Wednesday 21 August 2013

Bas Jatuh Gaung: 37 Disahkan Maut, Bas Overload..



Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.

Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.

Antara mangsa yang berjaya diselamatkan. - foto THE STAR
Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan. - foto THE STAR
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter ~ mStar

Bahagian paling menarik yang dilaporkan oleh The Star..

The search and rescue operation was called off at 10pm. According to Fire and Rescue Department deputy director-general Datuk Soiman Jahid, the dead included the driver of the bus.

It is believed that the driver had lost control of the bus, which then rammed a divider before plunging down the gorge.

Some of the passengers were flung from the bus during the incident.

According to the police, more than half the passengers on the bus were foreigners, from China, Bangladesh and Thailand.

The bus was also overloaded as its capacity was 44 passengers, authorities said.

Bas itu membawa lebih penumpang...  kenapa dibawa lebih penumpang?.. sebabnya JPJ hanya sibuk menguatkuasakan undang-undang terhadap bas pada musim perayaan sahaja..

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More