Friday 21 June 2013

Gambar Ngeri Ular Sawa Telan Manusia


Ular sawa merupakan haiwan pemangsa yang sangat berbahaya kepada manusia. Ia mampu membelit dan menelan walaupun mangsa mempunyai saiz yang lebih besar daripadanya.

Gambar Ngeri Ular Sawa Telan Manusia (8 Foto) | Ular sawa merupakan antara ular yang berupaya menelan mangsa dalam jangka masa yang singkat. Tidak kiralah saiz mangsa itu sebesar mana. Tetapi kebiasaannya spesis ini memakan haiwan ternakan seperti rusa, kancil, kambing dan lain-lain lagi. Selain itu, manusia juga tidak terkecuali menjadi santapan ular sawa tersebut. Ular ini boleh mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang yang menyebabkan kita berada dalam keadaan bahaya tanpa disedari. Serangan pertama adalah dengan membelit mangsa, sebelum ia menelan secara perlahan-lahan. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Melayukini.net - Jika masuk ke dalam hutan tebal, perkara utama sekali kita perlulah berhati-hati bimbang jika bertemu dengan haiwan seperti ini. Belitan ular sawa bukanlah satu belitan yang biasa, tetapi ia seperti mempunyai satu kuasa yang mampu menyebabkan kita tidak boleh bergerak.

Perempuan macam ini cantik atau menakutkan?

Dunia internet benar-benar mengubah dunia saat ini. Dengan mudah seseorang boleh berinteraksi dan juga melihat sesuatu dengan sangat cepat. Dunia fashion dan juga tren pun selalu berganti-ganti. Barbie, satu dari ikon mode bahkan tak lekang. Sejumlah perempuan ini ingin terlihat seperti Barbie.

Valeria Lukyanova 


Dakota Rose


Venus Angelic


Olga Oleynik


Anastasiya Shpagina

Pelajar ketagih ketum

Padang Rengas: Kepercayaan karut kononnya meminum air daun ketum boleh meningkatkan tumpuan belajar serta kecergasan ketika bersukan menyebabkan semakin ramai pelajar sekolah di daerah ini mengambil bahan terlarang itu hingga mengalami ketagihan.
Mereka dikatakan sanggup membazirkan RM4 sehari bagi membeli sebungkus air rebusan daun ketum dipercayai dicampur dengan ubat nyamuk ini yang dijual secara haram oleh beberapa penduduk kampung.
Ketagihan air daun ketum ini menyebabkan rata-rata pelajar ini hilang minat dan tumpuan pada pelajaran selain menyebabkan kesihatan mereka terjejas antaranya mengakibatkan mereka hilang berat badan, muka terbakar, anoreksia, sembelit dan sakit sendi.
Penularan gejala negatif itu didedahkan seorang penduduk kampung Sungai Ali, Ismail Harun, 47, selepas mendapati semakin ramai golongan pelajar sekolah menjadi penagih ketum.
Menurutnya, pelajar terbabit membeli air ketum daripada beberapa peniaga di daerah ini yang menjualnya secara sulit di rumah.
“Saya lihat ramai pelajar sekolah yang membeli air ketum. Penjual mengambil kesempatan meraih keuntungan lebih dengan hasil jualan air ketum kepada pelajar selain golongan dewasa dengan harga rendah.
Foto
AIR ketum yang dibungkus dan sedia untuk dijual.
“Pelajar yang gemar membeli berusia lingkungan 16 dan 17 tahun. Malah yang berumur bawah 15 tahun juga mula ketagih dengan air ketum,” katanya Menurutnya, satu bungkus air ketum dijual dengan harga RM4 hingga RM10 untuk sebungkus. “Saya diberitahu ada di kalangan penjual air ketum terbabit boleh memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM10,000 satu bulan.
“Saya amat berharap hukuman lebih berat dan serius dikenakan kepada penjual dan peminum air ketum kerana hukuman sekarang seolah-olah tidak berjaya menakutkan golongan penjual air ketum ini,” katanya.
Menurutnya, kelakuan remaja yang menagih air ketum ini tidak ubah seperti penagih dadah apabila mereka tidak boleh tidur, mudah marah dan bergaduh selain tubuh mereka menjadi kurus kering.
“Ini mungkin berpunca dari bahan lain seperti ubat nyamuk yang dicampur di dalam rebusan daun ketum ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pegawai Pelajaran Kuala Kangsar Safuan Raba’ai menggesa pihak sekolah di daerah itu mengenal pasti pelajar yang terbabit dengan ketagihan air ketum dan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu.
“Kita tidak akan mengambil pendekatan menghukum pelajar berkenaan sebaliknya kita mungkin akan menjalankan beberapa aktiviti untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang bahayanya ketum,” katanya.
Beliau juga berharap masyarakat turut memainkan peranan dalam membendung masalah ini dan bukan hanya meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada pihak sekolah.
Timbalan Ketua Polis Kuala Kangsar Deputi Superintendan Guan Beng Kang pula sentiasa mengambil tindakan bagi mengatasi isu penjualan air ketum di Padang Rengas.
Menurutnya, penjual air ketum didakwa mengikut Seksyen 30, Akta Racun dan boleh didenda sehingga RM3,000 jika disabitkan kesalahan.
* Sumber myMetro

