Showing posts with label Berita Artis. Show all posts
Showing posts with label Berita Artis. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

Tiada yang pelik ! Hidung baru atas dahi



HIDUNG baru Xiaolian.
Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.
Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.
Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.
Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.
DOKTOR memeriksa hidung asal Xiaolian yang mengalami jangkitan
Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.
Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.
Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.
Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. 

Monday, 23 September 2013

Wawa Zainal nafi sudah kahwin dan lahirkan anak Aeril Zafrel



Wawa Zainal nafi sudah kahwin dan lahirkan anak Aeril Zafrel - Khabarnya sebuah stesen radio swasta telah mengeluarkan gosip liar yang mendakwa pelakon cantik, Wawa Zainal sudah berkahwin dengan Aeril Zafrel secara senyap-senyap dan melahirkan seorang bayi.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Aeril Zafrel yang ditemubual media semalam tampil menafikan gosip tersebut dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang tuduhan yang tidak mempunyai bukti sah.

“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja.”

Berkenaan isu kehamilan Wawa Zainal yang turut sama tersebar, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Cinta Jannah di TV3 itu menyeru semua pihak agar berhenti menyebarkan gosip-gosip tidak masuk akal.

“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga.”

Adam AF2 kekasih baru Fiza Elite, bakal nikah esok



Adam AF2 kekasih baru Fiza Elite, bakal nikah esok - Nampaknya kegagalan Fiza Elite untuk bernikah dengan jejaka pilihannya dua bulan lalu walaupun semua persiapan untuk majlis perkahwinan telah diatur mempunyai hikmahnya tersendiri.

Fiza Elite yang ditemubual media memang mengakui sedih dengan perkara tersebut namun dia tetap berserah kepada jodoh. Masa berlalu dengan begitu pantas, tup-tup bekas anggota Girlband itu rupanya sudah menemui penggantinya.

Yang menariknya, jejaka yang berjaya menawan hati Fiza merupakan seorang artis juga iaitu bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua pada tahun 2004, Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29.

Terkenal dengan lagu-lagu K-Pop ciptaan Edry Abdul Halim KRU Studios, Adam merancang untuk berkahwin dengan Fiza Elite, 33, pada Rabu bersamaan 25 September 2013. Pengakuan tersebut dibuat Adam menerusi ruangan Hip yang disiarkan di Berita Harian hari ini.

"Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah."

Walaupun berita pernikahan ini amat mengejutkan admin sendiri namun ia pastinya satu berita gembira untuk kedua-dua peminat mereka. Tak sangka pulak kan! Tahniah kepada Adam dan Fiza Elite. Semoga semua persiapan untuk majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

Thursday, 19 September 2013

Tahniah: Lagi Artis Menemui Jalan Lurus......


