Saturday 22 June 2013

LAWAK-BAWA terlebih MUATAN (10 gambar)

Macam-macam dia orang ni. Tengok ajelah muatan yang mereka bawak, 
terlebih-lebih… haha, ada ke macam ni kat Malaysia?
lebih-muatan-1
LAWAK-BAWA terlebih MUATAN
LAWAK-BAWA terlebih MUATAN
LAWAK-BAWA terlebih MUATAN
LAWAK-BAWA terlebih MUATAN
LAWAK-BAWA terlebih MUATAN
LAWAK-BAWA terlebih MUATAN
LAWAK-BAWA terlebih MUATAN
LAWAK-BAWA terlebih MUATAN
LAWAK-BAWA terlebih MUATAN
ENJOY! (LAWAK-BAWA terlebih MUAT).

Panas: Foto Sensasi Anak Fadzilah Kamsah Tersebar, Rahsia "Pakar Motivasi" Itu Terbongkar Jua Akhirnya!

WEDNESDAY, 20 FEBRUARY 2013



Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason dan sedang hangat diperkatakan di laman sembang sosial sekarang ini ialah perihal wajah sebenar anak kepada pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang langsung tidak mencerminkan keperibadian ayahnya itu. Foto aksi anak perempuan beliau dengan pakaian tidak menutup aurat dan bergaya seksi bersama dua lagi rakan yang lain menyerlahkan kepada rakyat tentang apakah sikap sebenarnya Dr.Fadzillah terhadap Islam sebenarnya. 

Maka itulah, paparan video yang kami buat berkenaan kritikan beliau terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS kini semakin terserlah. Pakar motivasi yang selama ini dsanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat kini nampaknya bakal menjadi seperti Dr.Hassan Ali. Cakapnya tentang Islam hanyalah dibibir semata-mata tetapi hakikat sebenar hanya tuhan yang tahu. Malah, dari kenyataan Dr.Fadzilah tentang tindakan mendoakan kehancuran terhadap UMNO atas kezaliman terhadap rakyat di negara ini yang disanggah oleh beliau menampakkan ke mana hala tuju politik beliau selama ini. Maka itu, dengan tersebarnya foto aksi anak perempuan beliau ia mengesahkan lagi bahawaDr.Fadzilah Kamsah kini bukanlah insan yang digambarkan oleh umat Islam di negara ini. 

Tidak cukup dengan itu kami juga menerima kiriman foto anak lelaki beliau ketika zaman bercinta (sungguh romantik). Aksi-aksi yang dipaparkan itu langsung tidak mencerminkan mereka adalah anak kepada seorang pakar motivasi yang sering berbicara hal keluarga bahagia, mendidik anak dan sebagainya.  

Rupa-rupanya, hasil didikan tersebut menyebabkan anak sendiri tidak ketentuan.Patutlah beliau menentang Islam yang dibawa oleh PAS, kerana dirinya sendiri tidak mahu menerima Islam sebenarnya berlandaskan Al-Quran dan hadis. Jika inilah caranya, bukan sahaja umat Islam rosak malahan generasi muda itu sendiri akan punah ranah. Apakah layak beliau menjadi pakar motivasi jika ini caranya?.




Kenyataan beliau tentang Islam hanyalah "indah khabar dari rupa" dan akhirnya inilah yang terjadi apabila dia tergamak membiarkan anaknya sedemikian rupa sedangkan beliau selalu berbicara soal Islam di kaca TV. Apakah pakar motivasi sebegini yang wajar diikuti oleh umat Islam di Malaysia. Justeru, daripada pendedahan yang dibuat ini maka kini "tepuk dada tanya iman". 


Apakah anda mahu terus menyaksikan dan menyokong beliau atau sebaliknya. Saksikan foto dibawah ini dan berilah komen yang ikhlas apakah ini cara mendidik anak berlandaskan syariat Islam seperti yang dibicarakan oleh pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah selama ini?. Semoga dengan ini segala kekeliruan orang ramai tentang siapakah Dr.Fadzilah Kamsah ini akhirnya terjawab. 

