Monday 17 June 2013

Shae Tidak Marah Bobo Kerana Angkat Skirt


Pada anugerah Blockbuster yang lalu, Bobo dengan spontan telah mengangkat skirt Shae dan hari ini Shae memberikan jawapan mengenai perkara tersebut. Shae berkata dia tidak marah dengan tindakan Bobo yang membuat parodi terhadap lagu Sayang. Malah gadis tinggi lampai ini menyifatkan Bobo sebagai seorang yang sangat lucu dan unik.

“Pertama kali saya tonton klip video parodi itu, saya ketawa besar. Bobo sangat lucu! Tak sangkat video itu jadi popular. Biarpun ada yang memberi kritikan negatif terhadap Bobo tapi bagi saya dia sangat menghiburkan. Saya tak marah pun pada dia dan tak rasa dia rosakkan lagu saya.
“Kelmarin kami berpeluang bertemu dengannya dan sama-sama membuat persembahan di Anugerah Blockbuster 2. Mulanya dia malu-malu dengan saya tapi lama-lama dia okay. Saya gembira dapat bergabung membuat persembahan bersamannya.
Sementara itu, di minta mengulas mengenai tindakan Bobo yang seolah- olah seperti sengaja mengangkat skirtnya ketika persembahan tersebut, Shae berkata,
“Iya ka? Saya tak sedar pula dia buat macam tu. Mungkin itu hanya spontan. Saya okay saja. Lagipun memang skirt saya itu rekaannya begitu. Tiada apa-apa”, ujarnya.
Perkembangan lain, Shae juga ada menerima tawaran lakonan di sini malah dia baru selesai beberapa penggambaran telemovie. Namun dia merahsiakan judul-judul telemovie tersebut kerana dia sendiri mahu memberitahu kepada peminat-peminatnya menerusi laman Twitter, apabila masa tayangannya sudah hampir nanti.

KISAH BENAR SIAPA JEMAAH KENIT DI MASJIDIL HARAM ITU?




KISAH MISTERI JEMAAH KENIT DI MASJIDIL HARAM | Setiap apa yang berlaku di Tanah Suci, semuanya terkandung seribu hikmah sama ada ada sebagai pengajaran mahupun peringatan. Oleh kerana itulah kita diingatkan supaya memperbetulkan niat apabila mahu ke sana. Bukan bertujuan membeli belah semata-mata, tetapi mahu beribadah kepada Allah SWT. Kisah di bawah ini tentang kisah seorang ustaz yang dipilih Allah untuk bertemu dengan seorang jemaah kenit ketika berada di Masjidil Haram. Persoalannya, siapakah lelaki kenit itu?

Sejak dahulu, saya sudah biasa dengar pelbagai cerita tentang perkara aneh yang menimpa para jemaah di Tanah Suci. Misalnya, ada jemaah semasa di Malaysia waras tapi apabila sampai di Tanah Suci jadi gila. Ada jemaah yang sesat sampai berhari-hari bermulut celupar dan bongkak.

Ada juga jemaah yang semasa di Malaysia sakit tak boleh berjalan bertahun-tahun. Tapi apabila sampai di Tanah Suci, jemaah ini terus sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Pendek kata di Mekah pelbagai perkara yang tak masuk akal dan stabil boleh berlaku. Itulah yang terjadi kepada saya ketika menjadi mutawif membawa rombongan umrah pada tahun 2008. Ketika itu, saya baru sahaja bertugas dengan De Mawardah. Seingat saya, baru tiga kali saya membawa rombongan jemaah ke Tanah Suci. Kali itu, saya membawa rombongan seramai 40 orang terdiri daripada lelaki dan wanita. Setibanya di sana segala proses dan urusan menempatkan jemaah berjalan lancar. Semua jemaah berpuas hail dengan tugas saya lakukan. Saya gembira.

