Friday 13 September 2013

(19 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Black & Naquira Yasira


Sama cantik sama padan. Kedua-dua pasangan mempelai kelihatan berseri-seri di hari bahagia mereka dengan persalinan berwarna putih yang dipakai oleh mereka. Memang menampakkan lagi keceriaan di hari bahagia.
gambar nikah black
Semoga Black dan isteri akan terus bahagia sehingga ke anak cucu. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Black dan Naquira Yasira dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Faisol Mustapha.
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black
gambar nikah black

SEJARAH : Informasi Kenapa Brunei Tak Masuk Malaysia Dulu



Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Pasangan ditangkap khalwat dimandi dan diarak keliling kampung



Lhokseumawe, Aceh - Seorang lelaki ditangkap khalwat di rumah kosong bersama seorang ibu tiga anak di Kampung Matang Kumbang, daerah Baktiya Kota Lhokseumawe. Penduduk menuduh keduanya telah bersetubuh namun mereka menafikan. Lelaki tersebut mengaku sedang mencari durian.

Jelas saja penduduk tak percaya. Mengetahui ada pasangan yang ditangkap khalwat di kampung membuat penduduk meradang. Tidak tunggu lama, penduduk langsung beramai-ramai melihat dan mengarak mereka.

"Langsung kami tangkap dan kami mandikan di kolam," ungkap salah seorang penduduk tempatan, Syamsul Arifin, Rabu (12/9).

Penduduk sudah lama curiga kerana lelaki tersebut memang kerap mendatangi rumah ibu beranak tiga ketika si suami tidak berada di rumah untuk bekerja di kebun.

Lebih lanjut, Syamsul mengatakan meminta pasangan tersebut untuk membayar denda bagi memulihkan nama baik kampung tersebut yang telah tercemar dengan perbuatan jijik itu.

"Kami minta ganti bayaran untuk memperbaiki nama kampung," tutupnya

Julia Vins, gadis berwajah Barbie bertubuh Rambo



Yulia Viktorovna Vins, atau biasa disapa Julia Vins, tengah menjadi buah mulut di dunia maya kerana penampilan tubuhnya yang hebat.

Yulia yang diketahui berkerjaya sebagai atlet angkat berat dari Rusia mempunyai fizikal kekar seperti Rambo dan wajah secomel Barbie. Keunikan itu membuat gadis 17 tahun, yang juga aktif dalam komuniti atlet angkat berat Rusia, ini menjadi virus di dunia maya.


Siri gambar yang menunjukkan wajah seperti boneka dan fizikalnya yang kekar seperti lelaki, langsung menarik perhatian awam. Dalam temu bual dengan sesama penggemar angkat berat, Yulia mengatakan bahawa dia awalnya mengikuti latihan angkat berat hanya untuk menjadi lebih kuat dan membina rasa percaya diri. Sejak awal, tak pernah terlintas di benaknya untuk  menjadi seorang atlet angkat berat profesional.



Selama tahun pertama, Yulia melatih otot-ototnya tanpa mengikuti program latihan yang jelas, tetapi akhirnya dia memutuskan bahawa dirinya memerlukan bimbingan dari pengajar profesional. Bulan ini, Yulia sedang mempersiapkan diri untuk mengikuti pertandingan angkat berat rasmi pertamanya.


Namun, ada beberapa orang yang ternyata tidak suka pada keputusan Yulia memilih menjadi seorang atlet angkat berat. Mereka mengatakan padanya bahawa ia akan merosakkan tubuh cantiknya. Yulia berusaha mengabaikan komen-komen negatif itu demi kerjayanya. Baginya, angkat berat adalah hidupnya dan dia merasa kesal saat orang lain mula cuba memaksakan pendapat mereka pada dirinya.

Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah di Bukit Besi


Hisham menunjukkan rim kereta api yang ditemui di tapak lombong Wahaba Wangin.

BUKIT BESI – Sekumpulan pekerja yang sedang menjalankan kerja melombong bijih, dekat sini, gempar berikutan penemuan beberapa objek pelik.

Objek tersebut dipercayai sebahagian peralatan yang pernah digunakan untuk aktiviti melombong pada tahun 40-an hingga awal 70-an dahulu.

Penyelia tapak lombong, Hisham Abdullah berkata, batang besi berbentuk leper dan bulat itu ditemui ketika kerja mengorek tanah dilakukan di kawasan tapak lombong bijih besi milik Wahaba Wangin Sdn Bhd.

Menurutnya, pada awalnya, pekerjanya beranggapan ia adalah serpihan besi biasa, namun apabila dilihat dengan lebih dekat ia menyerupai rel dan rim tayar kereta api.

“Saya syak ia merupakan sebahagian peninggalan bekas lombong dahulu. Jadi besi ini kita simpan di tapak lombong dan mungkin akan diserahkan kepada pihak muzium sebagai bahan sejarah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu Cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, rel kereta api dan takungan besi yang dipanggil opal itu merupakan peralatan yang digunakan syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMCO) iaitu sebuah syarikat lombong milik British untuk kerja-kerja melombong bijih besi.

Menurutnya, ketika itu, syarikat EMCO yang beroperasi dari 1948-1971 menggunakan kereta api wagon untuk mengangkut hasil bijih dari kawasan lombong ke pelabuhan Sura Jetty.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi peninggalan sejarah yang tertimbus di kawasan berkenaan.

“Walaupun ia sekadar rel kereta api, namun penting sebagai bahan bersejarah.

“Penemuan rel berkenaan membuktikan kewujudan jalinan jalan kereta api di lokasi tersebut yang telah meletakkan Bukit Besi dalam peta perlombongan dunia pada ketika itu," katany

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More