Monday 29 July 2013

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal |


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tengok pesta pancung kepala yang sangat ngeri tak? Pesta luar biasa dan pelik yang bertemakan keagamaan ini berlangsung setiap tahun di Nepal ini amatlah mengerikan di mana beratus-ratus ekor lembu ditetak dan dipancung (bukan sembelih). Aku pun tak tahu apa yang depa buat dengan lembu-lembu yang sudah kehilangan kepala tu. Macam tak lalu je nak makan. Gambar-gambar pesta pancung kepala di Nepal ini ada di bawah. Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri.

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal

Selalu kita tengok sembelih lembu tapi kali ini pancung lembu. Kejadian ni berlaku di Nepal semasa upacara keagamaan. Sekali tengok dah macam pesta. Korang tengok la dulu gambar-gambar lembu ni kena pancung, nanti ada masa aku upload video orang kena pancung pulak. Bukan pancung dengan gergaji tetapi dengan mesin pemotong kayu.
P/S: Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi dan menjadi hamba Allah yang soleh. Berbuat baik kepada haiwan ada tugas seorang khalifah. Ingatlah, binatang yang kita berbuat zalim ini akan menuntut haknya di akhirat kelak.

- http://www.myfuhh.com

Diana Amir nikah tahun ini juga

FIGURA ini sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk bergelar seorang isteri.



SEMENJAK mengambil keputusan untuk berhijab kira-kira dua tahun lalu, ternyata pelakon Diana Amir sudah agak jarang muncul di kaca televisyen atau layar perak.
Berkesempatan menemui Diana pada majlis berbuka puasa anjuran Metrowealth baru-baru ini, dia mengakui terpaksa menolak banyak tawaran berlakon lantaran watak yang kurang sesuai.
Kali terakhir berlakon dalam filem Salam Cinta pada tahun lalu, Diana menyatakan, sehingga kini dia masih lagi aktif berlakon dan kekal bernaung di bawah Metrowealth sehingga bulan Februari 2015.
Diana yang turut bergelar pengacara rancangan SIS terbitan TV9 itu berkata, kini dia masih lagi menunggu sekiranya ada tawaran yang memerlukannya membawa watak yang sesuai dengan penampilannya sekarang.
Kosmo!: Ketika ini Diana dilihat seperti sudah tidak aktif berlakon. Adakah Diana mahu melupakan terus bidang lakonan?
DIANA: Perkara tersebut memang benar-benar terjadi sejak saya mengubah penampilan kepada bertudung sekarang. Tawaran berlakon masih lagi ada, cuma watak yang diberikan tidak sesuai dengan penampilan saya.
Bagaimanapun, saya tidaklah terlalu memilih sangat apabila ditawarkan berlakon dan tidak semestinya saya memilih drama atau filem yang berbentuk keagamaan.
Asalkan jalan ceritanya yang memberi mesej positif kepada penonton pun saya terima.
Adakah Diana pernah mengadakan perbincangan tentang masa depan karier lakonan anda dengan Metrowealth?
Saya pernah berbincang dengan bos Metrowealth iaitu David Teo tentang karier saya. Kemudian dia memberitahu bahawa setakat ini masih belum ada filem atau drama yang sesuai untuk ditawarkan kepada saya.
Sebenarnya saya tidak kisah kalau tidak banyak mendapat tawaran kerana percaya rezeki itu di tangan Allah. Lagipun, kalau tidak berlakon saya masih ada lagi punca pendapatan lain untuk menampung kehidupan seharian saya.
DIANA AMIR mengakui pernah berbincang dengan David Teo tentang masa depan karier lakonannya.


