Wednesday 21 August 2013

Bas jatuh gaung di Genting Highlands


Bas jatuh gaung di Genting, 33 dikhuatiri terbunuh

Sebuah bas awam terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands petang ini dan 32 penumpang dikhuatiri terkorban manakala 17 lagi cedera.
Update: Sehingga jam 7.30 malam tadi, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengesahkanseramai 25 mangsa terbunuh dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. (Terkini Tragedi Genting: Sah 37 maut)
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata 32 mangsa yang terkorban itu masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata setakat ini 32 mangsa masih berada di bawah gaung sedalam 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.

Bomba menjangka terdapat 49 mangsa di dalam bas tersebut.

Sehingga kini 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital.

Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.

Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.48 petang.

Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.
- Malaysia Kini - Abdul Rahim Sabri - 4:29PM Ogos 21 2013
Foto-foto dan video, di bawah (Ikhsan Jab. Bomba & Penyelamat dan lain-lain):


Terkini Tragedi Genting: Sah 37 maut


Nahas Bas Di Genting Highlands: 37 Maut Termasuk Pemandu

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands Rabu.
Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid (gambar bawah).
Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.

Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ialah 18 lelaki dan 12 wanita.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.

"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.

Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.

Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Soiman berkata punca kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.

Katanya setakat ini 20 mayat telah dihantar ke HKL.

Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:

1. Wong Teraphong, 63 - Thailand

2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh

3. Saidah, 19 - Malaysia

4. Razif, 26 - Malaysia

5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia

Berikut nama mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang
1. Raawnok Arefin, 14 - Bangladesh

2. Nu Syamimi Ja'afar, 25 - Malaysia

3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 - Malaysia

4. Rashidah Buyah, 50 - Bangladesh

5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia

6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia

7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh

8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia

Bas Jatuh Gaung: 37 Disahkan Maut, Bas Overload..



Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.

Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.

Antara mangsa yang berjaya diselamatkan. - foto THE STAR
Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan. - foto THE STAR
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter ~ mStar

Bahagian paling menarik yang dilaporkan oleh The Star..

The search and rescue operation was called off at 10pm. According to Fire and Rescue Department deputy director-general Datuk Soiman Jahid, the dead included the driver of the bus.

It is believed that the driver had lost control of the bus, which then rammed a divider before plunging down the gorge.

Some of the passengers were flung from the bus during the incident.

According to the police, more than half the passengers on the bus were foreigners, from China, Bangladesh and Thailand.

The bus was also overloaded as its capacity was 44 passengers, authorities said.

Bas itu membawa lebih penumpang...  kenapa dibawa lebih penumpang?.. sebabnya JPJ hanya sibuk menguatkuasakan undang-undang terhadap bas pada musim perayaan sahaja..

BAS TERHUMBAN DALAM GAUNG DI GENTING HIGHLANDS : TERLEBIH PENUMPANG?


Sultan Ahmad Shah telah berada di tempat kejadian di KM3 Lebuhraya Karak Genting-Kuala Lumpur. Bas yang membawa 49 penumpang itu adalah daripada Genting highlands menghala ke Kuala Lumpur .

Turut serta ialah Menteri Besar Pahang dan beberapa lagi pegawai kerajaan negeri Pahang.


Laporan terbaru menyatakan seramai 37 orang disahkan maut setakat 8.15 malam dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat. seterusnya


Lihat juga video di bawah :


TERKINI : VIDEO TRAGEDI NAHAS BAS DI GENTING..37 MAUT, 16 CEDERA..





Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.

Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.

Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan.

Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.



30 CINA DAN 2 MELAYU MATI DALAM TRAGEDI BAS MILIK CINA TERHUMBAN KE DALAM GAUNG SEMASA TURUN DARI PUSAT PERCUTIAN CINA!!!




Apakah satu lagi suruhanjaya akan dituntut oleh DAP untuk membela 30 orang Cina yang mati akibat bas yang dinaiki terhumban ke dalam gaung di Genting Highland menghala ke Kuala Lumpur?

Bagaimana pula dengan nasib dua orang mangsa yang merupakan bangsa Melayu? Apakah nasib mereka juga akan terbela atau mereka akan diselitkan di dalam tuntutan 30 orang Cina yang akan dibela habis-habisan oleh DAP?

Atau adakah DAP akan menuntut agar syarikat bas yang dimiliki oleh Cina itu, dimansuhkan dan digantikan dengan syarikat pengangkutan kerajaan atau GLC? Atau barangkali juga DAP akan mendesak agar kerajaan menutup terus Genting Highland yang dipajakkan kepada syarikat Lim Goh Tong memandangkan sudah beberapa tragedi melibatkan bas dan kenderaan persendirian terjun gaung?

Atau DAP akan bekerjasama rapat dengan PKR dan dibantu pula oleh PAS untuk menyalahkan kerajaan kerana membenarkan syarikat Cina menguasai Genting Highland?

Anda fikir bagaimana?

Sehingga artikel ini ditulis, hanya 32 mayat ditemui di lokasi bas ekspres terjatuh ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands menghala ke ibu negara 2.45 petang tadi.

Suruhanjaya? Tribunal? Siasatan Diraja?

Atau apa, demi mengambil hati chinabeng yang sebulat hati telah memilih DAP dan Pakatan Rakyat sebagai wakil mereka di Parlimen dan DUN?

Yang sahnya, majoriti anggota penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa bas terjunam ke dalam gaung itu adalah MELAYU-BUMIPUTERA!!!

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More