Friday 30 August 2013

ABBY ABADI BIARKAN ANAKNYA TERTANYA-TANYA!!! AKHIRNYA SI ANAK JADI BENGONG!!!


ABBY KANTOIKAN ANAK SENDIRI DEMI ANWAR IBRAHIM.



Umum tahu tidak lama lagi rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-56. Justeru itu, pasti ramai yang sudah sedia maklum apakah erti sebenar kemerdekaan dan mengapakah rakyat Malaysia menyambut 31 Ogos pada setiap tahun. 

Namun begitu, menerusi laman sosial milik Abby Abadi, bekas pelakon drama Gerak Khas tersebut dilihat telah memuat naik sebuah status yang dirasakan tidak wajar, di mana anaknya, Dania telah mempersoalkan adakah Hari Kemerdekaan sama seperti Hari Umno mahupun Barisan Nasional? 

Susulan daripada status tersebut, Abby telah dikritik hebat oleh segelintir pengikutnya di laman sosial, sehingga ada yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dia dan anaknya itu. - PA


TANDAS PUTERA KAH! KAH! KAH!








Wak tak heran kalau benar bagai di katekan yang nonton filem Tanda Putera di hari Tayangan Pembukaan tu hanye 12 orang. Sebenarnye filem ni hanye untuk tayangan kepade orang2 UMNO sahaje, sebab nye ianye dibikin oleh orang UMNO.

Wak yakin bahawe orang dari Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan menjejak kan kaki nye kepanggung untuk nonton filem yang di bikin oleh UMNO ni. Kalau ade pun mungkin ade seorang due yang nonton untuk mencari bahan kritikan di dalam blog atau akhbar2 pro Pakatan Rakyat.

Sebenar nye kalu mengikut penyokong parti, PR menguasai 51% jumlah rakyat yang menyokong nye, sedangkan UBN pule menguasai 49%. Dalam seramai 49% penyokong UBN ni agak2 nye berape ramaikah yang datang nonton filem tu? Kalau bagi penyokong PR yang berjumlah 51% tu sudah pasti tidak sudi nontok filem buatan UMNO ni.

Sebenar nye rakyat hari ni tidak same macam orang2 di tahun2 lime puluhan atau enam puluhan dulu. Orang di zaman tu memang boleh di terpengaruhi oleh cerite dari filem2. Kalau filem tu cerite sedih2 make berlinangan lah air mate dan berlelehan lah hingus menangis ter esak2. Dan kalau ade adingan hero pukul lawan nye, make riuh rendah penonton nye bertepuk tangan dan bersorak2, itu hanye berlaku pade penonton2 filem di zaman bahari kale.

Tapi Wak tak heran kalu dengar kunun nye ramai juge orang UMNO termasuk pemimpin nye yang nangis nonton filem Tanda Putera tu, sebab nye yang bikin filem tu orang UMNO make adelah lebih baik orang UMNO juge yang nangis kalu tidak siape lagi yang nak nangis.



Pencuri kabel telekom diberkas setelah 9 jam dikepung


Suspek berusia 35 tahun yang diberkas orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis, kelmarin.

ALOR KELADI - Usaha dua lelaki meloloskan diri daripada kepungan orang ramai selepas dipercayai mencuri kabel telekom di Kampung Bukit Rambutan, dekat Telaga Nibong tidak berhasil, apabila berjaya ditangkap kira-kira sembilan jam kemudian.

Sebelum itu, beberapa penduduk Kampung Kayu Kelat yang berkawal di kawasan tersebut, terserempak dengan kedua-dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta jenis Mazda, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Penduduk percaya mereka adalah pencuri kabel telefon sebelum cuba menahan suspek, bagaimanapun selepas menyedari kehadiran orang ramai mereka melarikan diri dengan kenderaan tersebut.

Menurut sumber, penduduk bertindak mengejar suspek, bagaimanapun selepas sampai di Kampung Kayu Kelat, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, suspek keluar dari kereta kerana dipercayai kenderaan itu tidak dapat bergerak laju akibat berat muatan kabel yang dicuri.

“Kedua-dua suspek meninggalkan kereta mereka lalu  melarikan diri ke kawasan semak di tengah sawah berhampiran.