Bukanlah niat kami untuk menjatuhkan imej beliau, tetapi melihat kepada kenyataannya terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS membuatkan pencarian siapakah sebenar pakar motivasi ini akhirnya berjaya juga. Mana yang baiklah ambillah sebagai panduan dan mana yang buruk jadikan sempadan. Jangan lupa dengarkan semula rakaman video amatur tentang sikap beliau terhadap perjuangan PAS terutamanya berkaitan dengan doa orang yang dizalimi di bawah:-



Kata hikmah dari Dato' Dr. Fazilah Kamsah selama ini:

"Anak mencerminkan sikap ibu bapa..."
"Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.."
"Bapak borek Anak rintik..."
"Bapak kencing duduk , Anak kencing berlari.." Sekarang apa cerita?

[Dari penjelasan yang dibuat oleh beliau dalam video diatas dia ada mengatakan Allah akan membalas kejahatan manusia itu didunia lagi. Malah dia mengatakan bahawa rakyat di negara ini tidak pernah dizalimi, boleh hidup selesa mencari makan. Semua kenyataan ini menampakkan sikap sebenar beliau terhadap Islam itu sendiri. Dia seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran.
 
Maka inilah jadinya apabila satu persatu wajar sebenar beliau akhirnya didedahkan. Dia tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi sekarang melainkan membuat kenyataan bahawa dia juga seperti Hassan Ali, perjuangan yang berlandaskan "cari makan" semata-mata atau istilahna "materealistik". Ada maklumat beliau akan menjadi calon BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti, justeru dengan maklumat yang dipaparkan ini kini rakyat sudah boleh menilai wajah sebenar pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang sebenarnya.
 
Semoga dengan ini ia dapat menjadi pengajaran kepada lain-lain pakar motovasi atau pendakwah bebas agar lebih berhati-hati membuat kenyataan politik yang boleh memusnahkan masa depan mereka akhirnya. Ini namanya "cakap tak serupa bikin"].


Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/02/panas-foto-sensasi-anak-drfadzilah.html#ixzz2L9X8jeDx 

Wow, Lukisan Van Gogh Dibuat dari Pizza


Lukisan Van Gogh Versi Pizza (Foto: Dailyrecord)Lukisan Van Gogh Versi Pizza (Foto: Dailyrecord)
 
LONDON – Sebuah karya seni dari Vincent Van Gogh dibuat di atas sebuah pizza oleh perusahaan Pizza Express di London, Inggris. Karya yang menakjubkan itu boleh dimakan oleh semua orang dan menjadi hadiah di musim panas ini.

Lukisan karya Van Gogh yang disimpan pada musium di Amsterdam, Belanda itu bisa dinikmati di rumah. Perusahaan Pizza Express di Inggris menciptakan produk terbaru dari pizza mereka.

Lukisan-lukisan dari seniman seperti, Van Gogh, Claude Monet, Andy Warhol, dan Munch and Lichtenstein dapat dinikmati di atas sebuah pizza.

Seperti diberitakan Daily Record, Jumat (21/6/2013), pizza dengan toping lukisan ini diberi nama dengan “Love Your Summer”. Pizza unik ini bertujuan untuk membantu orang-orang bergembira saat musim panas di Inggris


Read more: http://www.borakkosong.com/2013/06/wow-lukisan-van-gogh-dibuat-dari-pizza.html#ixzz2X0QKhmJE

Kekejaman Guru Mendera Kanak-Kanak Tadika Di China (8 Gambar)

Gambar diatas telah tersebar di China yang menunjukkan seorang guru tadika menarik telinga seorang kanak-kanak yang sedang menjerit sehingga terangkat. Guru berusia 20 tahun yang bernama Yan Yanhong mendakwa dia dan muridnya hanyalah bergurau setelah gambar ini tersebar. 

Namun setelah disiasat, terdapat lebih 702 keping gambar lain yang menunjukkan Yanhong sedang mendera muridnya. Terdapat gambar kanak-kanak dengan baldi diatas kepala, mulut dilekatkkan dengan pita pelekat dan ada juga murid yang kepalanya dimasukkan ke dalam tong sampah.

Bukan itu sahaja, terdapat juga gambar yang menunjukkan botol-botol arak kosong yang ditemui di rak buku Yanhong di dalam kelas.




Pada mulanya, Yanhong mempertahankan perbuatannya dan mengatakan bahawa beliau menganggap muridnya sebagai kawan baik dan hanya bergurau.

Belaiu berkata, ‘Saya hanya mahu mengambil gambar. Selepas ambil gambar, saya terus meletakkan budak itu kebawah'.

