Monday 3 June 2013

Gambar-gambar Gayat


Laluan Chang Kong pada Gunung Hanshan telah dibina sejak 700 tahun 
yang lalu dan sehingga kini ianya masih boleh lagi digunakan. Laluan 
ini telah dibina oleh orang kampung sekitar pada masa itu kerana 
mereka percaya di at as puncak gunung itu ada 'roh' yang menghuni. 
laluan ini memudahkan mereka untuk memuja 'roh' tersebut.




















Kisah 10 Orang penjenayah Terkenal Dalam Sejarah Malaysia


Untuk anak cucu dan remaja GISB yang dikasihi. 

Mungkin ada yang berfikir untuk hidup bebas dan lalai. Mungkin ada yang hendak lari dari sistem hidup berTuhan. Maklumlah sistem yang Abuya lagangkan ini adalah sistem yang hanya dapat dihayati dari rasa hati yang inginkan keselamatan dari azab kubur dan siksa neraka. Jika ikut sistem ini secara terpaksa atau ikut-ikutan, maka terpaksalah menanggung keperitan mujahadah. 

Hasilnya tentulah sulit dalam memilih mana yang sepatutnya kerana nafsu akan mengajak ke arah kejahatan. Apa-apapun eloklah baca paparan berikut. Kisah 10 orang penjenayah dan akibat yang mereka tanggung sepatutnya dapat menginsafkan anak cucu semua agar pandai memilih jalan kehidupan. 





1. Botak Chin
Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari rompakkannya. Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun. November 1974 selepas dibebaskan dari penjara dia memulakan kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur tidak ianya langsung tidak memuaskan hatinya. Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Kegiatan rompakan oleh mereka semakin aktif seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, di Kelab Kereta api Sentul dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur. Segala hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri, Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom. Pada 22 November 1975, kejadian berlaku di malam hari. Sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya yang lain mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam. Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ DSP S Kulasingam. Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam. Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu. Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin. 16 Februari 1976, episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin. Sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Dengan pantas pihak polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis, masing masing melepaskan tembakan. Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Manakala pengikut pengikutnya yang lain telah mati ditembak. Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.







2. Bentong Kali
Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P. Kalimuthu atau digelar Bentong Kali (tempat asalnya) terkenal dengan sikap barannya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati. Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan. Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang awam walau ketika polis telah melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yang dikenali sebagai 'Ops Buncit'. Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Penjenayah mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. P. Kalimuthu menyertai Kumpulan kongsi gelap Cina 04. Pernah dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. Namun ianya tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang. Ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah di tempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada tahun 1987. Peluang kedua yang diberikan langsung tidak dihiraukannya. Kali ini dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Kegiatan yang mereka lakukan adalah seperti mengedar dadah. dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Antara pembunuhan yang dilakukan adalah dengan melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan hari lahir menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian. Juga melepaskan sedas tembakan ke atas seorang penjual roti canai kerana menegur tindakan kurang ajar Bentong Kali yang kencing berhampiran rumahnya. Semua jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya. Ini dikaitkan dengan Bentong Kali kerana penjenayah itu turut menyewa selama tiga bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri. Tindakan P. Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam ketakutan. Ada antara mereka yang berpindah buat sementara waktu ke kawasan lain kerana khuatir menjadi mangsa seterusnya. Terbabit juga dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang lelaki lain di Kampung Sungai Tepi, Jalan Klang Lama. Penemuan bukti kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis mengesyaki pembabitan P. Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian siri pembunuhan berkenaan. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama. Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Drama tembak menembak berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya berjaya ditembak mati oleh polis.







3. Mona Fandey
Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang penyanyi pop, dukun, dan pembunuh dari Malaysia. Dia disabitkan melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris, pada tahun 1993. Kerjayanya sebagai penyanyi pop tidak bertahan lama, namun ia masih berjaya menghasilkan satu album. Selepas itu, Mona mula terlibat dalam kegiatan sihir spiritual yang dikenali sebagai bomoh atau dukun tempatan. Dia menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan dan sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan termasuk ahli ahli politik. Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris, seorang ahli politik Adun Batu Talam, Pahang, telah berjumpa dengan Mona untuk mendapatkan perkhidmatan darinya. Mazlan Idris pernah menuntut di Amerika Syarikat dan merupakan seorang ahli politik hebat dan berkuasa dari United Malays National Organisation (UMNO) parti. Pada saat itu, Mona bekerja dengan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hassan. Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya beberapa "benda" yang sama dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan kekuasaannya. Mona menuntut RM 2.5 juta daripada Mazlan sebagai bayarannya. Oleh itu Mazlan telah membayar kepada pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit dan memberi mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM 2 juta. Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk melakukan pembersihan ritual yang akan dilakukan di rumah Mona. Mazlan disuruh berbaring di lantai sementara Mona menaburkan kelopak kelopak bunga kepadanya. Dia kemudian menyuruh Mazlan untuk menutup mata dan menunggu wang untuk "jatuh dari langit". Dengan sepantas kilat, Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan dan dicincangkan nya seluruh anggota badan Mazlan. Mayat Mazlan ditemui oleh polis pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18 bahagian yang dikebumikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di Pahang. Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas menarik RM 300,000 dari bank. Setelah pembunuhan itu, Mona dilaporkan telah membelanjakan wang yang diterimanya dengan membeli sebuah Mercedes-Benz. Namun demikian, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mona, suaminya, dan Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh. Sepanjang persidangan, Mona memperlihatkan perilaku aneh termasuk muncul ceria, terus tersenyum dan berpose untuk photographer wartawan. Dia berpakaian mewah dengan design yang cerah dan berwarna warni pada gaun. Dia juga berkata, "saya seperti mempunyai ramai peminat". Mona juga dilaporkan pernah mengucapkan kata-kata "Aku Takkan mati" dan masih tenang dan tersenyum. Mahkamah Tinggi mendapati mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung sampai mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh 2 November 2001 di Penjara Kajang.