“Penduduk yang keluar beramai-ramai telah mengepung kawasan belukar tersebut, namun pada jam 7 pagi, dimaklumkan ada orang terserempak dengan suspek berkenaan berjalan kaki di Kampung Gong Duek, Hulu Besut beberapa kilometer dari situ,” katanya.

Katanya lagi, menyedari mereka dikesan penduduk, suspek menyembunyikan diri dalam semak berhampiran kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Gong Duek, sebelum dilihat penduduk kampung pada jam 12.30 tengahari melalui sawah menghala ke arah Kampung Alor Keladi.

Sejurus selepas itu, penduduk bertindak mengepung kawasan berkenaan dan berjaya memberkas suspek pada jam 1.30 petang di Kampung Alor Keladi sebelum diserahkan kepada polis pada jam 2 petang.

Dalam kejadian itu, salah seorang penduduk cedera ringan akibat bergesel dengan kereta suspek ketika cuba menangkap mereka.

Menurut sumber lagi, sebelum ini, suspek berkenaan dipercayai telah empat kali menjalankan aktiviti mencuri kabel telefon di lokasi sama dan kali terakhir pada Ramadan lalu.

Malah, mereka juga dikatakan pernah mengugut seorang warga emas dengan parang kerana menegur perbuatan mereka ketika terserempak semasa pulang solat Subuh, pada malam sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, dua suspek tersebut berusia 24 dan 35 tahun dari Kampung Batu 13, Hulu Besut dan kedua-dua positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Polis turut menemui kabel telefon dianggarkan sepanjang 250 meter di dalam kereta suspek dipercayai dicuri di tempat kejadian,” katanya.

Sinar Harian

Nabil dan Johan Jadi Mak Nyah (lawak giler)



Tanah Ini Milik Kita, Bukan Kamu!!!




                           Selamat Menyambut Ulang Tahun                                                       Kemerdekaan ke56
                        Malaysia Ku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku




















KL Gangster 2 (2013),














p/s: TONTON DI PANGGUNG LAGI PUAS.. :) 

Blogger Dipersalahkan Kerana KL Gangster 2



Muat turun percuma KL Gangster 2

Kecoh isu filem KL Gangster 2 bocor dan boleh dimuat turun secara percuma sebelum tayangannya pada 3 Oktober 2013. Pengarahnya Syamsul Yusof cukup marah dan kecewa dengan isu ini. Mana tidaknya, filem belum masuk panggung, dah ada rakyat Malaysia yang tengok; percuma pula tu.

Syamsul Yusof Pengarah KL Gangster 2 Kecewa dan Marah

Isu KL Gangster 2

Filem kita wajah kita. Mungkin ramai rakyat Malaysia tak sabar nak tengok wajah-wajah sebenar rakyat kita yang menjadi gangster dalam filem tu; kerana itulah ramai yang cari alternatif untuk dapatkan ia secara percuma. Lagipun, memang sekarang soal gangterisma antara isu panas dalam dada akhbar Malaysia.

Blogger Malaysia Tidak Puas Hati

Isu ini juga membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan blogger Malaysia. Kerana apa? kerana ramai berpendapat bahawa blogger tidak patut dipersalahkan seperti dalam kenyataan Syamsul Yusof menerusi twitternya.

Anda boleh gelintar (search) di Google dan lihat apa kata blogger Malaysia mengenainya. 

Ini bukan soal blog menyediakan khidmat muat turun percuma tetapi soal bagaimana filem itu dibocorkan sehingga mudah didapati secara online.

Bagi saya, yang patut dicari bukan blogger, tetapi pembocor atau individu yang bertanggungjawab sehingga membolehkan filem KL Gangster 2 itu dimuat turun secara percuma. Menyalahkan blogger dan mahu tindakan keras diambil kepada blogger, pada saya agak keterlaluan. Yang patut diberikan tindakan keras adalah mereka yang memberikan sumber muat turun itu kepada blog dan laman web.

Harus ingat, blogger Malaysia juga ambil peranan melariskan filem Malaysia. Berapa ramai blogger Malaysia yang buat review filem dan berjaya menyumbangkan hasil kutipan tiket wayang dan panggung. Jangan sampai ada blogger yang boikot ..... filem yang dibikini (bikini?) dengan kos juta akan jadi satu bisnes filem yang rugi.

