Friday 30 August 2013

KL Gangster 2 (2013) Bocor. Siapa Dalangnya?




KL GANGSTER 2 (2013), TRAILER DAN SINOPSIS KL GANGSTER 2, TONTON ONLINE KL GANGSTER 2 2013, DOWNLOAD FILEM KL GANGSTER 2, KL GANGSTER 2 LEAKED


KL Gangster 2 (2013) Bocor. Siapa Dalangnya?
 | Nampaknya dah hampir 2 hari negara dikecohkan dengan kebocoran satu filem Box Office yang sepatutnya ditayangkan pada 3 Oktober 2013 iaitu filem Kl Gangster 2 (2013) arahan Shamsul Yusoff diterbitkan oleh SKOP Production dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Pendapat Dr Fuh sendiri, perkara ini harus disiasat dari akar umbi. Shamsul dan pihak SKOP Production mesti cari orang pertama yang memuat naik Filem KL Gangster 2 (2013) ini. Kalau nak siasat blog-blog lain yang upload dan sebarkan perkara ini nampaknya seperti tidak adil sebab sudah ramai yang download filem KL Gangster 2 (2013) ini dari uploader asal.
Katakanlah semua owner blog yang telah upload dan sebarkan perkara ini telah ditangkap (walaupun agak mustahil hendak menangkap SEMUA), bagaimana pula yang menyebarkan filem KL Gangster 2 (2013) edisi bocor ini secara perkongsian seperti menggunakan pendrive, direct sharing dan sebagainya tanpa perlu memuat naik video tersebut? Adakah adil? Of course tidak adil.
So Dr Fuh berpendapat perkara ini perlu disiasat dari pihak dalaman SKOP Production, Grand Brilliance atau siapa-siapa yang telah menonton tayangan Pra-Tonton termasuk pihak panggung wayang yang menyiarkan Pra-Tonton tersebut sendiri.
Berikut pula laporan berita yang Dr Fuh ambil dari Sinar Harian

KL Gangster 2 (2013) Bocor. Siapa Dalangnya?

“Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production),” tegas Datuk Yusof Haslam berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet.
Filem arahan Syamsul Yusof yang dibintangi Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan dan Sofie Jikan itu sepatutnya ditayangkan kepada penonton di pawagam pada Oktober depan.
Akui kecewa dan terkilan dengan insiden itu, Yusof berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Selain laporan polis, beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut.
“Ia bukan perkara main-main kerana hal ini sangat serius. Apatah lagi ia kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman.
“Saya tidak akan membiarkan mereka yang membocorkan filem ini terlepas begitu saja. Saya akan pastikan mereka akan dibawa ke muka pengadilan,” tegasnya.
Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.
Meskipun ada desas-desus mengatakan ‘kebocoran’ filem itu didalangi oleh ‘orang dalam’, Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
“Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu,” katanya.
Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.
Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.
“Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.
“Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri,” katanya.
Dr Fuh – Filem gempak tapi agak-agak impak filem ni kepada rakyat Malaysia ni positif ka negatif?
- See more at: http://fuh.my/kl-gangster-2-2013-bocor-siapa-dalangnya/#sthash.nYiNAcwY.dpuf

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More