Suatu hari, saya bersama jemaah masuk ke Masjidilharam untuk melakukan ibadah. Kami sembahyang sunat, berzikir dan berdoa mengikut kemampuan masing-masing. Entah kenapa hari itu tiba-tiba saja, saya seperti bersifat kebudak-budakan. Saya kata begini di dalam hati. “Eh, bagilah tengok benda ajaib. Selama datang Mekah tak pernah tengok benda-benda ajaib lagi!” detik di hati saya. Saya kata begitu sebab saya biasa dengar cerita-cerita aneh dari mutawif-mutawif lain sebelum ini. Mudah-mudahan dapatlah saya bertemu benda-benda aneh yang tidak penah terfikir melihatnya. Waktu itu saya lihat semua jemaah melakukan ibadah masing-masing.

Ada yang bersolat sunat dan ada yang membaca al-Quran. Saya dan pembantu saya bernarna Iskandar pula pergi ke suatu kawasan di dalam Masjidilharam dan kami terus bersolat sunat. Ketika kepala saya berpusing ke kanan untuk memberi salam pada tahiyat akhir, saya terkejut. Betul-betul di hadapan saya sedang berdiri seorang lelaki berjubah putih. Apa yang paling mengejutkan saya ialah saiz jemaah lelaki berjubah putih itu hanya sebesar botol air mineral 500 mililiter. Lelaki kenit berusia 40-an itu persis pelakon Bollywood. Wajahnya kacak, kulitnya putih, hidung mancung dan matanya bersinar. Sebaik melihatnya, saya terpaku tanpa dapat berkata apa-apa. Hanya mata saya yang bergerak memandang jemaah kenit itu. Wajah jemaah kenit itu berseri-seri. Mukanya seperti bercahaya. Cantik sungguh.

Saya lihat jemaah kenit itu melangkah setapak demi setapak ke arah saya. Manusia kenit itu lalu berdiri betul-betul di hadapan saya yang masih duduk di antara dua sujud. Jemaah kenit itu tiba-tiba mengangkat tangannya ke arah muka saya lalu berdoa. Entah apa yang didoakannya saya tidak tahu sebab tidak mendengar sebarang kata-katanya. Saya hanya nampak mulutnya terkumat-kumit. Waktu itu juga secara spontan saya tidak berhenti-henti memuji kebesaran Allah. Ya Allah siapa bawa jemaah kenit ini. Ya Allah terlalu kecil makhluk ciptaanMu ini. Ya Allah, ya Tuhanku, siapa manusia ini? Ya Allah Engkau Maha Besar. Aku bersyukur. Engkau telah tunjuk kepada aku perkara ajaib begini di Tanah SuciMu!

Selepas lelaki kenit itu habis berdoa, saya terus mendepakan tangan sebab hajat saya mahu memeluknya. Anehnya, sebaik saya mendepakan tangan, jemaah kenit itu terus ghaib dari pandangan. Saya terpinga-pinga. Pelik sungguh apa yang saya lihat tadi. Mustahil manusia kenit itu boleh ghaib begitu saja. Cepat-cepat saya tanya pembantu saya, Iskandar adakah dia nampak jemaah kenit tadi.

Pelik. Iskandar yang berada di sebelah saya hanya menggeleng-gelengkan kepala. Bagaimana pula Iskandar tidak nampak. Jemaah-jemaah lain di sebelah saya juga begitu, mereka tidak melihat makhluk kenit tersebut. Selepas diperlihatkan jemaah kenit yang kacak itu, saya tidak habis-habis memuji kebesaran Allah. Saya tidak menyangka walaupun impian saya itu hanya terdetik di dalam hati, Allah terus tunjukkan kepada saya apa yang saya hajati. Itulah kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Sampai hari ini saya tidak pernah ceritakan kisah ini kepada jemaah khuatir menakutkan mereka pula. Saya juga tertanya-tanya siapakah jemaah kenit kacak itu, manusia atau jin? Perkara ini saya sendiri tidak dapat menjawabnya. Bagi saya inilah tanda-tanda kebesaran Allah.

