Saturday 15 June 2013

Banduan Pecah Rekod Dunia



Seramai 1,800 banduan memakai pakaian berwarna-warni ketika melakukan persembahan senaman aerobik di dalam sebuah penjara Lurigancho di sini kelmarin.Seorang pereka tari tarian aerobik di Peru, Roger Romero yang terlibat melatih banduan tersebut berkata, acara itu disertai oleh para banduan dari penjara di Peru, Venezuela, Ecuador dan Colombia.



Mereka semua berlatih setiap langkah tarian yang diajar sejak tiga bulan lalu mengikut pelbagai genre muzik seperti rock dan reggaton meringues.Senaman aerobik beramai-ramai itu diadakan bagi mengatasi satu rekod dunia jumlah orang menari di dalam penjara.
 Ketika acara itu dilakukan, pengawal penjara melakukan kawalan ketat di sekitar penjara dan kawasan acara tersebut berlangsung.Acara itu dianjurkan oleh pihak pengawal keselamatan penjara bagi mempromosi aktiviti sukan dan gaya hidup sihat selain bertujuan mencipta rekod dalam Guinness World Records.Penjara Lurigancho merupakan salah sebuah penjara paling sesak, ganas dan sukar dikawal di Amerika Latin. Ia menempatkan lebih daripada 8,500 orang banduan.

Orang Tua Pecah Rekod Dunia Angkat Berat



Seorang warga emas berusia 91 tahun telah memecahkan rekod dunia angkat berat dengan bebanan mencecah 85 kilogram iaitu 23.5 kilogram lebih berat berbanding rekod yang dicatatkan sebelum ini.




Lelaki itu, Sy Perlis telah melakukan rekod tersebut pada Kejohanan National Bench Push-Pull Press and Dead Lift semalam.Akhbar Arizona Republic melaporkan bahawa rekod yang dicatatkan sebelum ini pada tahun 2005 melibatkan peserta berumur 90 tahun yang telah mengangkat bebanan seberat 61 kilogram.

Rekod itu bertahan selama lapan tahun. Perlis mula melakukan angkat berat apabila mencapai usia 60 tahun. Namun dia tidak menyertai kejohanan itu sehingga lima tahun lalu."Saya mendapat banyak kepuasan dengan melakukan sukan ini. Ia membuatkan saya berasa bagus dan sangat baik untuk diri saya," kata Perlis.Perlis melakukan rutin latihan senaman kardiovaskular dan angkat berat sebanyak lima hari seminggu. -Kosmo 


SENARAI HARGA TIKET BAS SELEPAS KENAIKAN 30% SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI





Berikutan Berita mengenai kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus sempenamusim perayaan Aidilfitri

Berikut adalah info sebahagian harga tambang bas selepas dinaikkan sebanya 30% yang bakaldikenakan pada Aidilfitri nanti

Untuk lebih lanjut sila layari -= http://www.eticketing.my/ 






Green Lake : Taman Yang Bertukar Menjadi Tasik Ketika Musim Panas




Green Lake adalah sebuah tasik di Styria, Austria, berhampiran bandar Tragoss, yang terletak di kaki gunung Hochschwab. Semasa musim sejuk, tasik hanya berkedalaman 1-2 meter dan kawasan sekitarnya digunakan sebagai taman daerah. Ia adalah sebuah taman kegemaran untuk pejalan kaki. 

Tetapi apabila suhu mula meningkat pada musim bunga, ais dan salji pada gunung mula cair dan mengalir ke bawah lembangan. Air tasik mula meninggi sehingga menenggelam seluruh kawasan termasuk taman. Semasa musim panas, tasik mencapai kedalaman maksimum sekitar 12 meter.


Suhu tasik agak sejuk pada 4-8 ° C, tetapi ia popular di kalangan penyelam yang boleh melihat padang rumput hijau dalam zon pinggir tasik terutamanya pada bulan. Rumput alpine dan bunga padang rumput kelihatan berkembang penuh di bawah air.  Bahkan para penyelam boleh melihat bangku, jambatan dan denai berjalan.

Bermula Julai, air tasik mula menurun dan pada musim sejuk, tasik kembali ke saiz asal dan taman akan menjadi seperti sedia kala dan sesuai untuk pejalan kaki. Unik bukan tempat ini? Pada mulanya melihat seperti gambar tipu tetapi ianya memang benar belaka. Anda boleh cari di google kalau tidak percaya.

Pemilik Jiwang.Org Di Tahan Polis?




Lihat keratan akhbar di atas ini, di mana pemilik laman web Jiwang.org di tahan oleh pihak polis Malaysia atas kesalahan menyebarkan filem-filem cetak rompak di laman web secara terbuka, baru-baru ini. Ini merupakan kes kedua yang melibatkan penyebaran filem cetak rompak pada tahun ini. Pada mulanya kita tahu, admin Syok.org di tahan atas kesalahan yang sama.

Seorang demi seorang telah di tahan pada tahun ini. Ramai lagi sebenarnya yang menyebarkan filem-filem cetak rompak ini di laman web. Nampaknya, susahlah nak download filem terbaru yang berada di pawagam. Yang pasti Torrent sahaja yang masih boleh digunakan. Tapi Bro Nasa rasa, pasti ia akan disekat juga. Kalau DVD ini di jual dengan harga yang murah, pasti ramai yang membeli yang original. Betul tak?


( Gambar ) Karpet Merah Sekitar Majlis Anugerah Blokbuster



 Anugerah Blokbuster ke-2 di Stadium Tertutup MBJB ( Majlis Bandaraya Johor Bahru ) Johor.














Sumber - Rotikaya

Foto: Ledakan Paradikma Selebriti di Karpet Merah Anugerah Blockbuster 2


Debaran Anugerah Blockbuster 2 semakin memuncak! berlangsungnya acara karpet merah menyaksikan para selebriti tanah air melaram dengan busana masing-masing.Bertemakan Gaya Vintage Kontemporari atau Hipster, acara berprestij ini berlangsung secara di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor dan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).

Sebanyak 13 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Tapi sebelum kita tahu keputusan penuh, siapakah yang akan diangkat sebagai Direktor Terhebat dan filem manakah yang akan dinobat filem terhebat?, apakata kita layan dulu beberapa foto sempat dirakamkan barisan selebriti tanah air seperti Tasha Shila, Neelofa, Emma Maembong, Hanis Zalika dan Syamsul Yusof dengan gaya ‘hipster’ mereka.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More