Wednesday 12 June 2013

BUDAK CINA SUKA PAKAI TUDUNG KE TADIKA | SEBAB COMEL DAN CANTIK


Tahniah Kepada Adik Lee Jing Hwa Berumur 7 Tahun Ini


SEBAB COMEL DAN CANTIK
SAYA TERTARIK UNTUK MEMAKAI TUDUNG APABILA MELIHAT RAKAN YANG BERTUDUNG KELIHATAN CANTIK,
SOPAN SERTA TIDAK PERLU MENDANDAN RAMBUT YANG PASTI MENGAMBIL MASA LAMA,” KATA LEE JING HWA, 7, YANG MENCURI TUMPUAN APABILA MEMAKAI TUDUNG KETIKA MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR TAHUN SATU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENGAH, MANIR, DI SINI, SEMALAM.
JING HWA, SATU-SATUNYA PELAJAR BERKETURUNAN CINA DI SEKOLAH ITU, HADIR KE SEKOLAH DENGAN BERBAJU KURUNG DAN KELIHATAN TIDAK KEKOK MEMAKAI TUDUNG SEPERTI PELAJAR PEREMPUAN ISLAM.
BAPANYA, LEE CHEE PENG, 50, BERKATA, ANAK PEREMPUANNYA ITU MULA MEMAKAI TUDUNG SEJAK BERUSIA LIMA TAHUN KETIKA BELAJAR DI TADIKA KEMAS BERHAMPIRAN RUMAHNYA DI TAMAN SRI MANIR.
MENURUTNYA, WALAUPUN ADA TADIKA CINA DEKAT RUMAHNYA, DIA MEMILIH MENGHANTAR ANAKNYA ITU KE TADIKA KEMAS BAGI MEMBOLEHKANNYA BERGAUL DENGAN KANAK-KANAK MELAYU.
“SAYA MAHU DIA MENGALAMI PERSEKITARAN BERBEZA DAN BERCAMPUR DENGAN RAKAN DARI BANGSA LAIN MEMANDANGKAN NEGARA KITA BERBILANG KAUM.
“GURU DI TADIKA TIDAK MEMAKSANYA MEMAKAI TUDUNG, MALAH MEMBENARKAN DIA MEMAKAI GAUN, TETAPI DIA LEBIH SUKA PAKAI BAJU KURUNG DAN BERTUDUNG KERANA BAGINYA NAMPAK LEBIH COMEL,” KATANYA YANG TIDAK KISAH DENGAN PENAMPILAN ANAK KELIMA DARIPADA ENAM BERADIK ITU.
MENURUTNYA, SEMUA ANAKNYA BELAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUPAYA MEREKA MENGUASAI BAHASA KEBANGSAAN MENERUSI PERGAULAN DENGAN RAKAN MELAYU.
“BAGI MEMPELAJARI BAHASA CINA, SAYA MENGHANTAR MEREKA KE KELAS TAMBAHAN.
“SEBELUM INI, RAMAI RAKAN TERMASUK KELUARGA MEMPERTIKAIKAN KEPUTUSAN SAYA MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH KEBANGSAAN, TETAPI AKHIRNYA MEREKA FAHAM DAN KAGUM KERANA SEMUA ANAK SAYA TERMASUK JING HWA DAPAT BERCAKAP BAHASA MELAYU DAN CINA DENGAN BAIK,” KATANYA.

Tak sama dengan pemikiran  Wanita melayu islam sekarang padahal berumur Lebih tua dari budak tadika serta  berpangkat  dari Kakak,Emak Serta Nenek zaman Namun masih membuka aurat mereka dan tak suka memakai tudung sebab mereka anggap cantik bila tak pakai tudung serta mendedahkan aurat serta memakai pakaian seksi
,Meraka rasa kalau Tak pakai tudung dan seksi mereka lebih menyerlah dan Mudah untuk dijadikan perhatian ramai,,
Budak  tadika pun berfikiran lebih baik Dari orang tua sekarang ni kan ...?
P/s: Tahniah dan Kagum dengan  Adik  Lee Jing Hwa, 7 tahun  walaupun masih kecil dan Berbangsa cina adik ni suka memakai tudung dan Mengaku kelihatan cantik apabila memakai tudung serta kat sini kita boleh nampak permikiran adik ni lebih baik berbanding pemikiran Wanita kita zaman sekarang ,,,

Wajah terkini generasi ke tujuh Mahsuri


wan-aishah
Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri,
Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung.
Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas.
Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan.
Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.
Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.
Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.
Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.
Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

Wan Aishah Nawawi

Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.
Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.
Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.

NGERI!!! FOTO KEMALANGAN MOTOSIKAL DI CHINA ..