Memandangkan anda tidak aktif berlakon, apakah aktiviti yang dilakukan sekarang?
Baru-baru ini saya baru sahaja menerbitkan sebuah buku motivasi berjudul Titisan Mahabbah terbitan Mustread Publication yang telah dilancarkan kira-kira dua minggu lalu dan sambutan yang diterima memang sangat memberangsangkan.
Selain itu, saya juga menjalankan perniagaan menjual tudung jenama Emel secara dalam talian serta diundang untuk memberi ceramah tentang etika dan ketrampilan wanita di beberapa syarikat korporat.
Anda sudah mengikat tali pertunangan dengan Mohd. Habib Bullah A. Rahman pada tahun lalu. Jadi, bilakah kalian akan melangsungkan perkahwinan?
Kalau mengikut kepada perbincangan semasa bertunang dahulu, memang kami ikat selama setahun dan sepatutnya perkahwinan akan dilangsungkan pada bulan September depan.
Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana persediaan perkahwinan masih belum dilakukan lagi.
Sebenarnya saya tidak mahu tangguh lama-lama dan kalau boleh saya tetap ingin berkahwin pada tahun ini.
Lagipun sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri tetapi sebagai seorang wanita saya cuma menunggu tarikh yang akan diberikan oleh tunang saya.
Apakah aktiviti yang anda lakukan sepanjang bulan puasa?
Sepanjang tempoh sebulan ini kelas agama bersama kumpulan Usrah Fitrah dihentikan buat sementara waktu untuk memberi tumpuan kepada amal ibadat.
Ketika ini, saya bersama ahli Usrah Fitrah yang lain seperti Heliza Helmi, Irma Hasmie dan Yatt Hamzah bekerjasama dengan Masjid As-Syakirin di KLCC menganjurkan program tarbiah, solat tarawih dan qiamullail.

Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz




SPIDERMAN, Superman dan Batman antara naskhah adi wira popular yang telah banyak kali menukar teraju utamanya.
Tidak salah untuk menyatakan bahawa setiap penerbitan siri filem adi wira tersebut mengikut zon zaman berbeza memberikan impak yang berasingan, malah penceritaan juga dinamik dan sering diolah supaya kena dengan situasi semasa.
Begitu juga sekuel kedua filem Cicakman iaitu Cicakman 3 yang bakal memula- kan penggambaran tidak lama lagi.
Tiga teraju utama asal iaitu Saiful Apek, Fasha Sandha dan Aznil Nawawi masing-masing kini diganti oleh Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz.
Ramai yang barangkali menyangka bahawa Cicakman 3 menampilkan karakter baharu menggantikan watak asal Hairi (lakonan Saiful Apek) menerusi Cicakman dan sekuelnya, Cicakman 2 - Planet Hitam yang merupakan adiwira Cicakman di bandar Metrofulus.
Hakikatnya, menurut pengarah Cicakman 3, Yusri Abdul Halim, filem itu pada dasarnya adalah kesinambungan kepada kehidupan adi wira Cicakman baharu dan watak Hairi yang digalas Saiful Apek sebelum ini tidak dimatikan secara total.
“Karakter Hairi (Saiful Apek) dikatakan telah merajuk dan berjauh hati untuk terus berkhidmat sebagai Cicakman, namun dia bakal digantikan oleh Man yang dilakonkan oleh Zizan,” ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman Cicakman 3 di Peninsula Residence, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut perkembangan karakter Man atau Cicakman, heroin baharu Linda dan watak antagonis Adam atau SuperBro, Zizan, Lisa dan Fizz berkongsi pandangan.
Zizan enggan dibayangi Apek
Perbandingan pastinya perkara pokok yang timbul setiap kali muncul sekuel adi wira dan Zizan harus mengakui situasi itu sedikit sebanyak akan tercetus apabila filem tersebut ditayangkan kelak.
“Apek ada karakter dan bahasa badan dia sendiri sebagai seorang Cicakman. Begitu juga saya, maka masing-masing mempunyai keunikan sendiri dan penonton harus akur akan hal ini.
“Soal perbandingan sudah menjadi kelaziman tapi anggap saja sekuel baharu adalah permulaan dan penerimaan watak baharu,” jelasnya.
FIZZ, Lisa Surihani dan Zizan dijangka memberi suntikan baharu dan lebih segar buat siri terbaharu francais Cicakman.


