Thursday 19 September 2013

Di Australia nama Taib dibantah.. di Malaysia nama Henry Gurney dimegah..



Sebuah kempen dilancarkan oleh pelajar Universiti Adelaide yang mahu nama gelanggang Taib Mahmud di universiti mereka ditukar nama.

Semalam, pelajar universiti berkenaan berhimpun bagi menarik perhatian pihak universiti dan orang ramai untuk mendengar tuntutan mereka.

Lizzie Taylor, salah seorang penganjur perhimpunan dan ahli kepada Persatuan Persekitaran Pelajar Australia menerangkan tujuan perhimpunan tersebut:

"Kami berharap dengan perhimpunan pelajar akan meningkatkan kesedaran siapa Taib dan mengapa universiti tidak perlu membanggakan orang sepertinya.

"Kami tidak mahu menerima dana daripada orang yang mengabaikan hak asasi manusia di Sarawak begitu juga terlibat dengan penggondolan hutan serta syarikat keluarganya, Ta Ann di Tasmania".

Taib menyumbang kali pertama kepada universiti itu pada 1987, enam tahun selepas menjadi Ketua Menteri.

Taib kemudian dianugerahkan ijazah kedoktoran dari univetsiti itu pada 1994 atas sumbangan besarnya.

Pada 2001, Taib menyumbang $300,000 dua kali ganda daripada gaji tahunannya kepada universiti.

Pada 2008, Universiti Adelaide menamakan satu ruangan di universiti itu dengan nama Gelanggang Taib Mahmud.

Baru-baru ini Naib Canselor merangkap presiden kepada universiti itu mengucapkan terima kasih kepada Taib atas kemurahan hatinya menyumbang sejak beberapa tahun lalu.

Seorang ahli majlis perwakilan pelajar universiti itu, Yasmin Martin menzahirkan penolakan pelajar yang tidak mahu universiti terlibat dengan Taib.

"Perhimpunan hari ini jelas menunjukkan penolakan pelajar terhadap sumbangan Taib kepada Universiti Adelaide.

"Nilai dan perlakuan Taib Mahmud tidak selari dengan nilai pendidikan tinggi seperti Universiti Adelaide dan universiti mesti mengasingkan dari pengaruh Taib.

"Banyak graduan lain yang hebat boleh dijadikan sandaran dan sememangnya jauh berbeza dari Taib. Kami akan meneruskan kempen ini sehingga mendapat perhatian universiti dan nama gelanggang itu digantikan dengan seorang tokoh yang lebih terhormat," katanya ~ Terjemahan e-mail dari Bruno Munser Fund

Itu apa yang berlaku di Australia, menyedari akan aktiviti Taib dalam menjarah kekayaan Negeri Sarawak untuk memperkayakan dirinya dan juga kroni, mereka menolak nama Taib dari dibadikan pada sebuah gelanggang..

Tetapi di Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam, nama individu yang menjadi punca merempatnya rakyat Palestine yang berugama Islam.. Nama beliau diabadikan dengan megahnya...

Henry Gurney telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia pada 13 Sept 1948.

Beliau memainkan peranan besar memecah belahkan negara Palestine sehingga terbentuknya negara haram Zionist, Israel (1946-1948).

Kerana jasanya itu beliau telah dilantik menjadi Pesuuruhjaya Tinggi British di Malaya pada ketika itu..

Namun begitu biarpun beliau adalah punca tertubuhnya negara Israel yang dimusuhi oleh ummat Islam namanya diagungkan di negara kita yang merupakan negara Islam.

Namanya dipahatkan sebagai nama Jalan Gurney di Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Pekan Gurney di Perak dan Gurney Drive di Pulau Pinang serta Gurney Plaza juga di Pulau Pinang.

Sekolah Henry Gurney di Teluk Mas Melaka juga dinamakan sempena namanya.

Kenapa kita nak agungkan nama musuh Islam ini?

Tukarlah... banyak nama-nama pejuang kemerdekaan kita yang ada...

