Wednesday 31 July 2013

CHETZ YUSOF TERKINI | Lagi BUTIRAN LENGKAP Individu Yang DIKATAKAN Telah Hina Agama Islam DIDEDAHKAN


Dunia maya sekali lagi heboh apabila satu video dimuatnaik dan disebarkan mengenai seorang INDIVIDU yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan tema Takbir Raya bersama tiga ekor anjingnya.


Mungkin tujuan asalnya mahu mempromosikan anti-racism namun tidak kena pada tempatnya.
baca lagi & tgk VIDEO Kontroversi Tersebut, Klik TAJUK ENTRI ni
Antara komen didalam Facebook
Rata-rata komen mahukan si pembuat video tersebut dikenakan tindakan sama seperti yang diterima oleh pasangan kontroversi Alvin dan Vivian. Namun, Admin telah membuat semakan laman blog lelaki berkenaan pada alamat http://www.cekap.org. Domain tersebut bukan lagi kepunyaan lelaki itu. Sebaliknya telah berpindah ke blog percuma di alamathttp://anjingcekap.blogspot.com. Blog itu tidak lagi dikemaskini dan post terakhir ialah pada 4 Ogos 2010.
Artikel terakhir dalam blog cekap


Hasil pencarian google telah membawa admin ke akaun youtube lelaki bernama Chetzyusof. Video yang dikatakan menghina Islam itu sebenarnya telah diupload pada 6 September 2010 dengan tajuk "Iklan Raya 2010". Melihat kepada ruangan komen, memang ramai yang tidak berpuas hati dan dan tidak kurang juga yang mengutuk video tersebut.

Melalui info, Chetzyusof merupakan seorang yang beragama Islam. Namun, dengan video yang telah lama dimuatnaik, bagaimana hendak mencari individu ini? Agak pelik pada 2010 tiada sebarang tindakan dikenakan jika lelaki ini terbukti bersalah.

Video

UPDATE

1) Who is Chetz Yusof
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 38 Tahun
Agama: Islam

Selain itu, hasil semakan lanjut yang admin lakukan, admin berjaya memperolehi butiran nombor telefon dan laman facebook pelaku seperti screenshot yang admin kongsikan di bawah;

Selaras dengan pendedahan identiti yang disertakan ini, admin amat berharap agar si pelaku dan pembuat video kontroversi ini dikenakan tindakan tegas sepertimana yang dikenakan terhadap pasangan blogger porno Alvin dan Vivian. Mungkin bakal ada yang mengatakan bahawa ia adalah isu lapok kerana membangkitkan semula video yang sudah diterbitkan bertahun lamanya, namun bagi admin, sekalipun ianya dilakukan berpuluh tahun yang lalu, sekiranya ianya tidak dipadam, ia secara jelas tidak menggambarkan rasa penyesalan di dada pelaku!!!

Artis Lana Nordin: Isu Ditangkap Tidak Puasa.. Hina Agama?



  


HALAMAN HIBURAN 

P/JAYA: Pelakon Lana Nordin menyifatkan isu kononnya dia ditangkap gara-gara tidak berpuasa dan meminum arak di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong pada 12 Julai lalu langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai seorang selebriti.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil.

"Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata.
"Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya.
"Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya kepada mStar Online.

Tambah Lana, dia juga sering membuat lawak dengan isu diri ditangkap dengan teman-temannya kerana menganggap ia satu perkara yang tidak berasas lebih-lebih lagi dikatakan meminum arak sedangkan dia tidak pernah mengambil minuman keras.

"Diakui, saya seorang yang gemar ke kelab, tetapi tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Saya dah biasa orang selalu memberi tafsiran negatif berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran," ujarnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharunya, Lana bakal muncul menerusi drama Jodoh Itu Milik Kita yang akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD. Bagaimanapun, Lana berasa kesal apabila ramai penerbit menganggap dia sudah meletakkan harga bayaran yang tinggi sejak dicalon untuk Pelakon Pembantu Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) tahun lalu.

"Sejak dicalonkan dalam FFM, saya semakin kurang menerima tawaran lakonan. Tak faham dibuatnya, saya bukannya menang, tetapi ramai penerbit menganggap harga saya dah naik.
"Jadi mereka takut untuk mengambil saya berlakon. Sedangkan, harga bayaran lakonan saya masih lagi macam biasa. Saya harap menerusi kenyataan ini, mereka tidak salah anggap lagi," tuturnya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata." kata artis Lana Nordin: Ingat, jangan bangga atau memperendah isu berkaitan agama.. Jangan sampai dituduh menghina agama?

10 000 BOTOL ARAK DIMUSNAHKAN SEMPENA RAMADAN (12 GAMBAR)




Isnin lalu pihak polis Jakarta Selatan memusnahkan 10 891 botol arakyang dirampas sejak permulaan ramadan. Arak yang dirampas majoritinya adalah samsu yang dijual tanpa lesen.  Banyak juga arak yang dirampas ye!


GEMPAR!!!!.. PENGETUA INI BUKAN SAJA SURUH PELAJAR CINA DAN INDIA BALIK KE NEGERI CHINA DAN INDIA TETAPI MINTA PELAJAR MELAYU BALIK KE INDONESIA!!!!!!


