Saturday 27 July 2013

Pesanan Tersirat P. Ramlee Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok

Semasa di usia kanak-kanak dan remaja, kita menonton filem Pendekar Bujang Lapok hanya untuk ketawa, santai dan berhibur melihat telatah Ramlee, Aziz dan Sudin berpencak silat.



Hanya setelah dewasa barulah kita sedar P. Ramlee mahu menyampaikan pesanan yang penting kepada bangsanya.

Samseng-samseng yang bekerja di jeti penambang ini adalah lelaki-lelaki pongah, kasar dan mempunyai akhlak yang rendah.

Samseng berbaju hitam dan baju dalam berbelang hitam-putih seperti badan nyamuk aedes ini suka memaki-hamun sesama sendiri.

Mereka bertangan panjang, mencuri buah-buahan yang dibawa oleh penumpang. Menyamun duit tambang perahu, menindas para penumpang yang terdiri daripada orang bawahan serta mendahulukan gadis-gadis cantik untuk menaiki perahu.

Ah! Hipokrit! Kemudian mampirlah sebuah sampan mendekati jeti dengan membawa beberapa orang penumpang.

Daripada raut wajah si pengayuh dan penumpangnya dapat dilihat kepayahan memperjuangkan hidup. Potret lazim Melayu desa yang sentiasa dipanggang matahari panas dan berkeringat mencari sesuap nasi.

Daripada barang-barang dibawa ternyata mereka menaiki sampan untuk menjalankan kerja-kerja harian ataupun berdagang.

Apabila sampai di jeti penambang, ada ramai penumpang yang menunggu untuk menaiki sampan. Orang-orang yang menunggu di situ juga semuanya kelihatan sugul.

Antara yang menunggu lama itu adalah Wak Mustar bergelar 'Pendekar Pinang Sebatang', Wak Mustar merayu untuk menaiki sampan.

Kata Wak Mustar dengan lemah lembut: "Nak...bila pak cik boleh naik? Sudah lama tunggu di sini..."

Wak Mustar juga tidak mempunyai pilihan selain menunggu kerana jalan lain hanyalah berenang di sungai yang besar.

"Bising pulak! Pergi berenanglah Wak! Sungai besar, Wak!", kata salah seorang samseng penambang itu.

Apabila si tauke itu datang, samseng-samseng itu pergi menyambutnya dengan penuh hormat. Hal ini dikritik oleh Wak Mustar: "Mentang-mentang aku orang miskin kau tolak-tolakkan ya. Kamu semua pengampu, pengampu orang kaya!".

Kata-kata yang keluar daripada mulut Wak Mustar mungkin tidak pernah didengar oleh tauke. Dia terkejut dan berasa terhina.


Sebagai orang kaya, selalunya dia menerima puji-pujian atau seperti kata Wak Mustar, setiap masa dia diampu kerana dia orang kaya.

Mereka mengampu tauke yang merupakan pemilik penambang tersebut dan sanggup menolak penumpang lain ketika tauke hendak menaiki perahu, hinggalah Pendekar Mustar menyingsing lengan.

Nah, tibalah masanya buaya di sebalik sungai yang tenang sudah muncul menunjukkan diri! Satu persatu samseng diajar oleh Wak Mustar!


Pemberontakan Pendekar Mustar ini merangsang Ramlee, Azizi dan Sudin yang pada mulanya sekadar duduk di satu sudut bersenandung menggembirakan hati sendiri.

Walaupun tanpa gerak silat yang tersusun, kegigihan tiga bujang lapok ini menentang golongan samseng membuahkan hasil. Dan pemberontakan ini bukan untuk membunuh dan menjadi pemenang. Sekadar untuk mendapatkan sampan sahaja untuk ke seberang.

Tauke iaitu pengusaha sampan tambang ini hanya berseorangan sebenarnya. Kuasa yang ada padanya ialah kuasa wang.

Dengan wang dia menggaji samseng-samseng untuk menjalankan operasi di penambang, menjadi pengayuh sampan dan sebagainya.