2013-01-03_232826FOTO2 ngeri akibat kemalangan jalan raya di china,,
adoiyai  jadikan pengajaran  supaya kita memandu dengan lebih berhati2 , ingat orang tersayang

Artis Ini, Dulu Terbaik Sekarang ' Artis Terburuk Tahun Ini'. Mengapa?



Cecilia Cheung
Cecilia Cheung

HALAMAN HIBURAN

HONG KONG -- Cecilia Cheung (32 tahun) mendapat penghargaan dalam 'Hong Kong Film Awards 2013.' Rupanya, penghargaan yang disabitnya adalah 'Aktris Terburuk Tahun Ini'. Penghargaan ini sangat kontras dengan penghargaan ketika dia berusia 23 tahun dulu, iaitu menjadi Aktris Terbaik pada penghargaan yang sama.

Mengapa?

Anehnya, perubahan drastis dalam kariernya itu sama sekali tidak menganggu Cecilia. Mantan isteri Nicholas Tse ini mengungkapkan pemikirannya atas penghargaan tersebut dalam sebuah kesempatan.

"Aku fikir kita dapat belajar bagaimana harus bersyukur dalam kegagalan. Sebab, aku percaya Tuhan selalu memberikan kita yang terbaik, namun Dia juga punya hak memberikan kita yang terburuk. Sedangkan tugas kita adalah belajar bagaimana menerima yang baik dan yang buruk itu," kata Cecilia seperti dilapor dari Apple Daily, Rabu (12/6).

Gelar Aktris Terburuk untuk Cecilia itu dipicu sejak aktris cantik ini melahirkan dua orang puteranya, Quintus Tse dan Lucas Tse yang selalu menjadi sorotan media. Wartawan dan paparazzi selalu mengikuti kemana pun mereka keluar, seperti pergi berjalan-jalan, ke sekolah, bahkan dalam acara liburan keluarga.

Dalam pengamatan itu, Cecilia dinilai tidak mengurus anaknya dengan baik. Misalnya, sudah tahu puteranya menderita asma namun Cecilia masih terus saja memelihara banyak anjing di rumah. Cecilia juga seolah tak mengindahkan pendidikan puteranya di sekolah dan terus saja membawa kemana pun puteranya pergi bersamanya, meskipun itu adalah masa sekolah.

Cecilia pun sempat mengungkapkan kekesalannya kepada paparazzi Hong Kong.
"Jika mereka tidak melepaskan anak-anakku, aku mungkin akan memindahkan anak-anakku dari kota ini demi memberi mereka ketenangan berpendidikan lebih baik," ujar Cecilia. (IH)

Gempar!!! (Gambar2) Ombak Setinggi 3.5 Meter Membadai Kawasan Padang Kota Di Pulau Pinang



Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,"katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

"Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini," katanya.


Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.

"Ikan-ikan kecil terutamanya akan berenang tidak menentu dan akan terperangkap di benteng di Padang Kota Lama. Selain boleh berkumpul dengan kawan sambil memancing dapat pula tangkap banyak ikan dan tak perlu beli lagi," katanya.

Rahsia Masjid Nabi Yang Di Sembunyikan


ismanusa
Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan

Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan - dalam petak merah
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai
Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku

http://www.islamiclandmarks.com
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi

Lebih Sejuta Barangan Tiruan Dimusnahkan



Pihak berkuasa Perancis memusnahkan lebih sejuta barangan tiruan termasuk beg palsu Hermes dan minyak wangi berjenama dalam satu operasi yang diadakan di seluruh negara itu kelmarin.


Menteri Perdagangan, Nicole Bricq menyifatkan kegiatan itu sebagai jenayah ekonomi yang melibatkan semua sektor, memusnahkan kerjaya dan mengancam pengguna.Bricq turut menghadiri salah satu sesi pelupusan yang diadakan di Chilly-Mazarin, barat Paris.

Bricq berkata, pembuat barangan tiruan mengakibatkan kerugian besar kepada ekonomi Perancis sehingga enam bilion euro (RM25.1 billion) setiap tahun.Barangan tiruan itu turut dimusnahkan di beberapa bandar utama seperti Marseille, Bordeaux, Lyon dan Rouen.
Antara barangan yang dimusnahkan ialah produk jenama terkenal seperti Dolce&Gabbana, Dior, Lacoste, jam tangan Rolex, kasut, telefon dan permainan.Pegawai Perancis memberitahu, hampir 70 peratus daripada produk tiruan itu dibawa masuk dari Asia dan kira-kira satu pertiga daripadanya telah dibeli menerusi jualan di internet. -Kosmo 

WULAN GURITNO PERNAH MENGANDUNG SEBELUM KAHWIN


Wulan Lorraine Guritnoartis kelahiran LondonEngland14 April 1980 yang sekarang menetap di Malaysia iniadalah seorang pemain sinetronmodelsekalligus pelakon filem Indonesia .. Wulan adalah campuran dariJawa - Inggeris. Beliau adalah salah seorang juri bagi program tv di Astro, Maharaja Lawak Mega 2012. Mesti ramai nak tahu latar belakang Wulan ni kan? Jom tengok..