Selain kisah jermaah kenit tadi, ada satu lagi kisah melibatkan seorang jemaah lain yang mengikut rombongan saya mengerjakan umrah. Hari itu, saya dan rombongan mendarat di Karachi, Pakistan sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah. Dalam rombongan itu, saya bawa 12 orang keluarga mamak. Ada antaranya yang saya kenal. Semasa menunggu di Lapangan Tcrbang Karachi itu, datang seorang lelaki dari kalangan keluarga mamak ini. Cukuplah saya namakannya sebagai Zul, berusia 40-an dan bekerja sebagai kontraktor. Zul juga sudah berkahwin clan isterinya juga turut sena dalam rombongan itu.

“Ustaz, saya nak batal pergi Mekah. Saya tak nak pergi. Saya nak balik,” beritahu Zul pada saya. Wajah Zul kelihatan muram dan resah. Gaya Zul seperti berada di dalam keadaan ketakutan. Mendengar kata-katanya saya terus geleng kepala. Saya beritahunya tidak lama lagi kami akan benolak ke Jeddah. Mana boleh Zul batalkan pemergiannya pada saat-saat akhir.

Saya bertanya kepada Zul kenapa tiba-tiba saja dia membatalkan hasrat hendak ke Mekah? Apa masalahnya? Lalu Zul membawa saya ke satu sudut yang tidak rarnai orang dan membuka cerita. Cerita Zul pada saya, selama dia hidup ini sudah jenuh dia berzina dengan pelbagai perempuan. Ada antara perempuan itu sudah berzina dengannya sampai berpuluh-puluh kali.

“Salah seorang dah jadi isteri kedua saya. Kami nikah di Siam. Tapi sebelum itu kami selalu berzina, ustaz…” cerita Zul pada saya dengan penuh kesal. Akibat takut banyak dosa, selepas mendaftar untuk ke Mekah, Zul memberitahu dia tidak dapat tidur selama sebulan. Zul mengaku depan saya dia merasa amat takut apabila tiba di Mekah nanti, dia akan terima balasan dari Allah. Apabila mendengar ceritanya saya hanya tersenyum dan terus memberi semangat kepadanya.

“Alhamdulillah. Kalau sebulan tak tidur kerana takut akan dosa-dosa lalu itulah taubat namanya. Awak dah bersih. Kalau awak tak tidur sebab takut dosa-dosa lalu, awak orang yang balk. Kalau orang jahat tak akan rasa takut,” kata saya memberi semangat pada Zul. Bagi saya, Zul hanya jahat berkaitan perempuan saja. Selama saya mengenalinya, Zul seorang yang pemurah. Setiap kali tiba bulan Ramadan, Zul banyak bersedekah di masjid. Malah Zul juga banyak membantu orang-orang susah. Pendek kata duitnya banyak digunakan untuk berseclekah.

Bagi meyakinkan Zul, saya berdoa di hadapannya memohon doa agar Allah mempermudahkannya melakukan ibadah di Mekah nanti. “Ya Allah, biarlah dosa Zul berzina itu aku yang tanggung. Kalau bala tu tiba, biar aku yang terima,” kata saya penuh redha clan berharap Zul akan terus ke Mekah. Bila mendengar doa saya begitu, Zul terus bersetuju membatalkan hasratnya balik ke tanah air. Suatu malam, semasa berada di Masjidilharam semua jemaah tidak dibenarkan bersembahyang berdekatan Kaabah.

Sebabnya waktu itu kawasan lantai sekeliling Kaabah sedang dicuci dan dibersihkan. Sekitar kawasan itu dikawal oleh anggota polis yang garang dengan rotan. Sesiapa yang ingkar akan ditangkap, dirotan sebelum dihalau keluar. Saya dan Zul tanpa sedar, termasuk ke dalam kawasan yang dilarang masuk kerana lantainya belum kering sebab ia baru dicuci. Baru hendak sembahyang tiba-tiba saya ditarik oleh seorang anggota polis yang mengawal sebelum dihalau dari kawasan itu. Tapi apa yang peliknya waktu itu saya lihat hampir empat lima orang anggota polis berdiri mengelilingi Zul yang sedang bersembahyang.

