Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

Gambar Aisya Adam, isteri Matyo yang menawan (5 Photo)



Umum mengetahui isteri Matyo, Siti Aisya Adam telah menggemparkan seluruh Malaysia dengan tindakannya memaki hamun dan menendang seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang pada 12 September lalu.

Berikut ialah beberapa keping gambar Siti Aisya Adam, 24, yang memang cantik dan menawan. Wanita secantik ini patut tahu menjaga perilaku diri apatah lagi selepas bergelar isteri kepada pemain bolasepak ternama. Tapi sayang seribu kali sayang, hanya tinggal gelaran semata-mata.





Saturday, 10 August 2013

Senarai produk Dumex yang ditarik balik kerana isu kualiti



KUALA LUMPUR: Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.

Danone Dumex, dalam kenyataan di sini semalam, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.

"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.

Terdahulu pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai 'whey protein concentrate' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.

Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.

Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1; 

Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.

"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi. Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.

Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna  yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.

-antarapos.com
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5Rnag==


P/s: ingat produk-produk ini yer...
Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1; 

Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.

Wednesday, 31 July 2013

Wanita Banyak Makan Pisang Berkemungkinan Besar Melahirkan Anak Lelaki


Setiap pasangan inginkan anak yang comel sama ada lelaki atau perempuan. Namun  itu semuanya adalah ketentuan Tuhan Yang Maha Esa. Selain berdoa dan bertawakal, kita dibenarkan berusaha untuk mendapatkan anak yang diingini sama ada lelaki mahupun perempuan.

Hasil kajian yang dijalankan, seorang wanita berpeluang untuk menentukan jenis kelamin anaknya sendiri dengan apa yang dimakannya ketika hamil. Wanita yang rutin makan pisang sebelum dan semasa hamil berkemungkinan besar akan memiliki seorang anak laki-laki.

Penemuan ini menunjukkan makanan mengandungi kalori yang lebih tinggi, dapat meningkatkan kemungkinan memiliki anak laki-laki. Sementara wanita yang sebelum hamil melakukan diet tertentu, kemungkinan akan menghasilkan anak perempuan.

Para penyelidik di Oxford University, London, Inggeris, mempelajari kebiasaan makan 740 orang wanita, semasa tempoh kehamilan pertamanya.

"Kami mendapati bahawa seorang isteri yang memakan pisang yang memiliki kalium tinggi berpeluang besar untuk memiliki seorang anak laki-laki," kata ketua penyelidik Fiona Mathews, seperti dilansir dari The Guardian.

Seorang wanita yang makan sereal setiap hari sebagai sarapan, 59 persen akan memiliki anak laki-laki, berbanding hanya 43 persen yang kurang mengambil sereal, kemungkinan untuk memiliki anak laki-lakinya sangat kecil," jelas Mathew
 
Penelitian ini menunjukkan adanya teknik sederhana untuk memengaruhi kemungkinan mengandung anak laki-laki. Agar lebih bervariasi cubalah untuk makan pisang dan semangkuk sereal..[The Guardian/liputan6.com]

Thursday, 25 July 2013

Iklan Raya TV3 Macam Krismas


Update 1: Video kat Youtube dah kena buang. Kalau nak tengok sila pergi linkhttp://facebookvideoindirx.com/keindahan-dalam-kemeriahan-sinari-lebaran-dari-tv3-untuk-semua-hq/
Update 2: TV3 dah tarik balik iklan ini. Terima kasih
Kalau orang perseorangan yang tak cukup umur mengutuk-ngutuk di FB dah cukup sensitif, kami langsung tak faham dengan motif iklan tv3 ni….Apa nak jadi dengan iklan raya Tv3 nie.
Cuba baca huraian tentang cerita disebalik iklan ini…

KEBENARAN DI SEBALIK PENIPUAN DAN KEBETULAN.

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?
Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.
Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..
Terima kasih kepada blog Kalamul Haqq untuk huraian ni…

Sunday, 30 June 2013

Hotel Terapung Sambil Belayar


floating hotel Salt and Sill di Sweden, "hotel garam terapung "tetamu boleh beriadah dan bersosial dengan keadaan yang amat unik. Para tetamu boleh menikmati makanan yang lazat dan minuman dan tidur sambil menikmati bunyi merdu ngauman sambil belayar.

Swedenâ floating hotel Salt and Sill  telah menarik pengunjung dari seluruh dunia sejak ia dibuka di pulau Kla ¤ desholmen di Barat Sweden pada bulan Oktober 2008.

Direka untuk menjadi sauna terapung, yang  berlepas pada bulan Jun 2009. Dibina di atas dua tingkat atas catamaran, ia akan menawarkan satu cara baru bagi pengunjung untuk mengalami keindahan pantai Bohusia dan lebih dari 3,000 pulau-pulau. Ia juga akan menyediakan tempat yang sesuai untuk mereka yang mencari kemudahan persidangan alternatif, suite perkahwinan atau dewan pameran. Bilik boleh didapati di hotel garam terapung dari 1280 SEK (kira-kira  £ 105) setiap malam.





