Wednesday 25 September 2013

Gadis Melayu di pentas Ratu Cantik Muslimah Dunia


Nurul Husna Zainal Abidin meraih gelaran "World Muslim Woman Netizen 2013" dalam pertandingan Ratu Cantik Muslimah Dunia

Raut wajahnya menawan, senyumannya manis dan ditambah dengan gayanya persis seorang model profesional berjaya meletakkan Nurul Husna Zainal Abidin meraih gelaran "World Muslim Woman Netizen 2013" dalam pertandingan Ratu Cantik Muslimah Dunia baru-baru ini.

Ini adalah penyertaan pertama peserta Malaysia dalam pertandingan anjuran bekas hos utama stesen televisyen Indonesia, Eka Shanti yang dipecat kerana keengganannya menanggalkan tudung apabila diarah berbuat demikian ketika bertugas.

Pertandingan tahun ini disifatkan sebagai sebahagian daripada protes terhadap acara Ratu Cantik Dunia yang sepatutnya diadakan di Jakarta namun terpaksa ditukar lokasinya di Bali akibat ditentang keras oleh puak konservatif Islam.

Jadi bagaimana acara tersebut berbeza dengan pertandingan ratu cantik yang lain?Pada malam peringkat akhir, pembukaan acara itu dimulakan dengan bacaan al-Quran sebelum peserta mula berjalan ke atas pentas dengan memakai gaun malam yang mencerminkan imej muslimah dengan pelbagai gaya hijab.

“Sesetengah peserta berjalan dengan keyakinan tinggi namun ada juga peserta yang dilihat kekok berjalan memakai kasut tinggi dan mengenakan gaun labuh,” lapor Jakarta Post.

Uniknya juara bagi pertandingan tersebut dipilih oleh tetamu kehormat iaitu juri terdiri daripada 100 kanak-kanak  anak yatim.

Menceritakan pengalamannya, Nurul berkata, pertandingan itu menekankan betapa Islam itu indah dan semua aktiviti seperti bacaan al-Quran dijalankan berlandaskan syariat Islam.

Selain itu, gadis berusia 21 tahun ini turut berpandangan acara yang baik sebegini boleh diadakan di negara ini.

"Saya rasa sekiranya kerajaan mengadakan acara demikian pasti menerima sambutan mengalakkan kerana ia banyak mengajar mengenai ilmu Islam tanpa meminggirkan gaya fesyen berhijab.

"Ia tidak salah kerana boleh memberi peluang kepada muslimah di luar sana menimba pengalaman baru tambahan pula kerajaan boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan pelancongan negara," kata gadis yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu.

Nurul yang berjaya melayakkan diri sebagai 10 finalis berkata, dia mengetahui mengenai penganjuran acara itu melalui rakannnya.

"Menyertai pertandingan ini benar-benar membantu saya mendalami agama kerana semua aktiviti mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang muslimah dalam mendepani cabaran zaman serba moden," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kira-kira 20 wanita dari enam negara termasuk Indonesia, Brunei dan Iran menyertai perandingan itu bagi merebut gelaran juara dengan pengetahuan dan kemahiran mereka tentang Islam diuji.

Ia diadakan pada 18 September lalu di Jakarta dengan peserta Nigeria Obabiyi Aishah Ajibola, 21, dinobatkan sebagai juara.

Nurul berkata, kemenangan meraih gelaran World Muslim Woman Netizen 2013 adalah pengalaman berharga buat dirinya.
“Terkejut dan bersyukur, ini rezeki dari Allah sebagai wakil negara saya berjaya mengharumkan negara Malaysia ,ia pengalaman paling berharga buat saya," kata pelajar Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM ), Negeri Sembilan itu. – 26 September, 2013.TMI

Tiada yang pelik ! Hidung baru atas dahi



HIDUNG baru Xiaolian.
Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.
Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.
Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.
Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.
DOKTOR memeriksa hidung asal Xiaolian yang mengalami jangkitan
Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.
Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.
Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.
Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. 

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More