Carilah siapa yang tumpahkan nila dalam susu dan bukan si penjual susu yang mahu orang minum susu percuma.

*p.s: Susu sekarang pun bukan elok sangat dah, banyak yang artificial ... dah tak sesegar dan sesedap dulu.

56 Tahun Merdeka Malaysia Ku


Assalamualaikum..

Salam kemerdekaan dari Saya Anak Malaysia.. Pejam celik pejam celik dah 56 tahun berlalu rupanya saat pertama kali laungan MERDEKA berkumandang dulu.. Meniti masa 56 tahun tu pasti terlalu banyak perit getir yang terpaksa ditempuhi oleh mereka golongan terdahulu untuk memperjuangkan kemerdekaan ini kan. Bebas dari dijajah kuasa besar seperti British, Jepun, Portugis, Belanda, Komunis.. yang akhirnya kita generasi hari ni menikmati kemerdekaan dan kemajuan negara.

Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013 "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku" satu tema yang sangat bersesuaian untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya terus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan bumi Malaysia kita ini.

Selaku generasi muda, kita lah yang akan memacu negara ini di hari mendatang. Dan pastinya kemajuan, kenikmatan dan keharmonian negara tidak dapat dimiliki tanpa kerjasama, tanggungjawab, dan keprihatinan semua pihak. Sama-samalah kita pelihara Tanah Tumpah Darah Malaysia kita.. Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati hari ni, kekalkan yang baik dan tambah nilai untuk menjadi yang lebih baik.

Salam Kemerdekaan ke 56 untuk semua rakyat Malaysia.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya Rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik"
-(al-Araaf, 55-56)

- See more at: http://babyaimacomel.blogspot.com/2013/08/56-tahun-merdeka-malaysia-ku.html#sthash.xBMbBaAS.dpuf

Kalaulah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Masih Hidup

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum…

P Ramlee & Saloma


Seorang insan yang mempunyai bakat besar dalam bidang seni dan sehingga kini aku rasa belum ada seorang yang mampu menandingi beliau, yang nampak akan ada sedikit mengikuti seperti beliau adalah Afdlin Shauki. Dia sendiri pun ada akui bahawa allahyarham adalah idolanya. Semua orang sudah pasti menonton kisah hidup allahyarham di History Channel atau YouTube? Jatuh bangun beliau dalam seni hiburan. Apa yang menarik kekaguman aku, dia akan guna peralatan produksi dengan sehabis baik. Dan ketika kekurangan peralatan di produksi tanah air (tidak seperti apa yang ditawarkan sebelumnya) beliau tetap menghasilkan filem yang bagus. Idea dan kreativiti yang mantap.

Adegan Seniman Bujang LapokJika allahyarham masih ada lagi sekarang, mampukah karya-karya beliau sentiasa segar untuk menjadi tontonan? seperti karya-karya sebelumnya? di tambah pula dengan peel pelakon/artis-artis sekarang yang kebanyakkannya macam entah hape-hape. Mampukah beliau terus bertahan dan terus berkarya? Lahir pada 22 Mac 1929 bermakna kini jika beliau masih hidup, usia beliau sudah mencecah 84 tahun. Tun Dr. Mahathir Mohamad 88 tahun, masih muda 4 tahun (sumber kosmo).

Pada aku setiap karyanya samada lagu mahupun filem adalah datang dari luahan hatinya. Perasaannya di zahirkan dalam bentuk karya. Disampaikan dalam kata-kata yang banyak mendidik dan sarat dengan nasihat, samada dalam bentuk sindiran mahupun terus terang.

P.Ramlee tidak berkira mengenai bayaran hasil lakonan dan arahannya, yang penting baginya, menghasilkan karya yang bermutu. Itu yang boleh kita lihat sekarang kan?

"Dia (P. Ramlee) cakap, 'Seni bukan untuk duit tetapi untuk masyarakat'," ujar Aziz mengenai kata-kata P.Ramlee yang diulang semula kepada dirinya sebelum seniman agung itu meninggal dunia. 

Berkarya bukan kerana duit.
By: Kosmo Online.

