Thursday 26 September 2013

Gambar Aisya Adam, isteri Matyo yang menawan (5 Photo)



Umum mengetahui isteri Matyo, Siti Aisya Adam telah menggemparkan seluruh Malaysia dengan tindakannya memaki hamun dan menendang seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang pada 12 September lalu.

Berikut ialah beberapa keping gambar Siti Aisya Adam, 24, yang memang cantik dan menawan. Wanita secantik ini patut tahu menjaga perilaku diri apatah lagi selepas bergelar isteri kepada pemain bolasepak ternama. Tapi sayang seribu kali sayang, hanya tinggal gelaran semata-mata.





Ni Apa barang? Kerajaan Bazir RM15 Juta Taja Kelab Bola Sepak Vincent Tan




Perbelanjaan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjumlah £3 juta atau melebihi RM15 juta melalui penajaan jersi “Front of Shirt Sponsorship” adalah tidak wajar dan membazir.

Penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City milik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan (gambar) untuk tempoh setahun.

Perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat.

vinni-tan_getty_2645418bMungkin perbelanjaan tersebut menjurus kepada bantuan kerajaan yang disalurkan kepada ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang memiliki secara langsung Kelab Bola Sepak EPL Cardiff City tersebut. Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak EPL Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff.

Peruntukan sebanyak itu sepatutnya disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawab dalam membantu kelab-kelab bola sepak tempatan yang sekian lama mengalami kekurangan dana atau sekurang-kurangnya dilaburkan kepada latihan-latihan pemain-pemain muda berbakat yang mampu bersaing dengan pemain antarabangsa.

Rujukan:

Jawapan pertanyaan lisan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan di Dewan Rakyat pada 24 September 2013

Soalan:

YB Tuan Hee Loy Sian minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-
a) Jumlah perbelanjaan Kerajaan daripada menaja jersi Kelab Bolasepak Cardiff City dan tempoh penajaan; dan
b) Bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat menarik pelancong ke Malaysia.

Jawapan:

Datuk Seri Mohamed Nzari Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

Tuan Yang di-Pertua,

a) Kos keseluruhan bagi menaja “Front of Shirt Sponsorship” ini adalah sebanyak £7.35 juta. Daripada jumlah tersebut, pihak Kementerian menampung sebanyak £3 juta bagi sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2013/2013.
Nilai publisiti dan perhubungan awam yang dianggarkan dapat diperolehi daripada penajaan ini di peringkat global adalah seperti berikut:
i) Jumlah penonton televisyen seramai 720 juta orang;
ii) Masa siaran tayangan televisyen sebanyak 217,000 jam; dan
iii) Melibatkan lebih 80 rakan penyiar (broadcasting partner) antarabangsa.

Penajaan ini juga termasuk mengadakan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff sepanjang musim perlawanan dan hak untuk mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 sepanjang musim perlawanan.
b) Melalui penajaan jersi Kelab Bola Sepak Cardiff City Football Club telah dapat memperkasakan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 secara global serta menjadikan Malaysia sebagai Top of The Mind Destination mencapai sasaran ketibaan pelancong. Program kerjasama ini juga berpotensi besar dalam meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya hih end tourist daripada negara pasaran khususnya pasaran daripada United Kingdom dan Eropah Barat dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 28 juta oranfg pada tahun 2014. Pasaran pelancong-pelancong daripada United Kingdom dan Eropah merupakan pasaran long haul yang utama bagi Malaysia. -KD
,br>


Kelab bola sepak Vincent Tan ditaja lebih RM15 juta?


Ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian telah mempersoalkan perbelanjaan kerajaan berjumlah lebih RM15 juta melalui penajaan jersi “Front of Shirt Sponsorship” dengan melabelkannya sebagai usaha yang membazir.

“Perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom, khususnya negara Eropah Barat,” kata Hee.

Penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City milik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan untuk tempoh satu tahun.

Hee juga menganggap bahawa perbelanjaan tersebut menjurus kepada bantuan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kepada Tan Sri Vincent Tan.

“Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?

“Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff,” tegas Hee.

Beliau juga berpendapat bahawa peruntukan sebanyak itu sepatutnya disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawab dalam membantu kelab-kelab bola sepak tempatan yang sekian lama mengalami kekurangan dana.

“Peruntukan itu sekurang-kurangnya harus dilaburkan kepada latihan pemain-pemain muda berbakat yang mampu bersaing dengan pemain antarabangsa,” tambah Hee.

