Monday 23 September 2013

Pelatih PLKN maut dipukul


Pelatih PLKN maut dipukul Jenazah Muhammad Suhaimi dituntut keluarganya di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, semalam. - Foto Mustaffa Kamal


Muadzam Shah: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.


Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya. 

Wawa Zainal nafi sudah kahwin dan lahirkan anak Aeril Zafrel



Wawa Zainal nafi sudah kahwin dan lahirkan anak Aeril Zafrel - Khabarnya sebuah stesen radio swasta telah mengeluarkan gosip liar yang mendakwa pelakon cantik, Wawa Zainal sudah berkahwin dengan Aeril Zafrel secara senyap-senyap dan melahirkan seorang bayi.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Aeril Zafrel yang ditemubual media semalam tampil menafikan gosip tersebut dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang tuduhan yang tidak mempunyai bukti sah.

“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja.”

Berkenaan isu kehamilan Wawa Zainal yang turut sama tersebar, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Cinta Jannah di TV3 itu menyeru semua pihak agar berhenti menyebarkan gosip-gosip tidak masuk akal.

“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga.”

Adam AF2 kekasih baru Fiza Elite, bakal nikah esok



Adam AF2 kekasih baru Fiza Elite, bakal nikah esok - Nampaknya kegagalan Fiza Elite untuk bernikah dengan jejaka pilihannya dua bulan lalu walaupun semua persiapan untuk majlis perkahwinan telah diatur mempunyai hikmahnya tersendiri.

Fiza Elite yang ditemubual media memang mengakui sedih dengan perkara tersebut namun dia tetap berserah kepada jodoh. Masa berlalu dengan begitu pantas, tup-tup bekas anggota Girlband itu rupanya sudah menemui penggantinya.

Yang menariknya, jejaka yang berjaya menawan hati Fiza merupakan seorang artis juga iaitu bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua pada tahun 2004, Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29.

Terkenal dengan lagu-lagu K-Pop ciptaan Edry Abdul Halim KRU Studios, Adam merancang untuk berkahwin dengan Fiza Elite, 33, pada Rabu bersamaan 25 September 2013. Pengakuan tersebut dibuat Adam menerusi ruangan Hip yang disiarkan di Berita Harian hari ini.

"Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah."

Walaupun berita pernikahan ini amat mengejutkan admin sendiri namun ia pastinya satu berita gembira untuk kedua-dua peminat mereka. Tak sangka pulak kan! Tahniah kepada Adam dan Fiza Elite. Semoga semua persiapan untuk majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More