Pekerja-pekerja ini merasakan diri mereka lebih tinggi kedudukan daripada penumpang-penumpang itu lalu berlagak dan menunjukkan kuasa.

Mereka juga bergantung kepada tauke yang menjadi pemodal untuk mendapatkan kerja. Hakikatnya, kesemua orang yang dipaparkan oleh P. Ramlee di dalam filem ini tidak ada pilihan.

Mereka ini bergantung kepada golongan penindas yang memiliki kemudahan untuk mendapatkan kerja dan memenuhi keperluan hidup.

Oleh kerana pergantungan ini, mereka tidak dapat bertindak walaupun dizalimi. Pergantungan ini menyebabkan mereka tertekan, kehilangan maruah diri dan menikus di hadapan penindas yang berkuasa.

Dengan kebijaksanaan P. Ramlee, filem Pendekar Bujang Lapok memberitahu kita bahawa peniaga yang menindas dan peniaga bersikap samseng dapat diajar jika masyarakat bersatu-padu, berilmu dan bangkit membela hak kepenggunaan masing-masing.

Dulu kita ketawa melihat adegan kemuncak di penambang di mana samseng, penindas dan orang asing dihumbankan ke dalam sungai.

Sekarang kita harus membantu Aziz Satar yang aktif membantu seniman Melayu yang dipinggirkan. Janganlah bila tiba masanya Pak Aziz sudah keseberang sana kita baru sibuk hendak mengangkat jasa-jasanya.


Usah lupa kirimkan doa kepada Sudin yang baru-baru ini telah menghadap Ilahi. Ramlee dan Sudin telah menyeberangi alam dunia yang fana ke alam baqa yang kekal nan abadi.

Pasti dua sahabat baik ini sudah tiba di seberang sana dan berbahagia hendaknya. Manakala melalui memori yang menjentik menerusi skrin hitam putih, perahu yang digunakan Ramlee, Aziz dan Sudin bersama Wak Mustar sudah berjaya menyeberangi sungai.

Tiga bujang ini pun menuntut ilmu silat bagi mempertahankan diri dan menuntut ilmu akademik untuk mengubah nasib diri yang mewakili nasib bangsa Melayu.

Inilah pesan P. Ramlee kepada kita yang masih berdiri di seberang sini. Memang patutlah P. Ramlee diangkat sebagai lagenda dan budayawan bangsa bahkan dunia!

Mungkin sebab inilah juga mengapa filem-filem P. Ramlee termasuk filem Pendekar Bujang Lapok terus popular tiada tandingannya sehingga kini!

Gambar perkahwinan Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakop



Gambar perkahwinan Ras Adiba Radzi dan Ilias Yaakop - Tahniah kepada personaliti televisyen popular, Ras Adiba Mohd. Radzi, 45, yang kini sah bergelar isteri kepada Ilias Yaakop, 45, dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pasangan berkenaan disatukan dengan tiga kali lafaz sekitar jam 6.10 petang semalam berwalikan bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, lapor Kosmo.

Ras Adiba menerima mas kahwin sebanyak RM99 dan wang hantaran RM10,000, manakala pihak pengantin lelaki pula memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.


PANAS!! Anak Mazidul Akmal Sidik Dilempang Guru / Ustaz Kesayangan Tanpa Usul Periksa..Ustaz Pun Perangai Macam Iblis?


Apa hendak jadi dengan sikap guru-guru sekarang...sudahlah bergelar seorang ustaz tetapi perangai ibarat syaitan...

Sepatutnya seorang ustaz yang mempunyai ilmu agama lebih sedikit dari orang lain seharusnya menyiasat sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman...

Menurut kenyataan yang dikeluarkan seorang aktivis rakyat Mazidul Akmal Sidik, anaknya dilempang seorang ustaz setelah anaknya ditolak rakannya ketika hendak membetulkan kerusi ustaz tersebut...

Apakah ini sikap seorang ustaz yang mempunyai ilmu agama yang lebih sikit daripada orang lain? Perkara ini seharusnya disiasat agar pelajar lain yang tidak berdosa mendapat hukuman..

