikan singkat untuk pengguna bertindak.

Tengku Zarul Tengku Lokman, 37, berkata kenaikan 20 sen seliter satu tindakan kejam yang dilakukan kerajaan kepada rakyat sambil menjangkakan harga barang keperluan asas lain turut meningkat ekoran kenaikan harga bahan bakar.

"Saya tahu mengenai kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial Facebook. Media kerajaan melalui televisyen dan radio tidak komited dengan pengumuman itu.

Esok bila sudah naik, baru hendak disiarkan. Itu yang jahatnya kerajaan enggan memaklumkan terlebih awal," katanya.

Amir Azri, 26, pula membayangkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan kadar pemberian BR1M tidak praktikal kerana saguhati itu diberikan sekali sahaja tetapi perbelanjaan petrol adalah keperluan harian.

"Kadar BR1M yang diterima tidak setimpal dengan kenaikan harga minyak. BR1M adalah wang pembayar cukai, justeru wang rakyat juga yang digunakan untuk menjayakan wang saguhati itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel semalam, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

Beliau menjelaskan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.

Najib menegaskan langkah itu bagi memastikan sasaran kerajaan mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.

Perdana menteri memberikan alasan langkah pengurangan subsidi itu bertujuan memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kaya dan warga asing.

Katanya, Malaysia perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas sambil menjelaskan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.

Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai BR1M yang akan diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 nanti.

Tingkat Pemberian BR1M Bukan Penyelesaian



Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah penyelesaian kepada kenaikan harga barangan.

Katanya, sekiranya BR1M diberi pada kadar maksima RM1,200 untuk setahun, sebulan baru RM100.

"Hanya rakyat tahu betapa kecilnya nilai wang RM100 hari ini terutama apabila harga barangan dinaikkan dengan alasan nilai import meningkat kerana matawang Ringgit Malaysia (RM) mengecil dan kenaikan harga minyak.

"Oleh itu, Pas menyeru kerajaan BN menggunakan kuasa yang ada bagi mengawal kenaikan harga barangan khususnya selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Najib mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam tadi.

Tambah Tuan Ibrahim, Najib harus mengingati peristiwa kenaikan minyak ke RM2.70 di zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyebabkan kos barangan dan sara hidup melonjak secara mendadak.

Malah katanya, lonjakkan harga barangan tersebut telah kekal sehingga ini walaupun harga minyak diturunkan ke paras RM1.90.

"Rakyat sanggup bersusah-payah bersama kerajaan kalau kerajaan menunjukkan pembetulan pada sikap borosnya yang keterlaluan.

"Mudah untuk Perdana Menteri berkata inflasi masih terkawal tapi hakikatnya RM sedang jatuh merudum dan ditambah dengan konflik politik Timur Tengah yang tidak stabil.

"Apakah kerajaan BN, terutamanya Perdana Menteri menjamin inflasi boleh dikekalkan pada paras yang selesa dengan keputusannya menaikkan harga minyak?," katanya.

Ujar beliau lagi, selepas PRU13 hingga kini, keadaan ekonomi negara tidak banyak berubah dan langkah meningkat RM masih belum kelihatan.

 Oleh itu katanya, kenaikan harga minyak ini sememangnya tindakan memukul diri sendiri kerana ia bakal melonjakkan inflasi tatkala RM semakin mengecil.

Makan Mayat - Kalau Tak Loya Tengoklah!


Video Ritual Makan Mayat Puak Aghori Di India
Sebuah mazhab Hindu Aghori di India mempunyai ritual yang sangat mengerikan bahkan boleh dikatakan sebagai ritual biadab. Mazhab ini mempunyai ritual makan mayat manusia yang dibuang di sungai Gangga, perlu di ketahui Sungai Gangga adalah merupakan tempat untuk membuang Mayat untuk orang-orang miskin di India yang tidak mampu melakukan ritual pembakaran mayat kerana biayanya mahal. Mayat tersebut di ambil oleh mazhab Aghori kemudian di makan mentah-mentah oleh ahli Sekte tersebut. Mereka meyakini memakan mayat akan memberikan keabadian bagi mereka dan akan memberikan kekuatan ghaib.

