Tuesday, 11 June 2013

PELIK!!!5 HUKUMAN MATI TETAPI TIDAK MATI PERNAH MENGGEMPARKAN DUNIA



Pelik!!!5 Hukuman Mati Tetapi Tidak Mati Pernah Menggemparkan Dunia

Renunglah peristiwa peristiwa pelik dan ajaib yang berlaku kepada individu berikut. 
Mereka diputuskan hukuman mati tetapi Tuhan maha menentukan – mereka tidak 
mati bahkan dapat terus hidup bertahun-tahun selepasnya. Tuhan maha kuasa.
Berikut merupakan kisah 5 orang yang terlepas dari hukuman mati..
1. Anne Green
peristiwa aneh
Anne Green dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada 
masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke lehernya.Setelah tergantung selama 1/2 jam, tubuh anne diturunkan 
dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi. Namun, setelah 
sampai di kampus, peti dibuka dan doktor mendengar suara penafasan dari tengkuk
nya. Mereka segera memberinya minum.Dua belas jam setelah dihukum, Anne 
sudah dapat bercakap beberapa perkataan. Beberapa tahun kemudian Anne 
akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun 
lagi setelah peristiwa hukuman yang membuatnya terkenal itu.
Setelah kes ini, banduan mati digantung dengan cara dijatuhkan dari ketinggian 
tertentu untuk mematahkan lehernya, sehingga dapat mati secara cepat.
2. John Henry George Lee
peristiwa aneh
John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss 

Emma ditemui mati dengan leher yang dikelar pisau dan rumahnya terbakar. 
John kemudian dituduh bersalah dan dihukum gantung.
Menurut jadual, John akan dgantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison. 
Ketika tiba harinya, John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat 
hukuman. Namun, trap door (pintu penyekat antara zon penjara) sangkut 
tidak bergerak.
Bukan hanya sekali dua kali, tetapi tiga kali. Akibat bingung dengan 
kejadian tersebut, John dikembalikan ke sel nya. Dan beberapa hari
kemudian, hukumannya diubah menjadi dipenjara seumur hidup.
3. William Duell
peristiwa anehKetika berusia 16 tahun, William 
dihukum mati dengan cara digantung akibat tuduhan merogol dan membunuh 
terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London.
Sama seperti Anne, mayat William akan digunakan di kuliah medical training, 
sesuai dengan prosedur pada waktu itu. Setelah disahkan mati, mayatnya di
bawa ke universiti.
Kemudian setelah pakaiannya ditanggalkan dan diletakkan di atas papan, 
seorang petugas makmal yang menyedari bahawa William masih bernafas. 
Makin lama, William bernafas semakin cepat.
Dalam 2 jam, dia sudah dapat duduk. Malam itu juga, pihak kerajaan 
memutuskan untuk mengubah hukumannya menjadi hukuman penjara.
4. Joseph Samuel
peristiwa anehJoseph dihukum mati dengan cara digantung 
setelah dituduh melakukan rompakan rumah seorang wanita kaya dan polis yang 
menjaga rumah tersebut dibunuh. Joseph memang mengakui pertuduhan tersebut.Namun,dia menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam pembunuhan 
tersebut. Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya. Ketua geng 
dilepaskan kerana kurangnya bahan bukti.Pada 1803, Joseph dibawa bersama 
banduan lain ke Parramatta, di mana sudah ada ratusan orang yang datang 
untuk melihat hukuman ini. Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerabak dan 
di lehernya dikalungkan tali. Setelah siap, gerabak tersebut ditarik.
Namun perkara pelik terjadi apabila tali gantung tersebut putus. Setelah dicuba 
untuk kali kedua, tali itu tetap putus. Para penonton mula riuh dan cubaan kali 
ketiga disiapkan. Tetapi tali itu putus juga buat kali ketiga.
Lantas petugas di lokasi memberitahu gabenor tentang peristiwa ini. Setelah mengetahuinya,gabenor mengubah hukuman Joseph menjadi dipenjara seumur 
hidup.
Gabenor dan petugas lain yakin bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk 
dari Tuhan, bahawa Joseph tidak seharusnya mendapat hukuman tersebut.
5. Wenseslao Moguel
peristiwa aneh
Moguel dihukum mati dengan cara ditembak oleh pasukan tembak polis. Dia 
ditembak 9 kali, termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya 
oleh komander pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.
Entah bagaimana, Moguel dapat bertahan hidup dan merancang untuk melarikan 
diri. Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat 
berharga tersebut. Foto di atas diambil pada tahun 1937 di rancangan Ripley’s 
Believe It or Not dimana Moguel menunjukkan tanda bekas peluru yg menembus kepalanya dari jarak dekat.

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More