Monday 15 July 2013

Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ?


AGENSI Pentadbiran Angkasa dan Aeronautics Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menerima satu permohonan unik dari seorang kanak-kanak British berumur 7 tahun untuk memohon kebenaran untuk mengikuti program angkasa lepas NASA dan menjadi angkasawan.

1
Tetapi, pastinya kita tahu kanak-kanak berumur tujuh tahun pastinya terlalu muda untuk dihantar ke angkasa lepas.
Bagaimanapun, Dexter Anderson tidak mengendahkan kenyataan itu dan terus menghantar surat kepada NASA tetapi lebih kepada bertanyakan nasihat bagaimana untuk menjadi seorang angkasawan apabila beliau sudah dewasa kelak.
Dalam suratnya bertulis,
“Saya dengar anda menghantar dua orang ke planet Marikh dan saya juga ingin turut serta tetapi saya berumur tujuh tahun dan saya tidak mampu, saya berminat untuk mengikutinya di masa depan, apa yang perlu saya lakukan ya untuk menjadi angkasawan?”
Tulisan asal.
‘I heard that you are sending two people into Mars and I would like to come, but I’m seven so I can’t,’ he wrote. ‘I would like to come in the future. What do I need to do to become an astronaut?’
2
Kanak-kanak itu gembira selepas NASA membalas suratnya dan menasihatinya supaya terus bercita-cita tinggi sehinga sanggup mencapai bintang.
Pihak NASA turut menghantar beberapa jenis pelekat, poster dan juga penanda buku untuk memastikan semangat Dexter terus kuat untuk menjadi angkasawan.
3
Ibu kanak-kanak itu, Katrina berkata reaksi Dexter begitu terkejut kerana menerima satu bungkusan yang amat besar dari NASA dan menyangka anaknya itu hanya akan menerima surat dari NASA.
Bagi pihak NASA pula, mereka mencuba sedaya-upaya untuk menjawab sebanyak mana soalan yang boleh melalui pos dan laman sosial.
4
Kanak-kanak British, mengidam untuk ke angkasa lepas seawal umur tujuh tahun, anak-anak kita sibuk buat video dah bercinta seminggu, bagaimana arah tujuan kita nanti??

Luar Biasa! Harimau Paling Besar Di Dunia (8 Foto)


Kebiasaannya kita hanya berpeluang menyaksikan gelagat harimau di depan mata adalah ketika berkunjung ke Zoo. Harimau juga antara haiwan yang dianggap pemangsa paling berbahaya selain daripada singa. Namun pernahkah anda melihat harimau dalam saiz yang sangat besar? Benar ia wujud dan dikenali sebagai The Liger. Haiwan ini dipercayai antara yang paling terbesar di dunia dalam sejarah. Jom lihat gambar di bawah ini.


The Liger adalah kacukan hibrid antara singa jantan (Panthera leo) dan harimau betina (Panthera tigris). The Liger dipercayai adalah kucing terbesar yang diketahui di dunia. Kepanjangan Liger jantan boleh mencecah sehingga 3.0m – 3,5m.
harimau5
harimau6
harimau7
harimau8
harimau1
harimau2
harimau3
harimau4

Gambar Leez AF4


Gambar Leez AF4 | Kisah berakhirnya percintaan mereka :

Inilah gadis yang pernah menjadi bekas teman wanita seorang pelawak popular terkini iaitu Zizan Razak. Sudah setahun lebih, bintang Prelude AF4, Leez putus cinta dengan Zizan, Raja Lawak. Namun, masih ramai yang tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan mereka.

Dalam pertemuan bersama Leez baru-baru ini, kami cuba menanyakan persoalan ini kepada gadis berkulit hitam manis ini. Namun,dia sendiri mengakui tidak punya jawapannya. "Terus-terang saya katakan saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja tanpa menjelaskan apa-apa.

Sampai saat ini pun, saya masih tidak tahu sebabnya.
"Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, populariti mungkin boleh mengubah segala-galanya. Saya terima. Awalnya agak sukar jugak untuk saya terima hakikat tersebut. "Malah, hampir setahun lamanya saya terpaksa ambil kekuatan untuk meneruskan semula kehidupan seperti biasa.

Syukurlah kerana saya sentiasa dikelilingi keluarga dan kawan-kawan. Mereka cukup memahami situasi saya serta banyak memberi kekuatan untuk saya," katanya. Disebabkan itu, Leez berkata, dia masih tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. "Buat masa ini, saya tidak fikir saya sudah bersedia untuk ke arah itu.

Biarlah saya tumpukan perhatian pada kerjaya seni saya. Saya nak kumpul duit dulu," katanya lagi. Tentang perkembangan terbarunya, Leez berkata, dia baru saja selesai membintangi beberapa telefilem terbitan Astro. Yang terbaru adalah Pontianak Kg Batu serta Ungunya Cinta.