Ketika melakukakan ritual ini mereka menaburkan abu pembakaran mayat ke tubuh mereka, ahli-ahli Kumpulan ini juga mempunyai kebiasaan mengenakan kalung dari tulang-tulang manusia. Menurut beberapa maklumat dari sumber yang di perolehi, Sekte ini selain makan bangkai manusia juga memakan kotoran dan minum air kencing bahkan melakukan hubungan sexsual dengan binatang

Dalam video ini anda akan melihat bagaimana salah seorang anggota Sekte Aghori melakukan ritual ini, jasad kaku tersebut dimakan mentah-mentah setelah sebelumnya mereka melakukan ritual tertentu.

Video ini tentu sangat mengerikan dan tidak sesuai bagi orang-orang yang sensitif.

sumber

Foto Romantis Sharifah Amani & Bront Palarae



Psiko 2
Pada 5 September ini Sharifah Amani bakal bergandingan dengan aktor kacak, Bront Palarae menerusi filem terbaru mereka berjudul Psiko Pencuri Hati.
Sempena mempromosikan filem tersebut, Amani atau lebih mesra disapa sebagai Nani telah aktif berkongsi beberapa foto romantisnya bersama aktor kacak tersebut menerusi laman Instagramnya semalam.
Menerusi salah satu caption yang dikongsikan oleh pelakon comel itu, Nani sempat melahirkan ucapan terima kasih kepada Bront, kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sepanjang menjayakan sesi penggambaran filem tersebut.
Screen Shot 2013-09-02 at 9.30.59 PM

Psiko 4
Gandingan mantap Sharifah Amani & Bront Palarae
Melihat sahaja keserasian yang dipamerkan oleh kedua pelakon berbakat ini, pastinya filem Psiko Pencuri Hati akan dapat menambat hati penonton, khususnya di kalangan peminat filem tempatan.
Artikel Berkaitan :
Secara umumnya filem ini merupakan arahan pertama Namron dan antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan filem tersebut adalah Amerul Affendi serta Syed Hussein Syed Mustafa (Sein).
Untuk semua peminat Amani dan Bront Palarae, jom layan beberapa foto romantis mereka selepas ini.

Kredut Foto : Instagram Sharifah Amani & Bront Palarae

Respon Selebriti Berkenaan Kenaikan Harga Minyak


YanaSamsudin1e
Sejak dari petang semalam, penduduk Malaysia mula kecoh selepas mendengar berita mengenai harga minyak Ron95 dan diesel yang meningkat sebanyak RM0.20 sen seliter.
Laman sosial terutamanya Twitter pula dibanjiri dengan persoalan dan perbalahan yang diajukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kenaikan itu.
Selain dari itu, para selebriti tempatan juga nampaknya tidak terkecuali menyuarakan pendapat mereka. Malah ada yang sudah bersiap sedia mengisi tangki minyak kereta dengan penuh sebelum pukul 12 malam tadi.
Screen Shot 2013-09-02 at 21.30.03
Mungkin bagi sesetengah pihak, kenaikan harga minyak tidak memberi sebarang kesan namun ianya sedikit sebanyak menyusahkan mereka yang kurang berkemampuan.
Sesetengah selebriti juga ada yang mengeluh dan seakan tidak gembira dengan berita ini. Mana tidaknya, jika diperhatikan corak ekonomi, harga barangan runcit juga dikhuatiri akan naik sebaik sahaja harga minyak meningkat.
Screen Shot 2013-09-02 at 21.29.02
Apapun sebagai rakyat Malaysia, kita terpaksa menerima berita ini dengan hati yang terbuka kerana kita tetap memerlukan bekalan minyak kereta walau semahal mana pun harganya.
Sementara itu, jom tengok beberapa respon para artis tempatan kita yang peka dan kurang peka dengan masalah ini.
Screen Shot 2013-09-02 at 21.55.37
Screen Shot 2013-09-02 at 21.31.12
Screen Shot 2013-09-02 at 21.35.10
Screen Shot 2013-09-02 at 21.43.06


Screen Shot 2013-09-02 at 21.43.17

Gambar rusuhan orang ramai di stesen-stesen minyak seluruh Malaysia



Gambar rusuhan orang ramai di stesen-stesen minyak - Isu kenaikan harga minyak petrol RON95 dan Diesel mula menampakkan implikasi tidak baik apabila beberapa kejadian rusuhan berlaku di beberapa stesen minyak di seluruh Malaysia.

