Sunday 16 June 2013

Fakta 8 Kes Pembunuhan Kejam Yang Misteri Di Malaysia


Boleh dikatakan selalu sahaja kes pembunuhan berlaku di negara kita. Kes pembunuhan melibatkan nyawa tidak kiralah sama ada ia berlaku ke atas lelaki mahupun wanita. Di bawah ini terdapat lapan kes pembunuhan paling kejam yang dianggap misteri berlaku di Malaysia. Rata-rata daripadanya meninggalkan banyak persoalan terutama siapakah pembunuh sebenar, mengapakah ia membunuh dan lain-lain lagi.
 1.  Mona Fendy – 23 Julai 1993
kes pembunuhan kejam
Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.
2. Dr. Joe Fernandez – 4 November 2000
kes pembunuhan kejam
Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau.
Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek itu dipercayai pembunuh upahan.Dr. Doshinda Singh memberi rawatan kecemasan dan kemudian membawa mendiang ke Hospital Pakar Bukit Mertajam. Pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis 38.
3. Pembunuhan Noritta Samsuddin – 25 Disember 2003
kes pembunuhan kejam
Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.
4. Pembunuhan mendiang Canny Ong – 18 Jun 2003
kes pembunuhan kejam
Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
5. Altantuyaa Shaariibuu – 27 November 2006
kes pembunuhan kejam
Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan C4 di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
6. Nurin Jazlin Jazimin -30 Ogos 2007
kes pembunuhan kejam
Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang   melampau.
7. Jutawan Kosmetik Sosilawati Lawiya – 30 Ogos 2010
kes pembunuhan kejam
Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemui dekat pantai Morib, Selangor . Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
8. Nurul Nadirah (Dirang) – 1 March 2012
kes pembunuhan kejam
Dibunuh dan dibakar sehingga rentung dalam Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai. Sebelum itu Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Info Pelik! Hospital Anak Patung Ditemui



Menyeramkan! Hospital Anak Patung Ditemui
Info Pelik! Hospital Anak Patung Ditemui | Jika kita sakit, hospital menjadi tempat kita menerima rawatan. Jika anak patung ‘sakit‘ adakah mereka juga akan ke hospital? Sebuah tempat yang dijadikan sebagai hospital bukan hanya dikhususkan kepada manusia atau binatang sahaja. Tetapi sebenarnya ramai tidak mengetahui kewujudan hospital anak patung yang pelik di Sydney, Australia yang kini mencecah usia 100 tahun. Wah lama tu. KisahBest.My difahamkan hospital ini sering menerima kunjungan pelanggan yang membawa anak patung yang ‘sakit’.
Sungguhpun di kalangan kita menggelarnya sebagai kedai membaiki anak patung, tetapi di Australia ia dikenali sebagai Sydney’s Famous Original Doll Hospital.
Menyeramkan! Hospital Anak Patung Ditemui
Perniagaan ini diuruskan oleh keluarga Harold Chapman Snr dan kini generasi ketiga dari waris itu, Geoff Harold Jnr menguruskan perniagaan tersebut sepenuhnya.
“Cetusan idea membuka kedai ini bermula selepas menerima ratusan anak patung rosak ketika dalam perjalanan dari Jepun ke Australia pada 1913. Sehingga kini, kami menerima banyak anak patung rosak dari seluruh Australia dan New Zealand untuk dibaiki,” katanya dalam laporan DailyMail
Menyeramkan! Hospital Anak Patung Ditemui
Menurutnya, sungguhpun kanak-kanak sekarang lebih terdedah kepada permainan komputer, tetapi masih ramai yang bermain dengan anak patung dan trend itu tidak hanya kepada kanak-kanak malah remaja juga berbuat demikian.
“Perniagaan kami tidak pernah terjejas. Pada 1995, kami memperoleh keuntungan bersih 2.5 juta pound (RM7.7 juta),” katanya.
Beliau berkata, ketika menjalankan perniagaan pada 1940-an, kedai ini mempunyai 70 pekerja yang mempunyai kepakaran seperti membaiki tangan, kepala, kaki dan badan anak patung.
“Tiada yang lebih memuaskan daripada melihat senyuman pada wajah kanak-kanak ketika mereka datang untuk mengambil semula anak patung berbanding ketika mereka datang untuk membaiki bahagian yang rosak dengan linangan air mata,” katanya.
Di kedai itu terdapat ratusan kaki, lengan, kepala dan beberapa anggota lain anak patung termasuk yang berusia 100 tahun.

