Thursday 27 June 2013

Resepi "Jus Katak" Untuk Yang Mati Pucuk

frog_juice_005
Anda tentu telah biasa mendengar berbagai jenis jus, sebut saja seperti jus buah, jus sayur-sayuran atau campuran keduanya untuk menjaga kesihatan dan mengibati berbagai penyakit. Namun, bagaimana jika anda mendengar @ minum  jus katak?

Jus katak yang mungkin begitu sangat menjijikan bagi anda ini memang benar-benar ada dan dikatakan memiliki  khasiat untuk mengubati berbangai penyakit, namun bagi sebahagian orang jus ini  lebih popular kerana dapat mengubati penyakit (mati pucuk) para lelaki.
Di Peru, jus  ini kerap disebut "viagra" kerana sangat sesuai bagi para pengidap lemah syahwat. Masyarakat Peru percaya jus katak memiliki khasiat sebagai penambah stamina. Jus katak atau extracto de rana ini sangatlah laris di pasar awam Kota Lima. Kerana, selain untuk pengubatan (mati pucuk), jus ini juga dapat mengubati penyakit lain seperti, asma, bronkitis, dan tubuh lesu.


Efek afrodisiak utama jus ini mungkin berasal dari salah satu bahan yang disebut maca yakni tanaman asal Amerika Selatan yang terkenal kerana kekuatan eroticnya.
Bila anda berjalan-jalan di pasar Kota Lima, beberapa penjual jus katak akan siap melayani anda. Salah satunya adalah Carmen Gonzalez.
bagi sesiapa yang rasa nak cuba buat resepi ini boleh cuba ye...
resepi jus katak:
campurkan tiga sudu panas kaldu kacang putih, dua sudu penuh madu, dan daun lidah buaya serta tak ketinggalan beberapa sudu maca ke dalam blender. Setelah dicampur, kemudian masukkan katak ke dalam adunan tersebut. Hasilnya, minuman seperti milk shake yang menyengat tekak.
dalam sehari ada 50 pelanggan yang menghampiri gerai Carmen untuk meminum jus katak. Mereka menikmati jus itu seperti orang  bersantai minum kopi di pagi atau tengah hari .

Muzium Mumia Kesan dari Wabak Taun


Guanajuato mummies sejumlah badan mumia dikebumikan semasa wabak taun di sekitar Guanajuato, Mexico pada tahun 1833. Semua mumia dijumpai di sebuah kuburan yang terletak di Guanajuato, yang telah membuat salah satu kota tempat pelancongan terbesar di Mexico. Semua mumia tersebut digali antara 1865 dan 1958, apabila undang-undang dikuatkuasakan supaya kerabat untuk membayar cukai untuk menjaga mayat di kuburan. Jika kerabat tidak boleh membayar cukai ini, mereka akan kehilangan hak untuk tempat pemakaman, dan mayat digali.

Sembilan puluh peratus daripada mayat-mayat di kuburan yang digali kerana keluarga mereka tidak membayar cukai. Namun, hanya 2% daripada mereka menjadi mumia. Mayat mumia yang disimpan di bangunan dan 1900 mumia mulai menarik pelancong. Pekerja pengebumian mengenakan beberapa peso untuk memasuki bangunan tempat tulang dan mumia disimpan. Tempat ini berubah menjadi sebuah muzium yang disebut El Museo De Las Momias, Muzium Mumia '. Sebuah undang-undang yang melarang disinterring lebih mumia disahkan pada tahun 1958, namun muzium ini masih mempameran mumia asli.

Salah satu hal yang mengejutkan tentang mumia Guanajuato adalah pelbagai usia daripada mumia - anda akan melihat "mumia terkecil di dunia" (janin), beberapa mumia kanak-kanak, dan laki-laki dan perempuan dari segala usia. Beberapa pakaian mumia 'tetap (beberapa hanya mempunyai sarung kaki mereka). Mumia dipaparkan di muzium adalah warga Guanajuato yang hidup kira-kira pada tahun 1850-1950.sumber







Inilah Taman Bunga Paling Cantik Di Dunia


Butchart Gardens adalah nama sebuah kebun bunga yang berada Brentwood Bay, British Columbia, Canada dekat pulau Victoria dan Vancouver. Kebun bunga disebut-sebut oleh banyak orang sebagai kebun bunga terindah di dunia.  kerana ternyatanya Butchart Gardens memang mempunyai pemandangan yang sangat Indah.
Kebun yang diberi nama sesuai nama tokoh pelopor pembangunanya (Robert Pim Butchart dan isterinya Jennie Butchart) ini mempunyai banyak koleksi bunga yang beraneka jenis serta penuh warna warni. Bunga-bunga penuh warna inilah yang menjadi pusat keindahan taman ini. Selain itu, masih ada lagi air terjun The Ross Fountain yang  menambahkan keindahan taman bunga ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aaron Aziz Pernah Menyertai Kumpulan Gengster Di Singapura



KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia pernah melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, berkata, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.

"Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.

"Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," katanya.

Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis. bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.

Aaron, pelakon dari Singapura itu merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul i E! Special: Aaron Aziz

Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro, 712.

Dalam pada itu, Aaron juga akan berkongsi rahsia peribadinya dalam program tersebut, terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.

"Tak silap saya ada dalam 30 peratus rahsia saya didedahkan kepada umum. Jujurnya saya tak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia.

"Saya menyifatkan ia sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat diri. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu.

"Apabila saya kata tidak banyak kontroversi yang ada, mereka terkejut. Malah tidak sangka perwatakan saya sangat santai ketika ditemu bual. Mereka kata saya ini seorang yang rendah diri," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul menerusi program Raya Sampai Pengsan bersama Nabil Ahmad pada sambutan Aidilfitri nanti di Astro Ria.

Selain itu dia juga kini sibuk dengan penggambaran drama Tentang Hati (untuk saluran RTM) bergandingan dengan aktres Fasha Sandha dan bakal memulakan penggambaran filem Adam dan Hawa pada September depan.

Senarai 10 Orang Tertinggi Di Dunia Yang Masih Hidup

Adakah anda rasa cukup tinggi ?...disini di senaraikan 10 orang tertinggi di dunia yang masih hidup . Jom lihat

No. 1
SULTAN KOSEN


Tall order: Doctors at the University of Virginia have developed a treatment for the world's tallest man Sultan Kosen which they say has finally stopped him growing at 8ft 3ins
Sultan Kosen
Sultan Kosen dari negara Turki adalah Manusia Tertinggi di Dunia yang masih hidup seperti di catat oleh Guinness Book of World Records. Dia lahir pada 10 Disember 1982 di Turki. Ketinggian yang direkodkan adalah 8 kaki 3 inci.


No. 2

ZHANG JUNCAI

Zhang Juncai

Lahir pada tahun 1983 di negara China. Mempunyai ketinggian 7 kaki 11 inci kedua selepas Sultan Kosen. Banyak masanya di habiskan dengan aktiviti kebajikan.


No. 3
SUPARWONO

Suparwono
Suparwono

Suparwono adalah manusia tertinggi di Indonisia. Lahir 4 November 1983 di Indonisia. Mempunyai ketinggian 7 kaki 11 inci.


No. 4
ALEXANDER SIZONENKO

Alexander Sizonenko

Alexander Sizonenko lahir di negara Russia pada 20 Julai 1959. Alexander hebat dalam sukan  Bola Keranjang. Ia mempunyai ketinggian 7 kaki 10.1 inci.


No. 5
BAO XISHUN

Boa Xishun

Boa Xishun lahir pada tahun 1951 di negara China.Ia mempunyai ketinggian 7 kaki 9.5 inci ini menjadikan dia nombor 5 tertinggi di dunia.


No. 6
SUN MING MING

Sun Ming Ming

Sun Ming Ming manusia ke 6 tertinggi dunia yang masih hidup. mempunyai ketinggian 7 kaki 9 inci. Lahir pada 23 ogos 1983. Pada tahun 2005 ia berhijrah ke Amerika Syarikat untuk bermain bola keranjang secara profesional di liga NBA. Sekarang ia bermain bola keranjang di negara kelahirannya China. Ketinggiannya  yang di catat ialah 7 kaki 9 inci.

No. 7
RI MYUNG HUN

Ri Myung Hun

Mempunyai ketinggian 7 kaki 8.5 inci. Lahir 14 September 1967 di negara Korea Utara.  Kinibermain untuk negaranya dan menjadi penjaring terbanyak.

No. 8
RADHOUANE CHARBIB

Radhouane Charbib

Radhouane Charbib dari Tunisia lahir pada 27 oktber 1968. Ketinggiannya yang dicatat 7 kaki 8.4 inci.

No, 9
IGOR VOVKOVINSKIY

Igor Vovkovinskiy

Igor Vovkovinskiy berasal dari ukraine kemudian berhijrah ke Rochaster. Ketinggiannya ialah 7 kaki 8.33 inci.