Kejadian itu berlaku kira-kira menjelang tengah malam tadi apabila beberapa stesen minyak kehabisan bekalan gas. Disebabkan orang ramai menyangka pengusaha minyak sengaja menyembunyikan bekalan gas untuk dijual pada keesokan harinya, mereka mula merusuh dan merosakkan banyak pam minyak.

Untuk pengetahuan, harga minyak petrol RON95 dan Diesel naik pada kadar 20 sen seliter,menjadikan harga terbaru ialah masing-masing RM2.10 dan RM2.00.

Berikut ialah beberapa keping gambar menari sekitar rusuhan orang ramai di stesen-stesen minyak seluruh Malaysia yang dikongsikan di laman-laman sosial.






Bayi Berusia Setahun Ditembak Di Kepala



Seorang bayi berusia setahun maut selepas ditembak di kepala di bandar raya ini.Polis berkata, Antiq Hennis ditolak ibu dan bapanya dalam kereta sorong bayi ketika mereka melintas jalan di kejiranan.

Brownsville, Brooklyn kira-kira jam 7.20 petang ketika kejadian yang menyaksikan beberapa das tembakan dilepaskan. Pihak berkuasa berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Brookdale dengan kecederaan di pipi kiri tetapi gagal diselamatkan. 

Dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.Polis belum membuat sebarang tangkapan dan tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kes itu.-mymetro

“DVD” KL Gangster 2 Hanya RM5



Selepas ‘bocor’ di Internet, filem KL Gangster 2 terus menerima tamparan hebat apabila sindiket cetak rompak mula membuat salinan filem bernilai RM4.5 juta itu dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) untuk dijual pada harga serendah RM5.

Tinjauan Harian Metro di pasar borong Wakaf Che Yeh, di sini, malam kelmarin mendapati filem itu dipromosikan penjual VCD dan DVD cetak rompak dengan dipertontonkan secara terbuka.

Seorang peniaga VCD dan DVD cetak rompak di pasar itu berkata, VCD KL Gangster 2 yang dijualnya mendapat sambutan hangat dan dikategorikan ‘panas’ ketika ini.“Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” katanya.Sementara itu, penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengakui sudah mendapat maklumat filem itu kini dicetak rompak dan dijual di merata tempat.


Katanya, apabila filem itu bocor di Internet, pasti ada pihak mengambil kesempatan menyalinnya dalam bentuk VCD atau DVD untuk dijual bagi mendapat keuntungan mudah.“Saya percaya (dalang) memuat naik di Internet dan menyalin dalam bentuk VCD dan DVD ada kaitan antara satu sama lain. Saya menyerahkan perkara ini dan kepada pihak berkuasa kerana sudah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,” katanya.Akhbar sebelum ini melaporkan, filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan tersebar secara meluas di Internet sejak malam Rabu lalu.

Bagaimanapun, Yusof dipetik berkata, pihaknya tidak berganjak dari tarikh tayangan ditetapkan Unit Wajib Tayangan (UWT) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) walaupun ia boleh ditayangkan lebih awal ekoran insiden itu.

Katanya, siasatan dan pemantauan secara intensif kini berjalan dengan kerjasama PDRM, Bahagian Penguatkuasaan SKMM dan KPDNKK.Menurut Yusof, beliau tidak dapat menghalang orang ramai daripada membeli VCD atau DVD cetak rompak KL Gangster 2.

Bagaimanapun, katanya, jika mahu mendapatkan kepuasan, tonton filem itu di pawagam.“Yang cetak rompak itu versi haram dan belum sempurna. Saya harap janganlah ia terus disebarkan,” katanya.-mymetro

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More