Menerima tawaran membintangi Cicakman 3, kata Zizan, selain mempunyai skrip dan jalan cerita yang menarik, filem itu juga merealisasikan impiannya bergandingan dengan Lisa Surihani sebagai pasangan suami isteri.
“Pertama kali saya melakonkan watak sebagai seorang suami dan itu juga antara sebabnya saya menerima tawaran ini.
“Berlakon dengan Lisa yang kehidupan realitinya seorang isteri kepada penga- rah filem ini perlu profesional. Memang mula-mula rasa kekok tapi saya membayangkan saya bercinta dengan watak Linda bukannya Lisa.
“Untuk menjadi seorang adi wira, seseorang itu perlulah kental dan harus bersedia luar dan dalam. Saya bangga, terkejut dan teruja untuk mula beraksi dalam Cicakman 3,” kata Zizan yang cuba untuk melakukan lagak ngerinya sendiri.
Yusri minta Lisa mesra
Bekerja di bawah arahan suami sendiri pada mulanya bukan perkara mudah bagi Lisa Surihani.
Namun, bagi pendukung watak Linda dalam Cicakman 3, dia menganggap situasi itu sebagai tanggungjawabnya sebagai anak seni.
“Saya teruja sebenarnya untuk bekerja di bawah arahan suami sendiri. Di set penggambaran kami adalah pekerja dan perlu profesional tapi apabila di rumah hubungan kami adalah suami isteri.
“Yusri merupakan seorang yang terbuka terutama proses manipulasi watak. Di depan dia sendiri saya dan Zizan membina keserasian dan dia yang mengarahkan untuk saya lebih mesra dengan watak utama iaitu Man.
“Ketika sesi bacaan skrip awal juga, Yusri yang memberikan nama timang- timangan manja untuk saya dan Zizan supaya lebih nampak semula jadi.
“Sejujurnya, memang kami tiada isu untuk saya berlakon bersama lelaki lain sementelah memegang watak sebagai seorang isteri.
“Yusri bukan seorang yang senang cemburu dan apa saja yang pengarah mahukan saya sebagai pelakon perlu mencuba walaupun pengarah itu bukan suami saya sendiri,” tegasnya.
Lisa menyifatkan watak Linda seorang yang idealis dan mencintai Man disebabkan sifat jejaka itu yang kelakar, malah watak tersebut bukan seorang wanita yang terlalu kompleks.
FIZZ sekali lagi bergandingan bersama Zizan menerusi naskhah Cicakman 3 selepas sama-sama membintangi filem Hantu Kapcai pada tahun lepas.


Fizz adiwira kedua
Muncul sebagai SuperBro dalam Cicakman 3, watak itu bertindak sebagai iaitu adiwira baharu di bandar Metro- fulus iaitu SuperBro selepas ketiadaan Cicakman (Hairi).
Namun, Adam bertukar menjadi antagonis apabila Cicakman baharu iaitu Man muncul.
Berpeluang bergandingan dengan Zizan, Fizz mengakui cukup teruja kerana mereka pernah bergandingan dalam filem Hantu Kapcai pada tahun lalu.
“Saya dan Zizan pernah digandingkan bersama sebelum ini dan rasanya tidak sukar untuk saya ‘menumpaskan’ dia sebagai lawan saya kali ini.
“Apabila ditawarkan watak seorang anggota polis bernama Adam yang juga merupakan adi wira baharu di kota Metrofulus iaitu SuperBro, adalah sukar untuk saya menolak tawaran ini.
“Watak Adam sedikit kompleks berbanding watak Man yang berubah menjadi Cicakman.
Adam pada masa sama menjadi SuperBro tapi di lain ketika cuba merebut kembali cintanya kepada Linda,” tambahnya.
Cicakman 3 amat relevan dengan latar emosi manusia yang mempunyai jenaka, drama, konflik kekeluargaan, dendam, cinta dan tamakkan kuasa.
Filem itu mengisahkan Man, peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya, Linda dan anaknya, Boboy lalu cuba membuktikan dia mampu berubah.
Keadaan semakin tertekan apabila Adam, bekas rakan persekolahan mereka cuba memenangi hati Linda, namun kehidupan Man pula berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Man belajar menjadi Cicakman baharu.

Lelaki Berkulit Seperti Getah


 Namanya Gary Turner dan kini berusia 41 tahun. Dia menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada kulitnya lemah dimana kulitnya tidak menegang seperti manusia normal. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang menghidap sindrom ini akan mengalami gangguan pada otot sendi dan saluran darah.

Kulit Gary Turner sangat longgar dan boleh diregangkan seperti getah yang ditarik sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air. Namun sindrom itu langsung tidak melemahkan Gary Turner sebaliknya dia mengubah penyakitnya itu menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain.

Turner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal. Oh! Dan untuk info, sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More