Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Friday, 30 August 2013

Nabil dan Johan Jadi Mak Nyah (lawak giler)



Friday, 26 July 2013

Video Lubuk Ikan Talapia



Memang Banyak!!! biasanya ikan talapia hidup di kawasan lombong atau sungai tapi kali ini lubuk ikan talapia di longkang yang besar.

ada yang sanggup makan ada yang tak sanggup jika anda sanggup tak makan ikan ini?Lihat seorang lelaki ni mengaku ni bapak punya kolam



Friday, 12 July 2013

Mati Ketika Melakukan Aksi Pecah Rekod Guiness



Ngeri! Mati Ketika Melakukan Aksi Pecah Rekod Guiness (Video) | Entah di mana silapnya. Memang berisiko tinggi dalam melakukan aksi berbahaya terutama dalam mengejar rekod dunia. Ini kerana aksi berbahaya sememangnya boleh mengundang kepada kemalangan sehingga membawa maut. Namun kejadian yang berlaku ini adalah melibatkan seorang lelaki yang juga pemegang rekod dunia Guiness. Ia bukanlah disebabkan jatuh atau sebagainya, tetapi ketika melakukan aksi, dirinya secara tiba-tiba telah diserang sakit jantung. Boleh tonton video di atas.
mati
INDIA – Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire.
Roy, dikatakan tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai.
Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia.
Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang.
mati2
Namun mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai.
Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia disahkan meninggal dunia.
Menurut saksi, ketika kejadian, tidak ada kakitangan pengurusan bencana atau polis yang ditempatkan diri di situ.
Roy merupakan pemegang Guinness World Record kerana berjaya bergerak paling laju pada jarak 270 kaki dengan zip wire diikat pada tocang rambutnya.
Dia juga pernah menarik keretapi di Darjeeling dengan menggunakan rambut pada jarak 2.5 meter, tahun lepas.

Sunday, 7 July 2013

Video Pesawat Korea Terhempas Di San Francisco


San Francisco - Pesawat Asiana Airlines milik syarikat penerbangan Korea Selatan terhempas ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang antarabangsa San Francisco. Seratus lebih penumpang mengalami luka dan dua maut.

"60 penumpang masih belum ditemui," kata petugas pemadam kebakaran yang terlibat dalam pemindahan penyelamatan, Joanne Hayes, seperti dipetik dari AFP.

Dia masih belum boleh memastikan, apakah 60 penumpang itu maut dalam kemalangan atau pun meninggalkan pesawat selepas terhempas ke landasan, sebelum petugas penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Pasukan evakuasi merekodkan dua terkorban dalam kemalangan itu. Sementara 130 yang lain mengalami luka. Asiana mengangkut 291 penumpang dan 16 anak kapal.

Salah seorang saksi berkata bahawa pesawat tersebut mulanya mendarat dengan lurus sebelum badan pesawat bergoyang dan akhirnya terbakar dan mengeluarkan asap tebal.

"Aku belum pernah melihat kejadian seperti itu sebelumnya." ungkap Adrian John Mirabueno yang juga seorang mekanik pesawat di lapangan terbang tersebut.

"Kami melihatnya terhentak landasan dan ekor pesawat hancur." ujar saksi yang lain, Jennifer Sorgen.




Saturday, 29 June 2013

Tak Pernah Makan Selama 5 Tahun



Seorang lelaki di Sri Lanka mendakwa tidak pernah menjamah makanan sejak lima tahun lalu meskipun pakar percaya manusia hanya dapat hidup selama dua bulan tanpa makanan.Lelaki berkenaan, Kirby de Lanerolle, mendakwa dia hanya memerlukan udara segar sebagai makanan.

Kirby juga berkata, kehidupan yang dilaluinya itu dapat melambatkan proses penuaan, sekali gus memanjangkan usianya.Dalam satu temubual dengan rancangan televisyen Taboo USA, Kirby berkata, sumber tenaga semulajadi adalah lebih baik daripada memasukkan makanan berkalori ke dalam badan.