Biro pendidikan tempatan telah mngeluarkan kenyataan yang Yanhong telah dipecat dan sekolah tersebut juga telah didenda.











p/s : Haramjadah punye cikgu..

Hangat!!! Pelakon Jelita Nora Danish Dedahkan Dia Dipaksa Kahwin Dengan Seorang Ustaz.. Jom Terjah!!!




MELAKA - Tentu ramai peminat pelakon jelita bersuara comel ini yang tidak sabar menantikan pengumumannya tentang siapakah jejaka yang akhirnya berjaya mencuri hatinya.

Namun dia hanya berselamba memberitahu, 'Suami Aku Ustaz' dan hanya akan menemui para peminatnya tahun depan.

Kejutan tersebut didedahkannya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran krim mandian ulung Fruitale FairWhite UV serta Pencarian Gadis Transformasi Bintang Fruitale di sini, semalam.



Rupanya itulah hasil buah tangan terbaru Nora Danish Mohd Hanif, pelakon yang berasal dari Terengganu ini yang disifatkan sebagai hadiah kepada para peminat yang setia menanti setiap perkembangan dirinya.

"Filem ini diadaptasi dari novel dengan judul serupa dan sekali lagi  menggandingkan saya dengan Adi Putra selepas filem ‘Aku Terima Nikahnya’ berjaya menambat hati peminat,” katanya.

Menurutnya, penggambaran untuk filem ini dijalankan sepenuhnya di beberapa lokasi di Melaka.

Filem 'Suami Aku Ustaz' mengisahkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun yang dipaksa berkahwin dengan seorang ustaz, lakonan Adi Putra.

Sambil melabelkan filem itu sebagai sebuah filem romantik komedi, Nora Danish berkata, cabaran paling besar adalah menghayati watak seorang remaja yang masih menuntut di tingkatan lima.

“Untuk benar-benar menghidupkan watak berkenaan, saya terpaksa berperangai dan bertingkah laku seperti seorang remaja.

“Selain menjadi remaja, watak ini juga seorang yang kasar. Ada adegan di mana saya perlu pandu bot sendirian di tengah laut, sesuatu yang tidak pernah saya terfikirkan,” katanya.

Walaupun telah selesai penggambaran untuk filem ‘Suami Aku Ustaz’, jadual Nora Danish masih ketat dengan penggambaran Teleraya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama RTM dan Astro.

Selain itu, katanya, dia akan turut menjalani penggambaran filem terbaru yang diterbitkan Metrowealth (MIG) sebagai watak utama.

Bagaimanapun, ketika mengimbau kembali pembabitannya dalam bidang lakonan, Nora Danish berkata, dia ingin ditawarkan peluang membawa watak yang lebih mencabar.

“Selama ini saya banyak membawa watak wanita malang yang sudah jatuh ditimpa tangga. Saya ingin membawa watak yang lebih mencabar,” katanya.

Mengenai pelantikannya sebagai duta produk Fruitale, Nora Danish berkata, dia berbesar hati dilamar sebagai duta produk berkenaan.

“Memandangkan saya sendiri menggunakan produk ini dan tahu keberkesanannya, saya tidak ragu-ragu untuk menjadi jurucakap produk,” katanya.

5 Bayi Ajaib Dan Unik di Dunia..

1. Bayi Berekor


Bayi itu lahir di India pada tahun 2001.  Panjang ekornya ialah sekitar 10  inch . Ekornya tumbuh selepas kelahirannya di muka bumi . Banyak orang India menganggap dia menjadi re-inkarnasi tuhan. Hahaha.. tu kepercayaan orang india sahaja , sebagai umat islam kita kena bersyukur  di atas kejadian pelik ini . Ini membuktikan kekuasaan ALLAH S.W.T..

2. Bayi Dengan 16 Jari



 

Anak kecil ini lahir di China pada 5 November 2008, ia mempunyai 8 jari pada setiap kaki dan tidakada ibu jari pada kedua tangan.Subhanallah....


3. Bayi Dengan 4 Lengan Dan 4 Kaki


 

Gadis bayi (Lakshmi Tatmalahir di India dan dianggap sebagai kembali-penjelmaan hindu dewa Wisnu..


4. Bayi Berkepala Dua

 
 
Pada tahun 2008, seorang bayi lahir di Bangladesh dengan dua kepala.


