Monday, 27 May 2013

Zahid Berkahwin Dengan Teman Twitter 7 Jun ini



Penyampai radio Era, Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 32, akui bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasihnya Sarah Julifa Jusoh yang telah dikenalinya setahun lalu menerusi laman sosial Twitter.
 

Menerusi laporan akhbar Kosmo hari ini, Zahid berkata dia kini sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.

"Ya, memang benar saya akan berkahwin tidak lama lagi. Kami telah berkenalan sejak tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin pada 7 Jun ini. Majlis pernikahan akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung pada 8 Jun di rumah pengantin perempuan.

"Kemudian, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk Intan, Perak. Saya sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan inilah masa yang paling sesuai. Saya berharap tidak akan timbul sebarang masalah selepas ini," katanya.

Perkenalan antara Zahid dan Sarah Julifa, 25, bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter.
Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More