“Mereka jaga Zul supaya tak ada jemaah lain yang mengganggu Zul ketika bersolat. Malah orang yang membersihkan lantai juga ada di sebelah Zul. Setiap kali air mengalir masuk ke kawasan tempat Zul bersolat, pekerja itu cepat-cepat mengeringkannya dengan mop. Selepas habis bersolat, Zul berdoa. Dia juga tidak diganggu oleh anggota keselamatan yang bertugas. Itulah kebesaran Allah. Zul yang sebelum itu dihantui dosa-dosa silam mendapat kemuliaan semasa bersolat di Masjidilharam berbanding jemaah lain. Mungkin disebabkan Zul benar-benar telah bertaubat di atas kesilapan lampau, Allah merahmati-nya semasa berada di Tanah Suci. Jemaah-jemaah lain yang cuba masuk dan sembahyang berdekatan Zul ketika itu semuanya dihalau tennasuk saya sendiri. Allah benar-benar memuliakan Zul sebagai tetamuNya. Malah segala urusannya di Mekah, Allah permudahkan tanpa sebarang masalah. Syukurlah Zul dapat beribadah dengan tenang meskipun orang lain tidak mendapat keistimewaan sepertinya.

Saya mendapat tahu, selepas balik ke Malaysia, Zul sudah banyak berubah. Sikap pemurahnya dahulu diteruskan dan tabiat berzina ditinggalkan. Malah sejak balik dari Mekah, rezeki Zul sebagai kontraktor juga semakin mencurah-curah. Akhir kalam, ingatlah renungan ini. Kecemerlangan yang mesti kita cari, bukan saja sewaktu kita bernafas di atas muka bumi, malah setelah sekujur menjadi mayat. Kehidupan sebenar adalah di akhirat sana.

BINDI ANAK MENDIANG STEVE IRWIN MENINGGAL DUNIA !!




ANAK PEREMPUAN MENDIANG STEVE IRWIN, BINDI MENINGGAL DUNIA | Australia – Anak perempuan mendiang Steve Irwin, Bindi merupakan selebriti terbaru menjadi mangsa terbaru penipuan dalam talian selepas dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan ski di Switzerland.

Berita palsu mengenai kematiannya bermula pada Jumaat lalu dan mula tersebar melalui twitter serta menjadi carian paling popular dalam internet.

Carian tersebut berkait dengan `Steve Irwin daughter’ dan ada juga yang mencari di internet `September 2006 death of her father’.

Hakikatnya, remaja berusia 14 tahun itu masih hidup dan sihat.

Malah pada Khamis, Bindi telah memuat naik video kunjungannya ke Hong Kong bersama dengan mendiang bapanya sebelum ini dan turut memuat naik gambar dalam Instragram dengan perkataan `Unconditional Love’ yang ditulis di atas pasir.

Remaja tersebut menjadi sebutan ramai selepas filem lakonannya `Return to Nim’s Island” telah ditayangkan pada bulan Mac lalu dan DVD filem itu diedarkan pada 21 Mei lalu.

Bindi kini sibuk dengan projek lakonan bersama Discovery Channel dan turut terlibat dalam aktiviti alam sekitar.

April lalu dia mengunjungi Singapura untuk bercakap mengenai hidupan liar.

Steve Irwin yang turut dikenali sebagai The Crocodile Hunter meninggal dunia pada 2006 selepas tertusuk duri ikan pari.

Penyakit Yang Jarang Berlaku Di Dunia ‘Sindrom Loghat Asing’


Seorang pemandu bas Tasmania bercakap dengan loghat pekat bahasa Perancis selepas cedera serius di kepala dalam satu kemalangan kereta.Leanne Rowe ialah seorang daripada 62 orang di dunia dan yang kedua di Australia disahkan menghidap penyakit yang amat jarang berlaku yang dikenali sebagai ‘Sindrom Loghat Asing.’ Leanne mula bercakap bahasa yang berbunyi seperti loghat Perancis apabila terjaga di Hospital Austin di Melbourne selepas patah tulang belakang dan rahang akibat kemalangan kereta.