5. Bayi 
bermutasi 

 
 
Bayi ini lahir pada tahun 2006 dengan keadaan yang disebut anencephaly. Apakah ada hubungannyadengan pembentukan otak yang tidak tepat atau tidak lengkap.

Penampakan Binatang Di Dalam Rahim ( 7 Gambar Cool ).

Penampakan binatang di dalam rahim ibunya.
These graphic and truly astonishing embryonic animal photographs are part of the new National Geographic documentary “Extraordinary Animals in the Womb.” - Source.

Sumber : www.google.com , www.yahoo.com , www.facebook.com , www.blogspot.com , www.wordpress.com , www.twitter.com , en.wikipedia.org , www.youtube.com , www.bbc.co.uk , www.digg.com , www.amazon.com , dan manyak lagi tau.

Pertarungan Dato' Meor Abdul Rahman Dan Bruce Lee ( 3 Gambar Cool + Nostalgia ).


Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong.

Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. 

Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.


Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. 

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.

Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.


Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)

VERSI KEDUA

Di Lapangan Terbang Kai Tak Hong Kong, ketika Dato' Meor Abdul Rahman sedang menunggu penerbangan yang berikutnya, beliau dan Syed Ahmad telah memasuki sebuah restoran yang terletak di dalam kawasan lapangan terbang. Ketika sedang menunggu pesanan tiba, Dato' Meor Abdul Rahman telah terlihat kelibat aktor Bruce Lee sedang dikerumuni oleh peminat-peminatnya di pintu masuk restoran tersebut. Bruce Lee ketika itu ditemani oleh beberapa orang pengawal peribadinya.

Dato' Meor Abdul Rahman telah menyuruh Syed Ahmad supaya memanggil Bruce Lee supaya bertemu dengannya. Sebaik sahaja Bruce Lee mengetahui bahawa seorang Raja Silat Melayu ingin menemuinya, maka Bruce Lee pun terus bergegas menuju ke meja di mana Dato' Meor Abdul Rahman berada. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee yang sememangnya sangat-sangat berhajat ingin bersemuka dengan pakar silat seperti Dato' Meor Abdul Rahman, telah meminta Dato' Meor Abdul Rahman menunjukkan kebolehannya dalam ilmu kebatinan Silat Melayu. 

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman pun bersetuju dengan permintaan Bruce Lee tersebut. Sambil duduk berhadap-hadapan, Dato' Meor Abdul Rahman lalu melepaskan suatu pukulan tangan yang dikenali sebagai "Kipas Senandung Dalam Senandung". Pukulan Dato' Meor Abdul Rahman ini telah mengenai tepat ke rusuk Bruce Lee, sehingga menyebabkan Bruce Lee terpelanting jauh ke belakang, bersama-sama dengan kerusi yang didudukinya. 

Ekoran daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, kawasan di sekitar rusuk Bruce Lee lama-kelamaan telah menjadi bengkak(sehingga membawa maut kemudiannya).

Sebenarnya, sepanjang Dato' Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayong, beliau telah banyak kali dicuba oleh pakar-pakar seni bela diri, sama ada dari luar negeri mahu pun pakar seni bela diri tempatan.

Pada pertengahan tahun 1950-an, Dato' Meor Abdul Rahman pernah menumpaskan seorang ahli gusti berbangsa Eropah yang mempunyai saiz badan dua kali ganda berbanding beliau di Singapura. Ahli gusti yang mempunyai berat badan 380 lb itu dikenali dengan nama King Kong dan merupakan seorang juara gusti dunia yang tidak pernah kalah pada zamannya. King Kong juga merupakan seorang ahli gusti yang gemar melanggar peraturan gusti.

Dato' Meor Abdul Rahman juga pernah dicuba oleh pakar seni beladiri Jepun yang berbangsa Eropah seperti Donn F. Draeger(1970-an), Ricky "the Dragon" Steamboat(ahli gusti) dan Jan de Jong(1980-an). Dato' Meor Abdul Rahman, walaupun telah berusia ketika itu, hanya menggunakan sedikit sahaja daripada kudratnya untuk menumpaskan jaguh-jaguh seni bela diri asing tersebut. 