ADAKAH INI PENGETUANYA YANG MENGELUARKAN KATA-KATA KONTROVERSI MEMINTA PARA PELAJAR CINA DAN INDIA BALIK KENEGERI CINA DAN INDIA?

Difahamkan sebentar tadi, dalam suatu pertemuan dengan pemimpin MIC,Pengetua Sek Men Keb Alam Megah, Shah Alam, telah mengaku depan para pemimpin MIC berkenaan bahawa ada mengeluarkan kata-kata sedemikian tetapi beliau juga ada berkata para penuntut Melayu supaya balik ke Indonesia.

Pelik macam mana Pengetua bertaraf Gred 52 Anugerah Cemerlang boleh menghamburkan kata-kata sedemikian rupa.

Kalau dilihat dar latar belakang beliau macam tidak percaya....

Pn.Hjh.Miss Yati Bt Dani merupakan anak jati Selangor yang dilahirkan pada 7 Februari 1954 dan  kini berusia 59 tahun merupakan anak keempat daripada sepuluh orang adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan.


Memulakan kerjaya guru sebagai guru penolong di SMK Teluk Datok, Banting (1980-1983). Berpindah ke SMK Meru, Klang dengan jawatan yang sama (1984-1989). Seterusnya ke SMK Sekyen 16, Shah Alam (1989-1990).

Berpindah  ke SMK Seksyen 18, Shah Alam dengan jawatan yang sama (1991-1997). Beliau mula memegang jawatan GKMP Sains dan Matematik di SMK Raja Mahadi, Klang (1997-1998) dan seterusnya memegang jawatan Penolong Kanan Akademik di SMK Seksyen 16, Shah Alam (1998-2001).

Kerjaya sebagai pengetua pula bermula di SMK Tropikana, PJ (2001-2005). Beliau kemudiannya di tempatkan semula di SMK Seksyen 18, Shah Alam (2005-2007) selama dua tahun  dan akhirnya di SMK Alam Megah, Shah Alam hinggalah kini (2007-2014).

Beliau kini adalah penyandang jawatan Pengetua Cemerlang DG52. Sepanjang berkhidmat, beliau telah menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali  (2000 dan 2010) dan anugerah Pengetua Cemerlang DG52 (2009).

Wanita Banyak Makan Pisang Berkemungkinan Besar Melahirkan Anak Lelaki


Setiap pasangan inginkan anak yang comel sama ada lelaki atau perempuan. Namun  itu semuanya adalah ketentuan Tuhan Yang Maha Esa. Selain berdoa dan bertawakal, kita dibenarkan berusaha untuk mendapatkan anak yang diingini sama ada lelaki mahupun perempuan.

Hasil kajian yang dijalankan, seorang wanita berpeluang untuk menentukan jenis kelamin anaknya sendiri dengan apa yang dimakannya ketika hamil. Wanita yang rutin makan pisang sebelum dan semasa hamil berkemungkinan besar akan memiliki seorang anak laki-laki.

Penemuan ini menunjukkan makanan mengandungi kalori yang lebih tinggi, dapat meningkatkan kemungkinan memiliki anak laki-laki. Sementara wanita yang sebelum hamil melakukan diet tertentu, kemungkinan akan menghasilkan anak perempuan.

Para penyelidik di Oxford University, London, Inggeris, mempelajari kebiasaan makan 740 orang wanita, semasa tempoh kehamilan pertamanya.

"Kami mendapati bahawa seorang isteri yang memakan pisang yang memiliki kalium tinggi berpeluang besar untuk memiliki seorang anak laki-laki," kata ketua penyelidik Fiona Mathews, seperti dilansir dari The Guardian.

Seorang wanita yang makan sereal setiap hari sebagai sarapan, 59 persen akan memiliki anak laki-laki, berbanding hanya 43 persen yang kurang mengambil sereal, kemungkinan untuk memiliki anak laki-lakinya sangat kecil," jelas Mathew
 
Penelitian ini menunjukkan adanya teknik sederhana untuk memengaruhi kemungkinan mengandung anak laki-laki. Agar lebih bervariasi cubalah untuk makan pisang dan semangkuk sereal..[The Guardian/liputan6.com]

Wajah Suspect Kes Tembak Mati Pengasas Ambank Tersebar.


Berikut di bawah ialah keterangan lanjut mengenai suspect yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan pengasas Ambank baru2 ini.

Orang ramai yang ada maklumat tentang suspect mohon tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kuala Lumpur, 31 Julai 2013 - Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan. Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, Polis Kuala Lumpur percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Gila Babi: (Video) Video Bertajuk ’1 Hari Di Hari Raya’ Hina Islam Dalam YouTube Tersebar.... Jom Terjah!!!



Lagi video menghina Islam tersebar luas di media sosial Youtube dan Facebook. Lelaki yang dikenali sebagai Chetz menyediakan kuih raya untuk anjingnya.
Lagi video menghina Islam tersebar luas di media sosial Youtube dan Facebook. Lelaki yang dikenali sebagai Chetz menyediakan kuih raya untuk anjingnya.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disiarkan dalam laman YouTube.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu,” katanya kepada Bernama.
Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).
Ia turut memuatkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga” dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.
Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948. 

– Bernama


Sumber Dari Youtube

***********************


Inilah jawapan tuan punya badan



KUALA LUMPUR – “Saya tiada niat hina Islam”.
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.
Chetz Yusof
Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.
Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.


Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.
* Sumber mynewshub

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More