Dalam pada itu, Leez juga bakal membintangi pementasan teater Sri Mersing arahan Rosdeen Suboh yang telah diadaptasi daripada filem Sri Mersing karya dsan arahan Allahyarham Salleh Ghani di Istana Budaya tidak lama lagi. Memegang watak sebagai Sri Melati, Leez bakal bergandingan dengan beberapa nama besar seperti Adiputra, Elly Mazlien, Datuk Mustapha Maarof, Datin Rosnani Jamil, Fauziah Nawi serta A Galak.

Menjelaskan pula tentang pembabitannya di dalam Sri Mersing, Leez berkata, dia berasa sangat teruja apabila dalam terlibat sepenuhnya di dalam pementasan tersebut. Apalagi bergandingan dengan nama-nama besar di dalam pementasan teater ini terutama seperti Datuk Mustapha dan Datin Rosnani yang merupakan pelakon asal filem Sri Mersing.

"Untuk persediaan teater ini, saya sudah pun menonton filem Sri Mersing banyak kali tapi memandangkan Sri Melati adalah antara watak baru yang dijelmakan untuk pementasan ini, jadi sudah tentu ia agak berbeza dengan apa yang ada di dalam filem. "Dalam pementasan ini, Sri Melati adalah anak kepada Sri Mersing.

Walaupun tak banyak dialog yang ditonjolkan, namun pementasan teater ini memerlukan saya untuk banyak menyanyi serta berpantun," katanya. 

Sumber Asal : Disini

Taman Permainan Yang Paling Bahaya Di Dunia


The X-Scream terletak di Hotel Stratosphere di Las Vegas yang di bina di atas bangunan tinggi. Kepada yang sudah merasai permainan disini akan mengatakan ia adalah permainan paling merbahaya tapi menyeronokkan.

Kalau korang berani mempertaruhkan nyawa korang dipersilakan untuk bermain kat situ, takut2 kena sakit jantung pulak bila kat atas tu nanti, he3. Permainan ni terletak 300 m antara taman pemain dan tanah.

Tetapi sekarang dikatakan The X-Scream ini telah dia tutup atas sebab penyelenggaraan yang terlahu mahal.











Tangan Hancur Terkena Mercun buatan Sendiri


KOTA BHARU – Keghairahan seorang lelaki untuk menghasilkan mercun dengan menyumbat belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi payung hampir menyebabkan tangan kirinya kudung apabila bahan ‘uji kajinya’ itu meletup ketika berada dalam genggamannya.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu itu menyebabkan mangsa,
Ahmad Fuad Jaafar, 27, terputus jari tengah dan jari manis, manakala tapak tangannya turut terkoyak.

Mangsa yang berasal dari Kampung Telok Kandis dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) di sini menggunakan ambulans untuk menerima rawatan kira-kira pukul 5 petang pada hari kejadian ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

Menurut sumber, mangsa tersebut menceritakan kepada pasukan perubatan yang merawatnya bahawa kejadian itu berlaku ekoran belerang yang disumbat di dalam batang payung itu tiba-tiba meletup.

“Menurut mangsa, dia mengumpul belerang yang banyak di dalam batang besi itu dan ketika sedang memampatkannya, ia tiba-tiba meletup sehingga terkena tangannya,” cerita sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Biar Betul! Anjing Ini Memiliki Raut Wajah Seakan Manusia (5 GAMBAR) |

Tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah gambar edit,kebetulan atau memang ada spesies anjing macam ni.Jika anda perhatikan dari depan mesti anda akan perasan bahawa wajahnya adalah sangat mirip dengan manusia.Dunia ini memang menyimpan sejuta satu kisah misteri.

Lagi 4 gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.






Gambar Ngeri Hukuman Pancung Tahun 1905


Adegan hukuman pancung kepala di Vietnam1905








Airport Paling Bahaya Di Hong Kong


Lapangan terbang Kai Tak yang telah ditutup pada tahun 1998 adalah tapak pendaratan botched yang paling bahaya di Hong Kong termasuk kapal terbang terhempas ke dalam air.

Imej-imej yang menakjubkan menunjukkan juruterbang berpengalaman ketika bergelut dengan pendaratan yang terkenal berbahaya, lapangan terbang ini telah ditutup oleh kerajaan pada tahun 1998 kerana rekod keselamatan yang rendah.









Ini Maksud Sebenar Nasi Ganja di Ipoh



Asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ianya dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ia dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam.

Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh. Mereka menemuinya di Jalan Yang Kalsom. Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja, penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih.
Di Ipoh, umat Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Umat Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'. 
Ini kerana penjual Nasi Ganja ini sepanjang tahunnya memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey' . Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya.
Semoga Ramadhan kali ini membuatkan pengusaha Nasi Ganja ini tidak lagi meraup untung dari perbuatan berdosa umat Islam lain.

Juga adalah diharapkan umat Islam di Ipoh telah berubah dengan tidak menjadikan Nasi Ganja ini sebagai penyebab untuk tidak berpuasa.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More