Kebanjiran terlalu ramai pendatang asing dan pelawat dari negara luar ke Malaysia
banyak mengundang masalah kepada rakyat dan negara. Ada yang mengatakan ini
berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab agensi pekerja asing yang membawa
masuk mereka ke negara ini.
Bagaimana pula dengan pelancong asing yang masuk ke Malaysia yang ada di antara
mereka ingin memperluaskan kegiatan jenayah mereka? Persoalannya bagaimana mereka
ini boleh LOLOS dengan begitu saja?
Banyak kita lihat di dada akhbar memberikan berita tentang kemasukan mereka ini
dengan menggunakan pas lawatan sosial dan akhirnya kegiatan lain mereka buat.
Pelik juga proses yang mereka buat untuk memasuki Malaysia macam kacang saja.
Kalau macam tu bagaimana pula dengan pelancong lain yang ingin ke Malaysia dengan
tujuan makan angin?
GR agak berasa pelik, apa tugas Dato' KP Imigresen dan juga DS KSU KDN. Tiadakah
tindakan susulan dari pihak atasan ini kepada anak buah mereka. Soal keselamatan
negara harus diambil berat kerana ia melibatkan negara dan juga rakyat. Perkara ini
sudah semakin menjadi sejak akhir-akhirnya ini dan usah lagi asyik berikan amaran,
lama-lama orang NAIK LEMAK. Betul tak?
GR berasa kesal bila baca keratan di Berita Harian semalam, seorang pelancong Jepun
yang mempunyai rekod jenayah boleh lepas masuk Malaysia macam tu saja. Baca
DISINI
Berpandukan maklumat daripada pasport milik Nobuhiro, dia
dilaporkan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 Mac lalu dan keluar
semula pada 18 April lalu, namun tiada sebarang cop atau daftar
masuk semula direkodkan daripada pasport miliknya. - BH
Persoalannya macam mana mereka ini boleh BOLOS masuk Malaysia? Masuk tanpa
sebarang rekod? Pegawai Imigresen dan keselamatan yang bertanggungjawab harus
lebih peka, jangan asyik dengan 'Kautim' saja dilepaskan masuk.
Pada DS KSU KDN tolong berikan arahan yang lebih tegas pada semua Ketua Pengarah
di bawah jagaan anda. Tugas yang dipertanggungjawabkan harus dilaksanakan dengan
penuh hikmah jangan pula bodek sana sini dan dapat nama perkara seperti ini boleh
selesai. Jika perlu siasat diseluruh pintu masuk Malaysia terutama bahagian Imigresen,
ada tak pegawai yang menerima 'duit poket'. Jika mereka ini perlu ditukar, itu tindakan
disokong demi keselamatan negara dan harus sentiasa pantau jangan Malaysia ini jadi
sarang jenayah antarabangsa.
selesai. Jika perlu siasat diseluruh pintu masuk Malaysia terutama bahagian Imigresen,
ada tak pegawai yang menerima 'duit poket'. Jika mereka ini perlu ditukar, itu tindakan
disokong demi keselamatan negara dan harus sentiasa pantau jangan Malaysia ini jadi
sarang jenayah antarabangsa.
GR kata: Pegawai Kerajaan jangan makan gaji buta
0 comments:
Post a Comment