Kalau hendak dilihat daripada kata-kata Mazidul ini,mungkin dia juga agak berang dengan tindakan tidak matang oleh ustaz disekolah anaknya..kalau tidak masakan Mazidul membandingkan tapak tangannya dengan pipi ustaz tersebut...

Seorang ustaz bila pelajarnya mintak maaf apakah hukuman tampar patut dibalas?apakah harus ditertawakan pelajar yang meminta maaf?sedangkan islam sendiri mengalakkan umatnya bersabar dan memaafkan kesalahan orang...inikan pula seorang ustaz...pelajar mintak maaf tangan dibalasnya..nauzubillah...

Dahulu pun pernah terjadi yang seorang ustaz telah memukul pelajarnya sehingga mati...jangan pula jika kita diamkan perkara ini makanya ia dihalalkan dan ustaz tersebut boleh melakukan sewenang-wenangnya...

Bayangkan betapa kejamnya seorang ustaz terhadp kanak-kanak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR?

HE : Ustaz jenis apa ni...pelajar mintak maaf dilempang...lepas tu ketawa...nauzubillah! 

KURANG AJAR !!! @QUEENMUTIAA DAN ADLIN BINTI ABD JALIL MENGHINA ISLAM @PDRMSIA !!! WAJIB LIHAT !!!



kurang ajar !!! ini sudah biadab.anda lihat gambar di atas.kepada pihak berkuasa tolong lihat.nampaknya bukan malaysia jer,saya rasa yang ni dari indonesia.tolong pantau semua twitter dan facebook dan bertindak.kepada menteri yang baru tolong berkeras dan tangkap sesiapa sahaja yang ingin menghancurkan negara dan menghina Agama islam serta menghina Raja-Raja 


seperti gambar di atas,dah tutup facebook lain,si adlin binti abd jalil membuka fb yang baru dan sekali lagi Nabi Muhammad S.A.W di hina.saya harap kerajaan serta pihak berkuasa tolong pantau

PANAS!!!! GAMBAR BERAHI NORA DANISH BERCIUM MULUT DENGAN LELAKI.




Mesti ramai peminat lelaki Nora Danish frust menonggeng bila tengok gambar beliau yang sedang bercium mulut dengan seorang lelaki kacak dan cute dibawah ni nanti..

Memang beruntung sungguh lelaki berkenaan kerana berkesempatan dicium sebegitu oleh artis secantik Nora Danish sedangkan lelaki-lelaki lain hanya mampu menelan air liur sewaktu gambar Nora muncul di kaca tv..

Bukan setakat cium pipi atau cium di tangan.., tetapi cium mulut tu beb... Argghhhh!!! Kenapakah lelaki bertuah itu bukan gua??? Tensennyaaa!!!! Huhuhuhu...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Artis cantik dari Indonesia ini memeluk Islam


REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA:Setelah cukup lama vakum di dunia hiburan, artis dan model Bella Saphira melabuhkan hatinya pada Islam. Perempuan berusia 39 tahun tersebut bersyahadat di Masjid Istiqlal, Jumat (26/7). Tak ingin menjadi bahan gosip, Bella pun enggan mengkhabarkan keislamannya.
Sekitar pukul 09.45, Bella didampingi keluarganya yang Muslim tiba di Istiqlal. Ingin persendirian, ia yang telah memakai tudung itu pun menuju ruang VIP masjid sebelum ke ruang utama untuk bersyahadat. Saat melantunkan syahadat, Bella sangat fasih membacanya. Ia pun sempat menitiskan air mata.