Eja lebih berjaga-jaga dalam perlakuan serta pertuturan kata
PETALING JAYA: Selepas membuat keputusan bertudung sekembalinya dari menunaikan umrah pada Mac lalu, pelakon Eja mempraktikkan diri untuk tidak meninggalkan solat.
Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 41, berkata, selama ini dia jarang melengkapkan sembahyang lima waktu yang diwajibkan untuk umat Islam kerana kesibukan tetapi selepas mendapat hidayah Allah, dia akan pastikan kewajipan itu dapat dilaksanakan walaupun di lokasi penggambaran.
"Sebagai manusia, banyak kekurangan yang saya miliki kerana sibuk dengan hal-hal dunia dan sepanjang 17 tahun berada dalam industri seni, kadang-kadang saya lupa terhadap kewajipan saya.
"Tetapi sejak pulang daripada mengerjakan Umrah buat kali keempat, hati dan fikiran saya sudah mula berubah.
"Saya memastikan diri ini tidak tinggalkan solat dan seandainya terlepas dengan tidak sengaja, saya akan qada semula. Selebihnya saya serah kepada Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah pelakon yang popular dengan filem Sepi dan Janin ini, perubahan imej bertudung juga membuatkan dia lebih berjaga-jaga daripada segi tingkah laku serta pertuturan agar tidak dipandang serong.
Watak bertudung Eja dalam drama lakonannya turut mempengaruhi dia menutup aurat.
Malah Eja juga berazam untuk melakukan kebaikan sesama manusia agar dapat menggembirakan mereka selain berusaha tidak melukakan hati sesiapa.
Sementara itu, Eja juga bersyukur imej baharu itu tidak menyekat rezekinya sebagai pelakon sebaliknya tawaran yang diterima tidak pernah putus termasuklah turut dilantik menjadi duta buat produk Cosry Skin Therapy.
"Kalau nak tahu, saya menandatangani kontrak dengan pihak Cosry sebelum bertudung dan Alhamdulillah apabila bertudung, mereka tetap menerima imej baru saya ini.
"Dan saya berpendapat, apabila kita melakukan perubahan kerana Allah, sudah pasti rezeki kita sentiasa ada dalam apa-apa situasi sekalipun asalkan kita rajin berusaha," ujarnya.
Dalam pada itu Eja turut menasihati artis-artis bertudung lain agar tidak risau untuk meneruskan karier kerana industri hiburan tempatan sekarang ini lebih terbuka.
Mengenai perkembangannya Eja baharu selesai menjalani penggambaran filem Tembus,arahan Ahmad Idham dan Manisnya Cinta (Bernard Chauly).
Malah Eja juga bakal mengacarakan sebuah program televisyen mengenai isu wanita dan berhajat mengarah sebuah filem pendek tidak lama lagi.

Wednesday, 18 September 2013

Nad Zainal Akui Tinggal Serumah Dengan Kekasih


Bergelar seorang pelakon bukan seindah yang digambarkan kerana setiap gerak geri pasti sahaja diperhatikan oleh setiap mata. Malah gosip bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia glamor ini. Terbaru, Den didakwa duduk sebumbung dengan teman lelakinya , Azman Kombos.

Nad Zainal Nafi Tinggal Serumah Dengan Kekasih?
Kata sumber, kekasih heroin drama Kampung Girl ini dilihat sering bertandang ke kediamannya di Ampang, Selangor.
“Mengucap panjang saya apabila dapat tahu perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya tidak pernah melakukan perkara terkutuk seperti yang didakwa.”
“Saya tidak nafikan yang Azman memang datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah. Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang,” ujarnya.
Tambah Nad, dakwaan tersebut timbul mungkin orang sering terlihat zman ke rumah pada lewat malam.
“Mungkin orang berkata begitu kerana terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam . Kebiasaannya dia menghantar saya pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada penggambaran,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nad menegaskan perkara negatif seumpama itu tidak akan dan tidak pernah berlaku kerana dia tinggal dengan keluarga.

Wednesday, 4 September 2013

Penyanyi FaraWahida Sebenarnya Dah ‘Lunyai’?

Julfekar atau nama penuhnya Julfekar Ahmad Shah seorang komposer dan penulis lirik pernah menjadi pengurus Farawahida selama lima tahun dan tiba-tiba tercetus perbalahan antara mereka sehingga timbul kes ancaman dan ugutan berlarutan ke mahkamah. Kini Farawahida menguruskan kerjaya seninya sendiri sementara Julfekar pula menguruskan kerjaya seni Min Yasmin.




Kalau anda tidak tahu, sebelum ini Farawahida pernah membuat laporan polis apabila Julfekar mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah miliknya. Namun itu semua kisah lama. Farawahida pun dah nak kahwin dah tak lama lagi. Peliknya ada status Facebook yang dikemaskini oleh Julfekar yang seolah-olah menyindir Farawahida.



Hmmm. Walaupun nama si LUNYAI tersebut tidak ditulis oleh Julfekar, orang dalam industri hiburan dapat mengagak ia ditujukan kepada Farawahida. Tak tahulah betul atau tidak.

