Monday 27 May 2013

Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN (10 gambar)


Betul, kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN. Tak percaya? 

Tengok gambar dia kat bawah tu….

Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN
Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN


Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN

Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN

Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN

Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN

Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN

Lakshmi-Rai-10
Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN
Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN
HIBURAN! (Kejelitaan LAKSHMI RAI boleh buat mata RABUN).

Tanah Perkuburan Islam Terbesar Di Dunia





Wadi us-Salaam, yang bermaksud Lembah Damai, adalah tanah perkuburan Islam yang terletak di kota suci Najaf, Iraq. Tanah perkuburan meliputi kawasan seluas 1.485,5 ekar dan mengandungi berjuta-juta jasad, menjadikannya salah satu daripada pesaing kuat untuk gelaran tanah perkuburan terbesar di dunia. Najaf sendiri adalah salah satu daripada bandar-bandar Iraq terbesar, dengan jumlah penduduk hampir 600,000. Tetapi bandar bersebelahan yang mati mempunyai  berjuta-juta jasad, yang menjangkau sehingga 10km di sepanjang lembah. Wadi Al-Salam perkuburan juga satu-satunya tanah perkuburan di dunia di mana proses pengebumian masih berterusan hingga ke hari sejak lebih 1,400 tahun.
Tanah perkuburan memegang kepentingan dalam kepercayaan orang islam , tidak kira di mana badan-badan mereka telah dikebumikan. Ramai nabi, raja-raja, dan sultan berada di tanah perkuburan ini termasuk Nabi Hud, Nabi Saleh, dan Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, serta mayat putera faithfuls, Ali Ibn Abi Talib.

[Gambar] Lebuhraya Lena: Lebuhraya Paling Teruk Di Rusia


Lebuhraya yang berada dalam keadaan yang baik dan sempurna mampu memberi keselesaan dan menjimatkan masa pengguna di jalan raya..Namun, sebuah lebuhraya di Rusia yang turut digelar 
'Lebuhraya Neraka' menjadi terkenal di kalangan pengguna di sana berikutan keadaan jalannya 
yang berlumpur dan sukar untuk dilalui..Nak tahu betapa teruknya keadaan jalanraya tersebut, 
meh usha kat bawah ni..


Lebuhraya M56 Lena atau Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan 
yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian 
selatan. Lebuhraya ini mendapat namanya dari sebatang sungai iaitu Sungai Lena yang terletak 
di bahagian selatan Siberia. 

Lebuhraya sepanjang 1,212 kilometer ini telah dibina secara berperingkat antara tahun 1925 
hingga 1964. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah sebuah jalan raya 
yang terdiri dari jalan tanah.

Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan 
adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan 
hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu 
menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil dan yang besar.


p/s: Perghhhh! Nampak seksa gila nak jalan pun..

[Gambar] Lebuhraya Tarim: Lebuhraya Padang Pasir Terpanjang Di Dunia


Lebuhraya merupakan laluan jaringan pengangkutan yang paling utama di seluruh dunia..Namun, 
di China, terdapat sebuah lebuhraya yang terletak di padang pasir telah menjadi lebuh raya 
terpanjang di dunia..Nak tahu sebab apa, meh usha kat bawah ni.. 


Lebuhraya padang pasir Tarim merupakan laluan yang terletak di Taklamakan, China dan 
menghubungkan bandar-bandar Lantau Minfen. Panjang penuh lebuhraya ini ialah 552km 
dengan kira-kira 446km dibina merentasi kawasan yang tidak didiami manusia dengan 
bukit-bukit sehingga 20 meter tinggi melindungi lebuhraya berkenaan.

Dalam usaha untuk menangani masalah pencerobohan pasir bukit, barisan tumbuh-tumbuhan 
telah ditanam di kedua-dua belah jalan. Sistem pengairan secara besar-besaran telah dibina 
untuk membekalkan sumber air dari tangki simpanan bawah tanah untuk tumbuhan ekosistem 
tiruan tersebut. Beratus-ratus orang pekerja telah diupah dan mereka diletakkan setiap empat 
kilometer di sepanjang jalan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan agar berada dalam keadaan baik. 
Sumber air di padang pasir itu datang dari sebuah telaga, iaitu akuifer pada kedalaman 100 meter. 
Walaupun terdapat kandungan garam yang tinggi di dalam air itu, tumbuhan di sepanjang jalan 
raya itu masih dapat terus hidup.