Artis Bella Saphira (kanan) saat mengucap dua kalimat syahadat di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, Jumat (26/7).Acara persaksian keislaman Bella pun ditutup dari awam. Wartawan yang ingin liputan juga dilarang masuk. Ruang masjid lokasi syahadat dijaga cukup ketat.
Menurut Imam Besar Masjid Istiqlal, Ali Mustafa Ya'qub, perempuan berdarah batak itu takut timbul masalah di kemudian hari dengan beredarnya kabar keislamannya. "Dia tidak mau diberitakan. Tadi bilang ke saya kalau ingin tidak menimbulkan masalah dalam rumah tangganya," ujar imam kepada Republika ketika ditemui di ruangannya.
Imam Ali pun sempat memberikan nasihat pada artis kelahiran Magelang tersebut agar selalu menjaga adab sebagai seorang muslimah. Ia juga memberikan beberapa literatur Islam untuk Bella. Antara lain, buku Islam di Amerika, Islam antara Perang dan Damai, 20 Minit Bersama Obama, Ramadhan bersama Ali Mustafa Yaqub, majalah Nabawi, dan lain sebagainya.

Ketika ditanya kesinambungan bimbingan bagi Bella, Imam berkata, setiap muslim berkewajiban membimbing saudaranya. Orang awam pun sama dengan manusia lain, tak ada yang istimewa. "Siapa saja yang memerlukan bimbingan ya kami siap membimbing," ujarnya.

Baik Bella, keluarga atau pembantunya, tak ada yang berkenan komen. Saat keluar dari masjid, Bella pun bergegas dan tak mengucap sepatah kata pun.

Bella yang mempunyai nama lengkap Bella Saphira Veronica Simanjuntak tidak diwajibkan untuk menukar nama.

Menukar nama memang banyak dilakukan oleh orang-orang yang memutuskan memeluk agama Islam.
Imam Besar Masjid Istiqlal, Ali Mustofa Yakub, mengatakan hal itu bukanlah satu hal yang wajib. Begitu juga dengan Bella, ia tidak perlu menggantikan nama.
"Tidak ada perubahan nama, kerana tidak ada kewajiban hal itu dalam Islam," kata Ali Mustofa ketika ditemui usai membimbing Bella Saphira mengucap dua kalimah syahadah, Jumaat (26/7) di Masjid Istiqlal.

Proses Bella Saphira mengucap dua kalimat syhadat sendiri berlangsung dalam penjagaan ketat beberapa lelaki berbadan tegap. Para lelaki itu mengawal sejak kedatangan hingga Bella meninggalkan Masjid Istiqlal.

Ustazah Abby Abadi 'poyo' menayang suami baru main cium-cium.



Nampaknya tindakan Ustazah Abby Abadi mengeluarkan klip video main cium-cium bahu oleh suami mudanya tidaklah mendapat respon yang terlalu positif daripada khalayak umum.

Ramai mengutuk perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak perlu dipertontonkan kepada khalayak umum. Umum merasa itu adalah hal antara suami isteri, jadi ia harus kekal dalam bilik.

Mungkin status sebagai ustazah yang pandai menegur semua benda dan semua pihak menyebabkan ramai tidak dapat menerima tindakan itu.

Tak sangka lak klip bermanja-manjaan itu dikutuk banyak pihak. Mungkin Abby tak bermaksud apa-apa apabila menjadikan klip berkenaan tontonan umum.

Ada jugalah yang cuba pertahankan tingkah laku dalam klip itu, namun secara umum ramai yang tidak boleh terima.Nampaknya lepas ni Ustazah Abby kena lebih berhati-hati.

PERTANDINGAN MISS WORLD AKAN DIHALALKAN DI MALAYSIA.. TAHNIAH JAWI!!!




Empat gadis Islam yang merupakan finalis Miss Malaysia World 2013 sebelum digugurkan penyertaan mereka, berkemungkinan besar akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perkembangan terbaru ini disahkan sendiri Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali setelah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim pada Khamis.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan. Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013." 

Bagaimanapun, pihak penganjur belum dapat membuat keputusan rasmi kerana masih menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusan dari pihaknya yang dijangka akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa minggu depan.

"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan."

Sebagai makluman, pertandingan peringkat akhir Miss World tahun 2013 akan diadakan di negara jiran, Indonesia, manakala nama empat gadis Islam yang digugurkan itu ialah Wafa Johanna De Korte, Sara Amelia Muhammad Bernard, Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan - mStar.


p/s: Tak sangka rupanya JAWI ni pun flip flop jugakk... Puiiii!!!

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More