Dakwaan Skandal Dengan Isteri Orang, Adi Putra Disiasat Polis


Ini satu berita yang amat mengejutkan. Memang sukar untuk dipercayai. Adi Putra kini di bawah siasatan polis selepas seorang lelaki mendakwa pelakon ini melakukan skandal dengan isterinya. Si suami mendakwa hubungan mereka berdua bermula sejak hujung bulan Julai dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
skandal adi putra
Menurut dakwaan, pada mulanya Adi Putra dan si isteri hanya sekadar berbalas mesej cinta sebelum bertambah berani sehingga memberikan mesej dan bertukar gambar lucah menerusi WhatsApp. Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan Adi Putra dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.
adi putra
Namun begitu, Adi Putra juga turut sama telah membuat laporan polis terhadap si suami kerana menerima ugutan yang boleh mengganggu keselamatan dirinya dan keluarga. Kes masih lagi disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan) dengan kerjasama sepenuhnya daripada Adi Putra.
adi putra

Monday, 26 August 2013

BiPop dakwa Zarina Anjoulie pernah kahwin lelaki tua



BiPop dakwa Zarina Anjoulie pernah kahwin lelaki tua - Sudah menjadi rutin mingguan bagi Kak Pora untuk menulis gosip-gosip panas dan kontroversi menerusiMajalah Bipop yang diterbitkan setiap hari Ahad.

Semalam, penulis itu tampil dengan cerita terbaru yang mendakwa selebriti seksi, Zarina Anjoulie Lavocah pernah berkahwin dengan seorang lelaki tua. Bagaimanapun, menurut Kak Pora, perkahwinan itu tidak bertahan lama dan mereka berpisah dengan haluan masing-masing.

Apa yang menarik di sebalik perkahwinan Zarina itu, ianya berlangsung pada ketika dia sudah bergelar artis dan sedang dilanda kontroversi mengambil dadah. Samada benar atau tidak dakwaan Kak Pora ini, lebih baik kita tunggu sahaja penjelasan sendiri daripada empunya badan.

Gambar sekitar pertunangan Syanie Hisham dan Nadi Putera



Gambar sekitar pertunangan Syanie Hisham dan Nadi Putera - Tahniah kepada Syanie Hisham yang selamat bertunang dengan Nadi Putera Mohd. Zainol pada 10 Ogos lalu di rumah pelakon terkenal itu di Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini, Syanie pernah berkahwin pada 2002 namun rumahtangga yang dibina tidak bertahan lama. Apapun, kehadiran si jejaka bernama Nadi Putera telah berjaya membuka hati pelakon bertubuh besar itu untuk kembali bergelar isteri selepas 11 tahun hidup menjanda.

Di bawah ini ialah beberapa keping gambar menarik sekitar pertunangan Syanie Hisham dan Nadi Putera. Memang cukup romantik dan menakjubkan.




Panas | Mulut Penyampai Anugerah Wanita ABPBH Bau Arak?


ABPBH, arak, artis, hiburan

Betul ke atau pun hanya gossip?

Untuk 48 jam selepas majlis anugerah ini berlangsung, apa sahaja yang berkaitan & menarik akan menjadi topik perbualan ramai.

Fara Fauzana pagi tadi ada menyebut tentang salah seorang penyampai anugerah wanita berbau arak mulutnya.

Kami tidak dengar radio pagi tadi & in fact sangat jarang mendengar radio sekarang ini maka tidak dapat memberi kepastian samada benar atau tidak kenyataan tersebut keluar dari mulut Fara Fauzana sendiri.

Jika benar kenyataan tersebut, sebenarnya ramai pada malam tersebut yang berpotensi untuk berbau arak. Maklumlah berada di Genting Highland, kota penuh keriangan.

Namun jika Fara Fauzana sedar akan hal ini ketika menerima anugerah, maka shortlist kita adalah Tengku Marian (Kak Yong), Scha al-Yahya & Ummi Nazeera.

