Wednesday 24 July 2013

Produksi Erma Fatima disaman Rebecca

Produksi Erma Fatima disaman Rebecca



Pelakon, penerbit dan pengarah Erma Fatima telah disaman oleh pelakon Rebecca Nur Al-Islam Ahmad selepas syarikat produksi milik Erma Fatima iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd didakwa gagal menjelaskan baki 40 peratus bayaran lakonan Rebecca dalam drama "Dejavu Di Kinabalu" tahun lalu.

Rabecca, 27, telah menfailkan saman di Mahkamah Majistret Sivil, Kompleks Mahkamah, Jalan Duta melalui syarikat guaman Azam, Idzham, Azman & Partners semalam.
Drama terbitan Erma yang bermula pada 18 Jun 2012 dan berakhir pada 31 Julai 2012 itu mempunyai 28 episod dan disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis.

Antara pelakon lain yang turut membintangi drama itu ialah Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.

Menurut pelakon itu, dia tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara ini kerana ia masih dalam perbicaraan.




Restoran tema Nazi di Bandung yang sebelum ini ditutup secara sukarela Jumaat lalu akan dibuka semula dengan menampilkan tema Perang Dunia Kedua dan mengekalkan imej Adolf Hitler tanpa lambang swastika.

"The SoldatenKaffee" atau Kafe Tentera itu telah dihias dengan imej kenangan berkaitan Nazi ditutup oleh pemiliknya, Henry Malyana,35, setelah dituduh mencetuskan kebencian kaum dan dia terpaksa berhadapan dengan ancaman bunuh.

Kafe yang diberi nama sempena kedai popular di Jerman dan Paris ketika Perang Dunia Kedua ini telah beroperasi sejak 2011. Sebelum ini, kafe tersebut tidak mendapat banyak tentangan namun setelah disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, kewujudan kafe itu dikecam pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.

Menurut peguam Henry, Rohman Hidayat, pemilik restoran itu tidak melakukan sebarang kesalahan. Malah, Henry bercadang untuk memindahkan lokasi kafe ke tempat lain di Bandung dengan tema Perang Dunia Kedua yang lebih luas.

"Kafe baru itu tidak hanya digantung dengan gambar Hitler. Gambar Winston Churchill juga akan digantung, begitu juga dengan pahlawan Indonesia. Gambar tentera Jepun juga akan dipasang, bukan hanya tentera Jerman. Yang pasti, tidak ada swastika," katanya.

Walaubagaimanapun, Henry tidak memberitahu bila dia akan membuka semula kafe itu.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More