Thursday 12 September 2013

Mahathir Hari Ini Tak Mengaku Beri IC Kepada PATI Di Sabah... Tapi Cuba Lihat Video Ini.. Apa Katanya Dulu?



Dr Mahathir ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini,menyalahkan “pegawai kerajaan” yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Malah beliau juga menafikan pernah memberi sebarang arahan kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing pada ketika itu.

Sedangkan pada awal tahun ini sekitar 17 Januari 2013, beliau telah mengaku bertanggungjawab memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing pasa zaman pentadbirannya.

Malah beliau mendakwa tindakannya itu tidak seberapa berbanding bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman yang disifatkan "lebih teruk" dari beliau.

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,"

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah," katanya ketika ditanya pemberita selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Karangkraf .

Beliau juga mengakui bahawa projek pemberian kad pengenalan itu dibuat menjelang pilihan raya namun mendakwa ianya mungkin hanya kebetulan.

"Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.

Kat bawah ni videonya...


    

0 comments:

My Paradise68 Archive

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More