Harapnya apa yang Fara Fauzana katakan hanya gossip semata kerana selebriti sendiri boleh fikir, janganlah minum jika mahu datang ke majlis penuh dengan orang ramai & wartawan. Ini era internet, bahaya.
- See more at: http://perihalnegara.blogspot.com/2013/08/panas-mulut-penyampai-anugerah-wanita.html#sthash.Jt80pG0K.dpuf

Saturday, 24 August 2013

Pertemuan Mira Sofea



CHACHA (kiri), Ryzal dan Sharnaaz bergabung untuk menghidupkan drama bersiri Mira Sofea.


TIGA pelakon ini mempunyai fasa yang berbeza dalam industri seni lakonan. Sharnaaz Ahmad sudah mempunyai tempat yang selesa. Dia dilihat sebagai seorang aktor yang mempunyai cara lakonan yang tersendiri malah konsisten dalam setiap persembahannya. Walaupun pernah dihimpit kisah peribadi, khalayak tetap setia menjadi penonton untuk menyaksikan keterampilannya sebagai aktor yang tidak pernah gagal dalam lakonan.
Pelakon Ryzal Jaafar pula sudah agak lama dalam dunia seni lakon namun, dia sendiri mengaku belum sampai ke satu titik yang membuatkan namanya cukup besar sebagai dramatis mahupun aktor. Mungkin kerana sering diberikan watak baik, bakat Ryzal umpama bagai dipenjara.
Aktres muda, Chacha Maembong juga masih mentah dan baharu dalam seni persembahannya. Namun, kali ini dia mendapat kepercayaan Along Kamaruddin sebagai sutradara untuk membawakan watak utama dalam drama Mira Sofea. Drama itu menggabungkan tiga pelakon ini dalam satu 'pentas' dan akan ke ditayangkan bermula esok pada pukul 5 petang di Astro Prima (Saluran 105).
Kisah cinta, kekeluargaan dan manusia yang hidup dalam perasaan hasad dengki dipamerkan dalam drama yang akan ditayangkan sebanyak 24 episod ini. Selain berbicara mengenai drama di bawah Orangetree Production Sdn. Bhd., ini, ketiga-tiga pelakon itu turut berkongsi pandangan tentang 'demam' drama tempatan yang mendapat sambutan hebat daripada penonton tempatan.
Terangkan tentang watak kalian dalam drama Mira Sofia ini?
SHARNAAZ AHMAD (SA): Saya membawakan watak Ryan yang merupakan anak taukeh ikan bilis berjaya sehingga menyebabkan dia menjadi lelaki yang mementingkan diri. Ryan gemar menghabiskan duit keluarga dan pada masa yang sama, dia gilakan Mira. Dia menggunakan segala taktik dan cara untuk mendapatkan Mira. Dia juga angkuh, suka ambil kesempatan, tidak boleh terima jawapan 'tidak' serta akan menggunakan orang lain untuk mencapai impiannya.
CHACHA MAEMBONG (CM): Saya membawakan watak Mira yang merupakan seorang pelajar kelas masakan di kolej. Dia merupakan seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Dia rapat dan terlalu sayangkan ibunya. Mira juga digilai Ryan dan akibat menolak pinangan Ryan dia menerima pelbagai masalah dan mendapat nasib buruk sebelum bertemu kebahagiaan. Dia seorang yang tabah.
RYZAL JAAFAR (RJ): Saya membawakan watak Azlan yang pulang bekerja di luar negara. Dia merupakan seorang lelaki yang baik, penyayang, tekun, menghormati orang tua dan kuat pegangan agama.
RYZAL mengajak para peminatnya mengikuti perkembangan seninya melalui laman Instagramnya dengan menggunakan nama Ryzal_Jaafar.


