Saturday 3 August 2013

Ana Dahlia Belum Terdesak Berkahwin Kali Ketiga

Sebelum ini pelakon Ana Dahlia pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Nadzri atau Chef Riz yang juga anak kepada chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan.



Namun begitu, jodoh mereka tidak berpanjangan. Kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai tahun lalu setelah berkahwin tidak sampai setahun.

Berpeluang bertemu dengan Ana ketika rakaman program Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini, ada cerita terbaharu tentang pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Pilih Kasih musim pertama itu.

Kosmo!: Bagaimana kehidupan anda setelah hampir setahun bergelar janda?

ANA DAHLIA: Setakat ini tiada perubahan besar yang berlaku terhadap diri saya, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang di samping fokus kepada kerjaya lakonan.

Segala kejadian yang menimpa diri saya sebelum ini menjadi pengajaran yang paling berguna. Sekurang-kurangnya pengalaman itu membuatkan saya lebih berhati-hati.

Setelah dua kali gagal dalam perkahwinan, adakah anda serik untuk berkahwin lagi?

Sudah tentu saya tidak serik untuk berkahwin lagi kerana dalam Islam pun perkahwinan itu merupakan suatu perkara yang sangat dituntut. Namun begitu, setakat ini saya belum lagi bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Lagipun, jodoh dan pertemuan ini sudah ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya belum rasa terdesak untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga.

Macam mana pula hubungan anda dengan Chef Wan?

Bagi saya Chef Wan merupakan seorang bapa yang sangat baik dan dia cukup menyayangi saya.

Malah dulu, dia tetap menerima saya sebagai menantu meskipun dia tahu saya seorang janda sebelum berkahwin dengan Chef Riz.

Apa yang membuat saya lebih terharu ialah apabila beliau meluahkan rasa sedihnya dan seperti tidak percaya bahawa saya dan Chef Riz sudah bercerai.

Begitu juga apabila saya bertemu dengan Chef Riz dalam mana-mana acara, kami masih bertegur sapa kerana saya enggan bermusuh dengan sesiapa. Dia juga pernah menjadi suami saya dahulu.

Boleh komen tentang khabar angin yang mengatakan Chef Riz akan berkahwin?

Sekiranya khabar angin tersebut benar, saya cuma boleh cakap alhamdulillah dan tahniah serta meminta dia fokus kepada rumah tangga. Sebagai bekas isteri, saya cuma mampu mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sepanjang bergelar janda, adakah ada mana-mana lelaki yang ingin rapat dengan anda?

Tidak dinafikan ada yang ingin menjalinkan hubungan serius dengan saya.

Namun begitu, pengalaman lampau membuatkan saya kini lebih matang dan selalu timbul perasaan syak wasangka terhadap mana-mana lelaki yang cuba mendekati saya.

Apa aktiviti anda sepanjang bulan puasa ini?

Biasanya ada artis yang mengambil keputusan untuk berehat, tetapi saya masih meneruskan aktiviti lakonan.

Sekarang saya tengah sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Mat Cepat sebanyak 13 episod untuk siaran RTM.

Tahun ini, saya akan menyambut hari raya di kampung halaman di Taiping, Perak bersama keluarga.

Untuk persiapan Aidilfitri pula saya lebih banyak menempah kuih raya kerana tidak ada masa untuk membuatnya.

-Kosmo

RUMAH PENGASAS PRODUK VIDA BEAUTY TERBAKAR !!! 2 ANAKNYA TERBUNUH...





IPOH 4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.
Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.


Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.

“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.

Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.

Unik ! Escalator Terpanjang di Dunia Berada di Colombia



Hidup di salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia, Medellin, Colombia adalah sangat sukar.Walaupun kehidupan dibayangi oleh kemiskinan dan geng mafia, namun ada kemudahan untukpenduduk bandar. 

 Escalator outdoor dengan panjang mencapai 384 meter ini terletak di salah satu daerah termiskin dibandar kedua terbesar di Colombia bernama Medelin, tempat tinggal Pablo Escobar. 

 Escalator terpanjang di dunia  ini membuat kehidupan penduduknya jauh lebih mudah, lebihmenjimatkan masa untuk mendaki bukit dari 32 minit menjadi hanya 6 minit sahaja. Escalatorterpanjang ini selesai dibina pada tahun 2011, sedangkan penutup bahagian atas baru saja dipasang. 

Escalator dibahagikan kepada enam bahagian sehingga orang yang tinggal pada semua bahagianlereng bukit mempunyai akses mudah untuk menggunakan escalator. Diperlukan lebih dari 4 juta Eurountuk membina escalator ini.







My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More