Showing posts with label Serius. Show all posts
Showing posts with label Serius. Show all posts

Sunday, 25 August 2013

OPERASI MENYELAMAT LELAKI OBESE 610 KILOGRAM DI SAUDI (11 GAMBAR)


Khalid Mohsen Shaeri (20) ialah seorang pemuda obese dengan berat badan 610 kilogram. Berat badan beliau meningkat kerana masalah kesihatan dan akibatnya beliau terperangkap di dalam rumah beliau selama dua tahun. Semalam beliau diselamatkan dari rumah beliau di Jazan, Arab Saudi untuk mendapat rawatan di King Fahd Medical City di Riyadh. Sebuah forklift terpaksa digunakan dalam proses menyelamat dan sebuah pesawat kargo Hercules C130 disewa khas untuk menerbangkan beliau. Kesemua kos menyelamat, memindah dan perubatan Khalid Mohsen Shaeri ditanggung sepenuhnya oleh Raja Abdullah. 



Wednesday, 7 August 2013

Gadis Kembar - Siang Kerja Sebagai Guru, Malam Sebagai Ahli Gusti Pro (10 Gambar)

Gadis Kembar - Siang Kerja Sebagai Guru, Malam Sebagai Ahli Gusti Pro.
Pada usia 24 tahun, kembar ini di UK, Lucy dan Kelly Knott merupakan guru ganti di sebuah sekolah rendah. Tetapi pada waktu petang atau malam, mereka adalah ahli gusti professional di TNA. Mereka mulai menjadi atlit gusti sejak berusia 16 tahun dan pernah menjadi juara dunia di Ohio Valley Wrestling. Mereka kini bersaing dalam TNA British Boot Camp seperti sebuah liga dalam gusti. Apa yang mengejutkan lagi adalah pihak sekolah rendah yang mereka ajar langsung tak kisah tentang kisah hidup pada waktu malam mereka. Pihak sekolah sendiri yang berusaha bersungguh-sungguh nak mengambil kembar ini sebagai guru. 










Saturday, 27 July 2013

PANAS!! Anak Mazidul Akmal Sidik Dilempang Guru / Ustaz Kesayangan Tanpa Usul Periksa..Ustaz Pun Perangai Macam Iblis?


Apa hendak jadi dengan sikap guru-guru sekarang...sudahlah bergelar seorang ustaz tetapi perangai ibarat syaitan...

Sepatutnya seorang ustaz yang mempunyai ilmu agama lebih sedikit dari orang lain seharusnya menyiasat sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman...

Menurut kenyataan yang dikeluarkan seorang aktivis rakyat Mazidul Akmal Sidik, anaknya dilempang seorang ustaz setelah anaknya ditolak rakannya ketika hendak membetulkan kerusi ustaz tersebut...

Apakah ini sikap seorang ustaz yang mempunyai ilmu agama yang lebih sikit daripada orang lain? Perkara ini seharusnya disiasat agar pelajar lain yang tidak berdosa mendapat hukuman..

Kalau hendak dilihat daripada kata-kata Mazidul ini,mungkin dia juga agak berang dengan tindakan tidak matang oleh ustaz disekolah anaknya..kalau tidak masakan Mazidul membandingkan tapak tangannya dengan pipi ustaz tersebut...

Seorang ustaz bila pelajarnya mintak maaf apakah hukuman tampar patut dibalas?apakah harus ditertawakan pelajar yang meminta maaf?sedangkan islam sendiri mengalakkan umatnya bersabar dan memaafkan kesalahan orang...inikan pula seorang ustaz...pelajar mintak maaf tangan dibalasnya..nauzubillah...

Dahulu pun pernah terjadi yang seorang ustaz telah memukul pelajarnya sehingga mati...jangan pula jika kita diamkan perkara ini makanya ia dihalalkan dan ustaz tersebut boleh melakukan sewenang-wenangnya...

Bayangkan betapa kejamnya seorang ustaz terhadp kanak-kanak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR?

HE : Ustaz jenis apa ni...pelajar mintak maaf dilempang...lepas tu ketawa...nauzubillah! 

Friday, 5 July 2013

RATUSAN MOTORSIKAL UNIK HANYA TERDAPAT DI INDONESIA (12 Gambar)


Motorsikal ini pelik dan pada masa yang sama sangat unik. 
Nice country eh?

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More