Dia bagaimanapun mengaku pernah sekali makan makanan yang mengandungi 500 kalori kira-kira 10 bulan lalu namun dakwanya, makanan itu telah menjadikannya sakit.“Dalam keadaan ini, jika saya makan makanan, ia membuat saya berasa penat,’’ katanya.
Menurut portal odditycentral.com, Kirby merupakan penagih dadah ketika berusia 16 tahun.Dia pernah merangkul pingat emas dalam kejohanan menembak peringkat kebangsaan untuk junior pada 1995 dan juga seorang usahawan yang berjaya.Jelas Kirby, dia berbuat demikian selepas membaca mengenai manusia yang tidak makan selama enam tahun dan tidak minum air selama 40 hari 40 malam.Selain itu, juga juga yakin dengan penulisan seorang guru yang menyatakan bahawa kanser, diabetis dan jantung adalah disebabkan oleh makanan.-mynewshub.my


Friday, 28 June 2013

Air mata 'berdarah' si gadis Chile (video)

Yaritza Oliva
Yaritza Oliva 

Gadis mengalir air mata darah 

Purranque (Chile): Doktor di Chile bingung apabila seorang wanita mengalirkan air mata darah. 

Yaritza Oliva ketakutan apabila kejadian ganjil itu mula menimpanya awal bulan ini. 

Sejak itu, tanpa sebarang amaran, mata wanita berusia 20 tahun itu mengalirkan darah beberapa kali sehari. 

Yaritza mengunjungi doktornya tetapi apabila tiada tanda jangkitan ditemui, dia disuruh pulang dengan diberikan ubat titis mata untuk menangani kesakitan yang menurutnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. 

Ibu bapa Yaritza meminta rakan dan jiran di Purranque untuk membantu mereka mengumpul wang secukupnya bagi membolehkan wanita itu dirawat pakar mata. 

Bapanya, Jose yang bekerja sebagai tukang kayu, merayu dalam satu rancangan televisyen tempatan dengan berkata: “Letakkan tangan di dada anda, lihat keadaan kami dan bantu anak kami.” 

Yaritza mungkin menghidap penyakit yang jarang berlaku yang dikenali haemolacria. Penyakit itu menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata mengandungi darah. 

Setakat ini hanya terdapat tiga kes yang dicatatkan yang mungkin menjadi tanda kepada penyakit lebih serius atau ketumbuhan atau berpunca daripada paras hormon yang tinggi pada wanita subur. [Sumber

Nota : untuk makluman, video ini dalam bahasa Latin sepenuhnya. 

Thursday, 27 June 2013

Kambing Paling Gangster Versi Brazil (4 Gambar)

Dalam video singkat yang dikeluarkan oleh akhbar Daily Mail ini memperlihatkan aksi Billy yang mengejar sesiapa sahaja yang mendekatinya. Kambing oh kambing..




Wednesday, 26 June 2013

Bisikan Rinduku Dinanti Ketika Dayang Live @ The Venue

Bisikan Rinduku Dinanti Ketika Dayang Live @ The Venue
Sebagai menutup hari minggu, Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau Dayang, 32, telah tampil di sebuah pentas eksklusif, The Venue, Pavilion Kuala Lumpur semalam, Ahad, 23 Jun untuk satu malam khas bersama peminatnya.

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2013: Setiap kali kemunculan penyanyi ini di mana sahaja pentas, dia pasti akan mencuri mata penonton dari segala sudut. Tidak kiralah melalui pakaiannya, suaranya atau juga lagu yang didendangkan olehnya, Dayang Nurfaizah sentiasa bijak dalam hal ini.

