Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, 5 August 2013

Iklan Raya 2013 Paling Tidak Disukai Dan Dikritik Adalah...

Dalam bidang penerbitan dan komunikasi korporat, Pesanan Khidmat Masyarakat atau di panggil ‘Public Service Announcement (PSA) merupakan salah satu medium sesebuah syarikat itu mendekati hati pelanggannya. 


Iklan Raya 2013 Paling Tidak Disukai Dan Dikritik Adalah...

Fungsi utama PSA bukan sahaja memberi penerangan atau informasi, tetapi ia berobjektif untuk memupuk kesedaran, mengubah sikap orang awam serta sikap terhadap isu-isu sosial.

Menjelang Aidilfitri, pelbagai iklan syarikat-syarikat korporat dikeluarkan untuk memberi kesedaran pemanduan berhemah serta nilai maaf bermaafan sepanjang Syawal.

Antara iklan yang menarik perhatian menjelang Syawal tahun ini seperti iklan Petronas, TM, Samsung dan pelbagai lagi.
Iklan Raya 2013 Paling Dikritik Adalah…
Iklan Raya 2013 Paling Dikritik Adalah…



Namun, apabila kami melayari laman video Youtube, sebuah iklan Aidilfitri yang ditrerbitkan oleh Takaful Ikhlas telah menarik perhatian kami.

Sekali pandang, wah… Fahrin Ahmad.

Dua kali pandang, konsep iklan berlainan.

Jika selalu kita melihat iklan raya berkenaan kesedaran kepada mereka yang menyambut Syawal, tetapi Takaful Ikhlas memberi kesedaran kepada orang untuk membeli insurans mereka.

Dalam pada itu, ramai komentator yang mengkritik iklan tersebut.

Yang jelas, video tersebut boleh dikatakan bukan iklan Aidilfitri, sebaliknya lebih kepada iklan mempromosi insurans Takaful Ikhlas.

P/s: Tak pernah pula tengok iklan Petronas, digalakkan orang pulang beraya mengisi minyak di Pteronas. Tak pernah pula Bernas suruh orang beli beras Bernas dalam iklan Aidilfitri. Tetapi Takaful Ikhlas… Eh.. – MyNewsHub

Friday, 12 July 2013

Biar Betul! Tahanan Penjara Dipaksa Makan Ketika Bulan Ramadhan


Memberi makan  kepada orang yang berpuasa itu banyak ganjarannya. Tetapi menahan orang daripada berpuasa besar dosanya. Itulah yang dikatakan oleh pihak media tentang sebuah penjara yang dianggap ngeri di dunia iaitu Penjara Teluk Guantanamo. Mereka dipercayai tidak akan membenarkan tahanannya berpuasa, apatah lagi akanmemaksa tahanan untuk makan ketika bulan ramadhan. Bagaimanapun, dakwaan ini dinafikan oleh mereka. Persoalannya, siapa yang betul ini?

penjara
Pihak berkuasa di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan akan memaksa tahanan di pusat tahanan itu makan pada bulan Ramadan.
Dipetik AFP, menurut pengasas bersama gerakan keadilan sosial, CodePink, Medea Benjamin berkata, tindakan paksa makan itu melanggar hak asasi manusia.
“Ia juga tidak menghormati agama Islam dan dengan jelas dilihat sebagai pelanggaran hak asas tambahan ke atas tahanan,” jelasnya lagi.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Keadilan AS menegaskan kononnya tindakan paksa makan itu bukan satu masalah kepada tahanan yang berpuasa kerana ia hanya dilaksanakan pada waktu malam.
Bagaimanapun, para aktivis tetap mengecam kaedah yang digunakan tersebut memandangkan lebih 130 daripada 166 tahanan kini nekad mogok lapar sejak kira-kira lima bulan lalu. – Sinar Harian

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More