Meniti Di Tepi Gunung Selebar 1 Kaki


 Ini adalah tempat pelancongan ekstrim di tebing di gunung indah di Wilayah Shaanxi, China.
Tebing ini bernama Chang Kong Cliff Road di gunung Haushan yang telah dibina lebih dari 700 tahun yang lalu. Gunung ini diyakini dibuat oleh pertapa yang berniat untuk mencari keabadian.

Jalanan pada tebing hanya selebar kaki manusia, begitu sempit dan dibina menegak melekat di tebing yang curam. Salah langkah akan menyebabkan anda akan berada ribuan kaki di bawah . Namun jangan bimbang, kerana semua orang yang berniat kesini akan dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan.

TAMAN NEGARA TASIK PLITVICE CROATIA SYURGA DUNIA (18 GAMBAR)

Taman Negara Tasik Plitvice yang terletak di Croatia. Ianya merupakan taman negara terbesar di Croatia dan antara yang tertua di Eropah Selatan. Terdapat 16 buah tasik semula jadi di taman negara ini dan kecantikannya menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Sejak dibuka pada tahun 1949 puluhan jutaan pelawat sudah melihat keindahan semula jadi tasik-tasik Plitvice. Tahun lalu sahaja lebih 1.2 Juta orang melawat Plitvice. Pada tahun 1979 ianya disahkan sebagai antara Tapak Warisan Semulajadi Dunia. Jika anda ke taman negara seluas 296.85 kilometer persegi ini, anda boleh melihat tasik dengan warna biru yang jernih. Ketika musim sejuk sebahagian air terjunnya akan membeku. Sila masukkan tempat ini dalam list vacation anda!



PEJABAT GOOGLE JAPAN (19 GAMBAR)

Majoritinya pejabat google kelihatan sama tetapi masih lagi lebih cool dari pejabat malaysia. Hari ini mari melawat pejabat Google Japan yang terletak di Roppongi Tokyo. Rekaan dalaman pejabat ini banyak menerapkan rekaan tradisi Jepun. Very cool! Harap Google Malaysia kalau pejabat dah siap modified ada juga rekaan Melayu. 




Laporan asal Fubiz

Najwa Latif Terima Biasiswa Dilantik Duta UNITAR

Najwa memberitahu teruja untuk memulakan pengajian di UNITAR dalam bidang asasi Pengurusan bermula Isnin depan

Penyanyi lagu Cinta Muka Buku iaitu Najwa Latif menafikan dia menerima sejumlah bayaran daripada Universiti Antarabangsa UNITAR ekoran pelantikannya sebagai duta universiti berkenaan.

Najwa, 18, sebaliknya berkata, pelantikan itu hanya membolehkan dia menerima tajaan biasiswa penuh daripada universiti berkenaan untuknya melanjutkan pengajian peringkat asasi dalam bidang Pengurusan selama setahun.

"Saya tidak menerima sebarang bayaran untuk pelantikan saya sebagai duta UNITAR sebaliknya hanya menerima tajaan biasiswa penuh daripada pihak universiti bagi melanjutkan pelajaran," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Najwa bakal memulakan pengajiannya di universiti berkenaan pada Isnin depan di Bandar Sunway di sini.