“Ketika rahang saya mula pulih mereka berkata saya bercakap dengan bahasa tidak jelas kerana ubat yang saya makan,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen ABC.Tetapi, selepas lapan tahun pulih, masalah itu masih berterusan dan loghat bahasa Perancisnya masih pekat.
Ms Rowe's doctor Robert Newton
Leanne. anggota tentera simpanan sebelum kemalangan berkata, dia semakin biasa dengan keadaan itu.“Ia membuat saya begitu marah kerana saya orang Australia, bukan Perancis. Saya tidak berdendam dengan orang Perancis,” katanya.Anak Leanne, Kate Mundy kini banyak bercakap untuknya di tempat awam.
“Ia banyak menjejaskan kehidupannya. Orang ramai hanya melihatnya dari segi jenaka dan berpendapat ia menarik. Tetapi, saya sendiri melihat kesannya ke atas ibu saya,” kata Kate.Doktor keluarga mereka, Robert Newton percaya Leanne mengalami Sindrom Loghat Asing teruk dan mengaku tidak pernah berdepan keadaan seperti itu.



“Dia datang kepada saya dan bercakap dalam loghat bahasa Perancis yang pekat. Saya terkejut. Memang dia belajar bahasa Perancis di sekolah, tetapi tidak pernah ke Perancis dan langsung mempunyai rakan orang Perancis.”-mymetro

Ratu Cantik Amerika Syarikat 2013 Seorang Akauntan



Seorang akauntan berusia 25 tahun dari Connecticut, Erin Brady memenangi gelaran Ratu Cantik AS di sini kelmarin.Brady merangkul gelaran itu di Planet Hollywood, Las Vegas selepas menewaskan 51 jelitawan lain.Pemenang sebelum ini, Nana Meriwether dari Maryland menyampaikan mahkota kemenangan kepada Brady selepas dia diumumkan sebagai pemenang.



Brady menerima mahkota itu serta seunit apartmen mewah di New York selama satu tahun.Dia diumumkan sebagai pemenang selepas menjawab satu soalan tentang keputusan Mahkamah Agung AS menyokong ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperluaskan.


Dengan kemenangan berkenaan, gadis berambut perang itu dijangka terlibat dalam kempen kesedaran kanser ovari dan payudara di AS.Brady yang berasal dari South Glastonbury, Connecticut akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe di Moscow, Rusia pada musim sejuk ini.Ratu Cantik AS 2012, Olivia Culpo menjadi pemenang pertama dari negara itu yang memenangi gelaran Ratu Cantik Universe pada tahun lalu untuk tempoh 16 tahun.-Kosmo

Syarikat Tipu, Pelakon Baru dakwa Dicabul Pengarah.



alt
 
SERDANG 17 Jun - Seramai enam orang individu mewakili kira-kira 20 orang krew dan pelakon membuat laporan polis selepas berasa tertipu dengan sebuah syarikat penerbitan filem.
 
Pelakon Mohd Zani @ Mohd Zohiri Mohd Nizariff, 39, membuat laporan polis selepas berasa tertipu dengan syarikat itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan tindakan lanjut. 
 
"Hingga ke hari ini pihak syarikat tidak membuat tindakan yang sepatutnya. Saya berasa diri saya telah ditipu oleh syarikat penerbitan tersebut dan membuat laporan untuk tindakan pihak polis," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Bandar Kinrara di sini, hari ini.
 
Mohd. Zani atau lebih dikenali sebagai Ezany Nazariff itu sebelum ini telah menerima tawaran berlakon daripada NR Network Sdn Bhd bagi pengambaran drama 13 episod berjudul 'Titisan' bagi musim kedua. Namun, hanya menerima separuh daripada bayaran lakonan iaitu sebanyak RM3500 manakala bakinya tidak diterima.
 
