Wednesday, 12 June 2013

HOT: Bomoh Kiram III Akan Ditangkap, Habislah Dalang Lahad Datu KANTOI Sudah!




Ketua kumpulan pengganas dari Filipina, Jamalul Kiram III serta pengikutnya 

dijangka diberkas dalam tempoh terdekat selepas Biro Siasatan Antarabangsa 
(NBI) Filipina mengemukakan laporan siasatan insiden pencerobohan di Lahad 
Datu dan Semporna, Sabah kepada Kementerian Kehakiman negara tersebut 
baru-baru ini.

Dalam laporan siasatan tersebut, turut dilampirkan adalah cadangan untuk 

menangkap dan mendakwa ketua pengganas itu bersama 38 pengikutnya 
yang meloloskan diri dalam operasi pihak berkuasa Filipina di Kepulauan 
Tawi-tawi bulan lalu.

Menurut sumber, antara perkembangan terbaru yang diterima pihak berkuasa 

Malaysia ialah laporan siasatan telah diserahkan kepada kementerian terlibat di 
negara itu yang akan bertanggungjawab mendakwa dan menjatuhkan hukuman 
ke atas mereka.

"Mereka dikatakan akan dikenakan tiga tuduhan iaitu melancarkan perang ke 

atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa 
senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, 
Filipina dalam proses kempen pilihan raya," katanya kepada Utusan Malaysia 
hari ini.

Sumber berkata, siasatan yang dijalankan pihak berkuasa negara itu berjaya 

mendedahkan pencerobohan Lahad Datu dan Semporna oleh pengganas Kiram 
sebenarnya telah dirancang beberapa bulan sebelum mereka mendarat di perairan 
pantai timur Sabah pada Februari lalu.

"Menurut pihak berkuasa Filipina, rancangan pencerobohan berdarah itu telah 

mula diatur sejak November lalu sebelum hampir 200 ahli kumpulan pengganas 
mendarat di perairan Sabah," katanya.

Sumber turut memberitahu, dalam waktu sama pihak berkuasa negara itu sedang 

giat memburu adik Kiram iaitu Agbimuddin Kiram yang kini dikesan bersembunyi 
di kepulauan di Filipina.

Tambahnya, pihak Filipina juga bersedia untuk menyerahkan Agbimuddin kepada 

pihak berkuasa Malaysia untuk dibicarakan di sini manakala abangnya, Jamalul 
Kiram III akan menjalani perbicaraan dan hukuman di Filipina.

Menurut beliau, berita mengenai permohonan tangkapan Jamalul Kiram III akan 

memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang marah dengan perbuatan zalim dilakukan oleh kumpulan itu.

Dalam pada itu, media Filipina hari ini melaporkan kerajaan negara itu akan 

mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung keputusan sama ada pengganas 
Kiram akan diekstradisi ke Malaysia untuk menjalani hukuman di negara ini atau sebaliknya. - Utusan

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More