Siti Saleha : Tidak Kisah Digelar Lessbian


DIA sudah banyak melakonkan watak gadis yang bersikap cukup feminin dan terbabit dalam dilema cinta.

Drama rantaian hebat Nora Elena dan Ruby sebagai contohnya yang telah menjadikan dirinya cukup sinonim dengan watak lakonan yang sebegitu.

Namun aktres jelita, Siti Saleha nampaknya sudah bosan dengan hakikat tersebut. Dia kini mencabar diri untuk membawakan karakter lebih berat dalam karier lakonannya yang sudah bermula sejak tahun 2008 itu.

Buat kali pertama, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu membawa peranan sebagai seorang lesbian bernama Tina dalam filem Tujuh. Dia bersetuju menerima tawaran melakonkan peranan lesbian bukan disebabkan gagal dalam percintaan dengan adik lelaki kepada pelakon Sharifah Sofia iaitu Syed Adney Syed Hussein, yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Terengganu.

Sebaliknya, dia yang selesa dipanggil Saleha menjelaskan bahawa watak lesbian itu merupakan salah satu peluang untuknya menerokai sisi baharu dalam lakonannya.

Mengulas mengenai karakter tersebut, dedahnya, Tina memerlukan dia 'merogol' seorang wanita bernama Suri (lakonan Marsha Milan).

Bukan melakukan adegan seksual yang sebenar malah, tiada adegan cium bibir antara dirinya dan Marsha dalam filem itu.

Begitupun, Saleha mengakui tiada sebarang masalah melakonkan adegan ranjang bersama Marsha. Dia juga menegaskan boleh bercium dengan Marsha, jika itu adalah kehendak skrip filem.

Bunuh diri

Pendirian yang agak tegas berani daripada pelakon berusia 23 tahun itu, namun adakah dia tidak berasa bimbang dengan pandangan masyarakat negara ini kelak apabila filem tersebut ditayangakan di pawagam?

Sedar masyarakat Malaysia begitu sensitif apabila membabitkan nilai-nilai kerohanian, luah Saleha, dia bersedia menerima kritikan dan tidak kisah jika masyarakat mahu menggelarkan dirinya lesbian.
"Ketika bersetuju menerima tawaran peranan lesbian ini, saya tidak terfikir langsung mengenai kontroversi yang akan timbul.

"Walau bagaimanapun, saya bersedia dengan kritikan orang ramai terhadap watak Tina itu nanti.
SITI SALEHA mahu membuktikan kredibiliti lakonannya menerusi filem Tujuh.


"Saya juga tidak kisah jika masyarakat memanggil saya lesbian kerana ia hanya satu lakonan dan bukan diri saya yang sebenar," ujarnya yang mengakui cuma melakonkan watak lesbian tetapi turut menegaskan bahawa dia bukan seorang yang sebegitu.

Berkongsi sedikit mengenai filem Tujuh, Saleha memberitahu filem seram itu berlatarkan pada tahun 1970-an.

"Tujuh mengisahkan sekumpulan remaja yang menghabiskan percutian semester mereka dengan mengadakan parti liar di sebuah rumah persinggahan keluarga di atas bukit. Rumah itu dijaga oleh Tok Batin dan anaknya, Suri.

"Parti liar itu menjadi tidak terkawal apabila salah seorang daripada mereka telah merogol Suri. Sebaik sahaja parti itu tamat, Suri bersemuka dengan kumpulan remaja itu dan berjanji akan membalas dendam. Suri kemudian terjun membunuh diri.

"Amaran yang dirasakan hanya gurauan itu menjadi benar apabila salah seorang daripada remaja itu iaitu Yasmin dijumpai mati tergantung keesokan harinya," ujarnya mengenai filem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin itu.

