Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum…
Seorang insan yang mempunyai bakat besar dalam bidang seni dan sehingga kini aku rasa belum ada seorang yang mampu menandingi beliau, yang nampak akan ada sedikit mengikuti seperti beliau adalah Afdlin Shauki. Dia sendiri pun ada akui bahawa allahyarham adalah idolanya. Semua orang sudah pasti menonton kisah hidup allahyarham di History Channel atau YouTube? Jatuh bangun beliau dalam seni hiburan. Apa yang menarik kekaguman aku, dia akan guna peralatan produksi dengan sehabis baik. Dan ketika kekurangan peralatan di produksi tanah air (tidak seperti apa yang ditawarkan sebelumnya) beliau tetap menghasilkan filem yang bagus. Idea dan kreativiti yang mantap.

Pada aku setiap karyanya samada lagu mahupun filem adalah datang dari luahan hatinya. Perasaannya di zahirkan dalam bentuk karya. Disampaikan dalam kata-kata yang banyak mendidik dan sarat dengan nasihat, samada dalam bentuk sindiran mahupun terus terang.
P.Ramlee tidak berkira mengenai bayaran hasil lakonan dan arahannya, yang penting baginya, menghasilkan karya yang bermutu. Itu yang boleh kita lihat sekarang kan?
0 comments:
Post a Comment