No. 10
GEORGE BELL

George Bell
. . 
George Bell sekarang ini merupakan manusia tertinggi di Amerika Syarikat yang masih hidup. Lahir pada 1957. Ketinggiannya ialah 7 kaki 8 inci.


* Suparwono telah meninggal dunia pada 23/02/2012 Sumber : www.guinnessworldrecord.com

Lebuh raya 1,800 tahun ditemui


Lebuh raya purba era kerajaan Rom yang ditemui di Baitulmaqdis.

Baitulmaqdis: Pakar arkeologi berjaya menemui satu lebuh raya purba, dipercayai dibina pada era pemerintahan Rom di Baitulmaqdis, kata pihak berkuasa.

Agensi Antikuiti Israel (IAA) berkata lebuh raya berkenaan dipercayai berusia 1,800 tahun ditemui di kejiranan Palestin di Beit Hanina di utara Baitulmaqdis, lapor media tempatan.

Ini adalah kali pertama kami menemui sebahagian jalan purba di Baitulmaqdis yang dijaga dengan baik, kata pengarah kerja arkeologi berkenaan David Yeger. Beliau berkata, lebuh raya yang baru ditemui itu adalah salah satu rangkaian jalan yang dibina kerajaan Rom, menuju ke Baitulmaqdis dari arah pantai.

Guna batu leper

Lebuh raya itu mempunyai keluasan lapan meter dibina menggunakan batu leper yang besar dan dilekatkan antara satu sama lain, untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang berjalan kaki.

Sebahagian daripada batu itu sudah rosak teruk dan ia memberi isyarat bahawa ia digunakan dengan kerap selama bertahun-tahun dan turut mengalami beberapa kerja baik pulih, katanya.
Kerajaan Rom memerintah wilayah Mediterranean dan sebahagian daripada Eropah pada abad pertama sebelum Masehi hingga kejatuhannya pada tahun 476.

Bergerak pantas, selesa

Pentadbiran Rom di Baitulmaqdis membina banyak jalan raya bertujuan memenuhi keperluan kerajaan, tentera, ekonomi dan orang awam yang mahu pergerakan pantas dan selesa.

Pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya ini dilakukan oleh unit tentera, tetapi orang awam turut mengambil bahagian, dalam kerja yang diwajibkan kepada mereka oleh pihak pemerintah, katanya.
AGENSI 

Rahsia Kajaiban Air Mata Manusia


Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.


5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan

Tidur Atas Rel Kereta Api Untuk Terapi


Agak pelik tapi ianya memang benar berlaku dan diamalkan di Indonesia. Mereka berbaring di sepanjang landasan keretapi dan percaya bahawa aliran elektrik bervoltan rendah di landasan itu boleh membantu menyembuhkan tubuh mereka.


Kepercayaan mereka ini telah disangkal oleh kerajaan di Jakarta, Indonesia, yang telah menggunakan pelbagai cara untuk menghentikan amalan tersebut. Pihak berwajib syarikat keretapi di pusat tersebut juga telah mengeluarkan amaran mengenai bahaya tindakan tersebut. Mereka yang degil akan dikenakan denda tiga bulan penjara atau £1,200. 


Namun demikian, amaran dan denda tersebut tidak diendahkan oleh masyarakat yang masih mengamalkan amalan tersebut, amalan yang dimulakan oleh seorang lelaki Cina yang kononnya telah disembuhkan melalui terapi landasan keretapi. 



Inilah Wanita Paling Banyak Berkahwin


Seorang Nenek berusia 68 tahun menjadi wanita pertama pecah rekod
melakukan paling banyak perkawinan sepanjang sejarah.
Linda Wolfe nama wanita tersebut telah berkahwinan sebanyak 23 kali, dan pernikahan pertama yang dia lakukan, iaitu pada ketika berumur 16 tahun.
Tujuh perkahwinan pertamanya berjalan agak lama, iaitu setiap perkahwinannya bertahan selama tujuh tahun. Namun dia juga pernah  berkahwin dalam masa yang sangat singkat iaitu hanya selama 36 jam sahaja.
Nama Linda ketika ini telah disenaraikan di Guiness Book of world Records sebagai wanita yang melakukan paling banyak perkahwinan.

GEMPAR: Malunya jadi bangsa BN neh... [Tengok la KENAPA...]