Sudah tentunya peminat pelantun lagu Dayang Sayang Kamu ini tidak melepaskan peluang menghadiri showcase itu dan dapat menyaksikan persembahan 'live' Dayang yang dikenali kerana seringkali tampil dengan lagu cover version yang mantap. Acara bermula kira-kira jam 8.45 malam sebaik sahaja Dayang tiba daripada hotel Prince yang terletak bersebelahan dan dia telah menghiburkan penonton selama lebih kurang 1 jam 20 minit dengan 13 buah lagu yang disampaikan dalam variasi tertentu.
Sebaik sahaja Dayang melangkah ke tengah pentas, tanpa banyak celoteh, penyanyi berkulit hitam manis ini terus memulakan sesi menghiburkan peminatnya dengan lagu Perlukan Cinta daripada album terbarunya, Sayang & Cahaya. Selepas itu dia membawa audiens semua kembali semula ke eranya berambut pendek dengan dendangan lagu Sedingin Mana Cintamu daripada album solo keduanya, Seandainya Masih Ada Cinta.
Dayang memulakan segmen cover version dengan lagu Gerimis Mengundang yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Slam. Menurut Dayang, lagu ini yang asalnya duet bersama Harvey Malaiholo adalah projek runut bunyi untuk filem usahasama Malaysia dan Indonesia tetapi disaat akhir ia ditukar. Sebuah lagi lagu yang dipilih Dayang adalah Suit & Tie yang kini popular dan merupakan single terbaru Justin Timberlake.
Kembali semula kepada pilihan lagunya, Aku Rindu Aku Jemu seraya mengimbau kenangan buat para peminat dimana lagu ini dipetik daripada album Dayang Sayang Kamu. Makin bertenaga, penyanyi kelahiran Sarawak ini meneruskan persembahan dengan medley 4 buah lagu-lagu hitsnya iaitu, Kembalilah Sayang, Mana Mungkin, Pintaku Yang Terakhir dan Hembusan Asmara.
Lagu cover version seterusnya yang dipilih Dayang adalah daripada penyanyi wanita hebat iaitu Alicia Keys dan Beyonce melalui Girl On Fire dan Love On Top sebelum mendendangkan 2 seleksi daripada penyanyi tempatan era 80'an. Gelombang yang merupakan lagu Salamiah Hassan dan Kupendam Sebuah Duka oleh Khatijah Ibrahim disampaikan dengan gaya tersendiri seakan memberi nafas baru kepada dua buah lagu yang kekal evergreen itu.
Rahsia Cinta menjadi lagu ke sembilan dinyanyikan Dayang sebelum I Can't Make You Love Me, antara lagu yang telah lama dia ingin cuba nyanyikan selepas mendengar versi daripada George Micheal mendendangkan lagu yang dinyanyikan dan dipopularkan oleh ramai penyanyi hebat antarabangsa lain termasuklah Adele dan Kelly Clarkson.
Seandainya Masih Ada Cinta tidak akan terlepas daripada repertoire pada setiap persembahan seumpama ini apatah lagi lagu tersebut yang membawa Dayang sehingga berada di kedudukannya sekarang dan juga juara kategori balada pada Anugerah Juara Lagu 16. Jauh meninggalkan nostalgia pada kemuncak kegemilangan Dayang dengan gaya kala diatas pentas, peminat yang hadir turut menantikan persembahan single terbaru Dayang.
Dipetik dan dipopularkan daripada lagu tema drama bersiri di Astro Mustika HD, Dahlia, Bisikan Rindu disampaikan Dayang dengan penuh penghayatan dan mendapat tepukan paling gemuruh ketika itu.
Seperti mana showcase Dayang terdahulu, Dayang Sayang Kamu akan menjadi lagu penutup juga encorepada setiap persembahannya. Dapat dilihat sepanjang acara berlangsung, penonton yang hadir tidak sekadar menonton malah turut sama berhibur dalam persembahan yang sangat santai dan lebih intim.
Antara kejutan pada malam tersebut adalah kehadiran sahabat dan juga individu yang berjasa dalam karier Dayang Nurfaizah, Anuar Zain. Walaupun tiba 5 minit lewat, Anuar tidak sekadar menonton, dia malah sama-sama berhibur dengan seleksi dendangan lagu dari penyanyi yang boleh digelar diva soul negara itu. Pada malam itu, Dayang sekadar tampil ringkas dengan dandanan minimalis oleh Khir Khalid serta menyarungkan gaun kemban sarat jemeki hitam miliknya sendiri.
Murai sempat merakamkan video Dayang Nurfaizah mendendangkan Bisikan Rinduku eksklusif untuk pembaca semua. Selamat menonton!

Tuesday, 25 June 2013

Fenomena Hujan batu Di Singapura Setelah Jerebu 25 Jun 2013

Fenomena Hujan Batu Di Singapura Setelah Jerebu pada 25 Jun 2013. Ketika semenanjung Malaysia dilanda hujan untuk mengurangkan jerebu, namun di Singapura lain pula jadinya apabila hujan batu menghujani negara tersebut. Air hujan yang berdiameter sebesar dalam lingkungan 5mm-10mm menghujani sempat dirakamkam pengguna jalan raya dan penduduk.