Menurut Ezany, penerbit bagi drama tersebut dikenali sebagai Andi manakala Abdul Rahim Awang sebagai pengarah dan juga merupakan Timbalan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) tidak dapat dihubungi serta  sistem pesanan ringkas (SMS) juga tidak berbalas.
 
Seramai 20 orang krew dikatakan tertipu dengan syarikat terbabit melibatkan kos anggaran keseluruhan RM20,000 hingga RM30,000.
 
Ezany turut berhasrat untuk membawa perkara itu ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), stesen-stesen televisyen dan beberapa pihak lain sekiranya kemelut terbabit tidak mendapat respon daripada NR Network dalam tempoh tiga hari.
 
"Kita nak beri masa dalam 3 hari untuk mereka respon. Kalau mereka tak nak (tiada respon), kita akan buat petisyen dan hantar ke RTM untuk menyenarai hitam syarikat," tegasnya. [KENYATAAN VIDEO DI SINI]
 
alt
 
Penggambaran drama untuk siaran RTM itu mula membangkitkan kemarahan krew dan artis yang sepatutnya menerima bayaran mereka sejak empat bulan lalu sehingga memaksa mereka mendapatkan jalan penyelesaian menerusi Persatuan Pekerja Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) namun masih tiada penyelesaian.
 
"Pihak Profima pula langsung tidak ambil apa-apa tindakan. Saya kasihan juga pada rakan-rakan krew produksi ini dan mereka sudah saya anggap seperti kawan-kawan.
Saya beritahu mereka, untuk selesaikan masalah ini, kita perlu bersatu dan kita perlu buat laporan polis," katanya.
 
Sementara itu, laporan tersebut dibuat apabila sesi penggambaran itu juga melibatkan jenayah lain apabila krew dan pelakon wanita dijadikan pemuas nafsu bagi tujuan politik kotor pihak atasan.
 
"Lebih mengejutkan saya apabila dapat tahu ada seorang krew perempuan yang telah melakukan hubungan seks dengan diretor dan dibayar, seorang lagi pelakon baru, ekstra yang dikatakan dicabul.
 
"Mangsa terpaksa berlari ke van krew bagi menyelamatkan diri ketika kejadian," kata Ezany yang berpendapat hubungan seks itu bertujuan memperolehi posisi yang baik dalam industri. [KENYATAAN VIDEO DI SINI]
 
Insiden tersebut diketahui menerusi krew yang lain melahirkan rasa kesal beliau terhadap industri seni yang dicalit dengan gejala tidak sihat.
 
alt
 
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkenaan bagi meletak jawatan segera sebelum merebak kepada pelakon lain terutamanya pelakon baru.
 
"Apabila timbul kes seks, cabul ditempat lokasi jadi saya rasa ia adalah isu berat. Kalau persatuan tak boleh menangani isu yang melibatkan artis dan krew, mereka yang pegang jawatan itu letak jawatan saja.
 
"Apabila pelakon, director, produser yang mempunyai kepentingan memegang jawatan dalam industri ini maka perkara sebegini terjadi," katanya.
 
Tambahnya perkara keji sedemikian tidak wajar berlaku malah  tidak adil terutamanya kepada pelakon wanita.
 
Beliau menyarankan pihak kerajaan juga memainkan peranan dengan perlaksanaan sistem dan undang-undang yang berkesan dalam menjaga hak setiap individu yang berkecimpung dalam dunia seni dan hiburan tanahair.
 
"Sekarang ini (sain kontrak) cuma sehala, satu pihak sahaja. Kita sain dengan pihak syarikat tetapi pihak syarikat tidak sain dengan pihak artis. Perbetulkan sistem. Pihak kerajaan perlu ambil berat tentang perkara ini dengan memantau dan memandang serius.
 
"Kementerian yang terlibat juga perlu buat satu undang-undang khas untuk menjaga kepentingan dan kebajikan para artis," katanya.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More