Selain Saleha dan Marsha, Tujuh turut dibintangi Johan A'sari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Riz Aminuddin, Cristine Suzanne dan Wan Hanafi Sue.

Tidak kekok bertudung

Dalam perkembangan kerjayanya, baru-baru ini Saleha dilantik menjadi duta produk Kotex untuk tahun 2013 bersama pelakon Nad Zainal.

Selain dilantik sebagai duta, Saleha juga membawa peranan sebagai Nur Hawa menerusi drama Memberku Hawa musim kedua yang sudah bersiaran sejak 5 Jun lalu, setiap hari Rabu, pukul 10 malam di Astro Ria (saluran Astro 104).

"Saya membawa watak Nur Hawa iaitu seorang wanita bertudung dalam drama ini dan dalam masa yang sama saya juga merupakan duta produk tuala wanita ini.

"Selain komitmen saya melakonkan watak Nur Hawa, saya dan Nad juga perlu melakukan beberapa program luar bersama pengguna Kotex.

"Namun begitu di alam realiti, saya tidak bertudung dan imej saya berbeza berbanding dalam drama berkenaan," ujarnya.
SITI SALEHA tidak mahu peminatnya keliru dengan imej dirinya yang berlainan dalam produksi lakonannya.

Saleha menegaskan tentang perkara itu kerana tidak mahu peminat keliru dengan imej dirinya yang bertudung dalam drama Memberku Hawa tetapi sebaliknya tidak mengenakan tudung dalam rutin kehidupannya.

Mengulas lanjut, tuturnya, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dalam memberi inspirasi kepada setiap wanita.

Drama Memberku Hawa turut dibintangi oleh Bella Daly, Cristina Suzanne, Fattah Amin, Zain Hamid dan Sharifah Sofia.

Kakak bekas kekasih 

Turut berlakon bersama dengan kakak Syed Adney iaitu Sharifah Sofia dalam drama tersebut, Saleha diajukan soalan sama ada hubungannya dengan Sharifah Sofia menjadi renggang atau tidak.

Menurut Siti Saleha, dia tiada masalah berlakon dengan kakak bekas kekasihnya itu kerana hubungannya dengan keluarga Sharifah Sofia masih baik dan mereka tiada masalah untuk keluar bersama jika ada masa terluang.

"Putus cinta tidak jejaskan hubungan baik saya dengan dia (Sharifah Sofia), malah kami sering keluar bersama.

"Mungkin saya dengan Syed Adney tiada jodoh, tetapi saya masih baik dengan keluarganya," luahnya.

Ditebak sama ada dia kini sudah ada pengganti, ujar Siti Saleha, dia masih solo dan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya selepas dua tahun hidup solo tanpa cinta.

Bermacam-macam Bentuk Awan Yang Cantik & Pelik


























GEMPAK:(12 GAMBAR) Sungai Terjernih Di Dunia




 Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini.














KEJAM:(9 GAMBAR) Penjara Terkejam Didunia !




Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi). Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953. Selama berkuasa, Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan Soviet).Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjaga Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah mereka yang tewas disini adalah 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman Gulag semakin kuat kerana lokasinya berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk.Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dikerah sebagai buruh paksa. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.Penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini, kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel kereta yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga masih ada. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, banyak dari mereka yang melompat dari kereta ketika hendak dibawa ke dalam penjara.Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi). Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953. Selama berkuasa, Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan Soviet).Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjaga Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah mereka yang tewas disini adalah 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman Gulag semakin kuat kerana lokasinya berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk.Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dikerah sebagai buruh paksa. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.Penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini, kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel kereta yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga masih ada. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, banyak dari mereka yang melompat dari kereta ketika hendak dibawa ke dalam penjara.







Amerika Syarikat boleh 'berbangga' dengan Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan banyak korban banduan dalam rusuhan besar suatu ketika dulu. Namun Rusia (dahulu Kesatuan Soviet) mempunyai penjara yang paling mematikan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulang).


My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More