Dalam tempoh lima tahun, kerajaan telah melakukan eksperimen dengan pelbagai jenis tumbuhan 
yang boleh hidup dalam keadaan ekstrem padang pasir. Pada tahun 1999, sebuah projek permulaan 
zon tumbuhan di sepanjang bahagian 6.3 kilometer lebuh raya telah selesai dilaksanakan. Pada 
tahun 2001, projek ini telah dilanjutkan sehingga 30.8 kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan. 
Projek ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hari ini, hampir empat per lima lebuh 
raya tersebut dikelilingi oleh penanaman tumbuhan pada keluasan 72 meter lebar, yang meliputi 
kawasan seluas lebih 3,000 hektar.

Di lebuhraya padang pasir Tarim turut mempunyai nilai ekonomi yang besar, di mana ia menjelaskan 
mengapa langkah-langkah yang mahal dan rumit perlu diambil untuk menjaganya. Lebuh raya ini 
dibina pada tahun 1995 sebagai perkhidmatan kepada saluran paip minyak, yang berada di bawah 
padang pasir Taklamakan itu. Di bawah pasir ini terdapat sumber minyak terbesar di China Gas. 
Lebuh raya bukan sahaja membolehkan akses secara langsung kepada sumber-sumber yang terletak 
di bawah Lembangan Tarim, tetapi juga boleh dijadikan jaringan pengangkutan bagi barang-barang 
dan sumber-sumber dari medan minyak tersebut. Oleh kerana kawasan ini tidak didiami manusia, 
stesen minyak dan beberapa restoran telah dibina pada titik perantaraan di sepanjang lebuh raya 
untuk perkhidmatan kepada pelancong. 


 Tiba-tiba rasa macam nak pergi mengembara pulak..Macam seronok je kan

Latihan menjadi bodyguard, untuk awek cantik


Di China, seramai 20 orang wanita, kebanyakannya graduan universiti, rela ditendang, diselam, hampir dilemaskan dan membawa kayu berat semasa dalam satu 'boot camp' yang diselia oleh para bodyguard terlatih dan professional.

Para pelatih menjalani latihan selama 10 bulan untuk menjadi pengawal profesional dan terlatih.


Antara sebab para wanita ini ingin menjadi pengawal peribadi terlatih adalah disebabkan lonjakan ekonomi di negara China.
Lonjakan ekonomi secara mendadak memaksa para elit mengupah pengawal peribadi sendiri. Dan wanita sesuai menjalankan tugas ini disebabkan 'serampang dua mata' yang wujud.

Tak faham? Buat-buat faham sahaja okeh!Layan gambar..

















Kejam ! Ibu Kepada Lelaki Mental Kurung Anak Seperti Anjing...







MUXIANG memberikan makanan kepada anak lelakinya yang dikurung di rumahnya di Kampung Lijiachong, Ruichang pada 24 Mei lalu.- AFP


RUICHANG, China - Seorang lelaki yang menghidap sakit mental, Wu Yuanhong dikurung dalam sebuah kurungan sejak 11 tahun lalu di rumah ibunya di Kampung Lijiachong di sini.

Menurut laporan media, Yuanhong dikurung selepas dia didakwa memukul seorang kanak-kanak berusia 13 tahun sehingga mati.

Kaki lelaki berusia 42 tahun itu turut dirantai semasa dia berada di dalam kurungan tersebut.
Ibu Yuanhong, Wang Muxiang membina kurungan itu selepas dia melarikan diri dan berjalan di sekitar kampungnya sehingga menakutkan penduduk tempatan.

Beberapa anggota keluarganya yang lain turut menangis semasa dia dikurung.
Yuanhong pernah melarikan diri tetapi dia berjaya ditangkap semula dan dimasukkan ke dalam sebuah kurungan baharu.

"Anak saya mungkin gila dan memukul seseorang sehingga mati. Namun, dia masih lagi anak saya.
"Membina sebuah kurungan dengan tangan saya sendiri dan mengurungnya merupakan satu keputusan yang pahit untuk ditelan," kata ibunya itu.

Muxiang memberi makan tiga kali sehari kepada anaknya.
Dia juga meletakkan pakaian di dalam kurungan itu.

"Setiap kali saya memberikannya makan, saya akan duduk di tepi kurungan dan menangis.
"Kini, air mata saya telah kering," katanya.sumber

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More