Patutlah Berduyun-Duyun Orang Datang Ke Majlis Najib Dan Rosmah.. Ini Sebabnya


Ada cara yang berkesan bagaimana mendapatkan hadirin yang ramai di majlis-majlis umum yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Mengerah kakitangan awam dan ahli-ahli parti politik komponen Barisan Nasional (BN) adalah lumrah. Begitu juga dengan arahan badan-badan berpakaian seragam seperti pengakap.

Namun pada sambutan ulangtahun ke-50 Sabah Dalam Malaysia yang diadakan di Tanjung Aru dekat sini pada 16 September lalu cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta dan hadiah menarik lain seperti motorsikal telah menjadi magnet kepada orang ramai yang menaruh harapan memenangi sebuah kereta.

Sejak lewat petang juruacara bertugas mengumumkan ada cabutan tiket bertuah itu dengan hadiah sebuah kereta, maka berduyun-duyunlah manusia dari sekitar bandaraya ini meredah hujan dan lopak ke tapak sambutan di Taman Prince Phillip Tanjung Aru.

Yang lebih menarik ialah para pemenang tiket bertuah digalakkan terus berada di tapak sambutan dengan cara melambatkan cabutan tiket-tiket utama dan para pemenang hanya boleh menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi mereka selepas jam 11.30 malam .

Ini bermakna sebanyak mungkin pengunjung akan bertahan di majlis berkenaan menanti kalau-kalau tiket mereka dicabut memenangi sebuah kereta atau motorsikal atau beratus hadiah lain. Yang paling gembira tentulah pengerusi penganjur,

Datuk Yahya Hussin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, yang pada awal bulan ini berkata beliau yakin 50,000 orang akan berada di tapak sambutan untuk mengalu-alukan Najib dan isteri.

Tambah meningkatkan lagi keghairahan pengunjung malam ini ialah juruacara sengaja tidak mengumumkan apakah model kereta yang bakal dihadiahkan kepada pengunjung bertuah.

Tiada pula kereta kelihatan di sekitar pentas sambutan.

Barisan artis ternama tempatan dan dari Kuala Lumpur seperti Stacy, Faizal Tahir dan Jacklyn Victor juga turut menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang.

Najib yang diiringi isterinya Datin Rosmah Mansor tiba di Kota Kinabalu pada tengahari 16 September dari Kuching, Sarawak di mana mereka lebih awal menghadiri sambutan serupa di Padang Merdeka di Kuching.

Perdana Menteri pada malam tersebut telah melancarkan Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru sebelum turut merayakan sambutan Hari Malaysia.

Projek pembangunan eko itu memperincikan pelan pembangunan jangka panjang seluruh kawasan pantai Tanjung Aru yang suatu ketika dulu sangat terkenal di kalangan pelancong dalam negeri.

Bagaimanapun beberapa pihak sudahpun mengecam tindakan pihak berkuasa tempatan menebang banyak pokok besar di sekitar tapak sambutan bagi membolehkan kawasan yang luas dijadikan tempat meletak kereta pengunjung pada malam tersebut. ~free malaysian today

Syukur!! Hujan Turun 10 Minit di Makkah Al Mukarramah..


Kaaba-during-rain
MAKKAH, 19 Sept:  Setelah berbulan-bulan cuaca kering dan panas terik sehingga mencapai suhu 45 darjah celsius, umat Islam dari seluruh dunia yang berhimpun di Tanah Suci, semalam menadah tangan berdoa dan bersyukur apabila hujan turun selama kira-kira 10 minit pada waktu Maghrib.
Hujan renyai itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan debu di sekitar kawasan Masjidil Haram yang kini melalui kerja pengubahsuaian secara besar-besaran.
Seorang penduduk Makkah yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar berkata hujan renyai itu kali kedua turun sejak enam bulan Makkah dilanda cuaca panas dan kering.
Jutaan umat Islam kini mula membanjiri Makkah sebagai persiapan menunaikan ibadah haji yang dijadual bermula 14 Okt.
Sementara itu, Pengurus Media Tabung Haji (TH) Mohamad Naser Jaafar berkata, kira-kira 9,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Makkah dan Madinah.
Jemaah haji Malaysia yang berada di Madinah sedang memasuki Makkah secara berperingkat dan kesemua mereka akan berada di Makkah pada 29 Sept ini apabila kesemua 33 penerbangan dari Malaysia ke Madinah berakhir pada 20 Sept.
Mulai 21 Sept pula, kesemua penerbangan dari Malaysia mendarat di Jeddah untuk membawa jemaah haji terus ke Makkah dan penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia ke Jeddah ialah pada 9 Okt. – BERNAMA

