Sunday 11 August 2013

Lelaki Selamatkan Anak Perempuan Daripada Jadi Pelacur



MELAKA - Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur.
Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada.
Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.
Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah. Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripad menyelamatkan anak perempuannya.
Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya.
Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran.
Kini kanak-kanak tersebut di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apa yang si ayah mahukan adalah anaknya tahu betapa dia sangat menyayangi anaknya itu dan memberitahu kepadanya mengapa dia berbuat demikian.
“Saya juga mahu memberitahu dia supaya tidak terlibat dengan dadah. Saya telah memberitahunya beberapa kali sebelum ini supaya tidak berkawan dengan penjahat,” katanya dalam nada suara tersekat-sekat sambil menambah dia tidak dapat tidur sejak lena sejak insiden tersebut terjadi.
“Saya tidak percaya perkara sebegini berlaku. Saya masih dalam keadaan trauma.
“Anak perempuan saya memberitahu dia diberi dadah dan menerima RM20 bagi setiap khidmat seks daripada teman lelakinya,yang membawanya ke hotel,” katanya.
“Saya kecewa dan berasa malu apabila melihat anak perempuan saya apabila diberitahu oleh salah seorang jiran bahawa dia bersama beberapa remaja lain terlibat dengan sindiket pelacuran di kawasan ini.”
Ditanya bagaimana isterinya mengendalikan situasi dalam kes tersebut, dia berkata ibunya sangat kecewa dan enggan bercakap mengenai apa yang dialaminya.
Si ayah berkata insiden tersebut berlaku pada 26 Julai dan ia merupakan kali ketiga anak perempuannya melarikan diri daripada rumah.
“Hati saya remuk-redam ketika menerima berita daripada individu yang tidak dikenali bahawa anak saya sedang menunggu pelanggan di sebuah rumah di Taman Peringgit. Dia merupakan anak kesayangan saya. Saya sangat menyayanginya dan saya tidak pernah meninggikan suara atau mengangkat tangan atas kenakalannya,” katanya.
Bapa kepada empat orang anak yang berusia 46 tahun itu berkata anak perempuannya itu mencatatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran, sukan dan telah memenangi beberapa pertandingan hinggalah dia berkawan dengan budak-budak nakal selepas dia menduduki UPSR.
Ahli perniagaan itu berkata dia tidak akan memaafkan sesiapa yang melacurkan anak kesayangannya itu, yang telah melarikan diri daripada rumah pertama kali bersama-sama dengan teman lelakinya yang berusia 26 tahun pada Oktober tahun lepas selepas mereka meraikan kejayaannya mencatatkan keputusan 3A dalam UPSR.
Polis berjaya menjejaki mangsa, bapanya membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatannya ke atasnya mendapati dia telah dirogol.
Dia melarikan diri dengan teman lelakinya dan ditemui selepas beberapa jam.
Kali ini pasangan itu melarikan diri ke Ampang, Kuala Lumpur.
Keluarga mangsa cuba mencari anak mereka dan dia mengetahui mengenai perkhidmatan seks yang ditawarkan oleh teman lelaki anaknya dengan butiran anak perempuannya dipaparkan di akaun Facebook milik anaknya.
Dia berkata anaknya berjaya di bawa pulang bersama beberapa rakan yang lain, namun teman lelaki anaknya itu berjaya melarikan diri.
Kali ketiga anaknya melarikan diri ialah Jun lalu dan kali ini seorang tuan rumah wanita menghubungi ayahnya.
Sementara itu, polis Melaka telah melancarkan usaha memburu suspek lelaki berusia 26 tahun, yang menjadi orang tengah membekalkan gadis tersebut kepada sembilan orang lelaki.
Ketua Polis Melaka, Timbalan Komisioner Kanan, Datuk Chuah Ghee Lye berkata seorang pelanggan berusia 36 tahun juga telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 2 Ogos lalu atas kesalahan melakukan seks dengan kanak-kanak. Polis kini memburu lapan lagi individu yang melanggan kanak-kanak berkenaan. -mStar

BAJU SEMANGKA JADI TREND KANAK KANAK MUSIM PANAS !



Musim panas kali ini di China memaksa ibu bapa agar kreatif menghindarkan si buah hati dari kegerahan. Salah satunya yang sedang tren adalah kulit semangka yang disulap jadi pakaian, lucu dan unik.

Penampilan anak-anak berpakaian semangka bertebaran di laman media sosial China, Weibo, dan dalam siaran televisyen nasional. Menurut Xinhua, Sabtu 10 Ogos 2013, para ibu bapa di China kini keranjingan mendandani anak-anak mereka dengan semangka. Bahkan mereka saling berkongsi tips.

Trend ini bermula apabila bulan lalu foto seorang bocah dari bandar Wenzhou yang mengenakan kulit semangka tersebar di internet. Foto comel itu lantas mencetuskan demam sama di seantero China.