Saturday, 29 June 2013

Rupa Dalaman Di Dalam Piramid



Beragam analisis tentang cara digunakan untuk pembinaan piramida.
Ada yang menyebutnya sebagai bangunan warisan UFO dengan alasan terdapat bangunan mirip piramida ditemukan di Mars yang berada satu lintang derajat yang sama dengan lintang derajat di Bumi, ada pula yang mengatakan peninggalan peradaban Atlantis dan sebagian lagi mengatakan bahawa pembinaan piramida digunakan dengan alasan bahawa pada peradaban lampau,tapi bagaimana rupa bahagian dalaman piramid?
Inilah rupa isi di dalam piramida.





Thursday, 27 June 2013

Rahsia Kajaiban Air Mata Manusia


Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.


5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan

Wednesday, 26 June 2013

Budak Berusia 2 Tahun Lebih Pandai Dari Barack Obama Dan David Cameron


Seorang budak berusia dua tahun menjadi ahli termuda Mensa Britain selepas menjalani ujian kecerdasan yang meletakkan dia lebih cerdik daripada Barack Obama dan David Cameron.Ketika kebanyakan budak sebayanya sibuk belajar berjalan dan menconteng dinding, Adam Kirby lebih gemar membaca karya William Shakespeare, belajar bahasa Jepun, Sepanyol dan Perancis, malah mampu menguruskan diri sendiri di tandas.

 Barack Obama dan David Cameron
Berasal dari Mitcham, London selatan, Adam mengambil ujian IQ Stanford-Binet dan memperoleh markah 141 atau 10 mata lebih lebih tinggi daripada dua pemimpin utama dunia - Obama dan Cameron.Markah itu adalah dua mata saja daripada mencapai tahap genius dan dicapai Adam ketika dia masih belum mampu bercakap dengan ayat lengkap. 

Bapa Adam, Dean, 33, berkata dia dan isterinya, Kerry-Ann, 31, menyedari kelebihan kanak-kanak itu apabila melihat dia mampu membersihkan diri di tandas selepas membaca sebuah buku.Kata Dean, kejadian itu berlaku ketika Adam baru berusia setahun. “Ketika berusia 29 bulan, Adam mampu mengeja sehingga 100 perkataan, menghafal sifir serta mahir mencantumkan teka-teki bergambar untuk orang dewasa,” katanya.
Selepas memperoleh kejayaan dalam ujian IQ, Adam dipelawa pula menyertai Mensa Britain yang dikhaskan untuk seseorang yang memiliki kecerdasan sangat tinggi.Sebelum Adam, rekod berkenaan dipegang Elise Tan-Roberts - kini berusia enam tahun yang menyertai kelab itu ketika berusia dua tahun empat bulan pada 2009.Adam mengatasi Elise apabila menjadi ahli ketika berusia dua tahun lima bulan. -mymetro



Masjid diceroboh, diconteng lambang Nazi

Foto

KEBANYAKAN grafiti kebencian disembur di kawasan yang akan menjadi ruang solat di tingkat bawah Masjid Redditch Central.
London: Polis memburu samseng yang memecah masuk sebuah masjid awal pagi semalam dan membuat contengan lambang Nazi pada bangunan itu.
Kebiadapan itu dikesan pada Masjid Redditch Central di Worcestershire selepas anggota polis menyiasat laporan berlaku pencerobohan di situ jam 4.30 pagi.
Penceroboh dipercayai memecah masuk ke kawasan masjid yang masih dibina itu kira-kira jam 2 pagi sebelum menggunakan cat yang ada untuk menyembur mesej kebencian.
Polis masih mengawal masjid di Jalan Jinnah itu ketika anggota forensik menjalankan siasatan.
Tidak dapat dipastikan jika ada barang lain dicuri ketika kejadian. Sementara itu pegawai polis West Mercia, Kevin Purcell berkata selama ini hubungan antara komuniti Muslim dan penduduk setempat berlangsung dengan amat baik.
Foto
PEKERJA membersihkan grafiti.
“Disebabkan beberapa kejadian seperti ini berlaku di seluruh negara, anggota polis diarah berkawal dengan lebih ketat dan kejadian sebegini tidak boleh diterima,” katanya.
Purcell berkata, dia akan mengatur mesyuarat dengan pengerusi masjid, pemimpin setempat dan Kumpulan Penasihat Bebas bagi memastikan semua pihak komited mengelak sebarang serangan seumpama itu berulang.
Grafiti kebencian perkauman itu bukan yang pertama berlaku di masjid berkenaan.
Pada Julai 2006, Masjid Redditch Central dibakar dan menyebabkan kerosakan bernilai £3,000 (RM14,760).
Pengkhianat turut cuba membakar masjid sama pada Januari lalu tetapi api yang dihidupkan pada pintu depan bangunan itu tidak merebak.
Tiada sesiapa yang cedera atau berlaku kerosakan serius dalam insiden itu. 

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More