Dalam perkembangan sama, Najwa berkata, sebelum dipilih menjadi duta universiti tersebut dia memang ingin melanjutkan pelajaran di UNITAR dan menganggap pelantikannya itu sebagai satu rezeki.

Mengakui bakal menggalas tanggungjawab besar, Najwa bersedia untuk membantu pihak universiti mempromosikan jenama UNITAR di kalangan remaja sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
"Alhamdulillah ia adalah rezeki untuk saya dan tanggungjawab ini besar dan saya akan pastikan kepercayaan diberikan itu akan dilaksanakan dengan baik.

"Bagaimanapun buat masa ini masih belum ada apa-apa perancangan daripada pihak universiti dan mungkin ia akan bermula selepas pengajian bermula minggu hadapan," jelasnya.

Dalam pada itu, Najwa berkata, dia memilih bidang Pengurusan pada peringkat asasi kerana tertarik dengan beberapa subjek Bahasa Inggeris yang ditawarkan dalam kursus tersebut.

Jelas Najwa, selepas tamat kursus asasi, dia mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan subjek dalam kursus pengurusan memudahkan dia membuat permohonan itu nanti.

"Walaupun bidang asasi yang saya pilih tiada kena mengena dengan cita-cita asal tetapi tidak mengapa. Selain dapat meluaskan ilmu pengetahuan ia juga memudahkan saya untuk membuat permohonan kursus TESL selepas tamat kursus asasi ini nanti," katanya.

Sementara itu, Najwa berkata, dia teruja untuk memulakan sesi pembelajaran bermula Isnin ini dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

Dalam perkembangan lain, Najwa baru sahaja melancarkan single berjudul I Love You dan sedang sibuk dengan aktiviti promosi lagu berkenaan.

"Alhamdulillah lagu itu telah mendapat tontonan sebanyak 200,000 di laman YouTube sejak dua minggu lalu dan Insya-Allah saya kini sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi dan bertemu peminat,"jelasnya.

Tambah Najwa, dia tidak merancang untuk memperlahankan aktiviti seninya selepas memulakan pengajian sebaliknya yakin dapat membahagikan masa dengan baik di antara pelajaran dan nyanyian.

"Paling penting kena bijak menguruskan jadual supaya kerjaya dan pengajian tidak bercanggah dan saya yakin ia tidak akan menjadi masalah," ujarnya.

Mati Ketika Cuba Buat Aksi Ganas Di Ranjang


jefri

KUALA LUMPUR – Siasatan polis tidak menolak kemungkinan kematian Jeffri Mohd. Alee yang lehernya dijerut dengan tali pinggang di Flat Sri Lempah, Lorong Jugra, Jalan Klang Lama di sini pada Rabu lalu ada kaitan dengan cubaan melakukan seks ganas.

Mayat Jeffri, 25, dikatakan ditemui pada pukul 10 malam di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dalam keadaan separuh bogel dan memakai rambut palsu wanita berwarna perang. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa dipercayai bersama seorang individu lain dan kemungkinan baru hendak mengadakan hubungan seks berdasarkan kepada keadaan mangsa ketika ditemui.

“Pemeriksaan forensik tidak menjumpai kesan air mani pada tubuh mangsa namun siasatan awal yang dijalankan seakan-akan menjurus ke arah cubaan melakukan seks,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Keadaan Banjir Kilat Di India Yang Membunuh Ratusan Rakyatnya


Gambar-Gambar Kawasan Yang Terjejas Dengan Banjir Kilat Tersebut







 









Cuba Teka Siapa Wanita Ini??



Wanita ini adalah seorang ibu, ibu kepada artis hollywood yang terkenal di dunia. Tapi ini zaman mudanya....sekarang wanita ini berusia 91 tahun, sanggat jauh bezanya dari wajah dulu dan sekarang!! inilah akibatnya suka sangat ubah wajah dengan pembedahan....



inilah wajahnya sekarang...apa macam ok tak? nama dia Jackie Stallone, ibu kepada sylvester stallone




Jackie Stallone bersama ibunya

Gadis ini memiliki kebolehan yang luar biasa !





Gadis yang bernama Rajacenna ini mempunyai bakat seni yang amat menakjubkan.
 Dia mampu menghasilkan lukisan selebriti hanya menggunakan pensil 
dan hasilnya sungguh realistik.


























My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More