Semangka diambil daging buahnya dan disisakan kulitnya. Beri beberapa lubang untuk kaki, tangan dan tubuh, maka jadilah baju kulit semangka. Dengan sedikit kreativiti, baju kulit semangka boleh dibentuk jadi pakaian perang, bikini atau kemeja hula.

Warga China di Weibo mengatakan bahawa semangka tidak hanya menyegarkan jika dimakan, namun juga menyejukkan tubuh jika dipakai.

Namun, para ahli mengatakan hal yang berbeza. Kepada People s Daily, ahli penyakit kulit mengatakan bahawa mengenakan semangka pada anak bukanlah idea yang bagus. Selain boleh mencetuskan alergi, kulit bayi yang sensitif boleh iritasi. Selain itu, kelembapan boleh mencetuskan pertumbuhan bakteria dan jangkitan.

Sumber vivanews.com

GAMBAR : RAYA FASHA DAN NORA DANISH !


Gambar Raya Fasha Nora+xlupa.net  Gambar Raya Fasha Dan Nora Danish

Gambar Raya Fasha Dan Nora Danish | Pada hari raya ini, Nora sekali lagi dilihat bersama Fasha malah kali ini mereka boleh duduk bersama dan bergelak ketawa lagi.Mungkin yang mengeratkan mereka adalah hubungan baik dengan keluarga Jejai. Apa pun alasannya, ini adalah sesuatu yang positif sebab tak semua orang mampu berbaik selepas apa yang telah berlaku.
Jika Abby Abadi dan Memey Suhaiza sudah berbaik malah berbahagia dengan pasangan dan keluarga masing-masing, Nora Danish dan Fasha Sandha juga nampaknya serupa.
Malah kemesraan mereka bukan rahsia lagi apabila Nora Danish sudah beberapa kali dipotret bersama Fasha Sandha termasuk datang ketika Fasha melahirkan bayi hasil pernikahan dengan bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai).
Tapi nampaknya, Nora dan Fasha berjaya mengetepikan segala aura negatif malah silap-silap, orang luar yang masih berapi-api hendak mengungkit kisah lama sedangkan mereka sudah lama melupakan apa yang terjadi.
Salute untuk Nora dan Fasha Sanda (bertuah Jejai!). – REM RAMZI
fashanora raya2 Gambar Raya Fasha Dan Nora Danish
fashanora raya1 Gambar Raya Fasha Dan Nora Danish

Proses Pembuatan Beg Tangan Daripada Kulit Ular


Kampung Kapetakan, Ciribon wilayah Jawa Barat di Indonesia merupakan lokasi utama pembuatan beg tangan daripada kulit ular. Ular dewasa yang terpilih dari spesies tedung, sawa, batik merupakan antara spesis ular yang menjadi pilihan untuk di buat beg tangan kerana kulit ular ini tahan lama dan mempunyai corak yang cantik.

Sebagai permulaan, ular-ular akan di basuh dan kemudiannya akan di belah pada bahagian perut bagi mengeluarkan isi. Ular ini kemudiannya akan di rendam dengan air suam bercampur dengan garam bagi membuang bau hanyir. Setelah itu, ular-ular ini akan di salai di atas bara api dalam tempoh 13 ke 14 jam bagi mengeringkannya sebelum proses memisahkan kulit ular dilakukan. Setelah  selesai proses memisahkan kulit ianya akan di jemur seketika dan kemudiannya akan di hantar ke kilang untuk di jadikan beg tangan. Kos pembuatan beg tangan ular ini ialah di antara $USD 15 (Rm 55) sehingga $USD 31 (Rm 116) bergantung kepada saiz. Sekarang mari lihat proses pembuatan beg tangan daripada kulit ular di Indonesia.



















Mangsa Perang Vietnam Ditemui Selepas 40 Tahun



Dua beranak ditemui selepas dilaporkan hilang ketika perang Vietnam 40 tahun lalu.
Media melaporkan, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya Ho Van Lang, 41, ditemui di hutan di tengah Vietnam.
“Mereka ditemui dua lelaki ketika mereka sedang meneroka hutan. Dua beranak itu didakwa tinggal di rumah dalam kawasan hutan tebal,” menurut laporan itu kepada MailOnline.
Pegawai puak Tay Tra, di wilayah Quang Ngai berkata, Thanh yang dalam keadaan uzur itu masih boleh bertutur dalam bahasa etnik Cor, manakala Lang hanya memahami beberapa perkataan sahaja.
“Kali terakhir mereka memasuki hutan ini pada 1973. Ketika itu mereka melarikan diri selepas tentera Amerika Syarikat mengebom rumahnya hingga mengorbankan isteri dan dua anak lelaki mereka,” katanya.

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More