Thursday 19 September 2013

Di Australia nama Taib dibantah.. di Malaysia nama Henry Gurney dimegah..



Sebuah kempen dilancarkan oleh pelajar Universiti Adelaide yang mahu nama gelanggang Taib Mahmud di universiti mereka ditukar nama.

Semalam, pelajar universiti berkenaan berhimpun bagi menarik perhatian pihak universiti dan orang ramai untuk mendengar tuntutan mereka.

Lizzie Taylor, salah seorang penganjur perhimpunan dan ahli kepada Persatuan Persekitaran Pelajar Australia menerangkan tujuan perhimpunan tersebut:

"Kami berharap dengan perhimpunan pelajar akan meningkatkan kesedaran siapa Taib dan mengapa universiti tidak perlu membanggakan orang sepertinya.

"Kami tidak mahu menerima dana daripada orang yang mengabaikan hak asasi manusia di Sarawak begitu juga terlibat dengan penggondolan hutan serta syarikat keluarganya, Ta Ann di Tasmania".

Taib menyumbang kali pertama kepada universiti itu pada 1987, enam tahun selepas menjadi Ketua Menteri.

Taib kemudian dianugerahkan ijazah kedoktoran dari univetsiti itu pada 1994 atas sumbangan besarnya.

Pada 2001, Taib menyumbang $300,000 dua kali ganda daripada gaji tahunannya kepada universiti.

Pada 2008, Universiti Adelaide menamakan satu ruangan di universiti itu dengan nama Gelanggang Taib Mahmud.

Baru-baru ini Naib Canselor merangkap presiden kepada universiti itu mengucapkan terima kasih kepada Taib atas kemurahan hatinya menyumbang sejak beberapa tahun lalu.

Seorang ahli majlis perwakilan pelajar universiti itu, Yasmin Martin menzahirkan penolakan pelajar yang tidak mahu universiti terlibat dengan Taib.

"Perhimpunan hari ini jelas menunjukkan penolakan pelajar terhadap sumbangan Taib kepada Universiti Adelaide.

"Nilai dan perlakuan Taib Mahmud tidak selari dengan nilai pendidikan tinggi seperti Universiti Adelaide dan universiti mesti mengasingkan dari pengaruh Taib.

"Banyak graduan lain yang hebat boleh dijadikan sandaran dan sememangnya jauh berbeza dari Taib. Kami akan meneruskan kempen ini sehingga mendapat perhatian universiti dan nama gelanggang itu digantikan dengan seorang tokoh yang lebih terhormat," katanya ~ Terjemahan e-mail dari Bruno Munser Fund

Itu apa yang berlaku di Australia, menyedari akan aktiviti Taib dalam menjarah kekayaan Negeri Sarawak untuk memperkayakan dirinya dan juga kroni, mereka menolak nama Taib dari dibadikan pada sebuah gelanggang..

Tetapi di Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam, nama individu yang menjadi punca merempatnya rakyat Palestine yang berugama Islam.. Nama beliau diabadikan dengan megahnya...

Henry Gurney telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia pada 13 Sept 1948.

Beliau memainkan peranan besar memecah belahkan negara Palestine sehingga terbentuknya negara haram Zionist, Israel (1946-1948).

Kerana jasanya itu beliau telah dilantik menjadi Pesuuruhjaya Tinggi British di Malaya pada ketika itu..

Namun begitu biarpun beliau adalah punca tertubuhnya negara Israel yang dimusuhi oleh ummat Islam namanya diagungkan di negara kita yang merupakan negara Islam.

Namanya dipahatkan sebagai nama Jalan Gurney di Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Pekan Gurney di Perak dan Gurney Drive di Pulau Pinang serta Gurney Plaza juga di Pulau Pinang.

Sekolah Henry Gurney di Teluk Mas Melaka juga dinamakan sempena namanya.

Kenapa kita nak agungkan nama musuh Islam ini?

Tukarlah... banyak nama-nama pejuang kemerdekaan kita yang ada...

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More