Hee di parlimen semalam telah meminta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk menyatakan jumlah perbelanjaan kerajaan daripada menaja jersi bola sepak Cardiff City dan tempoh penajaan serta bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat menarik pelancong ke Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Hee, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah menyatakan bahawa kos keseluruhan bagi menaja “Front of Shirt Sponsorship” adalah sebanyak £7.35 juta.

“Daripada jumlah tersebut, pihak Kementerian menampung sebanyak £3 juta bagi sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2012/2013,” kata Datuk Seri Nazri.

Tambah Datuk Seri Nazri, penajaan ini juga termasuk mengadakan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff sepanjang musim perlawanan dan hak untuk mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 sepanjang musim perlawanan.

Datuk Seri Nazri juga berpendapat bahawa program ini berpotensi besar dalam meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya “high-end tourists” daripada negara pasaran, khususnya pasaran daripada United Kingdom dan Eropah Barat. Tambahnya, ini akan menyumbang kepada peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 28 juta orang pada tahun 2014. 
-FMT

Gambar Ngeri Mayat Puteri Diana Sewaktu Kemalangan


Gambar Mayat Kemalanga Puteri Diana


Hari ini di laman blog kakilepakz.blogspot.com dipaparkan gambar mayat mendiang bekas isteri Putera Charles, Puteri Diana yang meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 31 Ogos 1997.Gambar berkenaan turut disiarkan di laman web topnews.in sebuah laman portal berkaitan perundangan yang banyak membincangkan tentang kejadian kemalangan itu yang masih dibualkan sehingga hari ini.

Gambar itu menunjukkan mayat seorang wanita berambut perang dalam keeadaan ngeri di dalam beg mayat berwarna hitam. Disisinya terdapat beberapa orang anggota polis sedang memeriksa sesuatu dipercayai lokasi kemalangan itu.Kemalangan itu berlaku di sebuah laluan bawah tanah di Pont de I’Alma di Paris, Perancis.
Turut maut dalam kemalangan itu Dodi Al-Fayed anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed yang juga teman lelakinya pada waktu itu, pengawal peribadi Kes Wingfield dan pemandu kereta Henri Paul.Ketika itu Puteri Diana menaiki kereta jenis Mercedez Benz S280. Kemalangan berkenaan didalangi oleh konco-konco Putera Charles dek kerana hajat pasangan itu untuk bertunang seterusnya berkahwin.
Gambar mayat Diana itu adalah kemungkinan yang pertama kali disebarkan selepas tragedi kemalangan berkenaan.Ekoran kemalangan Puteri Diana yang sepatutnya melawat Malaysia buat pertama kali pada tahun 1998 tidak sempat berbuat demikian.Lawatan itu adalah undangan daripada ikon sosial dan kebajikan Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon yang banyak mengetuai banyak pertubuhan kebajikan di negeri bumi kenyalang itu.Kami turut memaparkan beberapa gambar Puteri Diana bersama Dodi beberapa jam sebelum kemalangan itu.

Bandar Paling Kotor Di Dunia Penuh Sampah



Setinggan Manshyiat Naser, di pinggir Kaherah, sering dirujuk sebagai "Bandar Sampah" kerana kuantiti  sampah yang dihantar ke sini dari di seluruh ibu kota Mesir.
 Manshyiat Naser adalah tempat yang sebenar, di mana hidup mereka bergantung daripada sampah. rumah-rumah atau pangsapuri  dan semua orang di sini bergantung kepada sampah. Penduduk daripada Manshyiat Naser (dipanggil Zabbaleen) membawa sampah ke bandar,diankut oleh trak, troli, atau apa-apa cara lain yang perlu, dan menyusun apa-apa sisa yang boleh dikitar semula atau berguna.
Setiap jalan dan setiap bangunan di Manshyiat Naser disusun dengan sampah, anda akan melihat lelaki, wanita dan kanak-kanak mencari sesuatu yang boleh dijual. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti sistem lapuk pengendalian sampah, Zabbaleen melakukan pekerjaan yang jauh lebih baik daripada mana-mana sistem pengendalian sisa dunia moden. Sekitar 80% daripada sampah dikitar semula dan dijual semula, manakala selebihnya dibakar untuk bahan api.

Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite




Gambar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite - Tahniah kepada pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite yang baru sahaja selamat bergelar suami isteri sah dengan sekali lafaz sekitar jam 10.40 pagi tadi di kediaman pengantin perempuan.

Di bawah ini admin sertakan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite yang dilihat berlangsung dengan cukup meriah. Kredit kepada portal rotikaya dan beautifulnara.








My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More