Punca Kejadian  Hujan Batu


Kejadian itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Perubahan fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia. Kombinasi seperti angin, hujan dan faktor ketinggian awan diperlukan dalam proses  pembentukan air batu ketika hujan lebat. Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.

Video Hujan batu Di Singapura Setelah Jerebu 25 Jun 2013










Sumber

Monday, 24 June 2013

Video Patung Mesir Purba Bergerak Sendiri

Pelik! Satu patung purba dari Mesir yang dipamerkan di muzium Manchester menimbulkan kegemparan apabila ia bergerak sendiri dan dipercayai ada kaitan dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari situ.

Video Patung Mesir Purba Bergerak Sendiri

Patung batu berusia 4,000 tahun itu dilaporkan berpusing perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca yang dikunci rapi. Patung yang setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu mula dipamerkan kepada orang awam sejak 80 tahun lalu dan didakwa menjadi persembahan kepada dewa Osiris.

Masyarakat Mesir purba menganggap Osiris sebagai dewa kematian. Hanya beberapa kakitangan Muzium Manchester dibenarkan mengakses patung berkenaan. Seorang daripada mereka ialah kurator artifak Campbell Price, 29, yang menjadi individu pertama mengesan keanehan berkenaan.

Menurut Price, kebanyakan pakar Mesir purba tidak percaya kepada benda karut, tetapi dia masih tertanya-tanya bagaimana kedudukan patung itu boleh berubah sendiri. “Pada satu hari saya dapati patung ini menghadap ke arah lain dan sehari kemudian, ia beralih ke arah lain.

“Tiada objek lain yang dipamerkan di muzium ini beralih kedudukan dan ia sangat luar biasa,” katanya. Tambah Price ;agi, masyarakat Mesir purba percaya patung dewa seperti itu boleh menjadi tempat alternatif kepada roh seseorang selepas kematiannya. “Tetapi mereka pun akan terkejut jika patung seperti ini bergerak sendiri,” katanya.

Video Patung Mesir Purba Bergerak Sendiri

Disebabkan kejadian aneh itu, kakitangan muzium kemudian memasang kamera untuk merakamkan keadaan patung berkenaan setiap saat selama seminggu.

Berdasarkan rakaman itu, mereka terkejut apabila mendapati patung berkenaan membuat pusingan 360 darjah. Antara penjelasan yang dapat difikirkan ialah, kesan gegaran daripada tapak kaki pengunjung muzium, atau akibat trafik di luar bangunan.

Bagaimanapun, ia masih gagal menjelaskan mengapa patung itu tidak pernah bergerak sendiri sebelum ini. Tambah Price, selama beberapa dekad patung itu diletakkan dalam bekas kaca dan ia tidak pernah bergerak sendiri. Sesetengah pihak percaya patung itu membawa sumpahan firaun dan membawa kecelakaan kepada sesiapa yang mencurinya dari kubur zaman silam. - Agensi

Video Patung Mesir (Osiris) Bergerak sendiri.


Wednesday, 19 June 2013

Khazanah Trans7 :: Penemuan Einstein dan Azab Allah Untuk Amerika

Khazanah Trans7 - Azab Bagi Kaum yang Bermegah-megahan Membahas : 
Intisari Surat At-Kausar, Kemajuan Teknologi Awal Bermegah-megahan, 
Hancurnya Menara Babel Raja Namrud, Azab Akan Kemegahan Bendungan 
Ma'rib, Azab Allah Akan Kenistaan Kota Pempeii, Kota Zhengzhou Kemegahan 
yang Sia-sia, Krisis Amerika, Azab Allah untuk Amerika, Penemuan Teknologi 
Pengancur oleh Einstein, Harta, Keturunan dan Kekuasaan.





Tuesday, 18 June 2013

Batu Terapung Secara Semulajadi Di England ( 4 Gambar + 1 Video Pelik ).


Di England terdapat banyak kawasan berbatu cantik yang wujud setelah mengalami hakisan selama beribu tahun. Namun terdapat sebuah batu yang paling unik dan pelik disitu iaitu sebuah batu yang dipanggil Idol Rock. Idol Rock seberat 200 tan ini tegak seimbang diatas dasar yang berbentuk seperti piramid.