Gempar! Lelaki Terkejut Buaya Tiba-Tiba Ada Di Bawah Katilnya


Memang sukar dipercayai apabila seekor buaya berjaya menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah tumpangan yang berdekatan dengan dari sebatang sungai. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, buaya tersebut dilihat bersembunyi di bawah katil sebuah rumah yang sewa oleh seorang lelaki. Kes seperti ini memang tidak pernah didengari sebelum ini. Tetapi kes yang melibatkan haiwan seperti ular memang ada. Ini kerana fizikal yang kecil memudahkan ia menyusup masuk ke dalam rumah.
buaya
HARARE, Zimbabwe – Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya.
Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini.
Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam.
“Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya,” kata Whittall.
Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.
Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya.
Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya.

Tahniah: Lagi Artis Menemui Jalan Lurus......


Eja lebih berjaga-jaga dalam perlakuan serta pertuturan kata
PETALING JAYA: Selepas membuat keputusan bertudung sekembalinya dari menunaikan umrah pada Mac lalu, pelakon Eja mempraktikkan diri untuk tidak meninggalkan solat.
Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 41, berkata, selama ini dia jarang melengkapkan sembahyang lima waktu yang diwajibkan untuk umat Islam kerana kesibukan tetapi selepas mendapat hidayah Allah, dia akan pastikan kewajipan itu dapat dilaksanakan walaupun di lokasi penggambaran.
"Sebagai manusia, banyak kekurangan yang saya miliki kerana sibuk dengan hal-hal dunia dan sepanjang 17 tahun berada dalam industri seni, kadang-kadang saya lupa terhadap kewajipan saya.
"Tetapi sejak pulang daripada mengerjakan Umrah buat kali keempat, hati dan fikiran saya sudah mula berubah.
"Saya memastikan diri ini tidak tinggalkan solat dan seandainya terlepas dengan tidak sengaja, saya akan qada semula. Selebihnya saya serah kepada Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah pelakon yang popular dengan filem Sepi dan Janin ini, perubahan imej bertudung juga membuatkan dia lebih berjaga-jaga daripada segi tingkah laku serta pertuturan agar tidak dipandang serong.
Watak bertudung Eja dalam drama lakonannya turut mempengaruhi dia menutup aurat.
Malah Eja juga berazam untuk melakukan kebaikan sesama manusia agar dapat menggembirakan mereka selain berusaha tidak melukakan hati sesiapa.
Sementara itu, Eja juga bersyukur imej baharu itu tidak menyekat rezekinya sebagai pelakon sebaliknya tawaran yang diterima tidak pernah putus termasuklah turut dilantik menjadi duta buat produk Cosry Skin Therapy.
"Kalau nak tahu, saya menandatangani kontrak dengan pihak Cosry sebelum bertudung dan Alhamdulillah apabila bertudung, mereka tetap menerima imej baru saya ini.
"Dan saya berpendapat, apabila kita melakukan perubahan kerana Allah, sudah pasti rezeki kita sentiasa ada dalam apa-apa situasi sekalipun asalkan kita rajin berusaha," ujarnya.
Dalam pada itu Eja turut menasihati artis-artis bertudung lain agar tidak risau untuk meneruskan karier kerana industri hiburan tempatan sekarang ini lebih terbuka.
Mengenai perkembangannya Eja baharu selesai menjalani penggambaran filem Tembus,arahan Ahmad Idham dan Manisnya Cinta (Bernard Chauly).
Malah Eja juga bakal mengacarakan sebuah program televisyen mengenai isu wanita dan berhajat mengarah sebuah filem pendek tidak lama lagi.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More