SA: Melihatkan pelakon yang hebat-hebat dan arahan Along, saya dengar dia pantang kalau pelakon tidak ikut skrip yang diberikan. Saya jenis tidak ikut skrip tapi, dia boleh terima cara saya.
CM: Bagi saya, lakonan untuk kali ini paling susah kerana kali pertama membawakan watak utama bersama-sama beberapa pelakon yang hebat. Saya membawakan watak yang berat dan perlu mempamerkan pelbagai emosi seperti sedih, menangis dan lari dari rumah. Walaupun saya sudah lama bermula dalam bidang lakonan, pada hakikatnya, saya masih belajar. Cabaran paling besar ialah adegan pergaduhan dan apa sahaja yang melibatkan Sharnaaz.
RJ: Boleh saya katakan bahawa watak kali ini tidaklah mencabar sangat kerana saya masih membawakan watak baik.
Adakah anda cenderung untuk membawakan baik atau jahat?
SA: Watak jahat bagi saya membosankan. Itu sebabnya saya suntik unsur lawak dalam watak jahat yang saya bawakan kini. Tidaklah tertekan sangat. Tetapi, sebenarnya kalau diberikan watak jahat, biarlah jahat yang ekstrem. Barulah puas untuk saya lakonkan. Saya sebenarnya pernah membawakan watak baik iaitu dalam drama Cinta Mukhlis. Memang feel saya membawakan watak itu kerana jiwa saya tengah kacau.
RJ: Kebanyakannya memang watak baik pun yang saya bawakan. Kalau boleh, memang saya mahukan cabaran lain. Mungkin kerana wajah, saya mendapat lebih banyak watak protagonis. Saya tidak menolak malah menerima dan melakonkannya dengan sebaik mungkin.
Sharnaaz, anda mengatakan tidak terlalu terikat dengan skrip dan akan membuat skrip sendiri. Kenapa?
SA: Bukan sepenuhnya tidak ikut skrip. Tetapi, atas olahan saya. Saya memberikan penambahbaikan ke arah kebaikan dan isi kandungannya masih sama. Semua pengarah filem lakonan saya dapat menerima cara saya bekerja.
DRAMA bersiri Mira Sofea menyaksikan penampilan pertama Chacha sebagai pelakon utama dengan membawakan watak beremosi yang berat.


Cabaran untuk lakonan kali ini?
Bagaimana kalian melihat peningkatan populariti dan penonton dalam industri drama akhir-akhir ini?
SA: Secara jujurnya, saya melihat di Malaysia, industri kita memang mengalami lambakan pelakon baharu baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi, kita masih hidup dalam budaya lama iaitu cenderung kepada yang popular sahaja. Yang tidak atau belum mempunyai suntikan glamor dan popular tidak diberi ruang serta peluang. Ramai pelakon baharu yang berbakat besar tidak mendapat peluang. Saya rasa mereka perlu diberi peluang.
RJ: Saya setuju dengan pernyataan tersebut kerana jika kita lihat, sejak akhir-akhir ini drama Melayu tempatan memang mendapat sambutan dengan jumlah penonton yang tinggi. Contohnya, drama lakonan saya, Setia Hujung Nyawa yang berjaya mencapai empat juta penonton. Malah, penonton memberikan respons yang sangat bagus sehingga terbawa-bawa dengan lakonan aktor atau aktres. Mereka akan meluahkan rasa geram, sedih, suka atau simpati sebagai tanda apresiasi mereka terhadap lakonan kita.
Apakah faktor yang membuatkan drama tempatan kini diterima dengan meriah oleh penonton?
SA: Saya melihat faktor ini cenderung kepada peningkatan mutu lakonan malah para pengarah baharu juga sudah maju ke hadapan. Bukan bermaksud saya menyatakan sutradara lama tidak begitu cuma mereka sudah mempunyai ideologi masing-masing. Jalan cerita juga penting. Industri sudah mempunyai persaingan yang sihat yang membuatkan pelakon dan pengarah melakukan yang terbaik untuk hasil yang bagus.
RJ: Pandangan saya, jalan cerita dan pelakon itu sendiri. Stail drama baharu lebih kepada adaptasi novel dan penonton ternyata menggemarinya. Jalan cerita lebih segar dan tidak terlampau berbentuk drama Melayu.
SHARNAAZ mengaku gemar membawakan watak jahat apabila ditambah dengan rencah humor, wataknya yang akan menceriakan penonton.


