Friday 2 August 2013

Peniaga Mati Dengan Usus Perut Terburai



Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan usus perut terburai di dalam semak berhampiran pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru di sini, malam kelmarin.Mangsa, Oh Son Liong, 55, yang dipercayai turut ditikam enam kali di badan dan leher ditemui anggota bertugas sukarelawan dalam keadaan terbaring dengan baju dan seluar putih yang berlumuran darah kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut sumber, anggota berusia 21 tahun yang sedang menjalankan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) bersama dua rakannya itu terlebih dahulu menjumpai sebuah lori Daihatsu berhampiran sebuah kilang di sini.

"Pemeriksaan di sekitar lokasi kemudian menemui mangsa yang terbaring dalam keadaan isi perut terkeluar namun berpakaian lengkap,” katanya.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat jam 10 malam.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.Raja Shahrom berkata, pihaknya juga masih menyiasat motif sebenar pembunuhan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, isteri mangsa, Wee Woon Kin, 51, berkata, suaminya yang keluar rumah di Malim jam 12 tengah hari kebiasaannya akan pulang antara jam 7 dan 8 malam.“Kira-kira jam 11 malam baru saya dapat tahu mengenai kejadian menimpa suami selepas menerima panggilan daripada polis.

“Setahu saya suami tiada musuh dan saya tidak tahu kenapa dia dibunuh. Apa yang saya tahu, dompetnya turut tiada ketika dia ditemui,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka.-Sinarharian

Seludup Sperma Suami yang ditahan dipenjara untuk dapatkan Zuriat



Seorang wanita memegang anaknya saat ia bereaksi ketika buldoser Israel menghancurkan rumah Palestina di lingkungan Arab Yerusalem timur, Beit Hanina, 29 Mei 2013. Rumah warga Palestina yang dibangun tanpa izin sering dibongkar atas perintah Yerusalem | AFP PHOTO / AHMAD GHARABLI

NABLUS-Seorang lelaki Palestin yang dibui di sebuah penjara Israel menjadi seorang ayah pada Rabu (31/7/2013). Sepertinya tidak ada yang istimewa dari maklumat itu. Namun, pengumuman tentang hal tersebut telah menjadi berita utama kerana Abdul Kareem al-Rimawi, suami si perempuan, telah dipenjarakan selama 13 tahun dan hanya boleh melihat isterinya dari balik dinding kaca.

Lida al-Rimawi, isteri dari Abdul Kareem, berkata, ia hamil setelah mendapat sperma suaminya yang diseludup keluar dari penjara di mana suaminya ditahan atas tuduhan percubaan pembunuhan.

Menurut agensi berita Palestin Ma'an, perempuan itu melahirkan bayi laki-laki yang sihat yang diberi nama Majd pada Rabu lalu di klinik Razan di Nablus, Tebing Barat. Suaminya dijadualkan baru akan dibebaskan tahun 2026, atau 13 tahun lagi.

"Kami mencabar Kerajaan Israel," kata isterinya kepada NPR pada bulan Mei, apabila ia hamil tujuh bulan. "Kami mencabar kepala penjara."

Lida al-Rimawi adalah salah satu dari sejumlah istri tahanan yang mengatakan bahawa mereka menjalani program bayi tabung di klinik di Nablus. Pada Februari 2013, doktor Salem Abu Khaizaran mengumumkan bahawa salah satu pasiennya melahirkan seorang bayi yang sihat pada Ogos 2012, demikian lapor The Guardian. Suami perempuan itu tengah menjalani 32 kali hukuman seumur hidup.

Khaizaran mengatakan kepada harian Inggeris tersebut, ketika itu lebih dari 20 perempuan telah disenyawakan dengan sperma suami mereka yang sedang berada di penjara, dan bahawa empat daripada mereka hamil. Doktor itu menjelaskan, kadar kejayaan yang rendah kerana kesulitan menjaga sperma tetap segar saat dibawa keluar dari penjara ke Tebing Barat.

Para perempuan yang terlibat enggan untuk menjelaskan bagaimana mereka mampu menyeludup sperma melewati para penjaga penjara.

Sivan Weizman, perempuan juru bicara lembaga pengelola penjara Israel, mengatakan kepada Al Jazeera pada Februari lalu bahawa dia "sangat skeptikal" tentang tuntutan para perempuan itu. "Para perempuan yang datang ke penjara tidak punya kenalan langsung dengan para tahanan, dan ketika mereka meninggalkan penjara, mereka harus melewati pemeriksaan," kata Weizman.

Weizman menjelaskan kepada NYTimes bahawa walau pasangan itu tidak dihalangi untuk melakukan conjugal visit (sebuah kunjungan yang bersifat persendirian dan membolehkan pengunjung dan napi bekerja seksual), tetapi mereka dipisahkan oleh kaca. Anak-anak dibenarkan untuk merangkul ayah mereka jika mereka berusia di bawah 8 tahun.

Khaizaran, yang pertama kali berbicara tentang prosedur di klinik Razan, mengatakan kepada harian New York Times bahawa dia menilai prosedur itu sebagai masalah manusia, dan bukan politik. Dia menjelaskan bahawa banyak perempuan yang terlalu tua untuk boleh hamil selepas suami mereka dibebaskan dari penjara, dan bahawa ia telah menerima fatwa dari seorang ulama yang membolehkan prosedur itu dilakukan. Prosedur itu tambang 3,000 dollar AS, tetapi klinik Razan membebaskan bayaran buat para perempuan itu.

Menurut laporan Al Jazeera, sekitar 4.800 warga Palestin dipenjara di sejumlah penjara Israel. Sekurang-kurangnya 1,000 orang menjalani hukuman lebih dari 20 tahun.

Hari Minggu lalu, Israel mengumumkan akan membebaskan 104 tahanan Palestin yang dituduh telah melakukan serangan mematikan. Para tahanan itu ditangkap antara tahun 1983 dan 1994, dan menurut Menteri Luar Negeri AS John Kerry, mereka akan dibebaskan dalam empat tahap selama beberapa bulan.

Makhluk Aneh Ditemui Di Atlantik?



Makhluk Aneh Ditemui Di Atlantik? Makhluk aneh dari lautan telah terdampar di pantai Folly di South CarolinaMakhluk aneh dari lautan telah terdampar di pantai Folly di South Carolina. Sebagian besar orang yang melihat makhluk yang berbentuk pelik ini merasakan ia adalah spesies baru.
Biarpun ramai yang gerun dan takut melihat makhluk aneh yang ditemui, tapi dikalangan ilmiah menyarankan supaya tidak takut pada haiwan pelik ini kerana ia tidak merbahaya
Seorang doktor haiwan dari akuarium South Carolina mengidentifikasikan makhluk ini sebagai sturgeon, iaitu ikan yang termasuk dalam kalangan ikan bertulang tertua yang masih hidup.
Hidupan haiwan ini biasanya ada di sungai, tasik, dan pantai subtropis, dengan iklim sederhana. Kebanyakannya ditemui di Eurasia dan Amerika Utara. Ukuran sturgeon biasanya sangat besar sekitar antara dua hingga tiga setengah meter panjang.
Sturgeon yang terdampar di South Carolina inidikatakan berasal dari Samudra Atlantik yang boleh berukuran hingga 4,5 meter dengan berat 400 kilogram. – Sumber
Fuh!! Macam-maca. Aneh! Wallahualam.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More