Lindsay Lohan Held Canyons Director Paul Schrader "Hostage," No-Show at Venice Film Festival

Lindsay Lohan Held Canyons Director Paul Schrader "Hostage," No-Show at Venice Film Festival


After nearly a year and a half of unpredictable tantrums and headline-making antics, director Paul Schrader is finally finding himself "free" of Lindsay Lohan's wily ways.
"Today I am free," he told reporters at the Venice Film Festival on Friday, Aug. 30, in statements translated from Italian. "In the past 16 months, I have been hostage to Lindsay Lohan. She is a great actress, she should be here, but her behavior is unspeakable."
The Taxi Driver writer, who has worked with such Hollywood legends as Robert De Niro and Richard Gere, directed the troubled 27-year-old actress in The Canyons, which showed at the film festival -- without its leading lady in attendance.
"Yes, nobody thought it was a good idea for her to go," a source tells Us Weekly of Lohan's noticeable absence. "That sort of atmosphere, the festival, the parties. The culture of it is drinking and celebration and not in line with keeping her on the right track."
Lohan recently completed a 90-day court-mandated rehab stay, during which she reportedly turned over a new leaf. In an interview with Oprah Winfrey, the former Disney star revealed that she's been making efforts to be "really honest" with herself about her issues and her past.
"Having all the chaos around me that I was so comfortable with -- I somehow inside of me know I wanted to go in jail," she told the talk show host. "I think that was subconsciously going on in my head through my actions … just to have some peace. I came into it just really craving more spirituality, really open and ready to get really honest."
In July, Schrader wrote an essay for Film Comment comparing his Canyons star to one of the industry's most iconic actresses: Marilyn Monroe.
"Similarities? Tardiness, unpredictability, tantrums, absences, neediness, psychodrama -- yes, all that, but something more, that thing that keeps you watching someone on screen, that thing you can't take your eyes off of, that magic, that mystery," he wrote, calling Lohan's high drama the "LiLo phenomenon."
"[They both] exist in the space between actors and celebrities, people whose professional and personal performances are more or less indistinguishable," he continued. "Entertainers understand the distinction."

Insane Six Flags ‘Drop of Doom’ ride packs a 90 mph free fall


If you plan on visiting New Jersey's Six Flags Great Adventure next year, be sure to bring a sturdy stomach.
The amusement park known for hosting some of the world’s most intense roller coasters is adding a new one to the mix -- and it’s determined to take your breath away. And possibly your lunch.
Rising 415 feet in the sky -- that’s taller than the Statue of Liberty -- the free fall nightmare Zumanjaro: Drop of Doom will become the tallest tower-drop ride in the world when it opens in 2014. The former champ, Lex Luthor: Drop of Doom at Six Flags Magic Mountain outside of Los Angeles, tops out at a ‘mere’ 400 feet. On a clear day, Zumanjaro riders will be able to see all the way to Philadelphia some 50 miles away, park officials told USA Today.
But the ride isn’t just about height -- it’s also about speed. Zumanjaro will reach a hefty 90 miles per hour, and while that doesn’t quite match the speeds of the world’s fastest coasters, it’s a stomach churner, for sure. Even crazier, the entire ride is nestled inside the loop of Kingda-Ka, the crown jewel of Six Flags Great Adventure and officially the tallest roller coaster in the world.
That combo is going to make for some serious thrills.
"You're going to have folks dropping 90 mph," John Fitzgerald, the park's president, told USA Today. "You're going to have the Kingda Ka cars racing around them at the same time. It's really going to be fantastic. Fantastic views, but also terribly exciting."
Zumanjaro will replace the Rolling Thunder, a classic wooden coaster that’s been a park fixture for some 35 years.