Wulan Guritno memulakan kerjayanya ketika berusia 21 tahun, tahun 2001 apabila dia menjadi presenterHighlight liga Italia, acara bola sepak yang kerap menghiburkan penonton di rumahPada usia 13 tahun, diasudah menjalin hubungan dengan Attila Syachnamun kerana harus bersekolah di London selama tiga tahunmaka hubungan itu pun berakhirtetapi setelah kembali ke Malaysia Wulan menjalin kasih kembali bersamaAttila Syach.

Namun, kerana dikhabarkan hamil di luar nikah akhirnya Wulan berkahwin dengan Attila Syach dan mempunyaianak perempuan bernama Shaloom Syach RazadeeSetelah beberapa tahun berkahwin akhirnya mereka ceraijugaWulan menuduh suaminya selain tidak pernah memberi nafkah pada keluargajuga mempunyai sifatkasar dan temperamental dan sering berbuat kasar.

   




Kes makin teruk ketika Attila dapat menangkap Nugie bersama Wulan di dalam bilik tidur namun Wulanmengaku tidak punya hubungan apapun dengan NugieKetika itu ia mengaku sedang belajar menyanyi dalamNugie dalam usahanya menjadi penyanyi rakaman.

Kontroversi lagi-lagi menimpa Wulan ketika ia membawa anaknyaSyaloom dari rumah suaminyaMemangpada saat itu mahkamah belum memutuskan siapa yang berhak atas SyaloomKeretanya dikejar oleh adikkandung dan anak saudara Atilla yang menyebabkan kemalangan pada kereta yang ditumpangi Wulan

Sempat berkeinginan menjadi seorang calon pada pusingan Pilihan raya 2009namun cita-cita ini terkandas.Hal ini disebabkan masalah ijazah milik Wulan yang dianggap palsuMeski telah melakukan penjelasanbahawa ijazah miliknya adalah aslinamun pada akhirnya kekasih Adilla Dimitri ini memilih untuk berundur daripencalonan

Setelah bercerai dengan suami pertamanya, Wulan bernikah untuk yang kedua kali pada 27 Mac 2009Ia rasmimelepaskan status jandanya dengan dinikahi oleh AdillaAkad nikah dilaksanakan di rumah WulanDalamakad nikah tersebut Adilla menyerahkan mas kahwin berupa seperangkat alat solatUntuk resepsi perkahwinandiadakan pada bulan April 2009.

Wulan bersama suami keduanya, Adilla.


Tarikh 8 Julai 2010 Wulan melahirkan anak kedua iaitu London Abigail Dimitridari pasangannya Adilla.





Ketika melahirkan anak keduanya


Wulan dengan anak sulung
Wulan dengan anak perempuan kedua, London Abigail
Wulan dengan anak ketiga, Jeremiah
Jeremiah Alric Dimitri, anak ketiganya seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan bersalin normal pada 19/11/2011. 

Selain Kehidupan peribadi nyaWulan di dunia entertainment juga cukup terkenal dengan membintangibeberapa filemsinetron, model video klipdan presenter TV.

Beberapa filem yang pernah dibintanginya adalah Janji JoniKejar JakartaNaga Bonar Jadi 2Suster N,Otomatis Romantisdan Love .... Selain FilemArtis yang satu ini juga sempat membintangi beberapa judulsinetron diantaranya 3 ½ Wanitaapa kata hatikuBila Esok TibaBorobudurtutur tinulardan masih banyakyang lain.

Anugerah terbaru yang dimenangi oleh Wulan Guritno adalah Most Favourite Actress di Indonesia Movie Award untuk lakonannya dalam filem 'Dilema' arahan suaminya Adila Dimitri. 

-BIODATA-
Nama LengkapWulan Lorraine Guritno
Nama PanggilanWulan Guritno
TTLLondon14 April 1980
Nama SuamiAttila Syach (cerai)

                     Adilla Dimitri 2009 - sehingga kini
Nama AnakSyaloom Syach Razade,

                    London Abigail,
                    Jeremiah Aldric, 
Pendidikan terkiniTaliaconti Academy of Teater Art London
ZodiakAries
Tinggi badan168 cm
HobiShoppingJalan bersama Shaloom
Buku PilihanThe Famous
Filem PilihanThe Famous
Music PilihanThe Famous
Tv Show PilihanSimpleFundan educated

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More