Saturday, 22 June 2013

Panas: Foto Sensasi Anak Fadzilah Kamsah Tersebar, Rahsia "Pakar Motivasi" Itu Terbongkar Jua Akhirnya!

WEDNESDAY, 20 FEBRUARY 2013



Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason dan sedang hangat diperkatakan di laman sembang sosial sekarang ini ialah perihal wajah sebenar anak kepada pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang langsung tidak mencerminkan keperibadian ayahnya itu. Foto aksi anak perempuan beliau dengan pakaian tidak menutup aurat dan bergaya seksi bersama dua lagi rakan yang lain menyerlahkan kepada rakyat tentang apakah sikap sebenarnya Dr.Fadzillah terhadap Islam sebenarnya. 

Maka itulah, paparan video yang kami buat berkenaan kritikan beliau terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS kini semakin terserlah. Pakar motivasi yang selama ini dsanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat kini nampaknya bakal menjadi seperti Dr.Hassan Ali. Cakapnya tentang Islam hanyalah dibibir semata-mata tetapi hakikat sebenar hanya tuhan yang tahu. Malah, dari kenyataan Dr.Fadzilah tentang tindakan mendoakan kehancuran terhadap UMNO atas kezaliman terhadap rakyat di negara ini yang disanggah oleh beliau menampakkan ke mana hala tuju politik beliau selama ini. Maka itu, dengan tersebarnya foto aksi anak perempuan beliau ia mengesahkan lagi bahawaDr.Fadzilah Kamsah kini bukanlah insan yang digambarkan oleh umat Islam di negara ini. 

Tidak cukup dengan itu kami juga menerima kiriman foto anak lelaki beliau ketika zaman bercinta (sungguh romantik). Aksi-aksi yang dipaparkan itu langsung tidak mencerminkan mereka adalah anak kepada seorang pakar motivasi yang sering berbicara hal keluarga bahagia, mendidik anak dan sebagainya.  

Rupa-rupanya, hasil didikan tersebut menyebabkan anak sendiri tidak ketentuan.Patutlah beliau menentang Islam yang dibawa oleh PAS, kerana dirinya sendiri tidak mahu menerima Islam sebenarnya berlandaskan Al-Quran dan hadis. Jika inilah caranya, bukan sahaja umat Islam rosak malahan generasi muda itu sendiri akan punah ranah. Apakah layak beliau menjadi pakar motivasi jika ini caranya?.




Kenyataan beliau tentang Islam hanyalah "indah khabar dari rupa" dan akhirnya inilah yang terjadi apabila dia tergamak membiarkan anaknya sedemikian rupa sedangkan beliau selalu berbicara soal Islam di kaca TV. Apakah pakar motivasi sebegini yang wajar diikuti oleh umat Islam di Malaysia. Justeru, daripada pendedahan yang dibuat ini maka kini "tepuk dada tanya iman". 


Apakah anda mahu terus menyaksikan dan menyokong beliau atau sebaliknya. Saksikan foto dibawah ini dan berilah komen yang ikhlas apakah ini cara mendidik anak berlandaskan syariat Islam seperti yang dibicarakan oleh pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah selama ini?. Semoga dengan ini segala kekeliruan orang ramai tentang siapakah Dr.Fadzilah Kamsah ini akhirnya terjawab. 

Bukanlah niat kami untuk menjatuhkan imej beliau, tetapi melihat kepada kenyataannya terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS membuatkan pencarian siapakah sebenar pakar motivasi ini akhirnya berjaya juga. Mana yang baiklah ambillah sebagai panduan dan mana yang buruk jadikan sempadan. Jangan lupa dengarkan semula rakaman video amatur tentang sikap beliau terhadap perjuangan PAS terutamanya berkaitan dengan doa orang yang dizalimi di bawah:-



Kata hikmah dari Dato' Dr. Fazilah Kamsah selama ini:

"Anak mencerminkan sikap ibu bapa..."
"Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.."
"Bapak borek Anak rintik..."
"Bapak kencing duduk , Anak kencing berlari.." Sekarang apa cerita?

[Dari penjelasan yang dibuat oleh beliau dalam video diatas dia ada mengatakan Allah akan membalas kejahatan manusia itu didunia lagi. Malah dia mengatakan bahawa rakyat di negara ini tidak pernah dizalimi, boleh hidup selesa mencari makan. Semua kenyataan ini menampakkan sikap sebenar beliau terhadap Islam itu sendiri. Dia seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran.
 
Maka inilah jadinya apabila satu persatu wajar sebenar beliau akhirnya didedahkan. Dia tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi sekarang melainkan membuat kenyataan bahawa dia juga seperti Hassan Ali, perjuangan yang berlandaskan "cari makan" semata-mata atau istilahna "materealistik". Ada maklumat beliau akan menjadi calon BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti, justeru dengan maklumat yang dipaparkan ini kini rakyat sudah boleh menilai wajah sebenar pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang sebenarnya.
 
Semoga dengan ini ia dapat menjadi pengajaran kepada lain-lain pakar motovasi atau pendakwah bebas agar lebih berhati-hati membuat kenyataan politik yang boleh memusnahkan masa depan mereka akhirnya. Ini namanya "cakap tak serupa bikin"].


Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/02/panas-foto-sensasi-anak-drfadzilah.html#ixzz2L9X8jeDx 

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More