You won’t believe what one hour of rain did to a Pittsburgh turf field


School districts install turf fields to try and protect surfaces from the natural elements. Evidently that logic sometimes backfires.
Russ Grimm Field at Southmoreland High was obliterated by a single hour of rain — TwitterRuss Grimm Field at Southmoreland High was obliterated by a single hour of rain — Twitter
The photo you see above depicts the current state of Russ Grimm Field at Alverton (Pa.)Southmoreland High. The facility has long had a turf field, but now much of it has no surface at all after a torrential downpour of more than two inches of rain in a single hour completely wrecked the turf surface.
The rain damage was first tweeted by Pittsburgh CBS affiliate KDKA and covered by the Pittsburgh Tribune Review, which reported that the school has no idea how long the field will be out of commission ... but is expecting it to be off limits for some time.
"There is water damage under the carpet," Alverton superintendent John Molnar told the Tribune. "We don't want anybody twisting an ankle. The main thing is keeping all players safe. We're keeping them off the field, even the part that was not lifted."
Of course, the timing of the water damage is particularly unfortunate, with Southmoreland scheduled to open the 2013 football season on Friday. That game against Jeanette (Pa.) High was scheduled to be played at the now-inoperable Southmoreland turf, but will instead be played at California University of Pennsylvania.
Something tells Prep Rally there will be more games this season played there as well.

Merdeka ! :Jadikan sambutan 'luar biasa'



PERCIKAN bunga api dan pertunjukan hiburan pastinya antara perkara utama yang terlintas di fikiran segelintir daripada kita apabila menyebut sambutan Hari Kemerdekaan.

Sehinggakan ada yang beranggapan tidak sempurna sambutan jika tidak diserikan dengan aktiviti yang sudah menjadi acara lazim untuk meraikan sesuatu sambutan itu.

Atas dasar keterbukaan, agama Islam tidak menghalang umatnya untuk meraikan sesuatu sambutan, malah dituntut untuk memperingati hari tersebut dengan apa juga kaedah selagi tidak berlebih-lebihan dan bertentangan dengan syariat.

Malah, pendakwah bebas, Don Daniyal Don Biyajid berkata, perkara sama turut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dan seluruh umat Islam ketika pemerintahan baginda.


Namun, sambutan Hari Kemerdekaan yang lazimnya disambut dengan perkara biasa tersebut pastinya akan lebih memberi nilai jika disambut dengan perkara di luar daripada kebiasaan.Don Daniyal berkata, sebaik-baiknya sambutan kemerdekaan adalah dengan cara Rasulullah SAW seperti mana yang dilakukan sewaktu menyambut hari kemenangan umat Islam."Islam tidak menghalang untuk meraikan sesuatu sambutan. Nabi Muhammad SAW juga mengamalkannya seperti yang dilakukan ketika pembukaan Kota Mekah. Rasulullah SAW bertakbir bersama para sahabat.


"Oleh itu, sebaik-baik perkara yang harus dilakukan oleh umat Islam ketika menyambut malam kemerdekaan adalah dengan bertakbir sebagaimana sunah Rasulullah SAW tersebut. Ia bertepatan dengan erti kemerdekaan sebenar iaitu bebas daripada cengkaman."Pada zahirnya kita menyambut kemerdekaan tanah air iaitu bebas daripada cengkaman penjajah. Begitu juga dalam aspek kerohanian, umat Islam harus bebas daripada cengkaman mengikut hawa nafsu," kata Don Daniyal.


Tambahnya, selain itu, umat Islam juga dituntut untuk menghiasi malam kemerdekaan dengan amal ibadah seperti memperbanyakkan solat sunat, seperti solat hajat, tahajud dan sebagainya.


Ini katanya bagi melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan nikmat kebebasan dan keamanan yang dikecapi.


"Jika tidak berkemampuan, sekurang-kurangnya umat Islam digalakkan menghadiri solat berjemaah, menghadiri ceramah atau majlis zikir. Berhibur juga tidak menjadi masalah dengan lagu yang bermanfaat seperti selawat, qasidah dan nasyid," kata Don Daniyal.Dalam pada itu ujarnya, sambutan kemerdekaan juga tidak sepatutnya dijadikan peluang untuk dicemari dengan perbuatan yang bertentangan dengan syariat.


"Elakkan mencemarkan sambutan kemerdekaan dengan perbuatan maksiat seperti mengambil peluang melakukan pergaulan bebas yang keterlaluan, mendedahkan aurat serta membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.


"Selain itu, dalam keseronokan menyambut kemerdekaan, perkara paling utama sebagai umat Islam untuk mendirikan solat agar tidak diabaikan," katanya.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More