Jan de Jong akhirnya akur dengan kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan akhirnya meminta untuk berguru dengan beliau. Disebabkan Silat Seni Gayong tidak boleh diturunkan kepada mereka yang bukan beragama Islam, maka Jan de Jong hanya diajar aspek fizikal Silat Seni Gayong, iaitu lebih berupa beberapa petua tentang penangkap di dalam Silat Seni Gayong, serta beberapa teknik serangan dan belaan menggunakan senjata simbat(kayu pendek). Lagipun, Jan de Jong adalah seorang pakar Jujitsu, iaitu beliau sangat gemarkan teknik kuncian dan jatuhan. 

Ketika berada di Soho, England pada tahun 1973, Dato' Meor Abdul Rahman pernah ditarik oleh samseng Cina. Ketika itu bersama-sama beliau ialah Syed Ahmad Jamalullail. Dato' Meor Abdul Rahman telah bertarung dengan samseng-samseng Cina tersebut dan berjaya menumpaskan samseng-samseng Cina tersebut. 

Ketika melawat Osaka, Jepun pada tahun 1970, Dato' Meor Abdul Rahman pernah mencuba ilmunya pada samurai Jepun. Samurai Jepun tersebut telah diberikan penimbul oleh Dato' Meor Abdul Rahman sehinggakan Samurai tersebut kehairanan melihatkan kulitnya yang tidak melecur apabila dicurahkan air panas yang baru mendidih.

Sumber : www.google.com , www.yahoo.com , www.facebook.com , www.blogspot.com , www.wordpress.com , www.twitter.com , en.wikipedia.org , www.youtube.com , www.bbc.co.uk , www.digg.com , www.amazon.com , dan manyak lagi tau.

Pelik Bayi Tujuh Bulan Ditumbuhi Ekor ( Gambar )

Pelik Bayi Tujuh Bulan Ditumbuhi Ekor ( Gambar ) | - China : Seorang ibu di wilayah Guangdong merayu pakar perubatan agar mengubati bayi lelakinya yang berusia tujuh bulan, yang mempunyai ekor di belakangnya.

Pelik Bayi Tujuh Bulan Ditumbuhi Ekor ( Gambar )

Ekor sepanjang tiga inci itu melekat di belakang Xiao Wei dan ia bertambah panjang.
Menurut wanita itu, Chen, dia telah meminta bantuan daripada pakar bedah untuk membuang ekor tersebut, namun mereka menyatakan ia bukan satu proses yang mudah.

Dalam pada itu, seorang pakar bedah, Huang Chuanping berkata, Xiao Wei lahir dengan keadaan `pemecahan tulang belakang’ menyebabkan pembentukan tulang belakangnya tidak sempurna.
“Ekor itu kini semakin membesar dan telah memanjang 10 sentimeter.

“Jika kita memotongnya, maka ia akan tumbuh semula. Kita perlu membaiki laluan tulang belakang terlebih dahulu bagi menyekat pertumbuhan ekor tersebut,’’ katanya.

Myelomeningocele sering berlaku ke atas satu daripada 800 kelahiran. – MyNewsHub

Rahsia zakar lelaki brazil besar dan panjang didedah

spesis ular terbaru di jumpai berhampiran dengan Amazon,Brazil apa yang menjengkelkan adalah ular ini seakan-akan bentuk kemaluan seorang lelaki. Ular terbaru ini di klasifikasikan buta kerana tiada kelihatan mata pada tubuh fizikal ular tersebut.



Seekor haiwan spesis baru ditemukan sekelompok pengkaji di Brazil. Haiwan ini dikatakan mirip seakan ular namun tidak memiliki mata seperti ular, sehingga diduga buta. Ia hidup di kawasan berair yang hangat dan mengalir deras.
Ular unik itu dinamai atretochoana eiselti dan ditemukan di dasar sungai Madeira di Rondonia. Sejumlah 6 ekor ditemukan di empangan yang terhubung dengan sungai Amazon. Haiwan reptilia ini sebenarnya telah dijumpai pada November lalu namun baru teridentifikasi sekarang.


Para pengkaji masih menyelidiki haiwan yang bentuknya dinyatakan oleh mereka menyerupai alat kelamin bagi seorang lelaki. Hampir tidak ada maklumat yang didapati selain bahawa haiwan amfibia ini tidak memiliki paru-paru dan kaki serta panjang 1 meter panjang. Mereka membuat kesimpulan sementara bahawa haiwan ini mempunyai kaitan keluargaan dengan salamander dan katak, namun dari segi fizikal lebih mirip seperti seekor ular.