4. Hanafi Mat Hassan
Hanafi Mat Hassan, 38 tahun, seorang pemandu bas ekspres Kiara telah melakukan dua jenayah besar, rogol dan bunuh, di dalam basnya sendiri yang bercermin gelap. Mangsa, Noor Suzaily Mukhtar, seorang jurutera komputer dirogol oleh Hanafi pada 7 Oktober 2000 antara waktu 8.50 pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan pukul 9.15 pagi di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang. Selepas dirogol, mangsa dibunuh kejam. Hanafi yang berasal dari Bachok, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Perogol telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas subuh dan mayatnya dibawa ke Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai, Kelantan. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai.







5. Geng Azhar
Geng Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Malaysia. Pada 3 Januari 2009, 10 suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan polis lalu menyerbu sebuah bengkel kereta di Selat Selatan, Pandamaran, Pelabuhan Klang , Selangor. Kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang terdapat di situ. Suspek membawa keluar dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam. Pemilik bengkel dikatakan diminta membayar wang sejumlah RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu menyelesaikannya di luar. Pada 7 Januari 2009 jam 4.00 petang, seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11, Kajang yang membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di Cheras dan Ampang pada 8 Januari 2009. Semua suspek berusia dalam lingkungan antara 27 hingga 48 tahun. 8 lelaki dan 3 wanita.






6. Prebet Adam
Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja-raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran pegawai Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.







7. Ahmad Najib
Ahmad Najib Aris, 33 tahun, bekas pencuci kabin kapal terbang pasrah dan reda setelah hakim mengekalkan keputusan hukuman gantung sampai mati ke atasnya. Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir, namun ianya jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada hukuman tali gantung. Kisah bermula dari sebuah parti keraian. Canny Ong Lay Kian, 28 tahun, menghadiri majlis makan malam bersama kawan kawannya dan ahli keluarga yang lain pada hari Jumaat 13 Jun 2003. Ibu Canny, Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie juga turut hadir ke majlis itu. Kereta mereka diparkir di tempat letak kereta dalam pusat beli belah Bangsar yang menempatkan Restoran Monte, lokasi parti tersebut. Pada 10.30 malam, Canny bersama kakak dan ibunya hendak pulang ke rumah. Ketika hendak membayar tiker parking di mesin tiket, mereka baru perasan yang tiket tersebut tertinggal dalam kereta. Jadi Canny pergi bersendirian mendapatkan tiket kereta itu. Dari situlah permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny. Kamera litar tertutup di bangunan tersebut menunjukkan bahawa kereta Proton Tiara milik ibu Canny dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar. Sebelum Canny dirogol, Ahmad Najib mengakui mengacu pisau kepada mangsa. Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa. Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa. Bukti paling kukuh yang menuduh Ahmad Najib sebagi pesalah adalah apabila ujian DNA terhadap sepasang seluar jeans yang dipakai Ahmad Najib akhirnya didapati mengandungi percikan darah Canny dan ianya cukup kuat bagi membuktikan dia bertanggungjawab membunuh mangsa.







