Thursday 1 August 2013

BENJY BERCERAI KALI KEDUA



Benjy bersama Safiya dan bapa tirinya (suami Azean Irdawaty), Karl (kiri) - ehsan google


























Macam2 berlaku di bulan Ramadhan. Ada yang bertunang, yang nikah dan bercerai. Kita hanya mampu merancang...

Kjee baca berita ini di Sinar Harian.



KUALA LUMPUR - Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sah bercerai talak satu dengan isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Penceraian itu adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu.

Lafaz cerai disebut Benjy pada pukul 9.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor.

Permohonan cerai dikemukakan Safiya mengikut Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mahkamah kemudian mengesahkan jatuh takla satu ke atas Safiya dan memerintahkan Safiya menjalani edah sebanyak tiga kali suci.

Dalam pada itu, sebelum melafazkan cerai, hakim meminta mereka bersalaman dan bermaafan, antara mereka sebagai pasangan suami isteri sebelum bercerai.

Seketika, suasana diselubungi pilu apabila Benjy dilihat mencium dahi isterinya buat kali terakhir, sambil memohon maaf, manakala Safiya bersalaman dan mencium tangan Benjy.

Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Benjy, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk berpisah dengan baik.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Safiya, 30, kedua-dua pasangan itu bernikah pada 9 Februari 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Juan Benjamin, 7.

"Mereka pernah bercerai talak satu pada Julai 2008 dan rujuk semula pada hari yang sama,"katanya.

Peguam itu turut memaklumkan, Benjy dan Safiya sudah tinggal berasingan sejak 2010.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, pelakon yang mencetus kontrovesi kerana pernah didakwa sekali lagi berhubung kes dadah pada 2 Julai lalu itu bersyukur kerana semuanya berjalan aman.

"Hubungan kami baik dan kami masih lagi berkawan," katanya.

Menurutnya, mereka berdua telah bersetuju untuk menjaga anaknya, Firdaus secara bergilir-gilir.

"Soal raya tiada masalah kerana kami berdua akan beraya bersama Firdaus di Kuala Lumpur," katanya. - SINAR HARIAN


SUKAR MENCARI ORANG MAMPU MEMBELI POHON INI
Barangkali sebilangan pembaca pernah melintasi pohon besar berhampiran Hotel Merdeka Palace di Kuching, Sarawak.Banir pokok berduri  kelihatan bak tubuh naga berlingkar menunggu  untuk menyerang hendap mangsa. Perhatikan berapakah harga pokok  berusia kira-kira 80 tahun  ini tatkala  ditaksirkan pada tahun 2008.

Angelina Jolie Aktres Terkaya Di Dunia


SELAIN prestasi dalam bidang lakonan dan aktiviti kebajikan yang memberangsangkan, Angelina Jolie mendapat gelaran baharu apabila diiktiraf oleh majalah Forbes sebagai aktres terkaya di dunia.


Majalah tersebut menaksir nilai kekayaan Angelina mencapai USD$33 juta (RM107 juta). Kiraan itu dibuat berdasarkan hitungan hasil pendapatannya dari Jun 2012 hingga Jun 2013.

Walaupun Angelina sudah lama tidak membintangi filem sejak The Tourist pada tahun 2010, wanita itu masih lagi mempunyai saluran pendapatan lain.

Selepas Angelina, Jennifer Lawrence pula menduduki tempat kedua selepas dia sukses membintangi filem The Hunger Games.

Tangga tempat ketiga aktres terkaya pula diduduki Kristen Stewat yang meraih keuntungan besar menerusi filem Snow White And The Huntsman.

Jennifer Anniston dan Emma Stone pula masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Gambar Pelakon Home Alone, Dari Kecil Hingga Dewasa


Filem Home Alone merupakan filem menceritakan seorang budak yang berjaya menewaskan perompak yang ingin mencuri sejurus selepas ibu bapa budak tersebut keluar dari rumah. Dengan ciptaan dan kreativiti budak tersebut, dia berjaya menewaskan kesemua perompak yang cuba masuk ke rumahnya. Akhirnya pelakon yang dikenali ramai "Home Alone" filem popular, secara beransur-ansur tenggelam ke bawah.sumber


1988

1991

1993

1994


1999

2004

2006

2009


2010

2011


2012

ogos 2012

Tragedi Berdarah Masjidil Haram, 20 Nov 1979



Pada akhir tahun 1979 Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi seorang pengikut fanatik ajaran dan fahaman ekstrim.
Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah
Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi

Tarikh 20 November 1979 dipilih Juhaiman kerana ianya bersamaan pada hari pertama tahun 1400 Hijrah. Ini kerana terdapat ramalan bahawa Imam Mahdi akan muncul dan ditabalkan pada hari tersebut. Beberapa hari sebelum serangan , mereka telah menyembunyikan senjata , peluru dan bekalan makanan yang secukupnya di dalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata yang diperolehi mereka itu dicuri dari depot senjata Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi beberapa bulan sebelumnya. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau dan beberapa pengikutnya pernah berkhidmat di dalam Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi selama 18 tahun.
Masjidil Haram ketika serangan subuh 20 November 1979

Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil Haram ketika itu , Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman dan orang-orangnya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis yang hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.
Sebagai tindak balas dari serangan tersebut Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper (penembak curi). Akibat dari tentangan kuat dari pihak Juhaiman dan korbanyang tinggi dari pihak tentera Arab Saudi, serangan balas itu dihentikan.
Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara’ mengenai penggunaan senjata api di dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama’ Arab Saudi pada awalnya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama’ Arab Saudi mengizinkannya dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk melawan Juhaiman.
Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Peranchis (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi. Di lapangan terbang Jeddah , Majlis Ulama’ Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan ‘tanah haram’ Mekah. Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.
Komando GIGN Perancis yang “masuk Islam” untuk operasi pembebasan Masjidil Haram

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan tempat persembunyian para pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri kabel hidup yang mempunyai voltan tinggi akan dijatuhkan kedalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.
Kesan selepas operasi serangan

Selepas hampir dua minggu, peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979. Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan Arab Saudi.
Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang  mendakwa “Imam Mahdi” terbunuh dalam serangan.

Rata-rata umat Islam seluruh dunia marah dengan keengganan kerajaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan dan tuntutan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid. Ramai yang berpendapat bahawa keputusan itu banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan akibatnya beberapa kedutaan Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya telah dibakar oleh para perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan dan keputusan yang telah dibuat oleh Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka itu hanyalah boneka Amerika Syarikat.
Pengikut Juhaiman yang telah ditahan

Ketika peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian dan pembesaran masjid. Kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Syarikat Pembinaan Ben Laden. Ianya adalah syarikat milik kepada bapa Osama Bin Laden. Insiden ini juga telah membakar semangat Osama dan beberapa tahun kemudian beliau telah diusir keluar dari Arab Saudi kerana kelantangannya mengkritik keluarga As-Saud. Selebihnya kita telah tahu dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.
Wallahu’alam.
Sumber:
Grand Mosque Seizure (Wikipedia)

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More