Monday, 27 May 2013

[Gambar] Lebuhraya Lena: Lebuhraya Paling Teruk Di Rusia


Lebuhraya yang berada dalam keadaan yang baik dan sempurna mampu memberi keselesaan dan menjimatkan masa pengguna di jalan raya..Namun, sebuah lebuhraya di Rusia yang turut digelar 
'Lebuhraya Neraka' menjadi terkenal di kalangan pengguna di sana berikutan keadaan jalannya 
yang berlumpur dan sukar untuk dilalui..Nak tahu betapa teruknya keadaan jalanraya tersebut, 
meh usha kat bawah ni..


Lebuhraya M56 Lena atau Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan 
yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian 
selatan. Lebuhraya ini mendapat namanya dari sebatang sungai iaitu Sungai Lena yang terletak 
di bahagian selatan Siberia. 

Lebuhraya sepanjang 1,212 kilometer ini telah dibina secara berperingkat antara tahun 1925 
hingga 1964. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah sebuah jalan raya 
yang terdiri dari jalan tanah.

Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan 
adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan 
hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu 
menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil dan yang besar.


p/s: Perghhhh! Nampak seksa gila nak jalan pun..

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More