Sunday 11 August 2013

BAJU SEMANGKA JADI TREND KANAK KANAK MUSIM PANAS !



Musim panas kali ini di China memaksa ibu bapa agar kreatif menghindarkan si buah hati dari kegerahan. Salah satunya yang sedang tren adalah kulit semangka yang disulap jadi pakaian, lucu dan unik.

Penampilan anak-anak berpakaian semangka bertebaran di laman media sosial China, Weibo, dan dalam siaran televisyen nasional. Menurut Xinhua, Sabtu 10 Ogos 2013, para ibu bapa di China kini keranjingan mendandani anak-anak mereka dengan semangka. Bahkan mereka saling berkongsi tips.

Trend ini bermula apabila bulan lalu foto seorang bocah dari bandar Wenzhou yang mengenakan kulit semangka tersebar di internet. Foto comel itu lantas mencetuskan demam sama di seantero China.

Semangka diambil daging buahnya dan disisakan kulitnya. Beri beberapa lubang untuk kaki, tangan dan tubuh, maka jadilah baju kulit semangka. Dengan sedikit kreativiti, baju kulit semangka boleh dibentuk jadi pakaian perang, bikini atau kemeja hula.

Warga China di Weibo mengatakan bahawa semangka tidak hanya menyegarkan jika dimakan, namun juga menyejukkan tubuh jika dipakai.

Namun, para ahli mengatakan hal yang berbeza. Kepada People s Daily, ahli penyakit kulit mengatakan bahawa mengenakan semangka pada anak bukanlah idea yang bagus. Selain boleh mencetuskan alergi, kulit bayi yang sensitif boleh iritasi. Selain itu, kelembapan boleh mencetuskan pertumbuhan bakteria dan jangkitan.

Sumber vivanews.com

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More