Thursday 12 September 2013

Mahathir Hari Ini Tak Mengaku Beri IC Kepada PATI Di Sabah... Tapi Cuba Lihat Video Ini.. Apa Katanya Dulu?



Dr Mahathir ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini,menyalahkan “pegawai kerajaan” yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Malah beliau juga menafikan pernah memberi sebarang arahan kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing pada ketika itu.

Sedangkan pada awal tahun ini sekitar 17 Januari 2013, beliau telah mengaku bertanggungjawab memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing pasa zaman pentadbirannya.

Malah beliau mendakwa tindakannya itu tidak seberapa berbanding bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman yang disifatkan "lebih teruk" dari beliau.

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,"

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah," katanya ketika ditanya pemberita selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Karangkraf .

Beliau juga mengakui bahawa projek pemberian kad pengenalan itu dibuat menjelang pilihan raya namun mendakwa ianya mungkin hanya kebetulan.

"Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.

Kat bawah ni videonya...


    

Gambar Anak Jue Aziz


Anak Jue Aziz, pelakon, artis, hiburan, gambar, selebriti, gosip

Rasanya agak lama juga berita mengenai perkembangan terbaru pelakon berbakat, Jue Aziz tidak keluar di mana-mana akhbar tempatan. Ke mana agaknya pelakon ini menghilang?

Anak Jue Aziz, pelakon, artis, hiburan, gambar, selebriti, gosip

Bagi peminat yang ingin tahu , baru-baru ini Jue Aziz dilihat begitu aktif berkongsi beberapa foto comelnya bersama seorang bayi comel lelaki yang di panggil sebagai Darwish.

Apa yang menghairankan disini adalah bila masa pula Jue Aziz melangsungkan perkahwinannya?Atau adakah beliau telah melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan media, atau bayi lelaki tersebut sekadar anak angkat?

Anak Jue Aziz, pelakon, artis, hiburan, gambar, selebriti, gosip

Anak Jue Aziz, pelakon, artis, hiburan, gambar, selebriti, gosip


Melalui foto-foto yang dikongsikan, ramai juga yang ingin tahu siapakah anak itu dan siapakah gerangan bapa bayi sekali gus suami kepada Jue Aziz?

Anak Jue Aziz, pelakon, artis, hiburan, gambar, selebriti, gosip

Anak Jue Aziz, pelakon, artis, hiburan, gambar, selebriti, gosip



Anak Jue Aziz, pelakon, artis, hiburan, gambar, selebriti, gosip


Anak Jue Aziz, pelakon, artis, hiburan, gambar, selebriti, gosip

Setelah diteliti setiap komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial beliau, barulah semua persoalan diatas terjawab.

Rupa-rupanya bayi comel itu adalah anak angkat Jue dan ini telah diakui sendiri oleh Jue Aziz dimana beliau juga mengaku telah menjadi ibu susuan Darwish.

Apapun, bagi peminat yang masih belum melihat gambar Darwish, jom layan beberapa gambar Comel darwis bersama Jue Aziz.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More