Bagaimana pula kalian melihat fenomena kecenderungan stesen televisyen memilih wajah dramatis mereka sendiri?
SA: Saya berharap biarlah pemilihan tersebut dibuat berdasarkan kredibiliti. Kalau pelakon lama, kita sudah tahu kebolehan mereka tetapi tidak untuk pelakon baharu. Boleh kalau ingin memilih tetapi tidaklah sepanjang masa. Kasihan dengan pelakon baharu yang namanya ditolak tanpa diberi peluang. Kita sama-sama cari makan dalam industri dan biarlah adil. Dulu, saya berdepan dengan situasi ini tetapi selepas filem dan drama saya keluar, saya diberi kepercayaan oleh pihak stesen televisyen.
RJ: Itu yang berlaku sekarang, pelakon-pelakon memang takut dengan keadaan ini. Yang jadi kegemaran memang akan berasa seronok dan sebaliknya. Saya berasa kasihan dengan situasi ini dan kita memang sudah maklum bahawa stesen televisyen memang mementingkan rating. Itulah sebabnya ada faktor pemilihan wajah-wajah yang sama dalam banyak produk atau naskhah drama. Bagi saya, sepanjang perjalanan saya sebagai pelakon, daripada mula sudah okey dan telah pun mendapat kepercayaan.

Fathia lebarkan sayap di Uzbekistan


FATHIA menggayakan kostum rekaan Albert King ketika sesi fotografi di Samarkand, Uzbekistan.



PENDIRIAN Nur Fathia Abd. Latiff dan Aiman Hakim Ridza Abdoh untuk tidak mengesahkan gosip percintaan mereka sebenarnya menjadikan nama dua pelakon muda itu semakin 'panas.'
Nama Fathia, 25, dan Aiman, 24, mula dikaitkan apabila sebuah blog gosip mendakwa mereka berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 April lalu.
Biarpun sudah pelbagai jawapan diberikan Fathia bagi menafikan gosip tersebut, isu berkenaan masih disebut-sebut dan seolah-olah ia seperti kelihatan benar-benar bercinta.
Namun, menerusi drama bersiri berjudul Diandra yang kini hangat ditayangkan di TV3 pada setiap Selasa, pukul 9 malam menerusi slot Lestary, mereka sememangnya berlakon sebagai pasangan yang saling bercinta.
Mula ditayangkan pada 20 Ogos lalu, naskhah tersebut menampilkan Fathia sebagai Diandra, seorang gadis lasak yang menjadi pengawal peribadi kepada seorang pelakon terkenal yang berlagak iaitu Adam Fahmi, lakonan Aiman. Mereka akhirnya saling jatuh cinta.
Menjawab persoalan tentang kenapa sukar sangat untuk dia mengaku bercinta dengan Aiman, ujar Fathia: "Saya tak mahu kalau banyak gosip cinta akan menyebabkan saya digelar artis sensasi sedangkan karier (lakonan) tidak ke mana.
"Biarlah buat masa ini, cukup saya katakan bahawa diri ini dan Aiman serasi bersama dan masih dalam peringkat mengenali hati budi."

FATHIA bergambar kenangan bersama beberapa pemuda Uzbekistan lengkap dengan kostum pahlawan negara itu.