8. Mat Komando
Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad, 37 tahun, mengetuai satu kumpulan jenayah yang dikenali sebagai Kumpulan 13. Kumpulan yang diketuainya telah melakukan lebih 40 rompakan bersenjata di seluruh negara sebelum ditumpaskan. Mat Komando kekal menjadi satu satunya penjenayah yang telah merompak Bank BSN dan Pejabat Pos. Anak kedua daripada lapan beradik dari Kampung Selengkoh, Yan ini bukanlah anggota komando yang cukup terlatih dan berpengalaman luas kerana kerjayanya di dalam perkhidmatan tentera hanya selama dua tahun. Selepas berhenti daripada perkhidmatan tentera, Mat Komando bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur. Tugas barunya itu pun tidak bertahan lama dan selepas itu dia sering bertukar kerja lain seperti menjadi pemandu teksi dan pemandu bas. Mat Komando dikatakan bukan seorang yang bersifat bengis, keras hati walaupun terlibat dalam kegiatan jenayah. Ramai rakannya juga tidak percaya dia terlibat dalam perbuatan itu kerana dia jarang bercakap tentang apa yang dilakukannya dan tidak menunjukkan reaksi keras jika tidak menyetujui sesuatu perkara. Satu sifat yang terdapat pada diri Mat Komando ialah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara maranya walaupun nilainya tidak seberapa. Sebelum dia menjadi buruan polis, Mat Komando sempat menyiapkan rumah baru itu untuk kediaman isterinya dan seorang anak tunggal berusia 10 tahun yang cacat pendengaran. Mat Komando dikatakan mempunyai ilmu kebal dan mampu menghilangkan diri (ilmu selisih) walaupun telah dikepung oleh pihak polis beberapa kali walaupun rakan rakanya yang lain mati ditembak polis. Mat Komando pernah terlepas daripada kepungan polis ketika anggota kumpulan itu pulang daripada bercuti bersama keluarga dan teman di sebuah pusat peranginan di Tasik Pedu. Mat Komando muncul semula enam bulan kemudian di Gemas, Negeri Sembilan pada 28 Julai lalu apabila sekali lagi dia bolos daripada kepungan polis. Rakan sepelariannya, Shukri Husain yang terlepas daripada buruan polis ketika bersembunyi di sebuah rumah di Gemas, Negeri Sembilan akhirnya menjadi musuhnya. Menurut pihak polis, Mat Komando dikatakan cuba membunuh Shukri di sebuah kampung di Baling baru baru ini. Shukri yang dibelasah dengan teruk sempat menyelamatkan diri tetapi akhirnya ditahan oleh polis. Mat Komando telah mati ditembak menembusi kepalanya dalam satu ops yang dinamakan Ops Api Sawit di Pendang Kedah.







9. Al Ma'unah
Al Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera. Mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut. Mereka menyatakan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm. Anggota geng tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Amin mengagih agihkan semua senjata yang dilarikan tersebut kepada orang orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampung telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Sepanjang 4 hari menjadi tawanan, anggota pasukan keselamatan telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari Jusoh menembak Truper Matthews. Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Koperal Detektif Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar. Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat. Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Jeneral Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Jeneral Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau. Dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota pasukan elitnya 69 Komando PGK PDRM menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al Ma'unah berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al Ma'unah iaitu Amin. Berlakulah perdebatan antara Abdul Razak dan Amin yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua kemupulan Al Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang ASP Abdul Razak telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) atas jasanya.







10. Rasidi Ismail
Tanggal 5 Januari 2010, empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Dalam kejadian, mangsa, Atan Daud, 90 tahun, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80 tahun. Mayat Atan ketika ditemui putus tangan kanannya dipercayai ditetak. Mayat isterinya, Sufiah pula putus tangan kiri. Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka, Ismail Awang, 76 tahun, dalam keadaan tidak berkepala. Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail, Siti Khadijah, 22 tahun, ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan. Kejadian itu disedari seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 19 tahun, yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang. Di lokasi kejadian, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, unit anjing pengesan dan Unit Forensik berada di kawasan ini sejak petang tadi mencari petunjuk mengenai kejadian tersebut. Polis menemui senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu. Sementara itu, polis sedang mengesan seorang lelaki, Rashidi Ismail berusia 34 tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes bunuh empat sekeluarga ini. Polis menolak sama sekali motif pembunuhan itu sebagai kes samun kerana barang kemas dan wang tunai didapati tidak hilang daripada mangsa yang dibunuh. Akhirnya pembunuh kejam yang merupakan ahli keluarga mangsa berjaya di tangkap di ibu negara di Stesen LRT Masjid Jamek KL. Semasa penangkapan itu, suspek bertindak ganas dan cuba menyerang anggota polis yang ingin menahan dia dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya. Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah penagihan dadah mengikut data polis. Mengikut maklumat dari keluarga suspek, dia adalah seorang anak yang baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2 kali dan kebelakangan ini, suspek sering ketawa, menangis dan bercakap sendiri. Sebelum itu, kepala seorang mangsa yang dipenggal gagal ditemui oleh pihak polis sehingga suspek memberikan hasil maklumat. Kepala bapa kandung yang dipenggalnya telah ditanam 200 meter dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 Shah Alam. Berikutan dengan kenyataan dari Rasidi Ismail yang masih mengekalkan pengakuan bersalahnya atas tuduhan tersebut kerana mendakwa dia mendapat arahan untuk bunuh keluarganya itu dari langit. Oleh yang demikian, mahkamah Tinggi mengarahkan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Tampoi, Johor selama sebulan. Pada 7 September 2010, Rasidi Ismail dibebaskan dari pertuduhan membunuh empat orang ahli keluarganya pada 5 Januari lalu oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan tersebut. Rasidi Ismail disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu mengalami halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu oleh pakar dari Hospital Permai, Johor. Doktor pakar berkenaan turut merumuskan tertuduh tidak sedar ketika kejadian berlaku ekoran terpengaruh kepercayaan palsu selepas mendapat arahan tulisan di dinding dan bisikan suara halus. Dengan keputusan itu Rasidi Ismail terlepas dari hukuman gantung namun dia diperintahkan ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga diperkenankan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. 