"Meskipun nampak seperti ular, haiwan ini bukanlah reptilia dan lebih erat terkait dengan salamander dan katak," kata ahli biologi, Julian Tupan. "Kami berfikir bahawa haiwan ini bernafas melalui kulitnya dan mungkin memangsa ikan kecil serta cacing. Namun sehingga hari ini kami masih belum dapat membuktikannya."

Penemuan ular buta ini bukan sahaja kali pertama, kalau korang nak tau pada 1968 spesies ini pernah terlihat berkeliaran secara spontan. Kini kajian masih dilakukan terhadap 2 dari 6 spesies yang ditemukan. "Dari 6 ekor yang kami jumpai yang satu mati, 3 dibebaskan kembali ke alam dan 2 masih dalam jagaan penelitian," kata Julian. - mediahunterz

Kalu nak bagi besor dan panjang bagi la ular ni patuk dua kali. Sekali patuk jadi besor. Sekali lagi patuk terus jadi panjang.... wakaka

HUAWEI ASCEND P6 : TELEFON PINTAR TERNIPIS DUNIA (10 GAMBAR)

Huawei ialah syarikat telekomunikasi yang berasal dari China. Sejak dua menjak ini mereka giat mengeluarkan banyak telefon pintar baru untuk menyaingi monopoli Samsung. Huawei Ascend P6 ialah telefon pintar Android terbaru mereka dan kini memegang rekod sebagai telefon pintar tenipis dunia. Ia mempunyai skrin 4.7 inci, diperkasakan pemproses 1.5 Ghz empat teras, RAM sebanyak 2 GB, muatan dalaman sebesar 8 GB dan kamera utama sebesar 8 megapixel. Ascend P6 juga dilengkapi bateri sebesar 2000 mAh. 




PERUBAHAN LELAKI KEPADA SEORANG WANITA RATU CANTIK YANG BADASS (5 Gambar)

Daniel kini berusia 21 tahun dan selepas beberapa plastic surgery kini beliau telah berubah menjadi seorang gadis yang cantik dengan nama Dani St James. Pada usia 18 tahun dia telah megubah hormonnya kepada seorang perempuan. SERIOUS SHET!


Otak Wanita Dipenuhi Dengan Cacing Pita (4 Gambar)


Seorang wanita di Britain harus menjalani pembedahan kecemasan kerana otaknya dipenuhi dengan cacing pita. Cacing pita tersebut dikatakan menjadi penyebab kepada kerosakan secara kekal pada otak.

Suki-Jane Taylor, 42 tahun, telah menderita neurosysticercosis, penyakit yang disebabkan oleh serangan cacing pita pada sistem saraf. Diketahui bahawa Taylor mendapat jangkitan cacing pita ini melalui daging babi pada tahun 2009.

Akibat serangan cacing pita pada otaknya, Taylor telah mengalami beberapa penyakit seperti epilespi, gangguan penglihatan, dan gangguan keseimbangan.

Kerosakan pada sistem saraf mula terjadi setelah Taylor secara tidak sengaja tertelan telur cacing pita dan larva dari daging babi. Telur dan larva ini kemudian nya dibawa terus ke bahagian otak.

Ketika cacing pita ini mati pada bahagian otak, ia akan menyebabkan pembengkakan pada salur darah dan jaringan pada bahagian tersebut. Taylor segera dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan untuk membuang telur-telur yang bersarang di bahagian dalam otaknya.



"Mereka telah mengeluarkannya dari otak saya. Sarang itu terbentuk tepat di atas tulang belakang, di bahagian belakang otak," jelas Taylor

Ketika ini, Taylor telah kehilangan deria rasa dan bau, serta sering mengalami tekanan serta epilepsi akibat penyakit ini.

Kisah Taylor di atas membuatkan kita perlu berwaspada mengenai pentingnya memilih dan menjaga kebersihan makanan yang kita makan.

Telur cacing pita boleh menyebar melalui makanan, air, atau permukaan tanah yang telah tercemar oleh kotoran babi. Namun, penyakit yang dialami Taylor hanya boleh terjadi ketika anda secara tidak sengaja tertelan telur dan larva cacing pita.

Simptom yang muncul ketika seseorang terkena penyakit saraf akibat serangan cacing pita adalah kejang, sakit kepala, kebingungan, tidak memerhatikan orang di sekitarnya, serta munculnya cairan dalam otak. Gejala ini boleh berlaku beberapa bulan setelah jangkitan berlaku.





My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More