Jimmy Choo
Bukan sekadar cakap-cakap kosong, Fathia telah membuat perancangan untuk membuat anjakan bagi menjadi insan seni yang lebih berkaliber.
Misi Fathia itu bakal menghubungkan budaya dan kesenian antara Malaysia dan Republik Uzbekistan.
Pada bulan Oktober ini, Fathia dijadual menjejakkan kaki buat kali kedua di Uzbekistan. Kedatangannya kali ini memikul tanggungjawab yang cukup besar.
"Uzbekistan menganjurkan pelbagai acara berkaitan seni sepanjang bulan Oktober.
"Saya dijadualkan ke sana bermula 22 hingga 27 Oktober bagi menghadiri Festival Filem Antarabangsa Tashkent 2013 dan Pertunjukan Fesyen Style.uz 2013 yang diadakan bersempena Minggu Fesyen Uzbekistan pada tahun ini.
"Jika tiada aral melintang, saya akan menjadi salah seorang penyampai anugerah pada festival filem mega tersebut.
"Pada pertunjukan Style.uz 2013, saya akan muncul sebagai model bagi memperaga busana rekaan pereka fesyen ternama Malaysia, Albert King yang dilengkapi aksesori eksklusif jenama tersohor, Rafflesia.
"Fathia dan Albert umpama wakil delegasi Malaysia pada Style.uz yang pada setiap tahun dihadiri oleh delegasi dari pelbagai negara.
"Antara yang pernah menyertai Style.uz termasuklah jenama-jenama terkenal seperti Hugo Boss dan Versace.
"Selebriti bertaraf dunia yang pernah menghadiri Style.uz termasuklah bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan bintang legenda, Sting," tutur Fathia.
Tambahnya: "Melengkapkan wakil delegasi Malaysia sebagai tetamu kenamaan Style.uz tahun ini ialah pereka kasut bertaraf dunia, Datuk Jimmy Choo yang sudah mengesahkan kehadirannya."

GULNARA KARIMOVA (tengah) merupakan kunci kepada kemajuan tentang aspek seni dan budaya di Uzbekistan.



Anak presiden
Ditanya bagaimanakah dia meraih peluang keemasan tersebut yang berpotensi melebarkan popularitinya di Uzbekistan, Fathia memberitahu, ia ekoran kunjungan kali pertamanya ke sana pada April lepas.
Kehadiran Fathia ketika itu disambut oleh bukan calang-calang orang tetapi Gulnara Karimova iaitu anak sulung kepada Presiden Uzbekistan, Islam Karimov.
"Pada awal Mei lalu, saya terbang ke Uzbekistan buat kali pertama selama enam hari yang dibawakan oleh pemilik Rafflesia, Sin Cheong Loong dan Winnie Sin.
"Kami menghadiri acara seni yang dikenali sebagai Festival Arslar Sadorsi 2013," ujarnya yang telah dibawa melawat ke beberapa buah bandar di Uzbekistan seperti Samarkand, Tashkent, Bukhara dan Navoi dengan menaiki jet peribadi milik kerajaan negara itu.
Ujar Fathia, dia mengalami pengalaman baharu yang sangat hebat di negara yang kaya dengan nilai budaya tersebut.
"Saya sangat kagum kerana nilai dan tradisi lama di Uzbekistan begitu terpelihara dan dipandang tinggi.
"Malah, ia diangkat menjadi sesuatu yang sangat hebat dan menarik menerusi festival dan seumpamanya sehingga menimbulkan rasa kagum masyarakat luar Uzbekistan," katanya.
Apa yang menarik, kunjungan Fathia ke negara tersebut lebih bermakna apabila dia meraih peluang untuk muncul dalam majalah terkenal Uzbekistan, Bella Terra edisi Julai tahun ini.
"Saya berpeluang menjalani sesi fotografi untuk enam muka surat majalah Bella Terra dengan menggayakan enam kostum moden rekaan Albert King serta perhiasan koleksi eksklusif Rafflesia.
"Walaupun agak meletihkan kerana mula disolek pada pukul 3 pagi, saya berasa puas kerana bukan mudah untuk meraih peluang tersebut," ujar Fathia penuh teruja.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2cwgoPQoQ 
Hakcipta terpelihara 

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More