Gambar Gajah-gajah Mati Diracun Di Sabah

Gambar yang menyedihkan menunjukkan seekor anak gajah yang cuba 
mengejutkan ibunya yang telah mati. 10 ekor gajah gajah pygmy yang 
diancam kepupusan telah ditemui mati di Hutan Simpan Gunung Rafa di 
Sabah dalam masa 2 minggu. Gajah-gajah ini dipercayai telah diracun.

#Orang sabah, apa cerita? Ini yang buat aku emo lagi. Hmmmm

 



 

Kisah Benar - Isteri Derhaka Yang Menderita Sakit Pelik Lagi Busuk


Pak Lang paparkan juga satu kisah benar mengenai seorang isteri derhaka.... 
Semoga menjadi iktibar..... Kisah ini Pak Lang dapatkan dari laman http://www.fuh.my. 
SILA KLIK DI SINI


 
Gambar Hiasan 

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun 
sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila 
dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok. 

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk. 

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. 
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal 
tulang,” balas Arifin. 

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil 
menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang 
di pakai. 

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang 
hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang 
hendak di sampaikan. 

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin. 

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. 
Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian 
meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya 
dalam-dalam. 

“Entahlah.” katanya perlahan, 

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. 
penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin. 

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan 
klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya. 

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya. 

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya. 

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang 
bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya 
tak juga sembuh,”jelas Arifin. 

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh 
isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, 
kusut 

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa 
lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” 
tambah Arifin. 

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, 
seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti 
bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. 

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir 
tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk 
berhadapan dengan kawan sepejabat. 

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di 
belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. 

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya 
gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga 
menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan 
kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah 
luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam 
waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, 
ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku. 

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa 
dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya 
sayu 

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”. 

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa 
isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan 
namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari 
penawar keadaan penyakit berkenaan. 

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, 
meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit 
sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin. 

“InsyaAllah.” Balas saya. 

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana 
berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang 
meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia 
meluahkan segala yang terbuku di hati. 

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?” 

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. 
Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah 
sakit memang macam tu,”kata Arifin. 

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah 
berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah 
Arifin pada malam esoknya. 

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung. 

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang 
dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. 

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik. 

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang 
rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. 

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring 
mengiring mengadap ke dinding. 

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. 
Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat 
menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya 
terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang 
membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala 
separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum 
tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti 
keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. 

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi 
sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”. 

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin. 

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. 
Bau yang saya maksudkan itu agak busuk. 

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan. 

“Keluar lendir bercampur nanah.” 

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. 
Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu. 

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala 
di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada 
melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah 
Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya. 

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.” 

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya. 

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya 
meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga 
mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. 

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan 
rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara 
ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut 
kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. 

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. 
Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. 

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon 
ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa 
hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis. 

“Ustaz,”katanya, 

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu” 

“Kenapa?”pantas saya bertanya… 

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-
galanya”. Arifin menyambung ceritanya; 

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana 
telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid 
dan air maninya ke dalam makanan saya. 

Saya tanya “Kenapa?” 

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. 

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang 
kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan 
ilmu hitam.” 

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah 
emasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat 
hubungan sulit dengan beberapa lelaki. 

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka 
bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak
-banyak ampun daripada saya. 

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun 
yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang 
pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah 
begitu, dia jadi perempuan....” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan 
kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu. 

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. 

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya. 

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. 

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia 
mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.” 

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah 
nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. 
Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan 
sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. 

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.” 

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik. 

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu 
sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang 
agak keras. 

Mungkin dia terkejut. 

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus 
memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas 
itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin m
emaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. 

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada 
gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya. 

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya 
dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir 
rahim) sebanyak tujuh kali. 

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin 
menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. 
Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia 
sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi. 

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi 
kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil 
menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan 
dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia." 

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat 
kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan. 

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam 
memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More