Batu ini setinggi 4.6 meter ini nampak seperti nak tumbang tetapi tidak pernah berlaku. Gambar batu ini banyak tersebar di internet dan ramai mengatakan yang ia adalah hasil Photoshop. Tetapi ia sebenarnya adalah real dan terjadi secara semula jadi.


The Brimham Rocks are balancing rock formations located on Brimham Moor in North Yorkshire, England. The rocks stand at a height of nearly 30 metres in an area owned by the National Trust which is part of the Nidderdale Area of Outstanding Natural Beauty.


The property is open all year around; typically from 8 a.m. until dusk. Entry is free, however car parking is charged for those who are not members of The National Trust.



There are many variations of rock formations, caused by the Millstone Grit being eroded by water, glaciation and wind, most of which have achieved amazing shapes. Many of the formations have been named, though some imagination is required and the correct viewing angle is helpful. Examples are The Sphinx, The Watchdog, The Camel, The Turtle and The Dancing Bear.



The children's television show Roger and the Rottentrolls was filmed in Brimham Rocks. A scene of series six of Knightmare, another children's show but also an adventure game show, saw Brimham Rocks used as one of the locations although only used once. Brimham Rocks features in the Bee Gees' video 'You Win Again"'.



Sumber : Google + Facebook + Wikipedia + YouTube.

Pertandingan Mengetam Kayu Paling Nipis Di Jepun ( 2 Gambar + 1 Video Cool ).


Setiap tahun, ada satu pertandingan unik berlangsung di Jepun iaitu pertandingan mengetam kayu paling nipis. Acara ini diadakan setiap tahun semasa pesta Kezuroukai. Setiap peserta diberi peluang mengetam sebanyak 3 kali dan hasil ketaman yang paling nipis adalah pemenangnya. Mereka mengetam hanya menggunakan teknik dan alatan tradisional. Tahap power dorg ni boleh sampai ke tahap nipis 9 micron.

FYI, rambut manusia adalah 100 micron. Dan yg lebih mengkagumkan, rekod dunia mengetam kayu adalah 3 micron..!! Itu adalah lebih nipis dari sel darah. 
Every year this planing competition is held in a different region in Japan. In November 2012 it was held on the island of Shikoku, in the port city of Uwajima. I accompanied a small group of Americans to the festival and we were amazed at the enthusiasm and overwhelming dedication to making nothing but the perfect shaving. We made a lot of friends and look forward to June 2013 when the Kezurokai is held in Shizuoka. Visit www.briannewellfurniture.com for further updates on the kezurokai tour planned for 2013. The wood culture of japan is difficult to experience for foreigners, and we hope to build some bridges to it in the future. Lumber auctions, joinery demonstrations, temple restoration visits, studio visits and tool-making; we plan to introduce it all.

Sumber : Google + Facebook + YouTube.

Monday, 17 June 2013

Budak 3 Tahun Pakar Melukis...video


This kid is destined for greatness -- watch as he creates a masterpiece before your very eyes...


Saturday, 15 June 2013

Orang Tua Pecah Rekod Dunia Angkat Berat



Seorang warga emas berusia 91 tahun telah memecahkan rekod dunia angkat berat dengan bebanan mencecah 85 kilogram iaitu 23.5 kilogram lebih berat berbanding rekod yang dicatatkan sebelum ini.




Lelaki itu, Sy Perlis telah melakukan rekod tersebut pada Kejohanan National Bench Push-Pull Press and Dead Lift semalam.Akhbar Arizona Republic melaporkan bahawa rekod yang dicatatkan sebelum ini pada tahun 2005 melibatkan peserta berumur 90 tahun yang telah mengangkat bebanan seberat 61 kilogram.

Rekod itu bertahan selama lapan tahun. Perlis mula melakukan angkat berat apabila mencapai usia 60 tahun. Namun dia tidak menyertai kejohanan itu sehingga lima tahun lalu."Saya mendapat banyak kepuasan dengan melakukan sukan ini. Ia membuatkan saya berasa bagus dan sangat baik untuk diri saya," kata Perlis.Perlis melakukan rutin latihan senaman kardiovaskular dan angkat berat sebanyak lima hari seminggu. -Kosmo 


My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More