DAP dakwa 2 menteri Najib miliki ijazah palsu


KUALA LUMPUR: DAP mendakwa dua ahli kabinet Kerajaan Barisan Nasional memiliki ijazah palsu dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkahtegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming (gambar) mendakwa mereka adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Beliau berkata kedua-duanya mesti meletakkan jawatan untuk melindungi integriti dan kredibiliti kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin hari semakin dipersoalkan, lapor Roketkini.

Menurut beliau, Richard Riot telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston (USA).

“Bukan sahaja kita tidak dapat mencari mana-mana laman web yang dengan nama Chartered Institute of Business Administration, Universiti Preston juga merupakan sebuah universiti palsu yang sangat terkenal seperti yang dilaporkan oleh banyak media,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping.

Sementara Ewon pula, ujarnya memperolehi Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan dari Golden State University (USA) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Open Commonwealth berpangkalan di British Virgin Islands.

Kian Ming menegaskan kedua-dua institusi itu telah disenaraikan sebagai institusi yang tidak dibenarkan dan tidak sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine di Amerika Syarikat.

“Apa yang lebih ironik adalah hakikat bahawa kedua-dua menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan, akreditasi yang betul, pensijilan dan piawaian.

“Jadi bagaimana kedua-dua mereka ini boleh diamanahkan dengan tanggungjawab yang serius dalam membentuk pembangunan modal insan dan pengurusan pensijilan. Ini sudah tentu memberi malu besar kepada yang berdegar-degar melaungkan transformasi,” ujarnya sinis.

Penjara Ajar banduan Menari Jadi Terkenal


Tahanan Cebu Provincial dan pusat Pemulihan, di Filipina, telah menjadi terkenal di peringkat antarabangsa dengan menggunakan tarian tari untuk memulihkan penghuni berbahaya. Video rutin tarian mereka telah di tonton berjuta-juta di laman web seperti YouTube, dan penjara itu sendiri kini merupakan tarikan pelancong atas kejayaannya.

Kehidupan di penjara adalah sukar walaupun di mana-mana - mungkin kecuali Norway - dan Tahanan Cebu Provincial dan Pusat Pemulihan  adalah tidak terkecuali. Penghuni tidur di atas palet keras, berkongsi sel dengan sebilik dengan sedozen yang lain dan mempunyai jadual yang sangat ketat . Tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat menari. Sebenarnya mereka tidak mempunyai pilihan, kerana selain daripada warga tua dan yang sakit, setiap satu daripada hampir 2,000 tahanan yang diperlukan untuk mengambil bahagian dalam rutin tarian yang kini terkenal di penjara itu.

Kebanyakan mereka terpaksa melakukannya, kerana ia menenangkan fikiran mereka dari masalah mereka dari dadah dan keganasan, dan mengajar mereka disiplin. Malah, kedua-dua bekas tahanan terus menjadi penari profesional apabila mereka keluar. Memperkenalkan tarian sebagai teknik pemulihan adalah idea keselamatan perunding Byron Garcia. Beliau telah dibawa ke Penjara Cebu pada tahun 2004, untuk menangani rusuhan yang berterusan. Beliau berpindah banduan daripada benteng kuno kepada, kemudahan yang lebih moden yang lebih besar, melepaskan berpuluh-puluh pengawal rasuah, geng berpecah , mengharamkan penggunaan wang tunai dan menari tarian diperkenalkan. Bahawa langkah terakhir yang dibuat perbezaan terbesar. Keganasan reda dan kesihatan penghuni dan tingkah laku meningkat secara mendadak.





Oliver Stone Sengaja Pegang Payudara Salma Hayek (5 Gambar)



Ini berlaku semalam semasa pelancaran filem Savages di London. 

Oliver Stone Sengaja Pegang Payudara Salma Hayek



Mat Saleh Dari England Fasih Bercakap Loghat Terengganu

Ini adalah video yang menjadi viral di FB sejak dari semalam. Video ini menunjukkan seorang mat saleh yang dikenali sebagai Mat Dan yang begitu fasih bercakap loghat Terengganu di Pulau Kapas. Menurut sumber, Mat Dan ini berasal dari Bristol, England. 
Kisah bagaimana dia datang ke Pulau Kapas sehingga menetap disitu masih menjadi 
misteri. Dikhabarkan juga bahawa Mat Dan telah memeluk Islam pada awal tahun ini. Wallahualam.. 

Jika a

Kambing Paling Gangster Versi Brazil (4 Gambar)

Dalam video singkat yang dikeluarkan oleh akhbar Daily Mail ini memperlihatkan aksi Billy yang mengejar sesiapa sahaja yang mendekatinya. Kambing oh kambing..




My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More